Sunday 31 July 2016

Selepas 10 Hari, Eraz Fadli . . .

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas sepuluh hari Eraz tak update apa-apa di blog ni, hari ini (Ahad, 31 Julai) muncul kembali! Haha.. Bukan sengaja tetapi memang tak dapat nak elakkan bila kerja di pejabat sangat banyak dan kejar dateline serta perlu ke KL untuk beberapa hari atas urusan kerja.. Dengan jadual yang pack juga, terjadilah tak ter updatenya blog tersayang ni.. Bermula 26 Julai, fly ke KL dan baliknya pula 29 Julai.. Juga terus masuk office kerja.. Tapi bermula hari ini, blog ni akan bernyawa semula.. Insyaallah..


Tak tahu kenapa, lately ni sakit kepala tu kerap pula.. Selalu bertahan je dengan biarkan macam tu je.. Tapi hari pertama dan kedua di KL hari tu, try untuk bertahan macam tu je, tapi nampaknya tersungkur juga dan terpaksa keluar mencari ubat panadol untuk kasi hilang.. Alhamdulillah, selama hampir 24 jam on off sakit kepala, telah panadol, hilang sakit tu dan kembali asal untuk rehat.. 


Hal ni berlaku lagi semalam.. Bermula pagi sakit kepala tetapi bertahan tanpa makan ubat.. Tapi masih tak tahan sehingga malam, terpaksa makan ubat.. Tidur, rehat tapi tak tahan juga.. Haaa.. Yang semalam memang sangat pelik la.. Selalu dah telan ubat, rehat sekejap, terus ok kan.. Semalam luar biasa.. Apa-apa pun, cara dulu bertahan je, memang tak boleh pakai dah sekarang.. Ubat kena sentiasa ada dah..


Mungkin faktor usia pun memainkan peranan selain stress di tempat kerja serta tak cukup rehat.. Kadang-kadang bukan sengaja tak nak bagi badan dan kepala ni rehat tetapi terpaksa demi komitmen.. Siapa tak nak cuti kan.. Tapi kalau tak dapat, camne? Hehe.. Siapa tak nak rehat dengan family kan, tapi kalau terpaksa ke KL atau ke mana-mana atas urusan tugas hakiki yang membekalkan rezeki setiap bulan, tak boleh nak buat apa kan.. So! Bertahan!

By the way.. Ada kat sini nak tambahkan pendapatan setiap bulan? Kami mencari Dropshipper.. Agent Dropship De'Xandra Perfume diperlukan segera! Margin keuntungan yang sangat tinggi.. Tak perlu simpan stok pun.. Peluang nak rugi tu memang tipis.. Perfume pun dikenali ramaikan.. So jangan lepaskan peluang.. Whatsapp 0179773382 untuk maklumat lanjut! Jom sertai Team hebat kami!
Read more ...

Wednesday 20 July 2016

Bergilir-Gilir Cuti Jaga Anak Demam

Assalamualaikum w.b.t.. Selepas 6 hari Adam tak pergi nursery sebab demam dan ulser mulut, hari ni Adam terpaksa kembali ke nursery.. Pada mulanya sepatutnya semalam Adam dah perlu ke nursery, tetapi bila tengok keadaan dia baru nak ok, baru nak mula minum susu botol semula, so semalam, Papa ambil cuti jaga.. Jumaat Sabtu takpe hujung minggu Mama jaga.. Ahad, Papa cuti, so Papa jaga.. Isnin, Mama pula EL.. Selasa, Papa ambil turn..

Macam tu la kalau kedua-dua parents bekerja.. Kena la bertolak ansur cuti untuk menjaga anak yang tak sihat.. Tak kan nak suruh Mama je cuti.. Dia pun kerja makan gaji kan.. Juga tak kan nak suruh Papa je cuti.. Papa pun ada kerja dan makan gaji juga.. Tapi alhamdulillah, lepas berbincang apa semua, kami mampu bergilir demi anak.. So semalam nampak better dari sebelum ni.. So hari pagi-pagi dah bangun ke nursery..

( Gambar ni Eraz snap masa malam pertama dia kena ulser dan merengek sebab tak dapat nak hisap susu.. Bawa ke ruang dia biasa main, tak menangis.. Tapi bersengkang mata juga.. Takpe, demi anak.. )

Sekarang ni sangat risau kalau kat nursery kot-kot ada jangkitan Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) kan.. Sebab tu la nampak demam sikit je, terus hold tak pergi nursery bagi ulser tu ok dan tengok tanda-tanda di kaki tangan semua ok dulu.. Alhamdulillah setakat semalam, takde tanda-tanda apa-apa di kaki dan tangan dan ulser pun dah takde.. 

