Thursday 16 November 2017

STRAIGHTPRO | Tak Perlu Ke Salon Untuk Luruskan Rambut

STRAIGHTPRO | Tak Perlu Ke Salon Untuk Luruskan Rambut - Assalamualaikum w.b.t.. Perkataan ‘rebonding’ ni rasanya taka sing kot bagi kita semua.. Tak kira lelaki ke, perempuan ke, mesti tahu dengan perkataan ‘rebonding’ ni.. Bagi orang yang rambut lurus pun, kadang-kadang ada ya yang pergi buat ‘rebonding’ supaya Nampak lagi cun dan handsome.. Kalau yang rambut ikal atau kerinting itu, perkara biasa la kan.. Tapi kenyataan ni bukan untuk semua orang.. Kepada yang berminat untuk dapatkan rambut lurus la.. Hehe..

Biasanya kalau rebonding, pasti korang akan pergi ke salon rambut kan? Kos dia memang ‘menarik’ la kan.. Tapi kali ni, Eraz nak share pada semua pasal satu produk ini yang memang akan bantu korang yang nak luruskan rambut tanpa pergi ke salon pun.. Percaya ke tidak? Hanya dengan beberapa langkah penggunaan, insyaallah rambut korang boleh lurus.. Jeng jeng jeng..


StraightPro 

Straightpro.. Itu nama produk yang Eraz nak kenalkan pada korang..  Straightpro merupakan produk pelurus rambut dan ianya untuk kegunaan di rumah terdiri.. Maksudnya tak perlu ke salon dah la.. Hehe.. Straightpro ini terdiri dari TIGA bahan utama iaitu :

1) Straightening Cream
2) Neutralizer
3) Sleek & Shine Serum


Cara penggunaan senang sahaja.. Bak kata orang, sepantas 30 – 45 minit sahaja.. Dahulukan dengan sapu Straightening Cream dengan rata di keseluruhan rambut dan biarkan selama 15 - 30 minit kemudian basuh.. Kemudian sapukan pula step ke-2 iaitu Neutralizer, biarkan selama 30 minit.. Kemudian gunakan step ke-3 iaitu serum rambut bagi mengekalkan rambut lembut, lurus dan sihat..


STEP 1

Ok, itu secara ringkas ya.. Tapi kali ni Eraz nak share cara lebih lengkap..  Di setiap bekas Straightpro  tu memang dah ada tulis siap namanya dan step sekali.. Kira memang tak akan tertukar la masa nak guna.. Step 1 seperti yang Eraz beritahu kat atas tadi, korang kena sapu kan Straightening Cream selama 30 - 40 minit.. Sapu kasi rata.. Ada yang tanya, boleh ke kalau terkena kulit kepala? Sila elakkan ya.. Boleh jarakkan antara 1 ke 2 cm dari kulit kepala.. DAN, korang kena guna sikat untuk ratakan  krim tu.. Atau guna sarung tangan plastik atau yang sewaktu dengannya.. Seterusnya tunggu je la 30 – 40 minit sambil buat apa-apa yang korang suka.. Hehe..


STEP 2

Seterusnya Step 2.. Pastikan rambut dah kering ya.. Sapu Neutralizer selama 15 - 30 minit.. Kali ni senang sahaja sebab dah boleh guna tangan untuk sapu dan ratakan Nuetralizer tu.. Ingat,  selama 15 - 30 minit ya.. Dah siap tu, bilas bersih-bersih dan keringkan rambut seperti sebelum ni juga.. Senang kan.. Tapi ada satu step lagi..


STEP 3

Step yang terakhir ialah Step 3.. Step ni merupakan serum Sleek & Shine.. Tujuannya ialah untuk mengekalkan rambut lurus, lembut dan sihat.. Jangan lupa sapu kasi rata serum tu supaya semuanya sekata hasilnya semua sama dan serata ok.. SIAP!!

Info lain untuk Straightpro ini ialah :

