Sunday 18 November 2018

PENCARIAN PROTEGE #ProjekRM1000seMinggu

PENCARIAN PROTEGE #ProjekRM1000seMinggu !


Apa yang anda bakal dapat?

Bonus 100% milik anda
Untung runcit 100% milik anda
ILMU bisnes percuma 
Ada MENTOR
Ada SISTEM
Cuma daftar RM47 sahaja
Peluang di tangan anda. Anda buat anda dapat.

Kita tak mampu ubah ekonomi negara, tapi InsyaAllah kita mampu ubah ekonomi keluarga kita

Alhamdulillah kita sale bersama team telah mencecah RM 150 Ribu . Syukur Alhamdulillah . Jadi jom jadi protege . Kami guide satu persatu sampai jadi .

Whatsapp👇
www.wasap.my/60179773382/nakbuatbiz

#NaikpangkatNaikGaji via #ProjekRM1000seMinggu biz Online Modal RM 47 gaya STG #beU_MassiveFighter

Read more ...

BIO-SELEZA Yang HOT

Assalamualaikum w.b.t . Masa mula-mula join bizOnline SHOM #ProjekRM1000seMinggu ni , ada juga yang pelik . Eh! Dia lelaki , tapi dia jual produk wanita la macam Pad , Pantyliner , Herba Maharani  dan lain-lain .


Bagi abam sendiri , takde masalah pun . Janji perkara tu bukan haram . Abam jual , laku , abam juga dapat bonus kan . Syukur Alhamdulillah . Produk SHOM ni memang dikenali ramai orang . Kadang-kadang sebut je , terus orang dah boleh 'tangkap' .

Antaranya BIO-SELEZA PAD & PANTYLINER ni . Ia memang antara yang laku keras dalam biz abam ni . Ada yang ambil sekotak terus , ada 6 pek dalam tu samada campur-campur atau satu jenis . Ada yang beli secara loose . Takde masalah .

Cuba tengok video di bawah . Banyak dah kotak kosong . Tengok kotak kosong ni sayang pulak . Kualiti kotak , tip top ! Boleh recycle ni . Hehe . By the way , sejak mula aktif pada awal Februari 2018 yang lepas , Alhamdulillah , sale abam bersama team dah cecah RM 150 Ribu  .Syukur Ya Allah .


#ProjekRM1000seMinggu
Read more ...

Monday 24 September 2018

PENERIMA ANUGERAH SM #ProjekRM1000seMinggu

Bismillahirrahmanirrahim ,


PENERIMA ANUGERAH SM #ProjekRM1000seMinggu

Assalamualaikum w.b.t . Alhamdulillah . 22 September 2018 baru ni , Eraz berjaya naik pentas di Majlis Penganugerahan SM / SSM sempena kenaikan pangkat ke Sales Manager pada bulan Mac 2018 yang lepas dengan sale terkumpul dengan RM 20,000 . Syukur . Sepatutnya dapat naik pentas sekali lagi pada hari yang sama untuk pangkat Sales Senior Manager (SSM) tapi tak sempat sebab majlis ni hanya untuk usahawan yang naik pangkat dari bulan Januari - Jun 2018 . 

Eraz naik pangkat Sales Senior Manager pada bulan Julai 2018 . Tapi tak de masalah , next event kite datang lagi . Hehe . Alhamdulillah berkat follow Mentor 200% , Eraz berjaya jejak kaki ke pangkat SSM selepas 5 bulan naik pangkat SM dengan sale terkumpul bersama team sebanyak RM 60,000 . Alhamdulillah .

Dengan adanya sistem , ilmu dan mentor yang hebat , energy setiap hari untuk biz ni sangat kuat . Setiap hari penuh dengan semangat untuk naik pangkat seterusnya secepat mungkin sehingga berpangkat CDM yang mana akan automatik bebas dari masalah kewangan ! Yes ! Itu target Eraz . CDM 2019 .

Untuk 2018 ini , Diamond itu pasti !
Read more ...