Ulser tu mainkan peranan kami tengok kesian giler kat Adam.. Dia biasa minum susu banyak, alih-alih ulser yang buat dia sakit bila nak masukkan puting botol susu dalam mulut.. Bila dah tak tahan sangat, baru la dia minum.. So kami terpaksa gunakan cawan untuk bagi dia minum susu.. Makan pun sama.. Adam yang jenis kuat makan, so bila ulser, memang dia tak nak..

Badan yang sado tu dah kurang sadonya sekarang.. Mana Mama Papa tak risau dan sedih kan.. Tanye kakak nursery tadi keadaan Adam macamana.. Alhamdulillah.. Dia hisap susu macam biasa dan tidur baik-baik.. So tak de la risau sangat.. Cuma harap, penyakit dan demam tu tak dapat balik..
Read more ...

Tuesday 19 July 2016

Jom Beli Online Toner Cartridge di Apple Toner

Assalamualaikum w.b.t.. Ada satu benda nak cerita ni.. Bukan nya selalu Eraz nak promote website-website ni kan, tapi memang ada yang menarik untuk dikongsikan dengan korang.. Eraz ada jumpa website Appletoner ni yang jual semua keperluan printing domestic.. Faham kan.. Asasnya, mereka fokus aktiviti printing untuk keperluan harian.. Yang buat kan best nya, mereka fokus lebih pada compatible tonercartridges,.

Compatible tonertue ialah bila korang guna third party manufacturer nya ink cartridgesinstead daripada yang original.. Ini membuatkan harganya jauh lebih murah dan kualitinya pun sama saje selalunya.. High capacity printer cartridges biasanya boleh senang senang capai sampai setinggi RM500 tapi yang third party nya toner boleh jer dapat around lebih kurang RM200.. Tapi kalau masih nak yang original pun boleh.. Pastinya, laman web ni ada menawarkan banyak kepada apa yang korang perlukan untuk keperluan harian dengan hanya beberapa klik je..

Website diorang nampak kemas, practikal dan straightforward dan memang di design untuk menyenangkan customer macam kita untuk dapatkan apa yang kita nak tanpa perli peningkan kepala sangat.. Antara brand best yang ada macam HP, Xerox, Canon dan lain-lain..


Rekabentuk memang user friendly la orang kata.. Semua produk dah di susun dalam kategori masing--masing, so memang senang jer nak cari.. Fungsi button search pula, walaupun Eraz fikir macam basic je, tapi sangat mudah nak guna.. Hanya taip jenis printer cartridges punya brand and jenis atau siri no. dan website akan list kan option untuk kedua2 compatible toner dan yang original nya untuk kita pilih.

So far, apa yang Eraz dah baca untuk testimoni ink cartridges, quite puas hati gak la nampaknya.. Printing quality pun bagus.. Macam Appletoner nya slogan “Just Like Original”..


Dan walaupun website ni feature nya 3rd party punya produk berbanding original produk yang mereka jual, mereka juga ada menawarkan warranty selama satu tahun untuk semua produk mereka.. So agak senang hati gak la.. Tapi kena tahu yang compatible toners tu adalah printer ink cartridges yang designed and manufactured dari company yang bersesuaian yang device kita.. Maksudnya kesemuanya adalah barang baru, baik chip dan cartridge. Bukan recycled products yang di refilled or remade..
Read more ...

Sunday 17 July 2016

Today - Mr. Mama

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni memang tak de plan apa-apa atau ke mana-mana sebab memang dah fokus untuk menjadi Mr. Mama dan jaga dua orang anak kesayanganku itu.. Adam Fitri yang tak berapa sihat sikit jadi lebih manja sejak semalam.. Mungkin sebab dapatkan suntikan untuk setahun baru ni ataupun Adam ada nak tumbuh gigi baru.. Kadang-kadang nampak air liur tu memang nak meleleh keluar.. Harap hari ni sihat walafiat supaya esok dapat ke nursery..


Ikutkan kalau Adam tak tdo atau Zara pun, memang tak dapat la nak bukak laptop untuk menulis entri.. Nanti kan dua-dua anak tu pun jadi blogger macam Papa dia.. Tak boleh cari makan dah Papa.. Dan entri ni pun tak dapat la nak karang panjang sebab risau Adam bangun.. Dia macam tidur tak berapa nak lena.. Tak selesa badan agaknya..
Read more ...