  • Bahan asas Straightpro menggunakan bahan-bahan yang selamat digunakan ke atas rambut tanpa kesan sampingan yang berbahaya mengikut standard dan teknologi German.
  • Tidak perlu gunakan setiap hari.. Hanya gunakan tidak lebih 1 kali setiap 1 minggu.
  • Rambut tebal pun boleh guna.. Gunakan dari belakang rambut ke depan dan pastikan straightening cream di sapu rata..
  • Tidak digalakkan guna ketika mengandung  kerana risau perempuan mengandung mengalami alahan dengan produk.. Elakkan ok..
  • Rambut tidak akan rosak jika gunakan dengan betul dan mengikut arahan.. Elakkan meluruskan rambut atau warnakan rambut dalam masa seminggu dari masa penggunaan.. Sapukan Sleek & Shine dengan kerap untuk pastikan rambut sentiasa lembut, berkilat dan sihat..
  • Straightpro memang dirumuskan untuk meluruskan dan melembutkan rambut untuk mereka yang mempunyai rambut kering.. Sapukan Sleek & Shine dengan kerap untuk pastikan rambut sentiasa lembut, berkilat dan sihat..
  • Rambut boleh bertahan dalam keadaan lurus dalam masa 3 hingga 6 bulan tetapi bergantung pada penjagaan customer.. Elakkan ikat rambut dengan ketat dan pakai topi selalu.. Sapukan Sleek & Shine dengan kerap untuk pastikan rambut sentiasa lurus.. 
  • Kesan Sampingan? Tidak jika gunakan dengan betul dan mengikut arahan.. Elakkan meluruskan rambut atau warnakan rambut dalam masa seminggu dari masa penggunaan.. Sapukan Sleek & Shine dengan kerap untuk pastikan rambut sentiasa lembut, berkilat dan sihat..
  • Straightpro, produk UNISEX..
  • Jaminan Wang Dikembalikan? Ada.. Wang akan dikembalikan jika rambut tidak lurus.. Mengikut terma dan syarat..
  • Kanak-Kanak bawah 15 tahun sangat-sangat tidak digalakkan.
Penuh info pasal StraightPro ni Eraz bagi.. Biasa kalau produk macam ni, ramai yang tanya akan kelulusan dari KKM kan? Memang ada kelulusan dari KKM :


Straightpro Straightening Cream - NOT170904031K
StraightPro Neutralizer - NOT170903465K
StraightPro Sleek & Shine Serum - NOT170903466K

Harga : 

Semenanjung  Malaysia = RM65.00
Sabah & Sarawak = RM75.00

Maklumat Lanjut :


Testimoni





Read more ...

Thursday 9 November 2017

LEBIH MUDAH | Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS

Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS

Semakan Keputusan Peperiksaan Secara Online Melalui SAPS | Assalamualaikum w.b.t.. Kalau nak bandingkan zaman Eraz dulu belajar di sekolah rendah dan menengah, memang sangat berbeza.. Sebagai contoh bila keluar keputusan peperiksaan.. Kalau di sekolah rendah Eraz dulu, buku tu warna pink.. Kita panggil buku rekod je.. Bila semua keputusan dah keluar, cikgu akan bagi pada kita dan bawa balik ke rumah sebab nak kena bagi Abah tandatangan.. Yang bagusnya kita, memang buku rekod tu, Abah je tandatangan dan tak pernah tipu tandatangan ok.. Hehe.. Setahun tu ada dua kali peperiksaan.. Itu dulu la.. Tapi sekarang? 

Tapi sekarang dah lain.. Baru ni kakak Eraz yang dah ada anak yang belajar di sekolah rendah cerita keputusan peperiksaan dah boleh semak secara online.. Ya ke??? Fu yooo.. Patut la tugas cikgu dah bertambah sikit sekarang dan ini sebenarnya akan memudahkan lagi ibu bapa dan pelajar tu sendiri.. Korang pernah ke dengar pasal sistem ni? Sistem apa? Nama dia SAPS Ibu Bapa ya.. Dan kalau nak bagi faham lebih sikit pasal sistem pendidikan terkini ni, korang boleh rujuk laman web berbentuk forum ni di http://sistemkpm.com..

Nota : 

Semakan keputusan peperiksaan online hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sahaja ya.. Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.. Harap maklum..

SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa atau nama penuhnya ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia.. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN, PPD..

Menarikkan? Bila dah menarik tu, mesti nak tahu cara nak gunakan sistem ni kan.. Sangat mudah sebenarnya.. Korang baca Eraz cerita di bawah ni..

Cara Penggunaan SAPS

Cara Penggunaan SAPS senang je.. Korang ikut langkah-langkah ini untuk membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar..

1. Layari ke laman SAPS : https://sapsnkra.moe.gov.my/



2. Isi maklumat lengkap pelajar seperti No IC / Sijil lahir, Negeri, Nama Sekolah dan Tahun.. Dan selepas itu Tekan butang semak..


3. Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan..

Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan perinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan.. Baguskan? Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif.. Wow, canggih betul sekarang ni.. Dengan kemudahan dunia tanpa sempadan ni, senang sahaja kita nak pantau kemajuan anak-anak di sekolah..

Mustahil atau tidak jika lepas masukkan nombor IC pelajar dan sistem tidak dapat semak? Jangan risau.. Sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa boleh terus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas ok.. Perkara ni biasanya berlaku disebabkan kesalahan pengisian nombor IC di APDM sahaja..

Apa yang Eraz tulis ni mungkin tak terperinci lagi.. Dan untuk dapatkan maklumat yang lebih lengkap lagi, korang boleh ke dua laman di bawah ini ok.. Semua maklumat lengkap di situ.. Boleh klik link di bawah : 

Read more ...