DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 31 December 2012

Selamat Tinggal 2012 | Selamat Datang 2013

Selamat Tinggal 2012 | Selamat Datang 2013

| Page E'raz Fadli di Facebook |

Hari ini tanggal 31 Disember 2012 merupakan hari terakhir untuk tahun 2012! Sesungguhnya tiap-tiap tahun mempunyai kenangan yang tersendiri.. Adakah azam korang tercapai? Jika belum, tak salah kita forward ke tahun 2013.. Apa yang penting ialah tidak berputus asa.. Setuju tak? Jangan hanya tidak berputus asa, usaha pun kena ada selain berdoa dan berserah / tawakal.. Assalamualaikum..

Read more ...

Mak Mengandung Lagi

Drama 'Mak Mengandung Lagi' di Astro Prima 105

Drama 'Mak Mengandung Lagi' di Astro Prima 105

Lepas layan drama Adam dan Hawa Episod 73 malam ni, sekarang beralih ke channel 105 Astro Prima pula.. Drama 'Mak Mengandung Lagi'.. Setengah jam pertama memang terlepas la tengok sebab duk layan drama Adam dan Hawa Episod 73.. Sedikit sinopsis, "Mengisahkan perjalanan sepasang suami isteri, Anuar 55 dan Rahimah, 53 yang sudah bercucu dan sudah lanjut usia dikejutkan dengan berita Rahimah mengandung lagi..".. Drama ni lakonan Razak Ahmad, Khatijah Tan, Catriona Ross..

Awal layan drama ni tadi, nampak sangat anak-anak mereka sangat stress dan tak suka tentang berita tu.. Ya la, salah sorang anak mereka baru dapat baby kecil.. Tapi sekarang, dia akan dapat adik baru pula.. Rasanya bapa dia sendiri pun macam ta suka.. Apa-apa pun, jom layan drama 'Mak Mengandung Lagi' ni sampai habis dulu.. Baru boleh komen..

Read more ...

(KOLEKSI GAMBAR) Majlis Resepsi Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey di Hotel Renaissance, Kelantan

(KOLEKSI GAMBAR) Majlis Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Nur Eilunie Natasha Jaafar di Hotel Renaissance, Kelantan - 30 Disember 2012 (Ahad)




Majlis Resepsi penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Nur Eilunie Natasha Jaafar berlangsung di Hotel Renaissance, Kelantan, kira-kira pukul 8.00 malam semalam.. Tahniah sekali lagi diucapkan dan didoakan semoga kekal hingga ke akhir hayat serta bahagia selamanya.. Lagi gambar terkini, boleh klik SINI..

Read more ...

Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog?


Assalamualaikum.. Sejak dua menjak ni, E'raz banyak sibuk dengan kerja.. Tapi sempat la juga buat entri untuk dikongsikan.. Dan kalau ada yang perasan, susah nak spend masa untuk join segmen-segmen anjuran blogger semua.. Tapi yang pasti, bulan JANUARI 2013 nanti, insyaallah kembali aktif join segmen semula untuk support rakan-rakan blogger.. 

Tapi hari ni, E'raz ada kesempatan untuk join satu segmen anjuran saudara Eyriqazz.. Segmen in bertajuk "Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog?".. Siapa yang berminat, boleh klik banner di atas atau SINI.. Salah satu soalan yang perlu dijawab ialah "Berikan satu Sebab kenapa Anda Mahu Eyriqazz komen pasal “Nama Blog” anda".. Jawapannya ialah E'raz memang suka mendengar pendapat blogger lain tentang blog E'raz.. Dengan pendapat yang diutarakan, mungkin akan buat blog ni akan lebih ke depan.. Insyaallah..

Read more ...

Pening dengan TIMETABLE pula

Bermula dari pagi, satu persatu cuba dibuat dengan tenang.. Alhamdulillah setakat ini berjalan dengan lancar.. Dan just nak maklum, tiba-tiba hari ni Kelantan hujan lagi.. Tak sure la samada hanya sementara atau berterusan macam baru ni.. Lebat juga.. Kesian pada budak-budak nak sekolah esok..

Berbalik pada tajuk diatas, sekarang E'raz tengah pening nak settlekan timetable pelajar postgraduate untuk Semester Januari 2013 ni.. Masalah clash la.. Masalah fasilitator, lepas selesai ni baru nak fikir.. Daripada elok-elok buat secara online, pindah kepada cara manual.. Lama-lama tengok pc, sakit juga kepala.. Status sekarang masih lagi tak berjaya.. Good Luck untuk diri sendiri!

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Hadiah Daripada Cik Aisyah KZ!

Hadiah Daripada Cik Aisyah KZ!


Sempena hari jadi baru-baru ni, E'raz ada mendapat satu bungkusan yang dialamatkan ke pejabat.. Bungkusan tersebut merupakan birthday present, suprise daripada 'adik' daripada PD iaitu Cik Aisyah KZ! Terima kasih banyak-banyak atas suprise, hadiah benda Stitch, Apam Comel dan kad birthday yang betul-betul kreatif tu..! 

Contoh Apam buatan Cik Aisyah KZ..





Untuk tengok hasil yang lain, korang boleh ke page Facebook Apam Comel dan LIKE! Cara nak order dimaklumkan di sana..

Read more ...