Friday 15 July 2016

Pawagam di Kelantan Tidak Akan Menjadi Kenyataan ?

Assalamualaikum w.b.t.. Pawagam / Cinema di Kelantan Tidak Akan Menjadi Kenyataan? Inilah berita terbaru yang Eraz terbaca di Facebook yang dilinkkan kepada satu akhbar online Harakah.. Mengikut apa yang dibaca, nampaknya setakat ini, Menteri Besar Kelantan tidak menerima sebarang permohonan lagi untuk membuka pawagam di Kelantan.. Sebelum ini ada laporan yang Paragon Cinema akan dibuka di KB Mall Kota Bharu dan kalau ke KB Mall sekarang, semuanya dalam pembinaan.. So? Jadi atau tidak, tunggu je la nanti.. Berita penuh, korang boleh baca sini..




Read more ...

Dua Permata Hati | Zara & Adam

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tak sangka sekarang ni dah ada dua permata hati anugerah dari Allah.. Berkahwin pada tahun 2011, dapat Zara Faleesya pada tahun 2013 selepas isteri keguguran buat kali pertama selepas 2 bulan kahwin.. Rezeki anak kedua Allah berikan lagi pada tahun 2015 tanpa kami rancang dan sedar.. Tup-tup wife rasa macam sesuatu yang lain dari yang lain pada diri dia dan buat test, memang warna merah naik merah menyala.. Alhamdulillah..


Sekarang ni Adam dah berumur setahun.. Dah dapat berjalan.. Cepat dari kakak dia.. Zara dulu setahun 3 bulan baru dapat berjalan.. Adam yang memang terlebih aktif.. Al-maklum la anak lelaki.. Sebelum ni jaga anak perempuan kan.. Manja pun terlebih ni.. Badan pun sado.. Baru-baru ni satu malam, masa Mama dia dan Zara mandi, Eraz dan Adam duduk kat ruang tamu.. Sepatutnya si Papa ni tak boleh tidur, tapi disebabkan duduk dalam keadaan selesa dan letih bebenor kat office, tertidur atas karpet depan TV.. Sekali Adam yang turut sama penat agaknya, tak sedar pun yang di tertidur sama dengan kepala di perut Eraz..

Terlebih manja budak ni.. Tapi nasib baik juga dia tidur sebab kalau tidak, entah ke mana dia pergi.. Dia mungkin juga tertidur sebab bosan kot tak de kawan.. Sekali tertidur cara macam tu.. Sedar-sedar wife keluar dengan Zara tengok keadaan kami tu dan cepat-cepat kejut Eraz dan ambil Adam sebelum Adam sakit tengkok.. Ya la.. Badan kita besar kot dari dia.. Berbantalkan perut kita yang best tu, badan di atas karpet, tak ke boleh sakit kalau lama-lama.. So tidur lah Adam sampai ke pagi malam tu..


Zara Faleesya yang nak masuk 3 tahun hujung bulan ni alhamdulillah, berprogress yang sangat baik.. Dengan umur dia yang baru nak masuk 3 tahun, kami dapat rasanya yang dia memang patut masuk tadika dah tahun 2017 ni.. Rugi kalau dilepaskan peluang untuk berikan pendidikan normal.. So kami dah daftarkan dia di satu tadika di KB ni dan awal Januari nanti akan mula.. So pada hujung Julai ni, sempena birthday terakhir dia di nursery yang dia duduk sejak umur 3  bulan, wife decide nak buat satu majlis hari jadi..

Dah bincang dengan owner nursery dan mereka bersetuju.. Kami akan sediakan kek.. Insyaallah akan tempah kek Minion sebab Zara memang suka minion.. Lepas tu, nak sediakan la sikit goodies untuk anak-anak lain kat situ.. Alhamdulillah sepanjang Zara di situ, semua berjalan lancar.. Sehingga sekarang dia suka ke nursery sebab dah pandai berkawan dan ingat nama kawan-kawan.. Dengan sepupu sepapat pun dah boleh jadi geng kalau nak compare dengan dulu-dulu, kalau ke rumah atok nenek, mesti berkepit dengan Mama Papa je.. Alhamdulillah..

