Friday 31 January 2014

Fikir sejenak ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah dan insyallah malam ni masih diteruskan dengan Majlis Tahlil di rumah mertua.. Sering kali teringat untuk kongsi sesuatu di blog ERAZFADLI.COM ni.. Tetapi kadang-kadang idea tu terhalang kerana terlalu banyak yang bermain di fikiran dan banyak benda yang perlu difikir..

#Pada masa ni, support dari ahli keluarga dan SAHABAT sangat-sangat diperlukan.

Read more ...

Duit Akhirat ..


Duit Akhirat | Assalamualaikum w.b.t.. Sesudah kaum-kaum Adam ke masjid untuk Solat Jumaat, Eraz nak share satu gambar dan kata-kata yang Eraz jumpa di Facebook sebelum ni untuk tatapan bersama.. Insyaallah..

"Bila kita membeli belah di kedai, kita tukarkan duit dengan barang. Oleh yang demikian, kita tidak sayang belanjakan duit kerana nampak barang di depan mata.. Namun, sedarkah kita bila kita laburkan duit untuk kebaikan, seperti kita membeli pahala dengan duit kita.. Walaupun pahala ini benda yang tidak nampak, tetapi itulah duit kita di akhirat.."

- Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Wassalam..

Read more ...

Mana Pinky Zara ?

Assalamualaikum w.b.t.. Itu ayat Papa Zara masa duk cari Pinky.. Baru ingat nak bagi Zara main, sekali tertinggal kat Nursery.. Ini sebab Eraz datang tiba-tiba nak amek Zara lepas dapat berita pemergian Tok Bah Zara.. Seminggu lebih la kot Pinky Zara duduk kat Nursery..

#Mainan baru Zara belum sampai

Read more ...

Thursday 30 January 2014

Setelah seharian ..

Assalamualaikum w.b.t.. Dari pagi sampai ke malam, memang tak duduk diam.. Sekarang? Alhamdulillah.. Maaf sebab dalam sehari dua ni, Eraz memang tak aktif menulis entri macam sebelum ni..

Untuk makluman pada yang belum tahu, Eraz telah 'kehilangan' bapa mertua pada petang Selasa kerana Allah lebih sayangkan dia..

Read more ...

Hampir selesai ..

Assalamualaikum w.b.t.. Majlis Tahlil dan Majlis Kesyukuran hampir selesai.. Malam ni buat majlis Tahlil sekali ni tapi di Madrasah yang biasa bapa mertua pergi.. Permintaan orang madrasah.. Kepenatan yang tak boleh digambarkan..

#Masih ade lagi tetamu yang datang..

Read more ...

Tidak di sangka-sangka ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum pemergian bapa mertua, beliau sempat menjadi wali kepada adik ipar Eraz untuk majlis pernikahan.. Semua tak dijangka, Allah terlebih sayangkan dia dan jemputnya kembali pada esok nya.. Majlis kesyukuran hari Khamis (hari ini) masih diteruskan dengan sederhana di sertakan dengan Majlis Tahlil selepas solat Zohor.. Al-Fatihah kepada arwah.. Wassalam..

Kerusi kegemaran arwah
Read more ...

Wednesday 29 January 2014

Terharu ..

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni ada ramai kawan-kawan wish Salam Takziah dan sedekahkan Al-Fatihah.. Terima kasih banyak-banyak.. Tapi ada sesetengah ucapan tu, ada yang berjaya mengusik jiwa.. Mungkin orang-orang tertentu akan faham..

Read more ...

Terima kasih

Assalamualaikum w.b.t.. Terima kasih kepada semua yang datang menziarah.. Tiada apa yang yang boleh diucapkan dengan kata-kata.. Terima kasih..

Read more ...

Al-Fatihah

Read more ...

Tuesday 28 January 2014

Sampai 2 kali .. Haha ..

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni mood malas tu ada.. Sampaikan nak delete entri publish 2 kali pun malas.. Internet kat office masih lagi tak ok.. Memang kena report dengan Telekom dulu la ni.. Min ditunggu, main banyak kerja tertunggak.. Kalau tak kena cara, makin berserabut kepala dibuatnya.. Macamana kalau ada kerja urgent..  Kan.. Cool je la.. Wassalam..

Read more ...

Berona la pulok !

Assalamualaikum w.b.t.. Berona? Bahasa Kelantan tu.. Bermasalah sebenarnya.. Datang je office, check punya check, internet kat office bermasalah pulak.. Tergendala semua kerja.. Ini update blog guna tab.. Entri pagi ni pun tergendala juga..

#Sabau je la

Read more ...

Berona la pulok !

Assalamualaikum w.b.t.. Berona? Bahasa Kelantan tu.. Bermasalah sebenarnya.. Datang je office, check punya check, internet kat office bermasalah pulak.. Tergendala semua kerja.. Ini update blog guna tab.. Entri pagi ni pun tergendala juga..