Sunday, 30 December 2012

Di Majlis Guru Jasamu Dikenang 2012

Kami dijemput untuk hadir ke Majlis Guru Jasamu Dikenang 2012 di Kelantan Trade Centre malam ni.. Apa kaitan kami dengan majlis ni? Ianya sebagai penghargaan atas sumbangan yang diberikan.. Masalahnya, ucapan lama betul.. Sehingga entri ini dipublish, 9.45 pm, masih lagi berucap.. Sabau je la.. Sib baik datang dengan rakan-rakan office.. Boleh la borak-borak.. Nasib baik dah belasah nasi sebelum datang tadi..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Giveaway Mialiana.com


Assalamualaikum.. Sekali lagi datang support Kak Mia.. Blog Kak Mia antara blog yang selalu E'raz jenguk tambah-tambah jika ada entri terbaru yang dipublish.. So selepas Segmen Follow Dan Blogwalking Oleh Mialiana.com baru ni, Kak Mia anjur lagi sekali anjur Giveaway Mialiana.com yang menawarkan 10 unit Pendrive Sony 4GB.. So siapa yang berminat, boleh klik banner di atas atau SINI..

E'raz paling suka entri Banner Untuk Caliph Shuriken Dan Mr E'raz Fadli di Mialiana.com kerana melalui entri berkenaan, Kak Mia telah hadiahkan satu banner untuk E'raz dan buat sedikit review tentang blog E'raz yang ketika itu berusia 8 bulan.. ;)


Untuk Giveaway ini, E'raz nak tag 3 blogger iaitu Cikgu Zamani, Mama Maszull dan En. Adiezaff..

Last! E'raz sekali lagi nak ucapkan TAHNIAH untuk penganugerahan Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award sempena Majlis Konvokesyen Open University Malaysia yang ke 13 baru-baru ini bersama Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian.. Tahniah..

Read more ...

Pelakon, Ezlisa Loy Kini Bertudung

Pelakon, Ezlisa Loy, Adik Kepada Elfira Loy Kini Bertudung

 Ezlisa Loy Kini Bertudung

 Ezlisa Loy Kini Bertudung

Pertama sekali, mati-mati E'raz ingat yang Ezlisa Loy ni merupakan kakak kepada pelakon, Elfira Loy.. Rupa-rupa dia sebenarnya adik kepada Elfira dan tahun 2013 ni akan menduduki SPM.. Baru hari ni tahu.. Tahu gara-gara berita penghijrahan Ezlisa yang kini bertudung.. Ada artikel yang menyatakan Ezlisa bertudung kerana Mimpi Tentang Kiamat.. Sejauh mana kebenaran, klik entri ini Mimpi Tentang Kiamat Beri Hidayah Ezlisa Loy Berhijab dan Adik Elfira Loy Bertudung Kerana Mimpi Kiamat.. Apa yang paling, penghijrahan ini merupakan satu perkara baik dan semoga lagi bertambah-tambah rezekinya.. Insyaallah.. Tahniah!

Read more ...

Real Man Don't Rape

'Lelaki Sejati Tidak Merogol'

"Real Man Don't Rape"

"Real Man Don't Rape" (Lelaki Sejati Tidak Merogol) merupakan sepanduk salah seorang daripada ribuan penunjuk perasaan dalam perhimpunan di New Delhi.. Peristiwa ini berlaku selepas kematian seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa rogol berkumpulan.. Mangsa yang dirogol dengan kejam di dalam sebuah bas itu meninggal dunia di hospital selepas beberapa organnya gagal berfungsi kerana kecederaan dalaman yang teruk..

Untuk berita penuh, korang boleh baca entri ini, Penyerang Kes Rogol Berkumpulan Di India Hadapi Pertuduhan.. Didalam entri itu menceritakan tentang kekejaman yang telah diperlakukan oleh penyerang berkenaan.. Dituliskan juga kumpulan lelaki memasukkan batang besi ke dalam badan wanita itu sehingga menyebabkan kerosakan organ yang teruk.. Astagfirullahaladzim.. Mana la letaknya keperikemanusiaan.. 

Read more ...

Saturday, 29 December 2012

Fear Factor Selebriti Malaysia Episod 1

Roslan Shah & Azam Pitt Tersingkir!


Memang dah siap set awal-awal untuk tengok sebab promo macam menarik kan.. Seperti yang dijangka, episod 1 lebih kepada pengenalan.. Faktor yang dipilih pada episod 1 ni ialah ketinggian atau gayat.. Tapi tak sangka juga ada penyingkiran.. Peserta atau pasangan pertama yang tersingkir ialah Roslan Shah & Azam Pitt manakala yang menang ialah Dafi & Zoey..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Done!


Alhamdulillah.. Akhirnya siap juga proses borang-borang permohonan ni.. Tinggal yang mana bermasalah je.. Task ni juga akan datang secara serius 3 kali setahun..  Fuh! Esok boleh la settlekan mana yang ade masalah kecil je.. Yang ada masalah besar, good bye dulu.. Akan di follow up next week.. Lega.. So sekarang boleh fikirkan masalah yang 'runcit'2.. Maksudnya, masalah2 berulang..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Fuh! Tamat...


Alhamdulillah.. Tamat sudah hal-hal berkaitan Peperiksaan Akhir semester ni.. Sampai pening tengok no. dan nama-nama pelajar.. Dalam setahun, confirm 3 kali akan jumpe task ni.. Tapi kali ni dapat yang banyak  subjek dan ramai student berbanding dengan sebelum ini.. so sekarang tunggu esok je la sehari lagi untuk 'merdeka' dari aktiviti ni.. So take a break jap sebab belum sempat nak makan lagi.. Lepas ni, nak proses borang permohonan pula.. (next entri!)

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Friday, 28 December 2012

Alhamdulillah..

