DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 30 June 2013

I Love Daddy & Mummy

Assalamualaikum w.b.t.. Entri edisi santai di hari Ahad.. ;D

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Saturday, 29 June 2013

Kelantan, Juara Piala FA 2013

Assamualaikum w.b.t.. Kelantan a.k.a TRW telah dinobatkan sebagai Juara Piala FA 2013!! Tahniah... Kelantan menewaskan JDT dengan 1-0 hasil jaringan Farhan di minit 15.. Berbaloi-baloi tunggu perlawanan tamat.. Tahniah... Rakyat Kelantan, esok cuti..! Haha.. Tahniah atas menjadi Juara Piala FA 2013..

#Esok cuti.. Rakyat Kelantan lain dapat cuti 3 hari direct.. Tapi Eraz kerja Jumaat Sabtu dan cuti esok sehari.. Isnin kerja.. Aiyooo..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan
Lafaz Niat Puasa Esok Hari & Niat Sebulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t.. Ramadhan 2013 kini tinggal lebih kurang 10 hari sahaja lagi.. Jadi hari ini, Eraz nak upload satu gambar Niat Puasa Bulan Ramadhan untuk ingatan semua.. Untuk refresh.. Ramadhan kali ini paling berdebar dan mungkin teruja sebab bila-bila masa sahaja baby kami akan keluar walaupun due nya Hari Raya Aidilfitri Ke-4.. Doktor dan mak bidan meramalkan mungkin akan bersalin awal.. Harapnya semua selamat.. Amin..
Read more ...

Perkahwinan Misha Omar dengan Pilot MAS, Fiross Ezwan Rosly

Perkahwinan Misha Omar dengan Pilot MAS, Fiross Ezwan Rosly

Assalamualaikum w.b.t.. Perkahwinan Misha Omar dengan Pilot MAS, Fiross Ezwan Rosly dijangka akan berlangsung pada Bulan Februari 2014.. Walaupun masih jauh lagi perjalanan untuk menuju ke bulan Februari 2014 itu, kita sebagai sesama umat Islam patut mendoakan semoga ikatan suci berkenaan akan terlaksana tanpa sebarang masalah.. Alhamdulillah, satu lagi masjid akan terbina nanti.. 

Sebelum ini Misha Omar berkali-kali menafikan beberapa gosip tentang penundaan perkahwinan mereka.. Majlis pertunangan Misha Omar dengan Pilot MAS, Fiross Ezwan Rosly telah berlangsung di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Februari 2012.. 

Tahniah sekali atas pendedahan perancangan Perkahwinan Misha Omar dengan Pilot MAS, Fiross Ezwan Rosly yang akan berlangsung pada bulan Februari 2014 nanti.. Walaupun masih jauh perjalanan, at least kita boleh mendoakan agar semuanya berjalan seperti yang dirancang.. Insyaallah..

Read more ...

Friday, 28 June 2013

Inilah disebalik wajah ceria ..

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba banyak betul benda berlaku pagi ni.. Tapi semua tentang kerja.. Layan je la..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Thursday, 27 June 2013

Segmen Bloglist Julai Blog Paly


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya lama giler tak join segmen.. Seriusnya memang tak sempat nak join.. Nak blogwalking pun sama.. Tambah-tambah sekarang kerja banyak.. Kat office pun tak lekat sangat.. Ini pun baru balik dari KL.. Hehe.. Last sekali join segmen dari Kak Mialiana.. Terbaru, teringin nak join tanda support blogger Paly.. Siapa yang berminat nak join, boleh klik banner di atas.. Jom!

Read more ...

Nazril Idrus "Nash" Tersingkir Episod 6 - The Apprentice Asia


Assalamualaikum w.b.t.. The Apprentice Asia Musim 1 dah masuk Episod 6 semalam.. Selepas Hanzo tersingkir pada Episod 2 manakala Nik tersingkir di Episod 5, semalam nasib kepada satu-satu peserta Malaysia yang tinggal iaitu Nazril Idrus "Nash" (Pelakon, Pengacara dan juga suami kepada Sazzy Falak) pula tersingkir.. Jadi sekarang, tiada lagi wakil dari Malaysia dalam program The Apprentice Asia Musim 1 ni..