#Sabau je la

Read more ...

Monday 27 January 2014

Bersatu malam ni..


Assalamualaikum w.b.t.. Adik Eraz seorang je.. Alhamdulillah dah selamat bertemu lelaki yang bergelar suami.. But adik ipar semuanya belum.. Hehe.. So malam ni merupakan adik ipar yang pertama akan bergelar isteri kepada lelaki pilihannya.. (Entri Majlis Pertunangan | Rujuk SINI).. Alhamdulillah, malam ni official ada biras la.. Doakan semoga hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.. Insyaallah nanti Eraz share kan gambar-gambar.. 

#Tak boleh tunjuk lagi gambar keseluruhan pelamin..

Read more ...

Chocolate Oat Choco


Chocolate Oat Choco | Assalamualaikum w.b.t.. Chocolate Oat Choco ke, Oat Chocolate Choco? Hehe.. Mana-mana lah.. Tapi yang pasti, ini snek terbaru yang Eraz makan dan boleh bagi banyak-banyk bintang.. Orang lain maybe dah banyak kali makan.. Isteri Eraz kata, ramai yang cari Chocolate Oat Choco ni sekarang.. Chocolate Oat Choco ni salah satu bahan yang diletakkan dalam Goodie Bag majlis perkahwinan adik ipar Eraz..

Read more ...

Salah siapa?


Assalamualaikum w.b.t.. Lagi pasal LY dan Baiduri ke? Tapi Hafiz pun diheret? Bukan apa, maybe ada yang dah tahu, mungkin ada yang tak tahu.. Semasa pengumuman pemenang tempat pertama AJL 28 semalam, hanya Hafiz yang memberi ucapan.. Then dalam ucapan tu, tak de sebab nama penulis lagu dan lirik.. Mereka juga tidak memberi sebarang ucapan.. Seolah-olah mereka tidak menyumbangkan apa-apa untuk lagu tu..

Ramai yang bercakap pasal ni d Twitter.. Salah siapa agaknya? Penerbit? Pengacara? Penyanyi? Atau siapa? Mungkin ada yang terlepas pandang tentang hal ni.. So bila sekali dah jadi, lain kali, kena la berhati-hati.. Kesian la jugak pada LY dan Baiduri kan..

#Fikir sejenak..
Read more ...

"Saya balik kali ini bukan untuk menang sebab saya nak mengenang budi.."


Soo Wincci tersingkir | Assalamualaikum w.b.t.. Alahai.. Soo Wincci tersingkir dah semalam.. Kan best kalau dia berjaya ke Top 2.. Perwatakan dia, minat dia, kesungguhan dia tu la yang buat ramai yang nak di ke Top 2.. At least la.. Tapi apa kan daya, sampai ke Top 4 je nampaknya kali ni.. Apa-apa pun, Masterchef sememangnya menjadi kenangan manis buat Wincci sebab Masterchef Selebriti Malaysia Musim Pertama la yang menaikkan nama di Malaysia dan Taiwan..

#Kagum dengan Soo Wincci sebab ada degree Law, MBA dan sekarang sedang buat PhD di OUM..

"Saya balik kali ini bukan untuk menang sebab saya nak mengenang budi.. Tanpa Masterchef, tanpa Soo Wincci.." - Soo Wincci


Read more ...

LY dan Baiduri

LY dan Baiduri

LY dan Baiduri | Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya nama LY dan Baiduri ni disebut-sebut sejak semalam.. Kenapa? Sebab mereka berdua telah menang AJL 28 semalam melalui lagu ciptaan mereka, Bahagiaku Deritaku nyanyian Hafiz AF7.. Nampaknya nama mereka kembali ke AJL lepas lama tak muncul.. Lastnya nama mereka menang di AJL masa Dato' Siti Nurhaliza nyanyi lagu Aku Cinta Padamu.. LY ni sebenarnya suami kepada Baiduri.. Kiranya kerjasama antara suami dan isteri la ni.. Nak maklumat lanjut tentang mereka? Klik SINI.. 

#Tahniah LY dan Baiduri

Read more ...

Sunday 26 January 2014

Apa keputusan Anugerah Juara Lagu Ke - 28 ?

Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke - 28 | Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni pukul 9 malam akan berlangsung Anugerah Juara Lagu Ke - 28.. Selalunya memang Eraz duduk depan TV untuk tengok.. Tapi malam ni sibuk sikit dengan urusan keluarga, jadi dah rekod awal-awal.. Tengok lepas-lepas tu je la..

Susah nak ramal siapa yang memang malam ni.. Tapi yang menarik, adakah Hafiz dapat mempertahankan kategori Vokal Terbaik malam ni untuk kali ke 4 berturut-turut? Untuk juara, masing-masing ada peluang.. Apa keputusan Anugerah Juara Lagu Ke - 28 / 2014 ni?