Cuaca hari ni memang betul-betul bagus.. Bertepatan dengan minggu depan, budak-budak nak mula sekolah dah.. Kalau la hujan masa first day sekolah, jawabnya kasut akan jadi seolah-olah dah pakai seminggu la.. Haha..

Harap-harap berterusan ok sebab kesian pada mangsa-mangsa banjir yang kena berpindah randah.. Lepas dapat balik rumah, kena cuci rumah lagi.. Kena nya yang ada perabot rosak, lagi satu hal.. Bagi orang kampung yang ada ternakan dan kurang bernasib baik ternakan tu mati, tambah lagi satu hal..

#Dah lama tak join segmen..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

(KOLEKSI GAMBAR) Majlis Pernikahan Khairul Fahmi (Apex) & Leuniey

(KOLEKSI GAMBAR) Majlis Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Nur Eilunie Natasha Jaafar

Majlis Pernikahan / Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat (Apex) & Nur Eilunie Natasha Jaafar berlangsung di rumah pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.. Tahniah diucapkan dan didoakan semoga kekal hingga ke akhir hayat serta bahagia selamanya..






SUMBER GAMBAR : Murai dan mStar

#Entri pertama untuk hari ini.. 2:30 dah mula start kerja semula.. Ambil masa rehat-rehat selepas solat Jumaat.. 

Read more ...

Seorang Pelakon Lelaki Disuruh Berbogel!

Pelakon Iklan Fahd Rafael Disuruh Berbogel

Fahd Rafael
Fahd Rafael |

'Pelakon Iklan Fahd Rafael Disuruh Berbogel'.. Itulah tajuk salah satu berita di mStar Online hari ni.. Mula-mula fikir 2, 3 kali untuk utarakan entri ni.. Sebabnya....... Entah la.. Tapi hakikatnya mungkin dah banyak kes berlaku untuk golongan-golongan artis atau model kita.. Jika yang 'berani mati' mesti akan terima tawaran tu kan.. Rasanya, sah-sah la tawaran lumayan kot.. So, tengok iman masing-masing la.. ;) Lelaki ke, perempuan ke, sama la nasibnya..

Berminat nak baca berita penuh tentang Fahd Rafael ni, korang boleh klik SINI..

P/S : take a break daripada buat aktiviti peperiksaan akhir ni.. esok last exam.. so arini last bertungkus lumus sediakan hal berkaitan.. sebelah petang, proses borang permohonan pula.. smile!

Read more ...

Thursday, 27 December 2012

Masih ada masalah Water Pump !

Itu lah kisah hari ni.. Selepas menunggu sejam lebih, kereta baru mula di service.. Settle service, masih ada satu komponen yang tak boleh dibuat lagi iaitu masalah water pump.. Bukan nya tak de stok atau kurang fulus, tapi masalah masa.. Terpaksa datang sekali lagi khas untuk tukar water pump.. Sebab perlu masa yang lebih lama.. Tadi dah habis RM 269, next untuk wayer pump ni, tak tahu la lagi..

Dinasihatkan sekarang tak boleh drive jauh-jauh sebab sangat bahaya then kena selalu lihat suhu kereta dan check air.. Next cuti la pulak pergi.. Sedang fikir samada nak tunggu sampai selesai atau pegi hantar then pergi ambil bila dah siap!

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Bekas Anggota Kumpulan RAP Nafi Nodai Anak Tiri!


Habis satu persatu berita aku baca hari ni.. Kebetulan pula ramai pula orang service kete.. Tengah tunggu turn la ni.. Sempat ke tak balik kampung pun, tak sure dah ni.. BTW, balik semula ke tajuk entri ni.. Mesti ramai yang akan baca berita macam ni sebab melibatkan artis atau selebriti Malaysia..

Tapi anggota kumpulan apa, ataupun siapa, malas E'raz nak teka atau fikir.. Kalau korang nak baca berita penuh, klik pada gambar diatas.. Insyaallah clear.. E'raz snap daripada paper hari ni.. Jika betul hal ni berlaku, sampaikan sanggup menodai anak walaupun anak tiri, korang tahu la nk komen ape kan..

Minta jauh semua ni berlaku dalam keluarga kita... Dan berita diatas tu kalau korang baca, dia nafikan.. Harap2 betul la semua ini tak benar.. Kalau tak, kesian pada budak tu.. Assalamualaikum..

#Lamanya nak settle hal aku ni..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Apa la salah bayi ni.. Sampai KOMA dibuatnya!


Tajuk di muka depan Harian Metro hari ni, 27 Disember 2012 - Bayi 38 hari koma digoncang bapa.. Untuk pengetahuan, bayi berkenaan adalah bayi kandung dia.. Tak sayang anak ke bro? Orang lain bersusah payah nak dapatkan anak tapi bro ni bila dah dapat anugerah Allah ni, boleh buat macamtu pulak.. Bayi tu digoncang sebab tidak henti menangis.. Alahai.. Sebab tu je??

Kalau di baca laporan ni, datuk kepada mangsa dan juga bapa mertua lelaki berkenaan ada beritahu, sejak awal menentang hubungan lelaki itu dengan anaknya.. Tapi terpaksa akir terima kerana itu lelaki pilihan anaknya.. Dia dilayan baik baik oleh keluarga.. Wallahhualam..

Apa-apa pun, bagi pasangan yang akan berkahwin, fikirlah sedalam-dalam dan minta la restu kedua ibu bapa.. Insyaallah boleh elak perkara-perkara yang tak diingini..