#Eraz tak sempat nak tengok episod semalam sebab baru sampai dari KL.. Tapi dah record awal-awal..

Read more ...

Wednesday, 26 June 2013

Lebih baik delay dari tangguh ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang dengan menapak di KLIA.. Flight delay dalam sejam.. Tapi alhamdulillah delay je, bukan tangguh.. Ya la, dengan keadaan berjerebu ni, macam-macam boleh berlaku.. Mengikut berita, alhamdulillah dah hujan di banyak tempat semalam jadi index IPU jadi semakin kurang..

Read more ...

Wordless Wednesday #11 : Happy Birthday Zamani !!!!


Assalamualaikum w.b.t.. Selamat Hari Lahir kepada blogger, Zamani.. Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Tuesday, 25 June 2013

Syura, Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2

Assalamualaikum w.b.t.. Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 adalah Syura mengalahkan Celina.. Ketidakkonsistenan Syura di tengah-tengah rancangan Masterchef Selebriti Malaysia 2 ni buat ramaimyang menjangkakan beliau tidak akan ke final.. Tapi Eraz dan isteri sememangnya menjangkakan Syura dan Celina memang akan ke final.. Terbukti!

Nampaknya rezeki Syura di Masterchef Selebriti Malaysia 2 sebab Syura dah lama sangat tak keluar dengan album atau lagu baru.. Tidak mustahil selepas ini, Syura akan keluar dengan single baru bersama-sama menjadi seorang chef! So.. Tahniah kepada Syura kerana telah menjadi juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2!

Read more ...

Perbezaan semalam dan hari ni ..

Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya keadaan jerebu di KL macam makin ok dibandingkan dengan semalam.. Tapi masih berjerebu dan berkeadaan tidak sihat.. Harapnya semua makin OK supaya dapat balik dengan selamatnya esok.. Tiada penerbangan di tunda.. Amin..

#Gambar atas, semalam 22 Jun 2013... Gambar di bawah hari ni, 23 Jun 2013.. Gambar di atas tak nampak pun KLCC, yang bawah dah nampak..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Masih meneruskan kursus Peaks Performance Executive !

Assalamualaikum w.b.t.. Biru mata hitam ku sekarang.. Hehe.. Hari ni hari kedua kursus Peak Performance Executive Module 1.. Dalam masa setahun, kena complete kan 5 module.. Good luck to myself.. ;D

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Monday, 24 June 2013

Jangan la ada gangguan penerbangan Rabu ni ...

Assalamualaikum w.b.t.. Terkejut juga baca berita tentang Jerebu: MAS Keluar Amaran Kemungkinan Gangguan Jadual Penerbangan di mStar Online tadi.. Harapnya semua penerbangan ke Kota Bharu pada hari Rabu ni semua OK.. Takde pembatalan.. Amin..

#Harapnya Jerebu ni juga makin baik..

Read more ...

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Rozita Che Wan Selebriti Ke 17 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Rozita Che Wan tersingkir!! Betul-betul harap Che Ta masuk final Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 ni.. Tapi akhirnya dia menjadi selebriti ke 17 tersingkir malam ini.. Macam best je tengok Che Ta memasak.. Rezeki bergelar JUARA Masterchef Selebriti Malaysia Ke 2 akan menjadi milik Celina atau Syura!

#Esok siaran Masterchef Final! Tapi tak dapat tengok..

Read more ...

Sunday, 23 June 2013

Masterchef Selebriti Malaysia : Kenchana Devi Selebriti Ke 16 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Kenchana Devi menjadi selebriti ke 16 yang tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 menjadikan Celina, Rozita Che Wan dan Syura Top 3.. Malam ni tak sempat nak tengok sebab terpaksa ke KL untuk menghadiri kursus.. Ahad sampai Rabu di KL.. Memang tak sempat nak tengok sepanjang minggu la Masterchef ni.. Kebetulan minggu akhir a.k.a final..

#Siapa di antara mereka yang akan menang??

Read more ...