Read more ...

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 22 | 23 | 24

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 22 | 23 | 24

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 22 | 23 | 24 - Assalamualaikum w.b.t..  Minggu ni dah masuk ke minggu ke 8 untuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni.. Dalam pada penat kerja seharian, tapi masih lagi sempat tengok drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta dan sebenarnya macam sedikit kecewa dengan percalonan akhir ABPBH tahun ni sebab Nelydia Senrose tak tercalon dalam kategori Pelakon Drama Wanita Popular.. Yang tersenarai macam tah apa-apa.. Haha..

Nampaknya  unutk Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 22, 23 dan 24 ni, Jebat sudah bersetuju untuk berkahwin dengan Mastura setelah di'paksa' oleh Kak Hana.. Kak Hana juga berjaya memujuk Datuk mereka supaya bersetuju sama.. Dalam masa yang sama, Aryan nampak sangat tidak berpuas hati kerana apa yang di tunggu selama beberapa tahun, tidak ada hasilnya.. Apa yang Aryan akan buat? Kena tunggu Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 22, 23 dan 24 ni..

Read more ...

Bila dah bangun pukul 4.00 pagi ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sekejap lagi nak pukul 4.00 petang.. Tapi ini kisah 4.00 pagi tadi.. Siapa dah baca entri INI? Disebabkan apa yang Eraz rasa dalam cerita tu, membuatkan Eraz terbangun dalam pukul 4.00 pagi.. Dalam masa yang sama, Zara nak susu.. Papa tolong Mama bagi susu sebab Mama tak berapa nak sihat sekarang.. Tak de la teruk, tapi tak nak ganggu dia berehat..

Bila dah settle bagi Zara susu, keluar bilik tengok TV.. Kan tak sempat nak tengok Masterchef Malaysia All Stars Episod 37 semalam.. So! Layan tv habiskan apa yang direkod.. Tapi macam biasa la.. Kalau dah buka mata, tengok tv dan lain-lain mula la tak tidur sampai sibuk.. Tapi kepala dah risau, bangun awal-awal, sure penat tak cukup tidur la hari ni.. Banyak benda kena buat ni.. Redah je la..

#Hari ni cuti!!

Read more ...

Siapa Juara Masterchef Malaysia All Stars ?

Siapa Juara Masterchef Malaysia All Stars | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam sudah bersiaran Masterchef Malaysia All Stars Episod 37 a.k.a Suku Akhir.. Sudah tinggal 4 orang sekarang.. Zamir, Celina, Soo Wincci dan Brian.. Malam ni insyaallah tahu siapa yang akan jadi juara.. Akibat dah terlalu penat semalam, memang tak larat nak buka mata.. Tertidur atas sofa dan dengan remote-remote sekali.. Last-last isteri kejut ajak masuk tidur kat dalam.. Tapi nasib baik dah rekod..

Juara Masterchef Malaysia All Stars

Antara keempat-empat mereka, siapa yang jadi pilihan? Zamir, Celina, Soo Wincci dan Brian.. Mesti dah ada yang dengar 'bisik-bisik' siapa yang masuk final dan maybe yang jadi juara.. Tapi apa-apa pun, support Soo Wincci.. Kalau dia tak jadi juara, harapnya dapat masuk Top 2.. Siapa yang kuat pilihan korang untuk jadi Juara Masterchef Malaysia All Stars?

Read more ...

Projek Memikat Suami Episode 6

Projek Memikat Suami Episode 6 | Assalamualaikum w.b.t.. Projek Memikat Suami Episode 6 nampaknya Husna hampir berjaya memikat Zahrain.. Sebenarnya hati Zahrain mula lembut melihat isterinya tidak putus asa cuba memikatnya dan menjalankan tugas sebagai seorang isteri.. Tetapi biasalah drama, kalau tak de watak yang akan mengganggu, tak sah.. Adira sentiasa cuba untuk mengacau hubungan mereka suami isteri dengan caranya sendiri..

Istimewanya jalan cerita Projek Memikat Suami ni, walaupun kena kahwin paksa, kami si Zahrain tu masih boleh 'bersama' dengan Husna.. Hehe.. Kalau drama lain, tidak la jawabnya.. Haha.. Apa-apa pun, tunggu cerita penuh Projek Memikat Suami Episode 6 malam esok!

Projek Memikat Suami Episode 6

Projek Memikat Suami Episode 6

Read more ...

Saturday 25 January 2014

"Kalah la kecantikan Mama dan Zara lepas ni.."