Cara bermain dua beradik ni? Ada kala serasi sangat bermain.. Ada kala, gaduh je keje.. Haha.. Tapi kalau main asing-asing, corak permainan tu memang nampak berbeza.. Kakak Zara lebih suka yang permainan anak-anak gadis.. Bear bear, patung dan sewaktu dengannya.. Adam pula nampak dia lebih suka main bola.. Kereta dan sewaktu dengannya juga.. Memang corak permainan tu berbeza.. Dah namanya pun lelaki dan perempuan kan.. 

Apa-apa pun, alhamdulillah.. Anak ketiga? Hehe.. Sabar dulu kot.. Tapi kalau rezeki, tak de masalah.. Semua yang diberikan oleh Allah itu ada sebabnya kan.. Wassalam..

Read more ...

Thursday 14 July 2016

Pukul 8.30 Pagi Dah Menguap ?!

Assalamualaikum w.b.t.. Perkara biasa ke kalau menguap pukul 8.30 pagi lagi? Kalau hari cuti ok la kot menguap masa ni.. Boleh tidur kan.. Itu pun kalau cuti sekali dengan wife la.. Kalau masa cuti tu wife kerja dan anak-anak ada bersama, memang tak boleh la nak tidur.. Layan la kalau masa bujang dulu kan.. Hehe.. Tapi hari ni di office.. Kerja as usual..

Semalam tidur agak lewat sikit.. Bangun pun agak awal sebab nak bersahur dan as usual kerja.. Sampai je office dalam pukul 8.15 pagi, on pc mula nak buat kerja, pukul 8.30 pagi dah mula menguap? Bukan sekali, tapi berkali-kali.. Haha.. Kalau tak puasa 6 mula hari ni, memang dah buat kopi siap-siap dah.. Ingatnya masa sahut tadi nak buat kopi, tapi masa tu air panas tak de la pulak.. So cancel.. Then hasilnya ialah sekarang ni.. Hehe..

Tabahlah wahai Eraz Fadli.. Small matter je mengantuk tu kan.. Sure ada cara nak kasi hilang mengantuk.. Kalau nak tidur, memang tak boleh la kan.. Mungkin akan kerap basuh muka.. Kadang-kadang ada ketika buka FB ke, IG ke, still mengantuk juga.. Boring.. Actually nak update blog pun macam tak de mood sikit pagi ni.. Tapi rasa macam sayang la pulak kalau tak update kan. So! Inilah hasilnya apa yang berlaku sekarang!


Read more ...

Wednesday 13 July 2016

Nasi Lemak RM 2

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam pada seronok beraya dan bila tiba masa masuk office, mesti ada rasa macam kelam kabut kan.. Sebabnya bila dah lama cuti, masuk je office, pasti banyak benda nak kena settle.. Itu nasib baik yang sepatutnya siap sebelum cuti Raya dah settle.. Kalau tak, lagi la kalut kan.. Memang terjadi kepada ramai orang macam ni.. Dan satu lagi tentang kedai makan..

Biasa lah kalau dah cuti raya, kedai makan kebanyakkan memang dah tutup.. Kedai yang biasa kita beli breakfast tu tutup lagi.. Try lalu tengok tutup.. Dalam kepala duk fikir kat mana la nak beli.. Bila dah terpaksa juga beli sebab tak sempat nak breakfast kat rumah, beli la di kedai yang tak pernah beli kan.. Itu pun kena cepat sebab kalau dah banyak kedai tak buka, kedai yang buka tu macam 'pisang goreng panas' la makanannya.. 

So hari ni plan nak beli nasi lauk paru-paru goreng merah.. Sebab dah lama kot tak makan.. Sepanjang puasa kedai tu tutup.. Tapi masa hantar budak-budak pergi nursery tadi, tengok kedai masih tutup.. Ramai betul tauke-tauke kedai masih bercuti raya ni.. So terpaksa la beli nasi lemak RM 2 di gerai depan office ni.. Makan tengahari? Kena la keluar dengan kereta kot cari..


Puasa 6? Yes.. Memang dalam plan.. Insyaallah kalau tak de halangan.. Tapi hari ni belum mula lagi.. Ada staf di pejabat ni dah mula.. Ingat nak puasa sama-sama dengan wife sebab dia pun nak ganti puasa juga kan.. Leh la sahur dan berbuka bersama-sama.. Biasanya kalau puasa 6 zaman bujang dulu, takdenya nak sahur-sahur.. Zaman di u, kadang-kadang sahur pun skip.. Tapi alhamdulillah, memang Allah bagi kekuatan puasa penuh lagi.. Alhamdulillah..

