Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 2 October 2013

Meninggal Dunia Selepas Hadiri Kenduri Kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai


Meninggal Dunia Selepas Hadiri Kenduri Kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai | Assalamualaikum w.b.t.. Bila terdengar kes ada orang meninggal disebabkan oleh keracunan makanan berpunca daripada menghadiri kenduri untuk satu majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai tu, memang tersentap! Bukan seorang atau dua, tapi dah masuk empat orang.. Selain tu lebih 170 orang lain yang masih menerima rawatan.. Ramai tu..

Melalui pembacaan Eraz di mStar Online, hidangan ayam masak merah yang telah dihidangkan dalam kenduri kahwin itu telah dicemari oleh bakteria Salmonella.. Siasatan awal mendapati ayam yang digunakan tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri..

Mungkin perkara ini tidak disengajakan tetapi perkara buruk telah berlaku dan mengakibatkan kematian.. Rasanya inilah 'tragedi' yang paling buruk dalam melibatkan kematian berpunca daripada satu kenduri kahwin.. Apa la rasa tuan rumah.. Wallahhualam..

Sama-sama kita doakan semoga tiada lagi kes kematian dilaporkan dan semua ratusan orang yang sedang menerima rawatan akan segera sembuh serta dapat pulang ke rumah masing-masing dalam keadaaan sihat.. Amin..

Wassalam..

12 comments:

  1. Replies
    1. Itu la.. Al-Fatihah kepada mereka..

      Delete
  2. mybe masa ayam tu smpi dibiarkan saja tanpa terus menyiang...masak ayam tu pun lambat,,,kesian kat mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya mungkin berpunca daripada ayam bukan masakan..

      Delete
  3. adeh..kesian dkt mangsa..mungkin tuan rumah pun xadae niat..mereka mungkin lagi teruk rasa bersalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal.. tak tahu macamana perasaan tuan rumah..

      Delete
  4. Allah ambil nyawa kita dgn cara yg tak terduga...
    didiey pasti tuan rumah juga tak nak perkara ni terjadi. sama2 kita doakan mangsa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal.. tak tahu macamana perasaan tuan rumah..

      Delete
  5. majlis kahwin adik akak tu pun kita orang kena cirit birit gak, gara-gara makan ayam masak merah...lepas nie takut nak makan ayam lagi.....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.