Assalamualaikum w.b.t.. Menerusi entri semalam, EPHYRA | Miliki Kulit Cerah Berseri Seawal 14 Hari, Eraz ada beritahu yang baru je dapat rezeki dari blog yang mana pihak www.oceanlife2u.com sebab memberi peluang untuk Eraz untuk mencuba EPHYRA Premium Pack (30 sachets).. Balik je kat rumah dan tunjuk kat isteri, terus dia kata, "Kalah la kecantikan Mama dan Zara lepas ni..".. Haha.. Papa bukan cantik ya, tapi handsome.. Haha.. Perasan..

Read more ...

Ariana Rose Episode 17 | 18 | 19 | 20

Ariana Rose Episode 17 | 18 | 19 | 20 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ini dah masuk minggu ke-5 untuk drama Ariana Rose yang diadaptasikan dari novel The Wedding Breaker.. Maksudnya, minggu ni dah masuk Episode 17, 18, 19 dan 20.. Nampaknya perjalanan cerita ni semakin menarik dan masa cepat pulak rasa berlalu.. Ada je benda baru yang berlaku antara Tengku Adam dan Ariana Rose.. Kali ni bertunang tanpa masing-masing sedar.. Di bawah Eraz dapatkan sedikit sinopsis drama Ariana Rose Episode 7, 18, 19 dan 20 :

Ariana Rose Episode 17 - Tengku Adam lebih marah bila melihat Liyana, adik Ramzul rapat dengan Ariana kerana Liyanalah yang telah memfitnahnya hingga dia dan Ramzul menjadi musuh seperti sekarang dan dia hilang tender bernilai billion ringgit..

Ariana Rose Episode 18 - Tengku Adam terkejut dan tidak dapat menerima bahawa Ariana sudah bertunang dengan orang lain.. Kemudian Tengku Adam mengarahkan orang suruhannya mencari Ariana sampai dapat..

Ariana Rose Episode 19 - Tengku Adam melutut dan merayu kepada Ariana agar menerimanya sebagai suami.. Ariana terharu tetapi dia tiada pilihan..

Ariana Rose Episode 20 - Tengku Adam tenang menjalani ibadah di tanah suci dan egonya gugur tatkala dia melihat Kaabah.. Sementara itu, ibu bapa Adam risau Adam dan Ariana tidak pernah bertemu..

Ariana Rose Episode 17 | 18 | 19 | 20

# Selamat menonton drama Ariana Rose Episode 7, 18, 19 dan 20

Read more ...

"Papa frust la Zara Faleesya.."

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz ada mention sebelum ni yang majlis kahwin adik ipar Eraz tak lama lagi.. So semalam, memang terus ke rumah mertua sebab bantu kemas rumah, angkat barang dan lain-lain la.. Keluar office dah pukul 7.30 pm kot.. Meeting pun habis kul 7.00 pm.. Adoi.. Penat la sikit..


Tapi alhamdulillah, semua settle pada jam 11.30 pm.. Ada la tinggal sikit-sikit lagi.. Terus balik rumah dan mandi serta solat Isyak.. Dalam kepala nak main dengan Zara sebab tak sempat nak main dengan dia.. Pergi kerja tadi, dia baru bangun tidur.. Sampai dari rumah mertua tadi, sempat pegang sekejap je.. Ingat kan boleh main dengan dia masa dah sampai rumah..

Sekali lepas je selesai mandi, dia tidur.. Alahai.. FRUST! Kenapa la Zara tak tunggu papa siap mandi, baru tidur.. Nak kejut, kesian.. So motifnya entri ni ialah Papa frust sebab rasa macam tak jumpa anak hari ni.. Huhu.. Esok mesti berulang macam ni.. Tapi Eraz nak pastikan, balik kerja esok, tak akan lepas kan peluang..

#Sekadar berkongsi..

Read more ...

"ok ke?" - isteri

Assalamualaikum w.b.t.. Pagi semalam, memang sangat sangat sangat blur.. Isteri Eraz siap tanya lagi, 'ok ke?'.. Haaa.. Agaknya kenapa dia boleh tanya macam tu? Jom baca kat bawah ni..

  1. Bila bangun pagi semalam, Eraz tak kelam kabut walaupun rasa macam berkemungkinan besar akan lewat sampai ke pejabat.. Selalu, kalut.. (Bangun pukul 6 lebih)
  2. Walaupun dirasakan dah lewat, tapi lepas solat subuh, masih boleh duduk santai termenung atas sejadah.. Isteri duk sterika baju masa tu..
  3. Bukan bekejaran ke bilik air untuk mandi, tapi sempat singgah atas katil, pergi peluk Zara yang sedang tidur..

Sumber : Google 

Haha.. Itulah diantaranya apa yang jadi semalam.. Pelik bin Ajaib sebab Eraz relax.. Sepatutnya sebelum pukul 8.00 am dah kena terpacak kat office.. Tapi walaupun dah agak akan keluar rumah lewat, masih boleh relax-relax.. Tapi serius memang blur pagi semalam..

#Sekadar berkongsi
Read more ...