Gambar Perkahwinan Pierre Andre Dengan Siti Nurhidayah

Assalamualaikum w.b.t.. Masa merayau di Facebook tadi, terjumpa gambar perkahwinan Pierre Andre dan Siti Nurhidayah.. Pierre Andre dah kahwin rupanya.. Majlis berkenaan telah berlangsung pada hari ini, 23 Jun 2013 pada pukul 2.00 petang.. Tahniah diucapkan kepada Mohd Pierre Andre dan isteri.. Semoga kekal ke akhir hayat.. Tahniah!

Read more ...

Segmem #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Jun 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #3 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Perkembangan Hamil 33 Minggu

Assalamualaikum w.b.t.. Genap hamil 33 minggu.. Alhamdulillah.. Jika semuanya berjalan lancar, hanya tinggal 49 hari sahaja lagi kami akan bergelar ibu dan bapa.. Ada juga berkemungkinan akan bersalin sebelum 49 hari lagi.. Semua kelengkapan bayi dan ibu bersalin telah disediakan.. Tunggu masa je.. Diharapkan semua akan berjalan dengan lancar dan semuanya selamat.. Amin..

Apa yang Eraz baca tentang perkembangan hamil 33 minggu adalah seperti di bawah : 

Read more ...

Saturday, 22 June 2013

Jerebu yang semakin berbahaya ..

Assalamualaikum w.b.t.. Setiap hari mesti ada berita tentang jerebu yang semakin hari semakin meningkat IPU di kawasan-kawasan tertentu.. Terbaru dilaporkan kawasan Muar mencatatkan IPU yang sangat berbahaya kerana meningkat ke 453.. Diharapkan cuaca seperti hujan dapat membantu untuk menghalang jerebu ini terus terjadi.. Banyak kesan akibat jerebu ini kepada kita sebagai manusia..

#Gambar di atas ialah keadaan jerebu di Kuantan (Sumber mStar Online)

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Fenomena Supermoon 2013

Fenomena Supermoon merupakan fenomena bulan paling hampir ke bumi, atau juga ada yang memanggil fenomena ini dengan Preigee.. Lebih menarik, fenomena Supermoon ini akan dapat disaksikan esok, 22 Jun 2013.. Dibawah Eraz ada attachkan salah satu contoh gambar fenomena Supermoon yang berlaku sebelum ini..

#Teringin nak melibatkan diri dalam menyaksikan dengan mata sendiri fenomena-fenomena seperti ini

Read more ...

Friday, 21 June 2013

Alhamdulillah, selesai..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, selesai majlis perkahwinan adik tersayang.. Memang dua tiga hari ni, tak sempat nak update blog.. Insyaallah, esok akan mula aktif semula walaupun selepas majlis ni, Eraz ke KL sebab ada kursus..

#Lega walaupun kena mengemas pulak!

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Thursday, 20 June 2013

Nik Aisyah Amirah Tersingkir Episod 5 - The Apprentice Asia

Assalamualaikum w.b.t.. The Apprentice Asia Musim 1 dah masuk Episod 5 semalam.. Sedia maklum, Malaysia diwakili oleh 3 peserta iaitu Nazril Idrus (Pelakon, Pengacara dan juga suami kepada Sazzy Falak), Nik Aisyah Amirah Mansor dan Hanzo Nh Kian Tat.. Hanzo telah pun tersingkir di episod 2 yang lepas manakala terbaru iaitu semalam, giliran Nik pula tersingkir.. Jadi, satu-satunya wanita bertudung yang mewakili Malaysia dalam The Apprentice Asia, tiada!

Jika dilihat kepada Nik Aisyah Amirah itu sendiri, auranya belum menyerlah dan mungkin disebabkan itu, dia tersingkir awal.. Dengarnya dia rela menangguh majlis perkahwinannya demi menyertai The Apprentice Asia Musim 1..

#Hari ni mula sibuk dengan majlis perkahwinan adik bongsu!

Read more ...

Wednesday, 19 June 2013

Hari Busy ..... !