Doakam semoga bayi berkenaan akan cepat pulih dan dapat jalani hidup yang normal..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Kereta Hampir 'Merajuk'

'Merajuk'? Hohoho.. Tiba-tiba semalam kipas enjin tak nak stop! Ayoooo.. Bila 3 kali start off, start off, baru la berhenti semula.. Berdebar jugak sebab masa tu pukul 7.30 lebih kot dan dah sampai rumah.. Kalau nak panggil pomen masa tu, mesti la kena tunggu lepas solat maghrib dulu kan..

So hari ni dengan kerelaan dan tak de pun paksa, kena la bawak kereta pegi 'klinik' untuk check dan service la mana yang patut.. Memang dah lama sebenarnya tak service.. So memang patut dia 'merajuk'.. Ready je sebilangan wang hari ni, ataupun dulukan kad plastik! Haha..

#Mood sabar menanti..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Wednesday, 26 December 2012

JUARA Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim 2

Ucsop - JUARA Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim 2


Mula-mula nak beritahu yang E'raz tak sedar tentang program realiti TV3, Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Ke 2 ni rupa-rupanya dah final malam ni.. Kalau nak suruh sebut nama-nama peserta atau nama-nama peserta akhir, memang mengaku awal-awal tak tahu la.. Tapi kalau google, sah-sah jumpa..

Hasil google ini dua peserta yang layak ke peringkat akhir iaitu UCSOP dan MAR.. Lepas agak-agak nak umumkan result, tukar ke channel 103 then pemenangnya ialah UCSOP.. Good Luck pada dia untuk perjuangan dalam industri muzik Malaysia.. Korang rasa camne? E'raz no komen.. Rezeki itu hanya tuhan yang tahu..

Lagi satu, kenapa musim ni TV3 siar program Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim ke 2 ni pada hari Rabu ya? Selalu kalau program-program realiti nyanyi ni, diaorg siar pada hari Ahad.. Peace no war!

# Rasa macam lama tak menaip entri blog guna laptop ni.. 

Read more ...

Sakit Hati Dengar Ayat, 'Cuti Sokmo'!


Paham kan maksud 'cuti sokmo'? Itu bahasa Kelantan.. Sokmo maksudnya selalu.. Bila ada yang beritahu kita selalu cuti, rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala tu.. Walaupun E'raz cuti hari rabu cam hari ni, bukannya ambil annual leave pun.. Ambil cuti ganti sebab kerja Jumaat Sabtu lepas.. Memang tak paham la.. Kalau nak tahu, annual leave E'raz ada lagi 40 lebih hari yang akan lupus pada 2, 3 hari je lagi.. So jangan la nak kata selalu cuti.. Buat sakit hati je memikirkan cuti yang banyak tu..

Tutup kes.. Kenapa ada gambar RasaMas tu? Haha.. Itu E'raz snap masa makan tengahari tadi.. Siapa yang belanja? Blogger yang juga kawan E'raz, Zamani84 / zamani84.blogspot.com.. Thanx bro sebab belanja.. Sempena hari jadi ya? Terima kasih..

Kebetulan pagi tadi ada appointment di HUSM + cuti ganti hari ni.. Malas nak half daya - half day ni sebab cuti ganti kan.. Bukan annual leave then sedia maklum, akan burn jgk pasni.. Fuh! Appointment tadi semuanya OK.. Balik dengan hati gembira dan tersenyum.. Alhamdulillah..

Lepas selesai di HUSM, terus ke KB Mall sebab nak jumpa plus lepaking dengan blogger Zamani tu.. Walaupun dah lama tak ke shopping mall ni, hati nak shopping memang tak de.. Lalu-lalu tengok je.. Sempat rembat satu barang untuk isteri tersayang je yang kerja hari ni.. Buah tangan katanya..

Pjg giler dah entri, sambung next entri pulak! Status update entri di PPSK USM! Hari ni cuaca macam OK dah.. Harap2nya camni la sampai bulan 1.. Kesian pada budak2 nak pegi sekolah.. Dah la baju baru, kasut baru, kang tak pasal-pasal basah.. Kesian.. Assalamualaikum..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Tuesday, 25 December 2012

Episod Akhir Mimpi Cinderella + Lampu Rosak ! + Episod 70 Adam dan Hawa

Ada peminat drama Mimpi Cinderella? Sah-sah korang tengok episod akhir malam ni kan.. Rasanya ending biasa-biasa je kot.. Cam boleh agak.. Tak macam ending drama Cinta Itu Milikku baru ni.. Hehe.. E'raz tak pernah follow cerita tapi wife E'raz sempat tengok 2, 3 episod yang hampir nak habis tu.. So malam ni, dia layan la sementara E'raz try untuk baiki lampu dapur yang rosak!

Masa-masa ni la lampu tu nak rosak.. Dah la tak sediakan back-up.. So dapur bergelap la malam ni.. Tak gelap sangat sebenarnya sebab lampu bilik area dapur, lampu bilik air, lampu dari luar pun leh cover kalau nak carik barang.. Malas dah nak keluar cari malam-malam ni.. Dah la hujan..

Sekarang masa untuk layan drama Adam dan Hawa episod 70 di Astro Mustika 134 ni.. Ada 10 episod lagi kot nak habis ni.. Layaaaaaannnnnnn... Tak boleh tumpu tengok sebab duk taip entri ni.. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Kota Bharu di Cuti Perayaan Krismas


Jika nak bandingkan dengan semalam atau hari-hari sebelum tu, nampaknya hari ni macam ok.. Tak panas sangat tapi mendung dan hujan tak lebat macam hari-hari sebelum ni.. Terkejut juga dapat tahu tentang Kuantan banjir.. Dan juga kawasan Universiti Malaysia Kelantan kat Pengkalan Chepa pun sama banjir.. Tapi hari ni, tak tahu la camne keadaan..