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11 | SYJ Tersingkir

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11 | SYJ Tersingkir - Assalamualaikum w.b.t.. Eraz memang dah plan lama tentang entri ni.. Dalam kepala sebelum ni, kalau SYJ tersingkir dari program Maharaja Lawak Mega 2013, Eraz akan buat entri.. Ternyata semalam, Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11, SYJ akhirnya tersingkir.. Eraz tengok lawak SYJ, bukan sebab Yassin atau sorang lagi tu, tapi Jehan.. Ingatkan mereka sempat la sampai ke final..

So! Untuk makluman semua, SYJ telah tersingkir.. Paling diingati masa Jehan tiru gaya Dato' Siti Nurhaliza tu.. Haha.. 

Maharaja Lawak Mega 2013 Minggu 11 | SYJ Tersingkir

Read more ...

Friday 24 January 2014

Mula Semester 2, program MBA ku !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Bermulanya Semester ke-2 untuk program MBA yang Eraz tengah jalani di Open University Malaysia.. Nampaknya subjek semester ke-2 ni betu-betul tough buat Eraz yang takde background business ni.. Tengok sajelah subjek di bawah :


Accounting dan Finance tu betul-betul buat Eraz kena 'kerja lebih' sikit.. Bila belek-belek buku, errrrrmmmmmm.. Apa-apa pun, orang kata, usaha itu tangga kejayaan.. So! I'll try my best for this 2nd semester.. Good Luck ERAZ FADLI!

Read more ...

Mari Berzikir ..


Mari Berzikir | Assalamualaikum w.b.t.. Satu lagi entri yang Eraz dapat infonya daripada Facebook.. Sangat sesuai untuk dijadikan entri di hari Jumaat untuk dilabelkan sebagai Tazkirah Jumaat.. Insyaallah.. Ramai-ramai baca apa yang terkandung di dalam gambar di atas.. Nampak tak?

Read more ...

EPHYRA | Miliki Kulit Cerah Berseri Seawal 14 Hari

EPHYRA | Miliki Kulit Cerah Berseri Seawal 14 Hari

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Ini namanya rezeki dari berblog ni.. Lepas 2 tahun 'bermain' dalam dunia ni, macam-macam pengalaman dapat.. Terbaru, jutaan terima kasih kepada pihak www.oceanlife2u.com sebab memberi peluang untuk Eraz untuk mencuba EPHYRA Premium Pack (30 sachets).. Apa hasilnya? Tunggu dan lihat.. Apa-apa pun, inilah sebenarnya yang Eraz maksudkan dalam entri Teaser | Jeng Jeng Jeng tadi.. Bungkusan EPHYRA! Terima kasih banyak-banyak..

Apa itu EPHYRA?

Ephyra ialah sejenis minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato) yang boleh merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran..

Halal ke tidak?

EPHYRA terbukti halal oleh JAKIM dan selamat oleh KKM.. Jangan bimbang EPHYRA dijamin sebagai produk yang selamat dan tidak membahayakan kesihatan..

Banyak betul produk kolagen di pasaran.. Apa bezanya dengan EPHYRA?


  • EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dari jenis "white fish" yang hidup di laut dalam di mana ikan di perairan laut dalam adalah bebas daripada pencemaran..
  • EPHYRA menggunakan kolagen yang terhidrolisis.. Kolagen terhidrolisis terdiri daripada pecahan asid amino yang kecil dan mudah diserap oleh badan. .
  • Kolagen dalam Ephyra mudah diserap. Inilah yang patut diketahui oleh pengguna.. Ramai yang mengambil kolagen tetapi lambat kesannya kerana faktor berat molekul kolagen yang tinggi mengakibatkan sukar untuk diserap. Berat molekul kolagen sesuatu jenama produk diukur dalam unit DALTON (Da).. Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesannya..
  • Saiz collagen EPHYRA = kurang dari 1500 Dalton, sangat mudah diserap oleh badan.. Dengan minum EPHYRA kesannya boleh dilihat seawal 7 hari..
  • Kandungan kolagen EPHYRA adalah cukup untuk keperluan badan.. Badan manusia tidak memerlukan kuantiti kolagen yang banyak sekali tetapi dengan kuantiti yang sedikit dan berterusan. Perlu diingatkan, pengambilan kolagen yang berlebihan akan memudaratkan buah pinggang..
  • Selain dari kecantikan kulit, ada lain lagi tak kelebihannya?
  • EPHYRA ialah skin supplement iaitu minuman tambahan untuk kecantikan kulit, malah ada banyak lagi manfaat lain selain kulit menjadi cerah dan anjal. Antaranya :
  • Energy booster ~ Ramai pengguna yang beritahu, selepas minum EPHYRA, rasa penat menjadi kurang. Mereka yang mudah lesu memang akan nampak kesannya dan apabila balik kerja masih boleh meneruskan kerja-kerja rumahtangga..
  • Rambut kurang gugur ~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Ini terbukti kerana kolagen boleh menyuburkan dan menguatkan pertumbuhan rambut. .
  • Sistem pembuangan menjadi lawas ~ membantu untuk mengawal berat badan. Ramai pengguna mengalami turun berat badan selepas minum EPHYRA
  • Kuku menjadi cantik dan bersinar ~ merawat masalah kuku yang mudah patah
  • Tumit merekah dan kering ~ masalah tumit dapat diatasi
  • Lingkaran hitam di bawah mata akan berkurangan ~ tona warna kulit akan lebih sekata
  • Mengurangkan sakit radang dan sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut apabila minum EPHYRA akan nampak kesannya dalam masa sebulan. Terutamanya kepada golongan warga tua, akan boleh berjalan laju dan menunaikan solat dengan mudah