Assalamualaikum w.b.t.. Busy busy busy.. Hari ni hari yang busy sehinggakan tak luang masa menulis entri seperti sedia kala.. Salah satu sebabnya ialah esok Eraz akan mula bercuti sempena majlis perkahwinan adik bongsu dan selepas itu terus ke KL untuk kursus sehingga pertengahan minggu depan.. Jadi beberapa perkara di pejabat yang perlu diselesaikan sebelum bercuti.. Amanat-amanat juga perlu disampaikan dengan betul.. Fuh!

Read more ...

Wordless Wednesday #10 : Hadiah dari Allah

Read more ...

Tuesday, 18 June 2013

4 Selebriti Bersaing ke Separuh Akhir Masterchef Selebriti Malaysia 2

Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya nyata pasukan biru diketuai oleh Syura dan ahlinya Kenchana Devi telah kecundang di tangan pasukan merah yang diketuai oleh Celina dan ahlinya Rozita Che Wan.. Lagi bernasib baik, walaupun telah kalah di cabaran luar, Syura dan Kenchana tidak perlu ke pusingan penyingkiran kerana hari ini tiada penyingkiran.. Mereka berempat akan bersaing sesama sendiri dalam 3 pusingan sebelum seorang tersingkir dan 3 akan ke separuh akhir Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2..

Dalam ketiga-tiga pusingan berkenaan, mereka berempat akan diberikan markah 1 hingga 4 untuk setiap pusingan yang mana selebriti yang mengumpulkan markah terendah akan tersingkir sebelum ke pusingan separuh akhir.. Hari ini berlangsung pusingan pertama yang mana mereka perlu menduplikasikan masakan dan resepi Dato' Fazley.. Akhirnya setelah penilaian dibuat, Che Ta telah mendapat markah yang paling tinggi iaitu 3 dan diikuti oleh Celina, 2 markah.. Syura telah mendapat 1.5 markah manakala Kenchana Devi hanya mendapat 1 markah..

#Tunggu pusingan ke-2 pula..

Read more ...

Terima kasih ..


Assalamualaikum w.b.t.. Lepas je masuk office dari keluar lunch, terpandang satu kotak Pos Ekspres.. Errmmm.. Dalam hati, tak de pulak kawan atau saudara yang beritahu nak hantar sesuatu.. Terus tengok pengirim.. Rupa-rupanya seorang kawan ni.. (Dalam kepala dan boleh agak siapa).. Katanya hadiah harijadi yang tertangguh sebab dia tak tahu nak beli apa.. Puas hati dengan hadiah tu dan kualiti nampaknya sangat OK.. Warna dan design juga ok.. Katanya baru-baru terjumpa dan secara tak sengaja terus teringat dan sambar! Haha..

Terima kasih banyak-banyak dan Eraz tahu dia baca entri ni..

Read more ...

Acer Aspire P3 Ultrabook pula menjelma ..

Assalamualaikum w.b.t.. Acer Aspire P3 Ultrabook pula menjelma.. Ambil masa beberapa minit untuk baca apa kelebihan dan ciri-ciri yang ada serta harga yang ditawarkan, rasa 'terpikat' la pulak.. Alahai.. Apa yang Eraz cuba selongkar kat SINI, ada banyak juga kelebihannya..

Lagi image, boleh klik SINI..

Acer Aspire P3 – Komputer Definisi Baru
Memperkenalkan Acer Aspire P3 Ultrabook™ boleh ubah dan pengkomputeran peribadi baru.. Aspire P3 juga seperti Vernon yang penuh dengan kejutan. Anda boleh menggunakannya sebagai Ultrabook™ dalam urusan perniagaan, dan menjadikannya komputer tablet jika perlu..

Antara ciri-ciri yang Eraz baca di entri Eyriqazz ialah rekabentuknya yang nampak profesional dan unik.. Bentuk yang kecil dikatakan mudah untuk dimasukkan di dalam beg ketika menaiki kapal terbang.. User friendly, satu requirement bagi bloggers tegar macam Eyriqazz dan kita semua..

Untuk lebih tentang Acer Aspire P3 Ultrabook ni, korang boleh klik SINI..

#Berangan
Read more ...