# 25 Disember 2012

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Monday, 24 December 2012

Koleksi Gambar POSTER Filem atau Drama DiCIPLAK !

Koleksi Gambar POSTER Filem atau Drama DiCIPLAK !

Tertarik dengan satu entri daripada blogger INI, jadi E'raz rasa sesuai untuk berkongsi dengan blogger-blogger lain juga.. Bila baca entri BERKENAAN yang disertakan dengan gambar, nampak macam memang banyak poster filem seluruh dunia dan juga drama yang mungkin ada kesamaan secara sengaja or maybe secara tidak sengaja.. Gambar di bawah merupakan salah satunya.. Untuk tengok lagi koleksi poster lain, korang klik ENTRI INI.. Have fun!!


7760
Read more ...

(GAMBAR) Majlis Pertunangan Syafiq Yusof Dengan Aiesyah Zainal

(GAMBAR) Majlis Pertunangan Syafiq Yusof (Pengarah Filem SAM) Dengan Aiesyah Zainal

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Filem SAM atau adik kepada Syamsul Yusof atau juga anak kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Syafiq Yusof dengan Aiesyah Zainal di atas pertunangan yang telah berlangsung semalam.. Gambar ini E'raz dapat sumber daripada blog DiSiniBermula.. Sebagai sesama umat islam, mari kita doakan semoga majlis perkahwinan mereka dapat berlangsung secepat yang mungkin.. Rasanya umur Syafiq Yusof muda lagi.. Tapi tak salah untuk mendirikan rumah tangga awal.. Tahniah!



SUMBER : DiSiniBermula

Read more ...

Galaxy Tab Aku Rosak??!!

Galaxy Tab Aku Rosak??!!

Galaxy Tab 7.0 Plus

Tiba-tiba boleh rosak? Adoi.. Dalam kepada duk fikir, macamana ni, macamana ni.. Ke nak beli mana-mana handphone siri Samsung.. Ataupun sapu iPhone 5?? Berdebar juga sebab dah biasa ada Tab kat tangan.. Usia tab E'raz akan genap setahun pada 31 Disember 2012 ni..

Tapi itu sebenarnya mimpi je semalam.. Haha.. Apesal tah boleh mimpi Tab tu rosak.. Dalam mimpi tu tiba-tiba skrin Tab tu pecah dan hancur.. Aik! Camtu pun boleh jadi.. Bangun je dari tidur, sib baik itu hanyalah mimpi.. Hehe.. Lega-lega.. Kalau tak, mana la nk korek duit beli yang baru kan..

Dari tadi nak update blog untuk hari ni tapi sampai-sampai kat office, terus on pc but keluar beli nasik kerabu jap kat tepi... Kelaparan.. Breakfast dulu.. Then siapkan aktiviti jadual-jadual exam untuk hari Khamis dan Jumaat ni.. Sekarang masa untuk update blog kejap! ;) Lepas ni kena proses borang permohonan pulak!

Sambung nanti ..........

Read more ...

Sunday, 23 December 2012

Ada Apa Dengan Ahad, 23 Disember 2012

Ada Apa Dengan Ahad, 23 Disember 2012

Ada Apa Dengan Ahad, 23 Disember 2012

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Pertama sekali E'raz nak berterima kasih pada semua yang telah wish kan Happy Birthday kepada E'raz samada di entri ini ataupun di Facebook dan Twitter.. Terima kasih sekali lagi..

Maaf sekali lagi E'raz memang tak sempat nak update blog sekerap dulu sebab sekarang ini memang E'raz sangat busy dengan urusan pejabat.. Contohnya hari ini, tugas penting yang E'raz perlu selesaikan ialah memproses borang permohonan kemasukan baru Semester Januari 2013 dan juga senarai nama calon peperiksaan Semester September 2012.. Semua tu bertimbun.. Pening dah fikir.. Itu baru fikir, tapi belum tengok dan buat..

Sekejap lagi akan ada meeting jabatan.. E'raz jangka, mesti ada perkara-perkara baru yang perlu dibuat.. Alahai.. Redha je la.. Apa-apa pun, jika perkara yang rasanya boleh disharekan dengan korang, E'raz akan update menggunakan Blogger-Droid.. Insyaallah..

#Sekarang ini rasa macam terlebih sensitif pula.. Tak tahu la kenapa.. Dan kadang-kadang bila kita tengah fikir pasal kerja, rasa macam nak marah orang je.. Hehe.. Adios Amigos!

#E'raz juga sedang berusaha kumpulkan entri blogger-blogger yang telah buat special entri untuk birthday E'raz semalam..

Read more ...

Saturday, 22 December 2012

E'raz Fadli, Happy Birthday ke - 29

E'raz Fadli, Selamat Hari Lahir ke - 29

E'raz Fadli, Selamat Hari Lahir ke - 29
Kredit Gambar : Zamani84

Alhamdulillah.. Tarikh 22 Disember muncul sekali lagi.. 22.12.2012.. Banyak betul nombor 2.. Dalam pada family, kawan-kawan duk wish Selamat Hari Lahir, E'raz sendiri nak wish untuk diri sendiri, Happy Birthday ya ke 29.. Next year dah masuk ke 3 siries dah.. Umur hanya angka, yang penting hati.. Haha.. So mesti ramai yang telah tahu E'raz ni dah masuk pangkat abang atau uncle ya..

Terima kasih kepada semua yang telah wish birthday pada E'raz bermula jam 12.00 AM semalam..

Read more ...

