Friday 25 October 2013

5 Fakta Menarik Tentang Kucing Part II


Fakta Menarik Tentang Kucing | Assalamualaikum w.b.t.. Ingat lagi Eraz pernah kongsikan 5 Fakta Menarik Tentang Kucing Part I? Kali ni Eraz nak share 5 lagi fakta menarik tentang kucing.. Mungkin masih ada yang belum tahu tentang perkara-perkara yang melibatkan kucing ni.. Sangat-sangat menarik!

Ini diantaranya :
  1. Sama seperti cap jari, corak di hidung kucing adalah unik dan berbeza-beza..
  2. Pada 1800-an, kucing digunakan untuk menghantar surat dari rumah ke rumah.. Pada 1879 di Belgium terdapat 37 ekor kucing ditugaskan untuk menghantar surat ke rumah penduduk kampung.. Tapi akhirnya mereka sedar, kucing tak cukup berdisiplin untuk menjalankan tugas ini.. Haha..
  3. Dalam seumur hidup, dianggarkan seekor kucing rumah menghabiskan masa 10,950 jam mengiaw..
  4. Kucing mampu selamat walaupun jatuh dari ketinggian 30 kaki..
  5. 25% pemilik kucing blow dry kucing mereka selepas dimandikan.. Korang tergolong dalam golongan 25% ni tak rasa-rasanya?
Errmmmm.. Menarik kan.. Ada juga kucing jadi posmen di zaman dulu.. Macamana dia tahu rumah orang-orang tu ya.. Hohohoho..

4 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.