Monday, 17 June 2013

Kisah Suami Isteri Main Sembunyi2 !

Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang baru pukul 10.35 pm.. Tapi mata rasa macam dah mengantuk, mungkin sebab kepenatan di office.. Sempat tengok Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 malam ini yang mana, Sajian Luar yang terakhir buat mereka kerana kepada kumpulan yang kalah, salah sorangnya akan tersingkir menjadikan Top 3.. Siapa diantara Celina, Che Ta, Syura dan Kenchana yang akan tersingkir? Tunggu esok..

Balik kepada tajuk entri.. Kisah Suami Isteri Main Sembunyi2 ! Untuk senang faham, baca keratan gambar di bawah.. Sayangilah isteri / suami anda.. Peace no war.. Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Malam..

Read more ...

Bagus ke iOS 7 ?

Perihal iOS 7
Perihal iOS 7

Assalamualaikum w.b.t.. Perihal iOS 7? Sebenarnya baru lepas borak dengan rakan office tentang iOS 7 ni.. Ada la beberapa info tentang iOS 7 ni.. Ada yang bagus, ada yang kritik.. Macam-macam.. Jadi lepas borak-borak tu, cuba google tentang iOS 7 ni.. Ada yang kata iOS 7 ni iPhone 5S? Jom baca satu ulasan / review tentang iOS 7 ni..

Apple baru sahaja merasmikan iOS terbaru iaitu iOS 7.. Seperti yang di jangka, event kali ini memang menekankan inovasi terbaru dalam versi baru Mobile OS.. Buat pertama kali, iOS 7 direka dan dibentuk oleh team Jony Ive dan Craig dan buat pertama kali, tetamu memberi “standing ovation”..

iOS kali ini didatangkan dengan interface terbaru yang seakan-akan 3D serta beberapa ciri baru pada notification center, clock, calendar, SIRI, Music, Photo, etc.. Apple juga terut menyediakan satu app “Air Drop” khas untuk pengguna iPhone 5 dan beberapa gadget yang terkini sahaja..

Selain itu, untuk pengguna.. iOS sekarang dilengkapi ciri2 keselamatan dipanggil “Activation Lock”. App ini berfungsi sekiranya anda kehilangan iPhone anda.. Pencuri tidak akan dapat menggunakan iPhone anda kerana ia memerlukan ID..

Berita terbaik untuk iPhone fans, iOS 7 didatangkan dengan Facetime Audio, bermakna, anda boleh menghubungi rakan2 anda dengan menggunakan data tanpa dikenakan caj ke atas talian anda..

Sumber Gambar : http://appadvice.com/
Sumber Info : http://rumorslogy.com/

Read more ...

Suatu petang di Karnival Sukan

Read more ...

Sunday, 16 June 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Syanie Selebriti Ke 15 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 : Syanie menjadi selebriti ke 15 tersingkir selepas dua episod back to back disiarkan malam ini.. Dalam senarai Top 5 sekarang, Syanie, Kenchana Devi dan Syura telah disenaraikan untuk pusingan penyingkiran.. Manakala Che Ta a.k.a Rozita Che Wan dan Celina automatik tersenarai untuk Top 4..

Semasa pusingan penyingkiran, ketam telah dijadikan HERO nya.. Dalam ketiga-tiga masakan di pusingan penyingkiran, semua boleh dikatakan OK oleh chef.. Tetapi seorang yamg tersingkir iaitu Syanie adalah kerana tidak mengikut peraturan.. Dengan kata lain, tersingkir akibat kesilapan teknikal.. Peraturannya ialah menggunakan ketiga-tiga ketam tetapi Syanie hanya menggunakan 2 ekor sahaja.. Itu yang membuatkan Syanie menjadi selebriti ke 15 yang tersingkir di dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 ini..

Kini hanya tinggal Celina, Rozita Che Wan, Syura dan Kenchana Devi..

Read more ...

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Read more ...