Maharaja Lawak Mega 2012 : Minggu 6

(21 Disember 2012) Maharaja Lawak Mega 2012 : Minggu Ke - 6

Maharaja Lawak Mega 2012 : Minggu Ketiga

Memang dah agak macam biasa.. Dalam pada menunggu tamat Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6 ni, selalunya akan tertidur.. Jadi memang betul la, tertidur.. Haha.. Tapi sempat tengok persembahan Shiro dan Jozan.. Yang lain-lain, tengok yang di record je la.. Jozan memang kita tak boleh nak komen apa dah.. Mereka ada di tempat mereka sendiri.. Shiro nampaknya setiap minggu, semakin baik.. Mungkin Shiro boleh memberi saingan kepada Jozan dan Jambu dan mungkin juga kepada Boboi.. Boboi nampaknya macam tak tunjuk taring lagi..

Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 6 nampaknya minggu terakhir kepada Bandung Jokers! Mereka tersingkir.. Dua lagi yang hampir tersingkir minggu 6 ini ialah Sabon dan R2.. Minggu ni selamat, minggu depan, entah la labu.. Hehe.. Apa-apa pun, layan.. Eh! Dah masuk tarikh 22 Disember la.. Hehe.. Assalamualaikum dan Good Night!

Read more ...

Friday, 21 December 2012

Sivik : Fikir laa guna OTAK !

Sivik : Parking Motosikal Merata-rata!

Sivik : Parking Motosikal Merata-rata!

Kesedaran sivik.. Rasanya semua orang tahu hal ni.. Tapi yang peliknya kenapa tak semua orang boleh buat faham hal ini.. Dah banyak kali berlaku.. Tegur pun, nanti orang lain akan buat juga.. Sebabnya dalam diri masing-masing.. Kenapa agaknya kita tak fikir sebelum buat sesuatu hal.. Dah la melibatkan orang lain kan.. 

Tengok gambar di atas.. Itu dua motosikal berlainan.. Bayangkan, macamana kereta tu nak diundur atau masuk bila motosikal diletakkan macamtu? Bukannya tak de tempat lain boleh letak.. Luas lagi kawasan tu.. Tapi, nak juga letak kat sini.. Tak kan la nak bagi orang rantai motor tu then tak bagi kunci rantai kan.. 

Tak kan la hal macamni pun tak boleh nak fikir.. Benda depan mata.. Boleh imagine sendiri hal ni.. Bayangkan korang je la yang pemandu kereta berkenaan dan orang lain yang bawak moto anda.. Apa yang anda akan buat.. Isk! Tak faham la dengan orang-orang yang macam ni..

Bye!

#Iklan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh blog Mr. E'raz Fadli !

Read more ...

Thursday, 20 December 2012

Drama Adam & Hawa Episod 68 (Khamis)

Drama Adam & Hawa Episod 68 (Khamis) - 20 Disember 2012


Malam ni - 20 Disember, Episod 68 untuk drama Adam & Hawa.. Banyak scene di hospital sebab Ain dimasukkan ke hospital akibat bleeding.. Apa yang penting, kandungan tu selamat.. (Macam di alam realiti pulak).. Kadang-kadang tak logik pun ada cerita malam ni sebabnya tak kan la Am tak excited nak jumpa Ain sebab Azie dah beritahu Ain mengandung kan.. Dan tak kan la jugak tak risau bila dapat tahu isteri masuk hospital kan.. Alahai..

Apa-apa pun, minggu depan episod 69, baru la nampak dua lelaki tu cam nak bergaduh sebab salah faham ke apa tah.. Kawan E'raz beritahu, minggu depan minggu akan jadi episod yang menarik.. Kenapa? E'raz sendiri tak tahu sebab tak baca novel.. Haha.. Adios Amigos..

Assalamualaikum dan Selamat Malam..

#Sang suami, jagalah baik-baik isteri anda takkala isteri anda sedang mengandung zuriat anda.. Jika kes suami duk jauh, atau kerja jauh, memang tak boleh elak la kan.. Doakan semua yang terbaik bagi isteri-isteri yang sedang mengandung di alam realiti sekarang.. Aminnnn.. ;)

Read more ...

Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Jalan Cerita Sinopsis Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Episod Akhir Drama Cinta Itu Milikku TV3

Seriusnya, E'raz tak tahu pun hari ni merupakan episod akhir drama Cinta Itu Milikku.. Sejak seminggu dua ni, memang E'raz follow drama ni.. Tapi tak selalu tengok penuh 1 jam la.. Lakonan Ana Dahlia sebagai Dini, merupakan salah satu watak yang betul-betul menjadi.. Selaiu tu, lakonan Putri Balqis Azizi sebagai Zara pun ok cuma kadang-kadang mungkin pembawakan watak Zara tu nampak lebih dewasa.. Emma Maembong pun ok.. Alahai.. Duk komen sal pelakon la pulak kan..

Apa yang korang perlu tahu, ending drama ni memang tak di sangka-sangka.. Karl Shafek dah hintkan di twitternya semalam pasal ending drama Cinta Itu Milikku ni semalam.. Dini last-last sekali mati kena bunuh oleh Dr. Shafik.. Dr. Pokok a.k.a Dr. Irfan pulak kena tangkap polis sebab kes last dia menculik.. Zafril dan Rania dua-dua mati dilanggar Dr. Irfan.. Pelik nya kat sini, kenapa Dr. Irfan tak masuk penjara atau rumah sakit jiwa.. Isk3.. Lastly, pengarah memaparkan perubahan watak Zara.. Rasanya Zara dah jadi psiko kot atas semua yang berlaku.. Atau pun Zara yang punca segalanya?? Tak mungkin kan.. 