Reward Diri Sendiri Dari Bonus September 2018 #ProjekRM1000seMinggu

Bismillahirrahmanirrahim ,


Reward Diri Sendiri Dari Bonus September 2018 #ProjekRM1000seMinggu

Assalamualaikum w.b.t . Alhamdulillah . Setiap kali dapat bonus untuk #ProjekRM1000seMinggu ni , pasti Eraz akan agihkan beberapa percent untuk reward pada diri sendiri atau family . Salah satu reward untuk diri sendiri menggunakan #BonusProjekRM1000seMinggu pada bulan September 2018 ialah kasut , tali pinggang dan seluar . Selamat rembat 3 barang ! Syukur Alhamdulillah . Semua untuk kegunaan harian .

Syok je shopping dan memilih masa tu . Tenang sebab tak ramai orang . Ya la , masa tu belum gaji , so mall memang lengang la . Biasa bonus tu kami dapat dalam 11 ke 13 hb setiap bulan . Salah satu sebab shopping juga ialah untuk ke Majlis Penganugerahan SM / SSM bagi semua yang naik pangkat SM dan SSM bermula dari Januari hingga Jun 2018 . Nanti Eraz cerita pula pasa anugerah tu .

#ProjekRM1000seMinggu
Read more ...

Sunday 23 September 2018

Semuanya Bermula Dengan RM 50 Tapi Kini Hanya RM 47

Bismillahirrahmanirrahim ,


Assalamualaikum w.b.t . Semuanya bermula dengan RM 50 tapi kini hanya RM 47 serta yang pasti ianya akan berganda kepda income bonus kepada RM 4,500 . Ini tak tipu . Serius ni . Bukan berlaku kepada orang lain , tetapi kepada Eraz sendiri .

Eraz dulu memang bermula dengan RM 50 dan bila aktif 100% pada Februari 2018 , bonus Eraz mencecah RM 4,500 ++ pada bulan Mac 2018 . Syukur Alhamdulillah sebab Allah takdirkan dipertemukan dengan  bizOnline ni .


Selama hampir 8 bulan berjalan dengan lancar je . RM 4,500 itu memang bonus abam paling tinggi setakat ini dan pasti bulan - bulan lepas ni akan pecahkan rekod tu . Dan dengan komitmen yang diletakkan dalam biz ini , bonus pasti akan kenal sebanyak 4 angka dan akan menuju kepada 5 dan 6 angka . Amin .

Syaratnya simple sahaja , 1st Follow 200% . Itu kunci utama . Bertuahnya ada leader dan mentor yang selalu bersama-sama . Eraz sendiri bermula dengan zero dan Alhamdulillah kini menjadi leader kepada team #ErazFadliFighter yang mempunyai hampir 50 orang ahli team .Ya Allah , memang tak terbayang pun sebelum ni .Tapi yang mustahil semua akan muncul di depan mata secara realitinya . Janji kita usaha .

Road to Diamond 2018 . Izinkan Ya Allah . 

#ProjekRM1000seMinggu #Whatsapp 0179773382
www.wasap.my/60179773382
Read more ...

ERAZFADLI.COM Kembali Dengan Kisah Baru

Bismillahirrahmanirrahim ,


Assalamualaikum w.b.t . Subhanallah , lamanya Eraz tinggalkan blog kesayangan ni . Tapi bukan bermakna terus nak lupakan . Ogos lepas tetap renew domain ini supaya semua kenangan dalam ni masih lagi kekal . Bukan senang nak bina ERAZFADLI.COM ni bermula 2011 yang lepas kerana penat lelah tu sentiasa dalam ingatan . Maaf kepada semua pembaca setia yang dulunya selalu follow blog ni tetapi sekarang , Eraz tak pasti samada masih lagi ingat atau tidak akan kewujudan blog ni .