Selamat Hari Bapa - Setia Seorang Ayah

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ini, 16 Jun 2013 merupakan Hari Bapa yang disambut oleh rakyat Malaysia.. Sempena dengan itu, Eraz nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada my HERO, En. Nawawi yang telah menjaga Eraz daripada kecil sampailah besar panjang.. Umur pun dah 30 tahun sekarang.. Kalau Abah tak jaga anak ni dulu baik-baik, tak mungkin akan menjadi seperti sekarang.. I Love U Abah dan jasa Abah tidak akan dapat dibalas sehingga akhir hayat kerana sangat besar dan bernilai.. Terima kasih..

Selamat Hari Bapa juga kepada bapa mertua, En. Alias yang sudi menerima Eraz masuk ke keluarga dan menyerahkan tanggungjawab menjaga anak sulungnya.. Insyaallah, tanggungjawab berkenaan akan dipikul hingga ke akhir hayat.. Kepada 3 abang kandung, CMJ, EB, JD serta 2 abang ipar, Selamat Hari Bapa juga.. Juga kepada kawan-kawan semua dan rakan-rakan blogger yang telah bergelar bapa dan akan bergelar bapa.. Selamat Hari Bapa..

#Eraz baru nak bergelar bapa.. Doakan semua berjalan denga lancar sehinggalah isteri selamat melahirkan zuriat kami dengan selamat, sihat dan sempurna.. Amin.. Insyaallah..

Extra : Jom baca kisah seorang BAPA / AYAH / ABAH sempena sambutan Hari Bapa ini..

Read more ...

Saturday, 15 June 2013

Hero & Heroin Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2, Orang Kelantan !

Assalamualaikum w.b.t.. Errmmm.. Sesuatu yang tak kena dalam Anugerah Blokbuster 2 ni.. Mungkin tiada apa yang berjaya menarik perhatian.. Bile camtu, perhatian bukan 100% diberikan.. Tinggal! Tak boleh nak komen detail sebab tak tengok full.. Tapi melalui bacaan di twitter, banyak yang negatif dan positifnya..

Tetapi, secara kebetulannya, pemenang untuk Anugerah Hero dan Heroin Baru Terhebat bagi Anugerah Blokbuster 2 ni adalah orang Kelantan! Hehe.. Kebetulan.. Itu sahaja untuk entri ni.. Tahniah kepada Izzue Islam dan Neelofa..

#Untuk senarai penuh keputusan Anugerah Blokbuster 2, sure dah ramai yang update.. Search google.. ;D

Read more ...

Fahami Aktiviti Bayi Dalam Perut Ibu


Assalamualaikum w.b.t.. Sekarang ini isteri Eraz dah selamat mengharungi tempoh hamil 31 minggu dan menuju ke 32 minggu esok.. Alhamdulillah.. Dalam pada sudah dapat merasa pergerakan bayi di dalam kandungan, memang kita susah nak tafsir, apakah sebenarnya bayi sedang buat di dalam kandungan tersebut.. Di sini Eraz attachkan satu gambar yang memaparkan beberapa pergerakan bayi yang mungkin boleh kita agak.. 

Read more ...

Keputusan Akhir Piala FA Malaysia 2013 pilihan korang ...

Assalamualaikum w.b.t.. Apa keputusan akhir Piala FA Malaysia 2013 harapan korang? Bagi penyokong Kelantan, sah-sah la sokong Kelanatan kan.. Johor pula, terang dan nyata juga la.. Tapi member dari negeri lain lak camne? Segala keputusan akhir Piala FA MAlaysia 2013 antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) akan terjawab pada 29 Jun 2013, Sabtu ini.. Kelantan dan awal-awal istihar cuti tak kira menang atau kalah bagi memastikan semua penyokong pasukan Kelantan tak tergesa-gesa untuk pulang ke Kelantan.. Ada rezeki, boleh la bawa balik piala sekali.. Insyaallah.. Good Luck!!! 

Gambar Hiasan

Read more ...

Friday, 14 June 2013

Application tanpa download muncul ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya sejak dua menjak ni, makin 'gigih' application yang muncul di HOME Galaxy Tab ni.. Kebanyakkannya adalah jenis yang tah apa-apa.. Merapu je.. Yang ada gambar berunsur SX pun ada.. Padahal kita tak de tekan apa-apa pun.. Eraz nampak je ia muncul di Home, terus delete tanpa klik.. Tah apa-apa..

