Wednesday 17 January 2018

Bila Grab Car Dah Beroperasi Di Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni nak cerita pada Grab Car.. Masa baru perkenalkan dulu di sini, memang tak rasa pun nak guna.. Ya la, jarang sangat guna teksi ke bas ke sekarang ni di Kota Bharu.. Sebabnya bila fikir pada bas atau teksi, tambang bukan isu sangat sebab memang diperlukan masa tu walaupun kadang-kadang tinggi juga teksi caj katanya.. Masa lagi satu.. Memang masa ni memainkan peranan.. Kalau boleh tak nak bazirkan masa menunggu kan.. 

Tapi Eraz sendiri mula naik grab bila kereta wife rosak.. Masa tu dari office drive ke bengkel dan kereta kena bermalam di situ.. Nak minta wife datang ambil, kereta di yang kena tinggal.. Kereta kita di rumah masa tu.. Wife kita hantar pegi keje.. Terus terfikir nak cuba Grab Car.. Terus ambil Grab dan ke rumah untuk ambil kereta.. Masa request, sekejap je dapat dan harga pun murah.. Masa tu dah pandai guna Promo lagi.. Haha..

Itu kali pertama dan perkhidmatan memang ok.. Dan lepas tu, terus la guna grab bila nak ambil kereta di bengkel untuk bawa balik.. Mula dari situ, mula la Grab ni bermain dalam fikiran terutama bila ada urusan di jabatan yang tempat parking nya memang masalah.. So bila nak jimat masa, request Grab.. Save masa untuk cari parking dan masa tu dah pandai guna Promo yang Grab bagi.. Jadi macam urah giler!

Bila Grab Car Dah Beroperasi Di Kota Bharu

Ini pengalaman Eraz di Kota Bharu sebagai pengguna lelaki la.. Kalau wanita, Eraz tak pasti la sejauh mana nak guna atau tidak kalau seorang diri.. Tapi kalau berdua atau lebih, itu tak de hal.. Bergantung kepada keyakinan masing-masing.. Yang pastinya di sini, Eraz sebagai pengguna Grab sendiri di Kota Bharu, memang berpuas hati.. 

Kepada pemandu teksi yang baca entri ni mungkin, maaf sebab lebih utamakan Grab sebab nak kejar masa.. Itu memang sangat penting sekarang.. Bayangkan kalau lunch break hanya sejam, memang masa tu sangat berharga.. Wassalam..
Read more ...

Tuesday 16 January 2018

Pengguna DASHING | Berpeluang Memang Lawatan 4D3N Ke Manchester, UK

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pengguna Dashing kat sini? Atau baru nak berjinak dengan produk Dashing? Eraz sendiri memang dah kenal Dashing ni dah lama.. Bermula dari zaman belajar dulu lagi.. Sejarah Eraz bermula dengan Bedak Talkum.. Pernah try dengan warna Biru dan Hijau.. Ingat lagi bau dia.. Itu dulu-dulu la.. Tapi sekarang dan yang terkini serta eksklusif lagi, apa produk terbaru Dashing? Haaaa.. Ini nak cerita..


Terima kasih kepada Dashing sebab hadiahkan kepada Eraz dua produk istimewanya ialah 1) Limited Edition Deodorant Body Spray dan 2) Hattrick Limited Edition EDT.. Alhamdulillah.. Sampai ke di tangan, terus buka dan test bau.. Ternyata bau itu adalah Dashing! Haha.. Dan yang Limited Edition ni memang sangat istimewa sebabnya bau sangat maskulin.. Deodorant Body Spray dan Limited Edition EDT tu memang dua bau yang berbeza.. Korang kena try..



Dan apa yang istimewa lagi, dengan setiap pembelian mana-mana produk DASHING atau ELITE juga dalam satu resit, korang berpeluang menang lawatan 4 hari 3 malam ke Manchester, UK.. Fuyoooo.. Caranya senang saje.. Whatsapp dengan jelas Nama seperti dalam IC, no. IC dan Nama kedai Pembelian ke no. +6016-9972373.. Sangat mudah!.. Siapa-siapa yang terutamanya Die Hard Football Fans memang patut cuba cabutan bertuah ni..