Insyaallah ada je peluang , Eraz akan cuba selitkan pada semua coretan peribadi Eraz untuk semua . Syukur Alhamdulillah , sejak bergelar blogger dulu-dulu kala , Eraz masih kekal kerja di tempat sama dulu . Maksud Eraz kerja hakiki . Syukur masih diberikan rezeki ini dari Allah bermula awal tahun 2007 sehinggalah sekarang masih berada di bangunan pejabat yang sama .

Anakanda masih kekal dua orang iaitu Zara Faleesya dan Adam Fitri . Masih belum berniat untuk tambah tapi insyaallah soon . Hehe . Kereta pun masih sama . Haha . Hakikat nya masih banyak yang sama la . Cuma apa yang sedikit berbeza sekarang ialah wujudnya #ProjekRM1000seMinggu dalam hidup Eraz . Syukur Alhamdulillah sangat yang Eraz ditakdirkan oleh Allah untuk berjumpa dengan orang-orang hebat dalam bizOnline santai ni .

Bermula dengan beli Min Kaffe pada bulan Ogos 2017 sehinggalah aktif 100% pada Februari 2018 , Eraz kini bergelar Usahawan SHOM yang berpangkat Senior Sales Manager dan sudah berjaya mempunyai Team #ErazFadliFighter serta mempunyai sale terkumpul bersama team sudah melebih RM 90,000 . Syukur Alhamdulillah . 

Pada bertuah , dengan bizOnline ini , ianya dapat membantu Eraz dalam mengukuhkan ekonomi keluarga dan pernah mendapat bonus bulanan paling sebanyak RM 4500 sebulan . Subhanallah .

Oleh sebab itu , Eraz nekad untuk cuba aktifkan semula diri dalam dunia blogger dan cuba kongsi kejayaan Eraz setakat ini dengan semua pembaca . Sebelum tamatkan dulu entri pertama ini , Eraz nak berterima kasih banyak-banyak kepada sifu-sifu Eraz yang membawa Eraz ke dunia ini . Mereka adalah :

1. Leader Diamond , DDM Nur Auni Omar
2. Mentor CDM Ustazah Haizatul Akma Abdul Malek
3. Mentor CDM Ustazah Syahidah Hasan
4. Tak lupa kepada family dan team #ErazFadliFighter

Tunggu next entri ok .
Read more ...

Thursday 7 June 2018

Mandian DASHING 2 IN 1 Face & Body Wash Pelengkap Mandian Si Jejaka

Assalamualaikum w.b.t.. Semakin mudah urusan itu, semakin suka la lelaki itu.. Betul tak? Tak kira la dalam apa jua urusan pun, kalau ada cara yang paling mudah boleh selesaikan, cara itu la yang akan dipilih.. TETAPI mesti la cara betul dan berkesan kan.. Kalau sebaliknya, buat apa nak buat.. Dan ini yang berlaku pada Sabun Mandian Badan Terbaru Dashing ini.. Atau dalam kata lain nya, Face Body Wash 2 in 1.. Kenapa?


Sebabnya produk terkini dari Dashing ini menggabungkan dua perkara yang lelaki akan lebih cepat berada dalam bilik air.. Insyallah.. Satu produk boleh cuci muka dan badan.. Haaaa.. Dikategorikan sebagai produk mandian ini dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin.. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.


DASHING 2 in 1 Muka & Badan ini akan menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan.. Pembersih wajah dan badan ini tersedia dalam pek pam bersaiz 700-gram.. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit.. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari..

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.


COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang.. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki.. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin..

ACTIVE - Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber.. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa. .


ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk..

HATTRICK - Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian.. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber..   



Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah.. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar..

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat.. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan..

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml.. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan..
Read more ...

Rahsia Min Kaffe (Kopi Viral)

Rahsia Min Kaffe (Kopi Viral) | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa sekarang tengah amalkan minum Min Kaffe? Atau secara general lagi, pernah dengar pasal Min Kaffe? Lama dah rasa nak menulis tentang Min Kaffe ni tapi orang kata ada je halangan.. Jadi hari Isnin ni, ambil juga masa sekejap untuk draf dan sampai masa dia, kita publish untuk bacaan semua.. Kenapa Eraz nak sangat share? Sebabnya Min Kaffe ni memang banyak khasiatnya dan Eraz sendiri amalkan Min Kaffe dari tahun lepas lagi.. Alhamdulillah memang nampak banyak kebaikannya dan sampai ramai kawan-kawan sekeliling pun amalkan sama..


