Tuesday 15 October 2013

Jom layan Cinta Mat Semperit

Drama Cinta Mat Semperit

Drama Cinta Mat Semperit | Assalamualaikum w.b.t.. Cinta Mat Semperit? Perkataan 'Semperit' tu sebenarnya salah satu biskut raya popular di hari raya.. Jadi untuk hari raya Aidiladha kali ni 15 Oktober 2013, TV3 ada menayangkan drama Cinta Mat Semperit pada pukul 10.00 malam ni..

Eraz dah tengok promo di TV3 baru ni.. So dah set dah tengok.. Jadi rekod awal-awal kot-kot terlepas kan.. Isteri Eraz pula katanya nak tengok Fasha Sandha.. Penampilan Fasha selepas bersalin.. Selain Fasha Sandha, antara pelakon lain ialah Izara Aishah dan Aeril Zafrel.. Dah baca sinopsis? Ini ada sikit yang Eraz boleh taip..

Kak Lola (Fasha Sandha) yang handal membuat kuih semperit dan kelebihannya itu membuatkan dia dikenali sebagai pembuat kuih semperit terbaik di kampungnya.. Namun, bakat Kak Lola itu dicemburui oleh Chef Kamus (Roy Azman).. Chef Kamus ingin mengetahui rahsia dan bahan-bahan yang digunakan oleh Kak Lola dalam membuat kuih semperit.. Jadi, Chef Kamus meminta adik perempuannya, Ariani menjadi perisik untuknya bagi mendapatkan resipi kuih semperit Kak Lola.. Lagi? Kena tengok malam ni.. Haha..

SUMBER Sinopsis : Budiey

12 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.