Peraduan Let’s Go Manchester ni sebenarnya merangkumi hadiah menarik, Penginapan percuma, 4 hari 3 malam perjalanan pergi balik ke Manchester, United Kingdom untuk 6 pemenang bertuah termasuk tiket VIP untuk menonton pertandingan secara langsung antara MCFC vs MU sebagai hadiah utama.. Terbaik!!


Bukan itu sahaja ya.. Ianya termasuk lawatan ke Muzium Bola Sepak Kebangsaan dan Stadium seperti Old Trafford, Etihad dan Anfield. Selain itu, terdapat peluang untuk berinteraksi dan meminta autograf daripada beberapa Legenda MCFC. Di samping itu juga, terdapat Magical Mystery Tour iaitu mereka akan dibawa ke lokasi yang berkaitan dengan band muzik popular iaitu The Beatles..

Jadi tunggu apa lagi.. Kepada semua peminat Dashing samada yang dah lama guna produk Dashing atau baru nak berjinal guna, boleh join ok.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu kan.. Jadi selamat maju jaya semua.. Wassalam..
Read more ...

Monday 15 January 2018

" Children See Children Do "

" Children See Children Do " | Assalamualaikum w.b.t.. " Children See Children Do " ni memang sebenarnya semua orang dah tahu.. Tapi ada ketika, kita tidak sedar akan segala perbuatan kita, perbualan kita itu diperhatikan oleh anak-anak yang ada bersama kita masa tu.. Kesannya ialah pada anak-anak itu sendiri dan akan memberikan kesan kepada keluarga kita juga sebenarnya.. Tapi tak semuanya negatif kan.. Jika perbuatan itu positif, tak salah la kita tunjukkan kepada anak-anak supaya yang baik itu dituruti.. Tapi yang negatif, kena elak la..

" Children See Children Do "
Semalam saya terpaksa tegur isteri saya bila dia termakan timun sambil berdiri depan Maryam Soolihah dan Solahuddin. 
Saya bukan apa, dua orang budak tu nampak je muka macam tak tahu apa-apa tapi apa yang diorang lihat walaupun cuma 1 kali, itu lebih powerful daripada mendengar 1000 nasihat! 
Sebab tu kita pelik kadang-kadang dah bermacam nasihat kita bagi kat anak tapi tak jalan. Rupanya anak kita ikut apa yang dia lihat. 
Tak adil kan.. 
Bila kita tak bagi anak minum air gas, katanya banyak gula tapi kita selamba je simpan stok air gas dalam peti ais. 
Kita nak anak membaca tapi kita sendiri sentuh buku pun tak pernah 
Bila kita tak bagi anak main gadget tapi kita 24 jam berkepit dengan gadget di depan mereka. 
Bila kita marah anak tak hormat kita tapi kita sendiri tak hormat pasangan kita. 
Ingat, otak anak ni macam span. Apa yang dia lihat tu la nanti yang dia serap dan sampai masanya dia akan amal semua yang dia serap. 
" Children See Children Do " 
p/s : Timba ilmu parenting lebih banyak di Telegram saya. Install Telegram dan klik link ni t.me/NotaTaufiqRazif

Quotes di atas tu saya copy paste dari perkongsian wife dalam facebook.. Jika baca-baca quotes tu memang ada menjelaskan pasal " Children See Children Do ".. Betul atau tidak yang kita sebenarnya tak sedar akan kelakuan kita tu akan memberi kesan kepada kehidupan anak-anak kan? Jadi, Eraz sendiri akan cuba untuk baiki dan juga semoga entri ini berguna kepada semua.. Wassalam..
Read more ...

Sunday 14 January 2018

Khai Bahar Bakal Berlakon Dengan Siti Nordiana ?