Rasanya ia akan berterusan.. Kalau tak sedar, boleh buat orang salah faham sebab ada sesetengah gambar tu ada memaparkan gambar wanita yang seksi.. Astaqfirullahalazim...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 10

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 10
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 10

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya Saya Isteri Dia masuk ke Episod 10 malam ini.. Walaupun tengok celup-celup, tapi sempat la tengok yang rekod punya.. Kalau nak tunggu tengok di tonton, memang malas la.. Tak de masa.. Kalau lepak depan tv, ok lagi.. Tak lama lagi, tamat la drama ni.. Kalau sekarang Sebenarnya Saya Isteri Dia ni dah masuk ke Episod 10, tak lama lagi, habis la ni.. 

Untuk sinopsis malam ni : -

Rania cuba membuat onar.. Dia mengupah orang untuk menculik Firash.. Rania cuba memfitnah Firash kononnya dia bersedudukan dengannya dan akhirnya ditangkap khalwat.. Siap ambik video lagi.. Mujur Firash sedar dan sempat lari..

Kredit : admya

Selamat menonton! Malam ni insyaallah boleh tengok live, itu pun kalau awal sampai rumah..

Read more ...

Aktiviti bulan Jun yang penuh !


Assalamualaikum w.b.t.. Bila tengok kalender bulan Jun 2013 ni, macam pening kepala sebab banyak betul aktiviti yang perlu diberi komitmen.. Kena pergi KL untuk Majlis Konvokesyen, Majlis Kahwin Adik, Kursus di KL dan maybe awal Julai pula majlis Pertunangan adik ipar.. Untuk Majlis Kahwin adik pula, bukan memerlukan masa sehari dua, tapi berhari-hari.. Jadi betul-betul kena agih jadual urusan dengan tepat! Cuti UL dan 1 AL pun kena atur dengan baik.. Annual Leave tak ambil banyak pun.. 1 hari je.. Yang lain semua Unrecorded Leave..

#Harapnya semua berjalan dengan lancar.. Mental, Fizikal dan semua-semua! Amin..

Read more ...

Thursday, 13 June 2013

Pesanan Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni ada siaran program Celik Hati yang dikendali oleh Prof. Dr. Muhaya di TV9.. Tajuk malam ini : Saya Budak Baik.. Satu topik yang menarik untuk kita dengar.. Menarik.. Antara tetamunya, Nurdiana Mohd Mardzi, penyanyi Najwa Latif dan penyayi Taleeb Mizad.. Satu pesanan Prof Muhaya pesan supaya jangan kita lakukan yang Eraz boleh share ialah :

1. JANGAN Benci pada orang
2. JANGAN Benci pada diri sendiri
3. JANGAN Menyesal masa lalu
4. JANGAN Takut & bimbang masa depan

Maka kita tidak ada masa menggunakan nyawa kita sekarang untuk melakukan sesuatu yang berkesan.. Insyaallah..

#Najwa Latif akhiri program Celik Hati Prof Muhaya dengan lagu AdaMu manakala awalnya Taleed Mizad dengan lagu Restui Cinta..

Read more ...

Masa ....

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ini dah 13 Jun 2013.. Memang cepat la.. Jika dulu sangat menanti-menantikan bulan Ogos 2013 yang mana ada 6, 7 bulan nak sampai, tapi kini 2 bulan je lagi.. Tapi dalam masa yang berjalan tu, memang tak boleh miss sikit pun sebab setiap masa tu berharga tak kira untuk diri sendiri, keluarga, kawan-kawan dan juga dalam pekerjaan.. Jika yang berlaku itu kurang best, jadikan pengalaman dan teladan.. Jika OK, alhamdulillah..

"Masa itu tidak boleh dikitar semula, oleh itu, usahlah membuang masa.."

Read more ...