Selain dari kecantikan kulit, ada lain lagi tak kelebihannya?


  • EPHYRA ialah skin supplement iaitu minuman tambahan untuk kecantikan kulit, malah ada banyak lagi manfaat lain selain kulit menjadi cerah dan anjal. Antaranya :
  • Energy booster ~ Ramai pengguna yang beritahu, selepas minum EPHYRA, rasa penat menjadi kurang. Mereka yang mudah lesu memang akan nampak kesannya dan apabila balik kerja masih boleh meneruskan kerja-kerja rumahtangga..
  • Rambut kurang gugur ~ Kuatkan akar rambut, malah rambut baru banyak tumbuh. Ini terbukti kerana kolagen boleh menyuburkan dan menguatkan pertumbuhan rambut.. 
  • Sistem pembuangan menjadi lawas ~ membantu untuk mengawal berat badan.. Ramai pengguna mengalami turun berat badan selepas minum EPHYRA..
  • Kuku menjadi cantik dan bersinar ~ merawat masalah kuku yang mudah patah..
  • Tumit merekah dan kering ~ masalah tumit dapat diatasi..
  • Lingkaran hitam di bawah mata akan berkurangan ~ tona warna kulit akan lebih sekata..
  • Mengurangkan sakit radang dan sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut apabila minum EPHYRA akan nampak kesannya dalam masa sebulan. Terutamanya kepada golongan warga tua, akan boleh berjalan laju dan menunaikan solat dengan mudah..


Dah baca semua yang di atas? Alhamdulillah.. Rasanya, kalau rakan-rakan sekalian tak baca kelebihannya di sini, sure dah tahu jugak kan.. Sekiranya ada mana-mana pembaca yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun berminat dengan produk EPHYRA bolehlah email saya ke eraz.fadli@gmail.com..

Sekiranya rakan-rakan sekalian nak mencuba dan membeli produk EPHYRA dengan Trial Pack (10 sachets) atau Premium Pack (30 sachets) bolehlah terus mengisi borang yang ada di SINI.. Harga pun ada dipaparkan di situ.. Tetapi masih lagi boleh dapatkan harga istimewa jika korang rakan pembaca blog ERAZFADLI.COM.. Senang, ringkas dan tak mengambil masa yang lama.. Pihak kami sedia membantu dengan sebarang pertanyaan..

KHAS BUAT PENGUNJUNG BLOG ERAZFADLI.COM,
DAPATKAN EPHYRA ANDA DENGAN HARGA ISTIMEWA..
HANTARKAN PESANAN ANDA DENGAN MENGISI BORANG < < INI > >

Trial Pack mengandungi 10 SACHETS
Premium Pack mengandungi 30 SACHETS

Read more ...

Teaser | Jeng Jeng Jeng !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, semalam sampai satu bungkusan khas untuk ERAZFADLI.COM.. Kira ada kerja la kena ERAZFADLI.COM kena buat a.k.a Eraz sendiri.. Apa dalam tu? Insyaallah petang ni Eraz beritahu.. Sekarang ni nak pergi solat Jumaat.. Wassalam..


Read more ...

Semakan Keputusan STAM 2013 Secara SMS

Semakan Keputusan STAM 2013 Secara SMS | Assalamualaikum w.b.t.. Semakan Keputusan STAM 2013 akan diumumkan pada 30 Januari ini.. Calon STM 2013 boleh membuat semakan keputusan STAM melalui mySMS 15888 dengan menaip STAM jarakkan taip angka giliran dan hantar ke 15888.. Perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula 10 pagi, 30 Jan dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 5 Februari ini.. Jadi, Eraz ucapkan kepada semua calon STAM 2013 akan mendapat keputusan yang dihajati.. Good Luck!

Kredit mStar Online
Semakan Keputusan STAM 2013

Read more ...

Thursday 23 January 2014

Funny Fruity Stick !