Assalamualaikum w.b.t.. Sekali sekala rasa nak tulis la juga pasal dunia hiburan ni.. Penyeri blog.. Kalau awal-awal dulu, memang blog Eraz ni banyak cerita pasal hiburan.. Melalui berita-berita macam tu la yang buatkan boleh ni asalnya berdomainkan blogspot sehingga terus mempunyai domain sendiri sekarang.. Alhamdulillah.. Rindu juga dengan pembaca-pembaca awal dulu yang sangat aktif meninggalkan komen.. Sekarang? Alhamdulillah, yang dulu-dulu pun masih ada.. Dan yang pasti, yang baru pun ada.. Salam kenal semua..


Berbalik kepada tajuk asal, Khai Bahar Bakal Berlakon Dengan Siti Nordiana ?.. Siapa yang baca tulisan Cik Pang di Metro Ahad hari ni, katanya Michael Ang selaku Penerbit dan Pengarah drama adaptasi Novel Klik! Pengantin Musim Salju sedang memujuk Khai Bhar turut serta berlakon dalam drama berkenaan yang dijangka memulakan pengambaran pada bulan Februari atau Mac nanti.. Pelakon utamanya ialah Siti Nordiana dan Alif Satar.. Dan dimaklumkan ramai team drama Dia Semanis Honey akan ada dalam drama Klik Pengantin Musim Salju ni..

Dalam masa yang sama, Siti Nordiana pun memujuk juga Khai Bahar untuk join sekali.. Maklum la sebelum ni memang hubungan antara Siti Nordiana dengan Khai Bahar memang berkawan selepas mereka viral duet di Smule lagu Memori Berkasih.. Dua-dua juga pemenang anugerah Penyanyi Popular di ABPBH.. 

Kalau betul projek drama ni berhasil dengan datangnya Khai Bahar, memang akan meletop la punya.. Mesti lagi meletop dari Dia Semanis Honey.. So apa-apa pun, tunggu update seterusnya dari produksi tentang perkara ni.. So kepada peminat Siti Nordiana, Khai Bahar dan juga Alif Satar juga, tunggu ok.. Bawah ni Eraz lepas petikan akhbar yang berkenaan.. Boleh baca ya.. Wassalam..


Full Update pada drama Klik! Pengantim Musim Salju ni, korang boleh follow Instagramnya iaitu @pengantinmusimsalju..


Read more ...

Saturday 13 January 2018

JORDAN | Ulang Tahun Ke 180


Assalamualaikum w.b.t.. Bila tahu yang Jordan dan tahun ke ulang tahun yang ke 180, memang rasa sangat 'wow' la.. 180 tahun kot.. Bukan sikit-sikit kot.. Dan alhamdulillah sempena sambutan Ulang Tahun yang ke 180 ni juga, Eraz dapat hadiah istimewa iaitu satu set lengkap untuk sekeluarga Berus Gigi Jordan.. Bukan setakat untuk Eraz sendiri, wife, Zara Faleesya dan Adam Fitri pun dapat.. Syukur.. 

Bila cerita bab gigi ni, memang untuk Eraz sendiri ianya sangat sensitif.. Tak tahu kenapa.. Dari kecil memang macam tu.. Tapi ada kisah di sebalik juga bab gigi ni.. Rasa semua kanak-kanak sekolah rendah di zaman Eraz alami.. Kalau datang ke nurse-nurse pergigian ke sekolah untuk check gigi, memang rasa tak nak datang sekolah la.. Haha.. Takut wei.. Tapi bermula dari situ la sebenarnya Eraz mula menjadi gigi sebaik mungkin..

Untuk anak-anak, memang Eraz nak jaga dari mereka kecil.. Untuk Zara, dia tak de masalah sangat.. Sekarang dah umur 4 tahun lebih, giginya alhamdulillah semua ok.. Berbeza dengan Adam, susah sikit nak kawal.. Susah betul nak ajar dia betul-betul nak berus gigi sendiri.. Memang kadang-kadang tu kena paksa.. Haha..