Apa-apa pun, pendapat tentang episod akhir drama Cinta Itu Milikku milik korang semua.. Sah-sah la korang ada pendapat masing-masing kan.. Rasanya memang tak jangka kot.. So! Apa pendapat korang??

Read more ...

20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak

‎20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

E'raz terjumpa artikel ini di Facebook salah sorang kawan E'raz iaitu Ustazah Siti Hafizah Norajat.. E'raz dah baca semua.. Artikel sangat sesuai dibaca oleh kaum wanita atau bakal ibu dan juga kaum lelaki atau bakal bapa ni.. Untuk pengetahuan.. So! Jom ambil masa seminit untuk baca artikel di bawah..


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar

2- Kaum wanita akan merindui saat 9 bulan kehamilan walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! 

3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! 

10- Kita akan lebih menghargai diri kita.

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


Read more ...

Kisah Sebenar Permulaan Dato' Siti Nurhaliza Istihar Tak Nak Bergambar Dengan Lelaki

Kisah Sebenar Permulaan Dato' Siti Nurhaliza Istihar Tak Nak Bergambar Dengan Lelaki

Sumber Foto : Zarul Umbrella

Panjangnya tajuk entri kali ni.. Tapi tak pe, sengaja kasi panjang sebab nak bagi pembaca faham.. Kisah sebenar permulaan Dato' Siti Nurhaliza istihar tak nak bergambar dengan lelaki ni telah diceritakan oleh Zarul, penyanyi kumpulan Umbrella ni sendiri sebabnya dialah yang terakhir terlibat kes bergambar ni..

Kisah bermula apabila baju-baju yang diberikan kepada Dato' Siti kebanyakkannya mendedahkan bahagian betis dan juga kelihatan agak jarang.. Beberapa helai baju telah direject oleh beliau dan ini menimbulkan sedikit ketidakpuashatian kepada Zulfadli (jurumekap) dan Joha Ahmad (wartawan) kerana hampir kesemua baju telah direject dan ini mungkin membantutkan sessi foto untuk cover.. 

Seterusnya, korang kena la baca entri khas daripada Saudara Zarul Umbrella ni sebab panjang untuk E'raz ceritakan kat sini.. Klik SINI..

Read more ...

Wednesday, 19 December 2012

Keputusan PMR 2012 Diumumkan

Keputusan PMR 2012 Diumumkan 21 Disember 2012

Keputusan PMR 2012 Diumumkan 21 Disember 2012

Sedia maklum, hari ni semua calon PMR 2012 akan mendapat keputusan masing-masing.. Begitu juga kepada SIL E'raz yang juga akan mendapat keputusannya hari ni.. Sekarang mungkin dia dah ada kat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Ahmad Maher, Kota Bharu bersama kakak-kakaknya yang teman.. Ramai yang E'raz dengar akan berkumpul di sekolah bermula pukul 10.00 pagi lagi.. So! Good Luck!!!

Read more ...

Tuesday, 18 December 2012

Drama Adam & Hawa Episod 66 (Selasa)

Drama Adam & Hawa Episod 66 (Selasa) - 18 Disember 2012


Malam ni - 18 Disember, Episod 66 untuk Adam & Hawa.. Entri Adam & Hawa ni E'raz publish bagi episod-episod yang rasanya ada isu untuk E'raz tulis.. Malam ni Ain dapat tanda-tanda pregnant.. Episod 67 esok, rasanya Azie akan bawa Ain ke klinik untuk medical check up.. Apa yang nak dikatakan tentang SMS kat atas tu..

SMS nampaknya isteri sedang meminta perhatian suami.. Saat-saat dapat simptom macam tu, suami memang diperlukan untuk beri support.. Walaupun ia hanyalah drama, realiti pun sama je sebenarnya.. Kesian duk tahan sakit sorang2.. Bayangkan kalau cramp time duk sorang2.. Hohoho..  Motif entri?? Hehe..

Assalamualaikum dan Selamat Malam..

Read more ...

Sharnaaz Ahmad Melamar Shila Amzah Jadi Isteri!

Sharnaaz Ahmad Melamar Shila Amzah Jadi Isteri!


Sharnaaz Ahmad Melamar Shila Amzah Jadi Isteri!

Gambar di atas berjaya di capture dan dipublishkan oleh mStar hari ni.. Shila Amzah mengesahkan Sharnaaz Ahmad telah melamarnya.. Tapi mengikut mStar juga, tweet berkenaan ini telah dipadamkan beberapa jam selepas itu..

Selain itu juga, Shila sempat memberi sedikit penjelasan tentang perkara-perkara yang telah di tweet kan oleh Sharnaaz Ahmad tentang hal yang berlaku di Anugerah Planet Muzik 2012.. Tapi tak perlulah dipanjangkan lagi isu itu.. Mungkin sesetengah perkara perlu dijadikan pengajaran.. Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk mereka.. Elok juga mereka berkahwin.. Senang nak ke mana-mana, boleh bawa suami untuk jaga.. Good Luck!!

Read more ...

Monday, 17 December 2012

Lelaki Metroseksual

Lelaki Metroseksual

Lelaki Metroseksual

Idea entri ni dapat lepas E'raz baca majalah Maskulin! Lelaki Metroseksual.. Metroseksual adalah panggilan yang diberikan kepada lelaki yang mementingkan penampilan.. Berdasarkan pemerhatian yang ditulis, lelaki metroseksual lebih mementingkan soal rambut terlebih dahulu, kemudian pakaian dan seterusnya bau badan.. Errrrmmmm.. So siapa lelaki metroseksual di sini atau wanita-wanita ada berkawan dengan lelaki metroseksual , adakah perkara ini benar? ;) 

Itu lelaki metroseksual.. Camne pulak dengan lelaki kacak? Mereka biasanya dikaitkan dengan ape? Next entri ya..