Assalamualaikum w.b.t.. Baru ni dengan gula-gula getah.. Tapi malam ni dengan coklat yang ni pulak.. Ini memang Eraz snap sendiri masa balik rumah Ma baru ni.. Memang belasah juga makan.. Perbezaan sekarang ni nampaknya lebih rapuh berbanding dulu.. Sedapnya tetap sama.. Ada kat sini pernah makan coklat ni?

Read more ...

Hampir 4 jam !

(Sumber Google)

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni dan semalam, Eraz travel dari Kota Bharu ke Kuala Krai dan baliknya sure dari Kuala Krai ke Kota Bharu kan.. Jauh perjalanan lebih kurang dalam hampir 2 jam pergi dan hampir 2 jam balik.. Travel pulak dua hari berturut-turut.. Rasa macam penat giler badan.. Insyaallah esok dan lusa, stay kat office di Kota Bharu.. Ok la sikit..

Harapnya hari ni tak de la sampai rumah lepas Maghrib.. Malam tu memang badan dah penat giler giler.. Alhamdulillah semalam, tak de rasa mengantuk masa drive balik.. Masa datang tadi pun ok, balik nanti, tak tahu la..

#Esok dah di book oleh mak mertua untuk mengangkat barang-barang terutama sofa sofa sebab majlis perkahwinan adik ipar dah dekat.. Lepas kerja la jawabnya.. Malam..

Read more ...

Gambar Isteri Ben Ashaari di cari !

Isteri Ben Ashaari di cari

Isteri Ben Ashaari di cari? | Assalamualaikum w.b.t.. Propa tak tajuk? Tapi memang betul.. Ada yang mencari gambar isteri Ben Ashaari.. Tersangkut pulak kat blog ERAZFADLI.COM ni.. Tak pernah pun sebenarnya buat entri pada isteri Ben Ashaari.. Tapi jujurnya pernah jumpa sekali di KB Mall masa raya haji tahun 2012 kot.. Dan pernah tengok dalam rakaman program Nona di TV3..

Kenapa agaknya gambar isteri Ben Ashaari? Wallahualam.. 

Read more ...

Salji turun di Indonesia | 2013 ke 2014 ?

Salji Turun di Indonesia | Assalamualaikum w.b.t.. Salji turun di Indonesia? Biar betul kan.. Bukan apa, baru semalam ada bercakap dengan bapa mertua tentang cuaca sejuk sekarang.. (Tiba-tiba terfikir keadaan di Cameron Highland sekarang).. Sejuk punya sejuk, tak mustahil boleh turun salji kan.. Macam kat Mesir.. Ataupun katanya macam kat Vietnam.. Vietnam ada berlaku ya?

Tup-tup sampai rumah semalam, ada nampak saudara Engku Muzahadin kita buat entri pasal Salji Turun Di Indonesia!.. Dalam kepala, baru je bercakap dengan bapa mertua tadi, sekali dah keluar berita negara jiran turun salji.. Baca punya baca entri Muz, video yang ada di Youtube tu kejadian masa tahun 2013.. Tapi Eraz tak tahu pun.. Tapi apa yang adik Ainim (rujuk SINI) kita 'siasat', ada yang kata itu hanyalah buat manusia.. Errmmm... So, untuk 2014 ni macamana? Wallahualam..

Salji Turun di Indonesia

Keyword | Salji turun di Indonesia

Read more ...

Bila Pelanggan Berpuas Hati ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Setakat blog ERAZFADLI.COM ini wujud, ada la beberapa advertorial atau iklan yang dimasukkan di sini.. Alhamdulillah, setakat ini Eraz lakukan yang terbaik untuk mereka.. Tentang harga? Memang boleh bincang.. Tapi yang paling happy bukan sebab duit juga tapi sebab .... BACA DI BAWAH


#Bila pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja.. Alhamdulillah.. Jika mereka berpuas hati, tak mustahil akan datang rezeki yang lain kan..

Read more ...

Wednesday 22 January 2014

WW #49 | Kenapa Memeluk Anak Kita Itu Penting ?


Read more ...

WW #48 | 10 Pekerjaan Tawar Gaji Paling Tinggi

Read more ...

KedaiBayi Online Malaysia - The Baby Store Malaysia

KedaiBayi Online Malaysia - The Baby Store Malaysia | Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang dijanjikan melalui entri Wordless Wednesday pukul 12.00 pm tadi, inilah laman web yang Eraz nak perkenalkan pada korang semua.. Suprise tak? Betul tak maksud Eraz yang mana mungkin akan berguna untuk korang sekarang, ataupun mungkin selepas ini.. Semestinya pastikan akan berguna suatu hari nanti.. So tak tipu la kan.. 

KedaiBayi Online Malaysia - The Baby Store Malaysia

Sejujurnya hari ni Eraz nak kongsikan dengan korang pasal Baby Online Store yang ada jual barang baby dan ibu.. Samada tengah mengandung atau telah bersalin.. Kira macam-macam ada la..