Berus gigi ni memang ada macam-macam jenis.. Tapi bagi Eraz sekeluarga memang sangat sukakan yang Extra Soft.. Tak sakitkan gusi.. Anak-anak pun seronok berus gigi.. Tapi untuk yang biasa guna berus gigi Jordan, antara kategori yang ada ialah SOFT, ULTRASOFT dan SUPERSOFT.. Haaaa.. Semua soft je kan.. So senang la nak pilih.. 


Untuk kanak-kanak pun ada.. Kanak-kanak ni tak macam orang dewasa.. Orang dewasa akan pilih jenis berus tu macamana dulu kan.. Tapi kanak-kanak mestilah akan tengok design nya macamana dulu.. Kalau ada gambar kartun atau bentuk yang lain dari yang lain, yang tu la mereka pilih dulu.. Dan itulah yang Jordan buat..



Berapa kali sehari korang berus gigi? Kalau diikutkan apa yang diajar dari sekolah rendah dulu, sekuarang-kurangnya korang kena la berus gigi 2 kali sehari.. Insyaallah gigi akan terjaga.. Bagi kanak-kanak pula, ada beberapa faktor lain juga kena tengok.. So untuk dapatkan maklumat lengkap, boleh google ok.. Insyaallah akan membantu..

Apa-apa pun, untuk dapatkan koleksi Berus Gigi Jordan ni, korang boleh dapatkan di semua pasaraya, farmasi dan belian secara online contohnya Shopee.com.my dan Motherhood.com.my.. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke FB Rasmi mereka ialah http://www.facebook.com/jordanasiapacific..

Tahniah Jordan untuk Ulang Tahun ke 180!!
Read more ...

Friday 12 January 2018

Gastrik Lagi Selepas Hujung Tahun 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya gastrik ni memang datang dalam hidup Eraz pada sekolah rendah lagi.. Tapi bukan selalu la.. Maksudnya tak kerap.. Yang paling teruk ialah pada hujung tahun 2016 dulu.. Masa tu bermula dengan Chickenpox yang teruk dan terus ke Gastrik yang sangat serius sampaikan terpaksa Warded di KPJ Perdana Specialist Hospital.. Last warded masa Darjah 6 tahun 1995 dulu, then pada tahun 2016 lepas, kali kedua warded dalam hidup ni.. 


Dan selepas kes warded tu, semalam selepas tidur, tiba-tiba tersedar dari tidur dan terus perut terus meragam sebab gastrik.. Ya Allah.. Tuhan je la yang tahu apa perasaan masa tu.. Dengan ubat takde yang stand by, memang pasrah la.. So ternyata dan pasti, memang tak tidur lena semalam termasuklah wife.. Bertahan punya bertahan sampai satu masa, wife keluarkan Gaviscon warna hijau dari peti ais, pun masih tak ok.. Bertahan sampai ke pagi, alhamdulillah lebih baik walaupun masih sakit..

Bangun pagi, fikir punya fikir nak masuk office ke tidak.. Last-last decide masuk juga tapi lambat sikit.. So sekarang dah sampai office dan memang sekali sekala gastrik ni datang.. Adoi.. Gagahkan diri juga.. Tengahari ni nak keluar dapat gaviscon yang ada warna purple sikit tu.. Katanya yang itu better.. Semoga dipermudahkan.. Amin..
Read more ...

Thursday 11 January 2018

"Make budu juga dia dih.."

Assalamualaikum w.b.t.. "Make budu juga dia dih.." Itu dalam bahasa Kelantan.. Kalau bahasa standard, "Makan budu juga dia..".. Situasi ni berlaku dua kali masa beli  budu di kedai runcit dekat area taman tempat tinggal dan dengan makcik yang sama.. Dua kali pergi beli, dua kali juga di bagi statement tu.. Harus la makan buduk makcik.. Nak kekal awet muda.. Hehe.. Memang selalu pergi beli barang runcit kat kedai tu, tapi budu tu jarang-jarang la sebab tunggu nak habis, baru restock kan..