So korang, dah ada plan nak makan tengahari kat mana ke?

#Rupanya banyak juga entri Nasi Lemak dalam blog ni.. (( SINI ))

Read more ...

Sunday 10 July 2016

Sekadar Main Bunga Api

Assalamualaikum w.b.t.. Mercun dan Bunga Api satu benda dan barang berbeza ya.. Hehe.. Mercun ni memang sangat bahaya dan akan menyebabkan juga pencemaran bunyi.. Tapi bunga api sekadar mainan untuk kanak-kanak.. Walaupun hanya untuk kanak-kanak, pantauan dari orang dewasa sangat penting.. Malang ni tidak berbau kan.. So sama-sama kita berhati-hati..


Baru-baru ni pada satu malam, anak-anak nampak gembira betul dapat main bunga api dengan sepupu, anak-anak jiran dan mak saudara Zara dan Adam + Tok Ma.. Dan untuk pengetahuan semua, bukan Papa Eraz yang belikan bunga api tu, tapi mak-mak saudara Zara Adam yang beli.. Terima kasih ya mak-mak saudara..

Main bunga api ni bukan selalu.. Biasa nya nak hampir raya je ada peluang.. Baru ada feel kan.. Dan kalaulah beli banyak bunga api tu, janganlah keluarkan semua sekali gus ya.. Confirm akan habis terus sekelip mata.. Keluarkan lah sikit-sikit.. Simpan untuk esok lusa juga.. Budak-budak biasa la, selagi ada, selagi tu la nak main kan..

Teringat kalau zaman Eraz kecil-kecil dulu memang sangat gempak la.. Mercun ciptaan sendiri pun banyak.. Tapi masa tu, abang kepada Eraz memang sendiri ada sekali la kalau main.. Tapi sekarang dah diharamkan.. walaupun sudah diharamkan, masih ada yang berani bermain mercun membahayakan diri tanpa kawalan orang dewasa.. Sebab itu la berita akibat mercun, ada je setiap tahun kan.. 

Read more ...

Tuesday 5 July 2016

Popia Seaweed untuk Raya 2016


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah rasa Popia Seaweed ni? Apa rasa? Sedap tak? Kalau satu balang tu, boleh tak habiskan dalam masa satu hari? Haha.. Eraz rasa, kalau bagi pada Eraz, memang boleh habiskan kot satu hari untuk satu balang.. Sebabnya Eraz memang 'hantu' pada Popia Seaweed ni.. Pertama kali try tahun lepas kot, terus jadi favourite sampai sekarang.. Tapi di Kelantan ni memang tak ramai orang meniaga Popia Seaweed ni.. Tapi..

Tapi alhamdulillah, ada seorang kawan merupakan kawan sekerja ni dapat carikkan.. Ada kawan dia yang buatkan.. So bila dapat tahu kawannya itu masih lagi buat Popia Seaweed ni, terus la order.. Dah pernah rasa hasilnya sebelum ni, so terus order 3 balang.. Hari pertama dapat, terus ngap sebelah malamnya.. Sorang makan, hampir setengah balang habis.. Nak habiskan satu balang, rasa macam melampau pula..

Eraz dan wife ada plan nak buat sendiri Popia Seaweed ni.. Barang a.k.a bahan dah beli semua rasanya.. Cuma gunting baru je takde.. Gunting sedia ada tu macam dah guna gunting semua barang kot.. So kena beli gunting baru dulu, then kami akan cuba proses la.. Seaweed ni boleh tahan juga harganya.. Sebab itu la harga 1 balang tu pun boleh tahan.. 

Sebenarnya boleh buat business sebenarnya.. Tapi memandangkan kami ni dua-dua bekerja, anak pun masih kecik lagi, kami lupakan dulu la nak buat sendiri dan jual.. Nak ambil dropship pun tak berbaloi sebab dari KL kan.. Postage dah berapa.. Nak jual pula lepas kalau dari luar Kelantan, kena postage lagi kan.. Risau tak berbaloi.. cukuplah kami fokus pada De'Xandra Perfume.. Hehe..

Read more ...

