Saturday 12 October 2013

Cerekarama TV3 Drama Kalung Kak Dara

Cerekarama TV3 Drama Kalung Mak Dara

Cerekarama TV3 Drama Kalung Kak Dara | Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni turn drama Kalung Kak Dara.. Dengar daripada tajuk tu, memang cerita lawak.. Nak tahu drama tu ketegori mana, korang boleh baca sinopisnya dulu..

Kalung Kak Dara berkisar tentang Dara Husna (Rozita Che Wan) atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Dara yang berusia lewat 40an, tinggal di pinggir Kuala Lumpur bersama anaknya Mimi (Syatilla Melvin). Kak Dara bekerja sebagai penyambut tetamu merangkap tukang bancuh air di pejabat milik Datuk Hasnol (Riezman Khuzaimi) manakala Mimi menjadi kerani di syarikat yang sama.

Mimi terkilan dengan sikap ibunya, Kak Dara yang boros sehingga semua perbelanjaan rumah Mimi terpaksa ditanggung sendirian olehnya. Apakah yang berlaku apabila Kak Dara digoda oleh bosnya, Dato' Hasnol..

Ramai juga pelakon dalam drama ni.. Selain Rozita Che Wan ada Syatilla Melvin, Syazwan Zulkifly, Esma Dainiel, Riezman Khuzaimi, Norman Hakim dan Indra Hafiz.. Tak tahu ada masa ke tak tengok drama ni malam ni.. Selalunya bila dah balik dari kerja, memang badan penat!

Published with Blogger-droid v2.0.10

5 comments:

  1. huhu..iman ingt MD tadi yg buat hehehe...gempak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersilap tajuk tu sebenarnya.. Bukan Mak Dara tapi Kak Dara..

      Delete
  2. wah..hebat juga ni...

    ReplyDelete
  3. sibuk masa cerita nie ditayangkan........

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.