Itulah dia kotak Min Kaffe.. Dalam sekotak tu ada 20 sachets.. Min Kaffe ni sebenarnya banyak khasiatnya.. Eraz sedar semua ni selepas amalkan masa bulan puasa tahun lepas.. Setiap pagi semasa sahur, memang Eraz akan ambil 1 sachet Min Kaffe.. Dan pada hari pertama tu memang mengharapkan tenaga dan tahap tahan lama tu akan berlainan macam biasalah.. Dengan izin Allah, memang puasa tahun lepas memang berlainan.. Rasa puasa tu smooth je.. Lapar pun tak sangat.. Gastrik pun tak.. Angin pun tak.. Memang cool la rasa.. Alhamdullillah..


Kenapa banyak sangat effect tu ya? Ini sebabnya.. MIN KAFFE mengandungi Mineral Magnesium dan Garam Buluh yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan.. Malah sangat sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi.. MAGNESIUM merupakan sumber mineral penting untuk menggalakan penyerapan kalsium dalam badan..

MIN KAFFE yang dipilih ramai pengguna ini diformulasikan dengan Garam Buluh berorganik dari Korea yang semulajadi, diadun bersama serbuk kopi segar Robusta yang amat mengharumkan.. Adunan istimewa kopi ini bukan sahaja memenuhi kepuasan para penggemarnya dengan aroma yang menyegarkan, malahan membekalkan pelbagai bahan mineral terutamanya Magnesium..

Magnesium merupakan sumber mineral untuk menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium. Magnesium juga dikenali sebagai mineral anti stress.. Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari.. 

Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu pula wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.. Terbaik kan?


Khasiat MIN KAFFE :

1.  Kaya dengan Mineral yang diperlukan oleh badan
2.  Dapat meneutralkan ASID dalam badan
3.  Bersifat anti-oksidan yang mampu melawan sel kanser
4.  Mampu menjadi diet harian
5.  Mencegah komplikasi Kencing Manis
6.  Menstabilkan tekanan darah
7.  Mencegah dan memulihkan  Gastrik
8.  Mencegah Osteoporosis
9.  Merendahkan risiko sakit jantung
10. Mengubati Asma
11. Mencegah Migraine
12. Memberi Kesegaran dan Tenaga sepanjang masa
13.  Anti Penuaan


Banyakkan kelebihan? Dan yang penting juga untuk orang nak diet.. Macam pengalaman Eraz sendiri, biasa setiap pagi memang Eraz akan ambil satu sachet Min Kaffe sebelum breakfast.. Kadang-kadang sampai skip breakfast sebab terlupa yang belum makan.. Min Kaffe ni memang boleh buat kita rasa kenyang.. Dan kalau nak ambil set diet, selalunya mereka akan ambil Min Kaffe bersama dengan Nurich Garlic Tablet.. Bukan sahaja boleh mengempiskan perut, malah turut membantu mengurangkan berat badan berlebihan..

Siapa yang berminat untuk cuba Min Kaffe, boleh whatsapp No. ini : +6 017 977 3382 untuk dapatkan tawaran harga yang menarik.. Dan kalau nak tengok produk lain selain dari Min Kaffe iaitu produk Hai O lain, boleh ke Instagram INI.. Jadi whatsapp sekarang ok !

Read more ...

Wednesday 6 June 2018

Kehidupan Seorang Ibu Bapa Kepada Zara Faleesya | Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Ini lumrah bila jadi ibu bapa.. Bila dah ada anak, sekejap je kita akan rasa cepatnya anak aku ni membesar.. Kalau sebelum ni baby lagi, tapi sekarang dah 5 tahun kakaknya dan adik dah masuk 3 tahun.. Dua-dua bukan lagi duduk di nursery.. Sorang dah masuk tadika dan seorang lagi dah masuk Taska.. Dua-dua dah mula dapat pendidikan yang formal orang kata..