Korang kenal benda kat bawah ni? Atau boleh agak-agak?


Ini namanya Pregnancy Pillow.. Eraz yang ada pengalaman isteri mengandung, memang kadang-kadang sukar nak tidur kan.. So kiranya, kalau wanita mengandung pakai Pregnancy Pillow ni, insyaallah akan dapat bantu waktu tidur.. Korang boleh terus ke laman web mereka www.thebabystore.com.my untuk tengok testimonial.. Nampaknya semua positif !

Kat Baby Online Store ni ada juga jual Baby Stroller dan Car Seat.. Nampak memang berjenama.. Contohnya jenama Quinny, Halford, Inglesina, Maclaren dan banyak lagi..


Ini benda yang Eraz first time dengar.. Sarung tangan khas untuk baby yang kena Eczema, jenama Scratch Me Not.. Maklumlah, kalau budak kena Eczema ni kan suka menggaru.. Itu yang Eraz dapat info la.. Kalau pakai sarung tangan ni, insyaallah cepat baik sikit.. Kadang-kadang, walaupun pakai ubat tapi baby tu sure garu balik kan.. Katanya, benda tu diimport khas dari USA..


Ada pelbagai jenama di The Baby Store Malaysia contohnya Kidsme, Fisher Price, Philips Avent, Tommee Tippee, Babyzen, Aldo, Benbat, Bumble Bee, Snow Bear dan banyak lagi..

Kalau nak review semua yang ada di The Baby Store, memang tak sempat la.. So senang je.. Boleh baca or selongkar sendiri lagi baik kot.. 

Klik je www.thebabystore.com.my atau join facebook diorang www.facebook.com/thebabystoremalaysia dan follow instagram diorang www.instagram.com/thebabystoremalaysia

JOM SHOPPING SEKARANG!!

Read more ...

Wordless Wednesday #47 | 3.00 PM


Read more ...

Alhamdulillah.. Tak risau lagi di jalan raya.. (Dah macam iklan)

Assalamualaikum w.b.t.. Bukan main panjang lagi tajuk entri pagi ni.. Haha.. Bukan apa, kalau tak tambah ayat '(Dah macam iklan)' tu, nanti orang kata, ERAZ FADLI ni skema giler! Haha.. Semuanya tentang roadtax.. Alhamdulilllah.. Hari ni dah mulakan dengan roadtax baru lepas ketidaksedaran kematian itu roadtax.. (Ade berbelik tak ayat? Haha)..

Read more ...

Tuesday 21 January 2014

Rezeki datang ..


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Hari ni sampai satu pendrive yang dihadiahkan oleh Kak Mialiana sebab tersenarai sebagai salah seorang Pengomen Tegar di blognya.. Semoga rezeki Kak Mia makin bertambah-tambah ya.. Terima kasih.. Siapa lagi yang tersenarai? Boleh rujuk entri INI..

Read more ...

Serius tak sedar langsung ..


Assalamualaikum w.b.t.. Astaghfirullahal'Adzim.. Serius memang terlupa tentang tarikh roadtax kereta sendiri yang tamat tempoh hari ni.. Nasib baik la kakak yang ingatkan semalam.. Kalau tidak, mahu nak kena saman esok sebab dua hari kena travel ke daerah lain.. Sempat la diselesaikan hari ni.. Tahun lepas pun sama.. Tapi lagi lucu..

Konon-konon nak tengok roadtax kereta jiran sebelah, bila tarikh mati.. Sekali tengok yang sendiri punya yang hampir mati.. Aiyooooo.. Sib baik semuanya sedar sebelum tarikh roadtax tu betul-betul mati.. Alhamdulillah..

Read more ...

Rindu bangat kat budak kecik nih!

Assalamualaikum w.b.t.. Setiap kali lepas cuti, sure akan teringat kat budak kecik ni.. Kali ni lagi la sebab dua hari berturut-turut duk jaga dia.. Duduk pulak berdua dengan dia je.. Bila masuk office, memang teringat je la.. Pagi tadi Mama dia yang hantar pergi Nursery.. Rasa macam nak pergi ambil dia petang ni, tapi tak boleh sebab kena balik lewat sikit.. Kena siapkan banyak kerja sebab dua hari kena outstation.. Sabar je la..


Read more ...

Hampir 6K untuk 20 Januari 2014 !


Assalamualaikum w.b.t.. Entri ringkas je ni sebab baru habis meeting.. Ternampak sesuatu yang menarik untuk dikongsikan.. Alhamdulillah.. Pageview semalam hampir mencecah 6K.. Kalau macam ni tiap-tiap hari, best juga.. Tapi masih tak dapat nak lawan blogger-blogger retis atau blogger-blogger SEO yang lain la.. But, Alhamdulillah..

Read more ...