Yang pasti, tak semua orang Kelantan itu makan budu.. Ada setengah tu siap bagitau tak nak budu kalau nak beli nasi kerabu or apa-apa menu yang akan ada budu.. Tak bukan orang Kelantan je yang makan budu, orang luar Kelantan pun ada makan budu ni.. Try la cuba.. Insyaallah melekat.. Makan pula dengan ulam.. Kalau ada tempoyak, lagi la best.. Power!

Berbalik pada topik asal tadi, mungkin sebab penampilan Eraz kot yang buat makcik tu tak percaya.. Tapi kenapa pula dengan penampilan.. Mungkin ada sebab lain juga.. Dan pernah sekali masa awal-awal berjinak membeli di kedai tu, pernah dia tanya Eraz ni kerja doktor ke? Bagus makcik ni, mesti pelanggan.. Kita pun layan la juga borak.. Yang pasti, kita bukan doktor ya.. Hehe..

Read more ...

Tuesday 2 January 2018

Jihan Muse Rakam Lagu Adiwarna Khas Untuk Hi Mommy Jihan

Assalamualaikum w.b.t.. Jihan Muse ada single Lagu? Percaya ke tidak? Hehe.. Apa-apa memang korang kena percaya.. Memang dah ada di Youtube dan kalau baca komen-komen di video tu, memang ramai yang suka dan like.. Kalau korang dengar lagu Adiwarna tu, memang boleh tangkap itu suara Jihan.. So terbukti best juga la suara Jihan kalau nak masuk studio kan.. Kepada yang masih belum dengar, Eraz nak ajak dengar dulu sekali.. Rasanya mungkin korang repeat dengar sekali lagi kot.. Hehe..



Mengikut sumber yang dipercayai, lagu Adiwarna nyanyian Jihan Muse ni dirakam untuk Vlog Hi Mommy Jihan.. Kalau korang percara, di TV ada program ni dan kalau tengok di Youtube, lagu panjang durasi dia.. So siapa yang dah dengar, apa komen korang? Masyuk la juga di telinga.. Walaupun hanya hampir 3 minit je, tapi ok la.. Sesuai la dengan Jihan Muse yang baru nak mencuba kan.. 
Read more ...

Monday 1 January 2018

Selamat Tahun Baru 2018


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Walaupun masih rasa macam, 'Ya ke? Cepatnya dah masuk 2018.. Umur pun kalau ikut tahun dah masuk 35 tahun.. Tapi ikut tarikh lahir, baru 34 tahun 9 hari.. Hehe..".. Serius macam tak sangka dah masuk tahun 2018.. Tapi apa-apa pun, tetap akan berjalan macam biasa.. Buru impian.. Capaikan impian.. Selesaikan mana yang tak selesai dan semuanya la.. So! Selamat Datang ke Tahun 2018.. Kita mulakan dengan sesuatu yang positif dalam semua perkara..

Untuk azam Eraz sendiri, tak nak la letak spesifik kat sini.. Cukup sekadar dalam kotak fikiran Eraz yang mana dan seperti orang lain juga, mesti semuanya yang positif dan diharapkan semua akan tercapai tahun ni.. Dalam kerjaya, mengharapkan ada satu anjakan baru.. Dalam business online juga mengharapkan ke'aktif'an muncul kembali bersama momentum tahun 2017.. Dalam keluarga pun sama.. Semuanyalah!

Korang macamana? Sama-sama kita ramai-ramai doakan semoga Azam kita semua tahun 2018 akan tercapai dengan sempurna ok.. Kalau yang masih bawa Azam dari tahun 2017 tu, jangan risau, jangan frust.. Jadi positif.. Kena percaya, semua benda yang terjadi itu ada hikmahnya.. Tapi usaha tetap kena ada ok! Selamat Tahun Baru..
Read more ...