Biasa itu la yang berlaku tambah-tambah lagi bila kedua-dua ibubapa bekerja.. Bila dua-dua bekerja, bermula dari isteri masuk kerja habis pantang, anak akan terus ke nursery.. Macam Adam Fitri, umur dua bulan, dah ke nursery.. Kecik-kecik dah kena duduk dengan orang tak kenal.. Hehe.. Tapi alhamdulillah masa kat nursery, semuanya baik-baik belaka.. Sampai la mereka dah besar.. Alhamdulilah..


Inilah Adam Fitri yang baru sahaja genap umur 3 tahun hujung Mei lepas.. Mungkin kah ini anak bongsu kami? Hehe.. Tiada yang mustahil kan.. Tapi realitinya buat masa ini, inilah anak bongsu kami.. Sampai sekarang, Adam sendiri memang bahasakan diri sebagai Adik.. Kalau ada jumpa dengan sepupu yang lebih kecil, dia akan bahasakan diri sebagai Adik Abang.. Haha.. Sangat aktif.. 


Kakak yang cantik jelita macam Mama ni akan masuk 5 tahun pada Julai ni.. Umur  4 tahun dah masuk tadika.. Adik pun akan menyusul next year.. Alhamdulillah progressnya sangat ok.. Alhamdulillah.. Pilihan kami tepat.. 2020 nanti dah masuk Darjah 1.. Ya Allah.. Terima kasih atas kurniaan ni.. Alhamdulillah semua membesar dengan baik sekali.. 

Cabaran kami sebagai ibu bapa ialah bila cuti tak selari.. Jadi hati Papa ni memang terusik dengan diri sendiri orang kata.. Nak bawah jalan2 susah, nak bawak bercuti pun susah.. Ada halangan.. Tapi mungkin itu sekarang.. Lepas ni kita tak tahu kan.. Mungkin sekarang life hujung minggu anak tak sama dengan dengan anak orang lain.. Tapi lepas ni? Tak siapa yang tahu.. Selalu doakan semoga dipangjangkan umur supaya dapat membesarkan mereka dengan baik.. Insyaallah..
Read more ...

Kini Tanpa Caj GST 6% di Souq Ramadan @ Perdana | Buffet Ramadan 2018

Souq Ramadan @ Perdana | Buffet Ramadan 2018 - Assalamualaikum w.b.t .. Tu diaaa.. Kita up lagi sekali walaupun di minggu terakhir Ramadan 2018.. Kenapa? Sebab bermula Jun 2018, tiada lagi caj GST dan harga sekarang lagi murah berbanding awal Ramadan hari tu.. So tunggu apa lagi, kalau tak sanggup nak tengok gambar-gambar di bawah ni, boleh la pergi hari ni sampailah ke akhir Ramadan untuk menjamu selera bersama keluarga dan kawan-kawan ok.. Apa menu yang ada? Haaa...


Kurma ini adalah wajib dimana-mana tempat berbuka puasa.. Tak perlu diterangkan kenapa sebab semua umat islam dah tahu kan.. Kurma yang ada di Souq Ramadan @ Perdana ni memang banyak jenis.. Paling minimum pun ada 5 jenis yang koran boleh pilih.. Alhamdulillah kita mulakan dengan yang baik ok.. Seterusnya kita pergi ke menu utama ok!

Menu Ramadan pada tahun ini bertemakan menu tradisi kampung dan juadah ala Timur Tengah.. Perasan tak ada perkataan 'Souq' tu? Souq tu bermaksud pasar atau bazar dalam bahasa Arab. So kali ni ada lebih dari 185 sajian dari seluruh Malaysia termasuk menu pilihan dari Timur Tengah.. Kumpulan Chef yang diketuai oleh Eksekutif Chef Ibrahim Abu Lasi akan menyediakan menu bufet yang menyelerakan dengan menu yang berbeza setiap hari dan akan dihidangkan secara bergilir-gilir untuk 6 hari pusingan..