Puasa Terakhir di Ramadhan 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai dah mula cuti kan hari ni.. Tambah-tambah kalau terpaksa balik kampung jauh sikit.. Dan semestinya ada juga yang sudah sampai ke kampung halaman.. Alhamdulillah.. Pada yang bekerja macam Eraz ni, tak pe, kita teruskan kerja.. Lepas tu baru kita balik kampung ok.. Alhamdulillah, hari ni pihak HR dah hantar email kepada semua staf yang mana kami diberikan pelepasan setengah hari.. Yahooooo.. So pukul 1.30 pm, boleh la balik.. Boleh la terus mengemas itu ini kan..


'Ari wak tupak' ni ayat orang Kelantan.. Kalau sehari sebelum Raya, memang biasa kami akan menggelarkan hari berkenaan ialah Ari wak tupak.. Antara sebabnya ramai orang-orang kelantan dah mula buat ketupat sehari sebelum raya.. So pada pagi first raya, dah boleh makan ketupat tu.. Rasanya istilah ni ada di Kelantan je kot.. Negeri lain, Eraz tak sure..

Yang bekerja hari ni balik kampung mana? Macam Eraz, malam ni balik rumah mertua dulu, then lepas solat Raya esok, terus ke Machang.. Balik rumah Ma Abah.. Bermalam kat sana, lepas tu terus ke Terengganu pula.. Balik dari Terengganu, terus beraya di Kelantan sampailah masuk kerja.. Tahun nampak macam agak smooth je perancangan dan harapnya perlaksanaannya pun berjalan lancar jugak lah.. So!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog Eraz Fadli.. Maaf Zahir dan Batin..

Read more ...

Monday 4 July 2016

Dia Semanis Honey The Musical di Istana Budaya ?

Ingin Tonton Online Dia Semanis Honey The Musical? Skrol bawah sekali ada.. Selamat Menonton..

Dia Semanis Honey The Musical di Istana Budaya
Dia Semanis Honey The Musical di Istana Budaya ?

Assalamualaikum w.b.t.. Dia Semanis Honey The Musical di Istana Budaya? Ini satu berita yang gempak kalau jadi.. Bermula dari siri 16 episod biasa di Astro untuk Dia Semanis Honey.. Muncul pula Dia Semanis Honeymoon dan seterusnya Dia Semanis Honey Raya.. Lepas tu tup-tup pengarah dan penerbit Michael Ang mengeluarkan satu gambar dan caption seperti di bawah :



Tgh TAK buat apa NI Kita upload NI! Sanggup Ke KAU org beli ticket and tengok #AHNAF #Hani Atas Pentas buat musical Kat istana budaya? Ok Kalau u all nak u KENA like gambar NI 10k Ke Atas and KENA setiap comment tag Nama NI @raqimball aku rasa KENA at least 3k comment and tag Nama @raqimball and MUNGKIN Akan Jadi kenyataan!!!! @alifsatar @sitinordiana @ninajuren @aleza_shadan @zihasalleh @nadyasyahera @pah_taha @lizaiskandar @hadithomar @sherryalauddin @abushaefhamza - Sumber : http://bit.ly/29cvpgi

Yes, memang Dia Semanis Honey The Musical di Istana Budaya ini belum confirm tetapi mungkin tiada yang mustahil sebab sebelum ni Michael Ang pernah buat status bergambar di instagram dia tentang kumpulkan Like Dia Semanis Honey Raya.. Akhirnya berjaya.. Tapi kali ini untuk Dia Semanis Honey The Musical di Istana Budaya yang mana beliau sedang mengumpulkan like dan komen serta tag.. Haaaa..

So, kepada semua penyokong dan peminat tegar Dia Semanis Honey, boleh lah ke link ini : http://bit.ly/29cvpgi untuk like, komen dan tag.. Jika sampai target yang Michael Ang letakkan, insyaallah akan muncul Dia Semanis Honey The Musical di Istana Budaya.. Pelakon sama ke yang akan terlibat? Kalau jadi, harapnya mecam tu la.. Naik la nama pelakon-pelakon Dia Semanis Honey tahun 2016 ni.. Tak mustahil boleh menang anugerah ni.. Insyaallah..

So kalau nak Dia Semanis Honey The Musical di Istana Budaya menjadi kenyataan, korang pergi ke link yang Eraz berikan tu, dan buat apa yang diarahkan.. Senang je.. Tak guna masa yang lama pun.. So! Good Luck.. Selamat Hari Raya.. Jangan lupa tonton Dia Semanis Honeymoon pada 11 hingga 15 Julai 2016 pada pukul 10 malam di Astro Ria dan Ria HD serta kemuncaknya Dia Semanis Honey Raya pada 16 Julai 2016 juga pada pukul 10 malam di Astro Ria dan Ria HD..