Wednesday, 12 June 2013

Kelantan Umum Cuti Pada Ahad 30 Jun 2013 Sempena Piala FA 2013

Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum Kelantan berjaya ke Final Piala FA.. Seperti biasa, Kerajaan Kelantan yang memikirkan keselamatan rakyat Kelantan yang akan ke Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 29 Jun 2013, untuk menyokong perlawanan Akhir Piala FA 2013 antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) akan memberi cuti peristiwa kepada semua rakyat Kelantan tak kira perlawanan itu menang atau kalah.. Oleh sebab itu, 30 Jun 2013, Ahad, diumumkan cuti.. Ini petikan daripada Sinar Harian :


Read more ...

Wordless Wednesday #9 : Kemaafan

Read more ...

Dialog Kisah Destinasi Cinta dan Perkahwinan!

Assalamualaikum.. E'raz terbaca cerita ini di Facebook salah seorang kawan USM dulu.. Baca-baca punya baca, ermmmm... Rasanya sangat menarik untuk disharekan kepada semua yang selalu datang ke blog E'raz samada lelaki atau wanita dan sudah berkahwin atau belum.. Jom bagi masa sedikit je untuk baca cerita ini..

| "Sayang, B tak sempurna, maka lengkapkan dengan sebahagian yang ada pada sayang.." |


Isteri : abg..ke mana destinasi perkahwinan kita?

Suami : =) ke syurga...

Isteri : dengan bekalan apa?

Suami : rahmat dan kasih sayang Yang Esa...

Isteri : hanya itu?

Suami : kita beramal, beribadat hanya kepadaNya..selebihnya pengharapan itu tertumpu hanya padaNya.. syg jadi isteri abg yang solehah..syg dengar cakap abg selagi mana abg benar mngikut syarak..syg jaga keseluruhan yang ada pada abg..agama,maruah,keluarga,harta,anak2 kita..berjihad di sisi abg...dan jgn pernah syg guris hati abg...

Isteri : kalau ter?? guris??

Suami : =) kalau abg x redha??

Isteri : kalau abg xredha nanti jadi apa??

Suami : malaikat akan melaknat syg..segala amalan syg yang syg buat selama ni hilang macam 2 jek..syg nk??

Isteri : em..xmo2!! syg xmo!!

Suami : em..baiklah..kalau xmo,xpe..jadi..jangan keras2 ati sgt yek syg..abg sayang syg kerana Allah..maka,cintai abg juga keranaNya... abg x sempurna, maka lengkapkan dengan sebahagian yang ada pada syg..

BAHAGIA :::

Sekian,

Kredit cerita : Facebook!

Jemput ke Page E'raz Fadli

Read more ...

Tuesday, 11 June 2013

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Michael Ang Selebriti Ke 14 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Michael Ang menjadi selebriti ke 14 yang tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 dan menjadi peserta selebriti lelaki terakhir yang tersingkir.. Sekarang tinggal 5 selebriti iaitu Celina, Syura, Syanie, Rozita Che Wan dan Kenchana Devi.. 

Semasa mengumumkan penyingkiran Michael, Che Ta tiba-tiba menuju ke tengah dan menyatakan bahawa ingin menarik diri seperti Pak Nil.. Tapi, chef dan kawan-kawan tidak memberi persetujuan.. Akhirnya Che Ta teruskan juga perjuangannya di Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2 demi Michael Ang..

Read more ...

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Enot Selebriti Ke 13 Tersingkir

Assalamualaikum w.b.t.. Enot tersingkir, itulah yang terjadi di Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2 Minggu 8 Episod 30.. Rezeki tidak menyebelahi Enot selepas digagal menyaingi rakan selebriti lain iaitu Rozita Che Wan, Michael Ang dan Celina semasa pusingan penyingkiran walaupun tema pusingan berkenaan seolah-olah tepat dan sangat sesuai dengan Enot.. Pencuci Mulut.. Tahniah untuk untuk Enot kerana beliau mampu bertahan di Top 7 sebelum menjadi selebriti ke 13 tersingkir dalam Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke 2..

#Enot menang kerana pencuci mulut dan dia juga kalah / tersingkir kerana pencuci mulut..'Errmmm..

Masterchef Selebriti Malaysia 2 : Enot Selebriti Ke 13 Tersingkir

Read more ...