Nasi Mendy Kambing
 

Nasi Mendy Ayam










Tu diaa.. Amacam dengan menu utama tu? Antaranya ada Kari kambing Gearbox, Gulai Kawah Daging Tetel, Kari kepala Ikan, Gulai Ayam Kampung Sumatera dan Daging Salai masak Lemak Mangga Muda.. Semua boleh buat tak senang duduk kan.. Hehe.. 








Bila dah tengok gambar kat atas tu, automatik dah dapat tahu itu pencuci mulut kan.. Selesai makan main menu, mesti ditamatkan dengan pencuci mulut kan.. Seperti sebelum-sebelum ni, pencuci mulut ni memang tak dapat dikira sebab memang pelbagai orang kata.. Nak rasa yang macamana? Semua boleh pilih ikut citarasa..

Selain daripada itu, Hotel Perdana juga membuat kelainan dari segi program kemasyarakatan di mana pihak hotel akan bekerjasama dengan ketua ketua kampung untuk memberi sumbangan kepada golongan yang betul betul memerlukan dengan memotong RM1 setiap pembelian di Hotel Perdana..

Sebarang pertanyaan atau persoalan korang boleh ke :

Read more ...

Wangian Untuk Lelaki Aktif | Dashing Hitman dan Dashing Golden Boot

Assalamualaikum w.b.t .. Dashing dan Eraz ni sebenarnya dari zaman sekolah kot.. Dan lebih aktif di zaman belajar di USM dulu-dulu.. Jangan ingat Eraz belajar di USM tu 5, 6 tahun yang lepas.. Harapa maklum Eraz masuk USM tahun 2002 lagi.. Sekarang 2018.. So agak-agak dah berapa tahun? Zaman tu zaman bedak lagi.. Hehe.. Lamanya dengan Dashing..

Dan sekarang Dashing memang sentiasa up to date orang kata.. Ada saje produk terbaru yang mereka keluarkan nampaknya.. Memang tak pernah lama la dengan produk sedia ada.. Mesti bertambah.. Dan terkini khas untuk lelaki-lelaki yang aktif dan mahu kekalkan wangi tu.. Lelaki sekarang memang dah hebat sebab walau apa pun keadaan, wangi tu wajib! Siapa setuju?

Wangian Untuk Lelaki Aktif | Dashing Hitman dan Dashing Golden Boot

Mana-mana lelaki yang aktif dan sentiasa berpeluh tu, ini antara penyelesaian yang korang boleh cuba ok.. Wangian terbaru untuk lelaki aktif dari Dashing ni, dua-duanya lengkap dengan Deodorant Spray dan Eau De Toilette.. See, tak pernah tak lengkap kan.. Dua-dua sekali keluar.. Deodorant Spray dan Eau De Toilette juga ada dua jenis ok.. 

Apa yang menariknya Deodorant Spray ni ialah ia memberi perlindungan 24 jam dan juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan.. Takde la lelaki aktif berasa tak selesa kan? Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.. Alhamdulillah.. 

Dashing – HITMAN



Bauan baru Dashing Hitman adalah aroma kesegaran daripada citrus dan ice cucumber yang menjadikan wangian ini lebih kepada daya penarik seseorang pemakai dan pastinya meningkatkan keyakinan diri setiap lelaki aktif..

Dashing – GOLDEN BOOT



Dashing Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih menggoda kerana ia adalah bauan dari ekstrak daun Rhubarb dan Pimento, yang mana akan menyerlahkan lagi kehangatan maskulin seseorang pemakai lantas memberikan aroma kelelakian yang memukau dan tidak dapat dilupakan..