#Adakah Dia Semanis Honey The Musical di Istana Budaya akan menjadi kenyataan? Kita tunggu dan lihat..

Entri sebelum : Alif Satar Pengacara AF 2016 ?

-------------------------------------------------------
TONTON ONLINE

Read more ...

Alif Satar Pengacara AF 2016 ?

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa ada baca Harian Metro hari ini? Salah berita di ruangan hiburan tu menulis tentang desas desus gosip yang mereka dengar bahawa Alif Satar akan diumumkan sebagai pengacara AF 2016.. Kalau betul ini berlaku, memang tahun ini rezeki Alif Satar.. Bab pengacara memang kita dah biasa tengok kan.. Di Astro, di TV3.. Kalau di Astro, program popular dia Meletop Kebaboom.. Kalau di TV3, for sure la Clever Girl.. Kedua-dua program siaran langsung tu..

Alif Satar Pengacara AF 2016
Alif Satar Pengacara AF 2016 ?

Dengan nama dia disebut-sebut kerana lakonan bersama Siti Nordiana dalam Dia Semanis Honey.. Lepas Dia Semanis Honey tu, muncul di hari raya ni, Dia Semanis Honeymoon dan Dia Semanis Honey Raya.. Rasanya berdasarkan pada rekod bidang pengacaraan dia dan populariti dia tahun ni, memang tepat kot pilihan Astro.. Tapi berita ni belum sahih lagi.. Tapi juga selalunya berita macam ni sebenarnya dikeluarkan selepas wartawan mendapat info dari orang Astro sendiri.. Haha..

Tapi katanya juga bukan Alif seorang akan mengemudi program AF 2016 tu.. Salah seorang dari pengacara yang lepas pun sama akan join sekali.. Antara Zizan Raza atau Faizal Ismail, itu mereka tak de beritahu lagi.. Pengacara Diari AF 2016 pun belum diumumkan lagi.. Kalau ikutkan permintaan, nak je Astro kembalikan Jihan Muse kan selepas tahun lepas Nana yang ambil.. Tapi itu hanya satu permintaan je la kan.. Apa-apa pun, kena tungguuuuuuu..

#Macamana kalau Astro ambil Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara AF 2016? Hehe..
Read more ...

Sunday 3 July 2016

Bila Didi & Friends Berbayar di Astro First

Assalamualaikum w.b.t.. Didi & Friends.. Siapa yang tak kenal? Rasanya majoriti yang baca entri ni tahu akan rancangan Didi & Friends di Astro kan.. Semasa di awal kemunculan rancangan ni dulu, semua free.. Ya la, kita dah bayar bulan-bulan kepada astro, dapat tonton bersama anak di Astro Ceria, kira ok la kan.. Tapi, mesti ramai yang tahu juga, Didi & Friends sekarang dah tak de lagu baru di Astro Ceria.. Lagu mereka dah kena bayar di Astro First untuk tengok dan hanya untuk 5 hari sahaja.. Korang rasa berbaloi ke?

Dah la kita bayar bulan-bulan beratus-ratus, then baru ni ada pula sampai email kata kena up bayaran untuk Astro's Sports Package walaupun ada dalam pakej Super Pack 1.. Rasa macam pelik je.. Dan baru ni, dalam pada menunggu lagu baru dari Didi & Friend, kesukaan anak-anak, kena bayar la pulak.. Rasanya mungkin ramai yang seangkatan dengan Eraz akan say No untuk membuat bayaran.. Lepas rela tunjukkan pada anak video lama yang direkodkan..


Zara dengan Adam memang salah seorang peminat Didi & Friends ni.. Setiap pagi sebelum pergi nursery, mereka ada masanya duk layan Didi & Friends sementara tunggu Mama Papa siap.. Dan dalam kereta pun layan juga.. Dalam youtube pun ada kan.. Dan bila sekarang nak dengar lagu baru kena bayar, memang tak la kan.. Dah la untuk 5 hari je.. Bukan 24 jam tengok kat TV kan.. 

Ini la orang kata, dari free dan bila mendapat sambutan meletup dari rakyat Malaysia, terus ditukarkan kepada berbayar.. Nasib la badan sebab perniagaan.. Dan tidak mustahil la wujud di laman web untuk download bagai kan.. Hehe.. So anak-anak, kita layan dulu la video-video dan lagu-lagu lama yang ada.. Still boleh layan kan.. Better Papa beli susu or pampers untuk anak-anak dulu daripada langgan.. Hehe.. Suka tengok gelagat Adam bila tengok Didi & Friends..
Read more ...