Published with Blogger-droid v2.0.9
Read more ...

Sunday, 16 December 2012

(VIDEO) Kena Prank Dalam Lift di Brazil.. Menarik!

(VIDEO) Kena Prank Dalam Lift di Brazil.. Menarik! 
Extremely Scary Ghost Elevator Prank in Brazil


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hari ni masih lagi terlibat dengan peperiksaan akhir bagi pelajar-pelajar Undergraduate dan Postgraduate.. Sementara tunggu sesi pertama tamat, nak update dan share dengan korang satu video yang rasanya memang sangat menjadi.. Apa lagi kalau bukan prank orang!

Siapa-siapa yang belum lagi tengok video ini, jom spend masa 6 minit untuk tengok.. Mungkin korang akan tergelak dan kesian juga pada yang kena.. Semua ini berlaku di Brazil..

Read more ...

Saturday, 15 December 2012

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) 2012

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) 2012


Senarai Penuh Pemenang Anugerah Planet Muzik (APM) 2012 telah diumumkan.. APM 2012 telah berlangsung pada 15 Dec 2012, 8.30 malam di The Max Pavilion, Singapura yang melibatkan artis 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.. Jom terjah pemenang-pemenangnya..

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU LELAKI)
Anji, (Hatiku) Berhenti Di Kamu

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (ARTIS BARU WANITA)
Raisa, Serba Salah

KUMPULAN BARU TERBAIK
Audionauts, Maha Bisa Rahsia

KOLABORASI TERBAIK
Rossa & Taufik Batisah, Aku Bersahaja
Komposer: Taufik Batisah
Penulis Lirik: Taufik Batisah

ARTIS LELAKI TERBAIK
Hafiz, Ku Akui [MALAYSIA]

ARTIS WANITA TERBAIK
Shila Amzah, Patah Seribu [MALAYSIA]

KUMPULAN TERBAIK
Kotak, Tendangan Dari Langit

LAGU TERBAIK SINGAPURA
Pulanglah, Awi Rafael
Komposer: Awi Rafael
Penulis Lirik: Awi Rafael

LAGU TERBAIK
Kisah Hati, Alyah [MALAYSIA]
Komposer: Manusia Putih
Penulis Lirik: Manusia Putih

ARTIS SINGAPURA PALING POPULAR
Taufik Batisah

LAGU SINGAPURA PALING POPULAR
Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza

ARTIS SERANTAU PALING POPULAR
Taufik Batisah

LAGU SERANTAU PALING POPULAR
Ku Tetap Kan Menunggu, Hady Mirza

NEW MEDIA NOVA NOVA MEDIA BARU
Abdul Muttaleeb [MALAYSIA]

NEW MEDIA ICON IKON MEDIA BARU
SleeQ

ANUGERAH KHAS APM 2012
Sheila Majid [MALAYSIA]

Read more ...

Pemenang NOVA MEDIA BARU APM 2012 - Abdul Muttaleeb

Siapa Abdul Muttaleeb? Pemenang NOVA MEDIA BARU APM 2012..

Akka Taleeb (Abdul Muttaleeb)
Sumber : Facebook Akka Taleeb (Abdul Muttaleeb)

Siapa yang tengok Anugerah Planet Muzik 2012 malam ini mesti dah tahu pemenang anugerah NOVA MEDIA BARU di APM 2012.. Nama pemenang berkenaan ialah Abdul Muttaleeb.. Mungkin agak asing bagi sesetengah orang.. Untuk biodata, E'raz tak dapat nak bagi kat sini.. Tetapi di sini E'raz boleh sharekan link yang berkaitan dengan dia..

Youtube : Abdul Muttaleeb
Blog : taleeb^bun

Apa-apa pun tahniah kepada saudara Abdul Muttaleeb kerana memenangi anugerah NOVA MEDIA BARU di APM 2012 yang baru diperkenalkan tahun ini.. Setakat ini, masih belum ada artis Malaysia yang menang anugerah di APM 2012! 

Read more ...

KEBANGGAAN MALAYSIA : Shila Amzah & Siti Nurhaliza Tercalon di World Music Award 2012

BANGGA : Shila Amzah & Siti Nurhaliza Tercalon di World Music Award 2012



Jika ada yang masih ingat, E'raz ada membuat entri tentang Shila Amzah Tercalon Kategori World's Best Female Artist Untuk World Music Award 2012.. Terkini yang diupdate, Shila Amzah bukan sahaja tercalon dalam kategori WORLD'S BEST FEMALE ARTIST, akan tetapi turut tercalon untuk WORLD'S BEST ENTERTAINER OF THE YEAR.. Wow! Dua kategori sekali gus! Dan satu berita lagi yang lebih membanggakan kita, Dato' Siti Nurhaliza juga tercalon untuk kategori WORLD'S BEST FEMALE ARTIST bersama-sama dengan Shila Amzah.. Mereka berdua boleh menjadi kebanggaan Malaysia..

Kalah menang, itu adat pertandingan dan rasanya kita sendiri tahu peratusan peluang untuk mereka menang.. Akan tetapi yang lebih penting adalah, mereka membawa nama Malaysia ke mata dunia.. Itu lebih penting.. Tahniah untuk Dato' Siti Nurhaliza dan Cik Shila Amzah..

Shila Amzah
Siti Nurhaliza

Shila Amzah

Read more ...