Tu dia.. So mana satu pilihan korang? Kalau Eraz sendiri, memang dua-dua tu sesuai.. Kalau dapatkan kedua-duanya, boleh gilir-gilir pakai.. Tapi yang pasti, dua-dua tu memang mempunyai dua bau yang berbeza dan boleh membawa kita ke dua dunia yang berbeza.. Gitu.. Hehe...


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.dashing.com.my atau terus ke laman Facebook mereka di www.facebook.com/Dashing.MY

Read more ...

Sunday 25 March 2018

Perdana Street Food Kembali Dengan Pelbagai Menu Baru

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih kepada wakil Hotel Perdana, Kota Bharu.. Buat kali yang keberapa ya agaknya Eraz berpeluang untuk mencuba sendiri dan menjadi antara orang yang pertama menjelajah ‘kawasan’ Perdana Street Food kali ini.. Perdana Street Food yang dianjurkan oleh Hotel Perdana ini telah bermula pada 15 Mac 2018 baru ni dan akan berakhir pada 15 April 2018.. Ingat ya, sebulan sahaja.. Kalau terlepas yang ini, rugi tu.. Food Street sebelum ini, Eraz pergi 3 kali.. Rekod personal.. Hehe.. 

Jika siapa yang sudah pergi tahun lepas atau sebelum-sebelum ini, kali ini Perdana Street Food kembali ke kawasan sekitar kolam yang serba cantik itu.. Masa untuk Perdana Street Food ini ialah bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam.. Nak makan situ boleh, nak ‘take away’ pun boleh.. Mana-mana yang selesa ok..


Gambar di atas merupakan suasana di Perdana Street Food.. Ini gambar sebelum Maghrib ya.. Dan jangan risau, walaupun malam, ianya cerah dan suasana akan bertukar menjadi lebih romatik sikit orang kata.. Hehe.. Semua gerai tersusun di sekitar kolam renang berkenaan.. Meja makan di tengah-tengah.. Jadi sangat senang untuk korang ke mana-mana untuk tempah makanan..


Kalau siapa-siapa yang dah pernah pergi sebelum ini, korang harus pergi lagi sebab ada beberapa menu baru yang mengancam orang kata.. Apa antara yang baru? Desserts meletop iaitu Crepe Suzette dan Sweet Pasta.. Mungkin susah ni nak jumpa di kedai-kedai biasa.. Tapi Perdana Street Food bagi kesenangan untuk mencuba..

Crepe Suzette 

Sweet Pasta

Sekarang kan Ais Kepal sangat viral di tepi jalan kan.. Tapi Perdana Street Food tak nak la yang senang untuk didapatkan ke situ.. Jadi khas untuk kali ini, disediakan Ais Kepal Buah-Buahan.. Memang kaya dengan rasa dan buah-buahan la..



Dan yang paling menjadi perhatian Eraz ialah Dim Sum.. Bukan setakat Eraz, wife pun meang suka Dim Sum ni.. Kalau tahun lepas memang takde langsung Dim Sum.. Tapi kali ni, alhamdulilah.. Tersedia dengan 3 set menarik untuk korang cuba..


Tidak ketinggalan juga kali ini mereka menyediakan Laksa Utara dan Soto Ayam merupakan antara menu baru yang diperkenalkan kali ini.. Rasanya? Memang ummphh.. Memang kami masing-masing cuba baru ni.. Dah nama menu baru, wajib la cuba kan.. Tapi juga, Perdana Street Food masih lagi mengekalkan menu-menu menarik sebelum ini seperti ikan bakar, Kway Teow Kerang, Char Kway Teow, pelbagai jenis Roti Canai, Burgers, Lok-Lok, Teppanyaki, Shawarna dan pelbagi jenis minuman yang korang boleh pilih..




Selepas selesai mencuba menu-menu menarik di sana, sempat kami bergambar bersama rakan blogger yang lain dan juga bersama orang-orang hebat Hotel Perdana..




Untuk tempahan dan pertanyaan, korang boleh hubungi 07-7458888 atau fak : 09-7588855

Korang juga boleh lawati :



Read more ...