Saturday 2 July 2016

Air Paip dah macam Air Teh

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya hal ni berlaku dalam seminggu dua ni kot.. Air Paip yang direct dari bekalan Air Kelantan memang sangat-sangat merisaukan sekarang.. Selain banyak pakaian kami kotor teruk, sumber air untuk minum dan memasak pun terganggu.. Tak kan la nak buat susu anak dengan air yang macam tu walaupun di masak kan.. Kita sendiri pun tak tergamak nak minum, inikan pula nak bagi pada anak-anak kita.. Nak masak nasi pun sama.. Tak memasak pun dah jadi tak selesa.. 


So sebab memang berlarutan je, terpaksa la membuat aduan kepada Air Kelantan.. Orang-orang lain tak pasti la buat aduan ke tak.. Bila dah buat aduan, alhamdulillah memdapat respon yang baik dan beliau meminta kami tengok keadaan sehari dua ni macamana.. Mereka akan cuba buat sesuatu pada loji yang berdekatan dengan kawasan taman kami.. Harapnya selesai la cepat..

So sekarang, nak basuh baju pun kena salurkan air jangan kena pada pakaian.. Rugi masa di situ.. Jika tengok dah tak larat nak basuh, terpaksa la bawa ke rumah Mertua.. Guna air dan mesin di sana pada hujung minggu.. Nak minum, masak or susu anak? Terpaksa la beli air di luar khas untuk itu.. Dan nak rebus botol susu anak pun sama, kena la guna air yang dibeli..

Dengarnya sebelum ni, air berkarat ni bukan di kawasan kami je.. Ada lagi di kawasan-kawasan lain.. Masalah loji.. Katanya juga telah dibersihkan dan air berkarat tu sekarang adalah sisa-sisa.. So disebakan kami membuat aduan, so pihak mereka meminta No. Bil untuk semak loji mana yang berdekatan dan akan datang ke tempat itu untuk bersih kan.. 

Sayang giler tengok baju or pakaian yang berkarat macam air juga.. Kalau lepas basuh tu perasan, ok la lagi kan, boleh la basuh sekali lagi secara manual.. Tapi kalau tak ternampak dan sedar masa pakaian tu dah kering, tak ke frust.. Tambah-tambah kalau terkena pada baju putih atau baju kerja.. 
Read more ...

Friday 1 July 2016

Astro's Sports Package Tiba-Tiba Naik Harga!

Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya bermula semalam kot viral tentang Astro ni.. Masa tu, memang dah ada orang share di facebook tentang seorang pelanggan astro yag komplen tentang caj channel naik.. Tapi Eraz tak baca habis pun sebab masa tu rasa macam tak nak baca.. Tapi rasanya semalam juga dapat email dari astro menyatakan bermula 01 Ogos 2016, Astro's Sports Package akn dinaikkan sebanyak RM 8.48 sebulan.. Akan mula dicaj dalam bil bulan depan..

Channel sport tu bukan tengok sangat pun.. Tiba-tiba dalam kepala ni rasa nak buang je channel tu.. Tapi sebab dah langgan Super PAck 1 dari awal, rasanya susah la kot nak buang 1 je channel.. Lain la kalau ambil satu-satu kan.. Then baru la tergerak hari nak baca apa yang pelanggan ni tulis dalam facebook dia.. Baca ni..


Kalau betul la nak terminate astro kena bayar itu ini, memang tak adil la.. Tapi macamana pun kena risik sendiri dulu la.. Mana la tahu kot-kot lain caranya.. Tapi macam tak adil la kot sebab dah dalam pakej, naikkan juga.. Kadang-kadang ambil pakej tu sebab hanya ia ada dalam tu.. Bukan nak tengok sangat pun.. So! Insyaallah akan terjah juga Astro untuk discuss samada boleh tukar pakej ke, buang ke, apa ke.. We will see..

Adakah Astro akan ambil tindakan sama macam apa yang terjadi pada Maxis? Jangan sampai semua pelanggan Astro buat aduan atau terminate.. Selalunya kalau terjadi macam tu, baru la ada tindakan susulan.. Betul tak? Kita tunggu dan lihat.. 

Read more ...