Sunday 29 May 2016

Tarikh Proses Ujian Saringan Permohonan Jawatan Kosong USM 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz rasa mesti ramai dikalangan pembaca blog ini yang memohon Jawatan Kosong di Universiti Sains Malaysia untuk Jawatan Kosong Tahun 2016 ni.. Tak silap Eraz baru je tutup baru ni.. Tapi tup-tup ada yang share di Facebook makluman tentang Proses Ujian Saringan Permohonan Jawatan Kosong USM 2016.. So siapa yang terlibat, baca makluman di bawah :



Sukacita dimaklumkan, Universiti Sains Malaysia akan mengadakan Proses Saringan Permohonan Jawatan Kosong  pada 2 & 3 Jun 2016 (tertakluk kepada jawatan). Calon yang berjaya disenarai pendek akan dihubungi melalui emel dan sms. Calon dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas.

Mengikut makluman tu, dalam masa terdekat dah tu siapa yang layak akan dimaklumkan melalui SMS atau email.. Jadi good luck untuk semua.. Moga ada rezeki korang semua.. Kalau takde kali ni di USM, jangan frust, insyaallah ada rezeki di tempat lain.. Good Luck once again..
Read more ...

Bila Bayi Masukkan Kaki Dalam Mulut

Assalamualaikum w.b.t.. Lepas update dengan satu gambar, rasa macam tak sah kalau tak update di blog kan.. Disebabkan dulu-dulu masa sekolah memang sangat suka menulis, so bila dah tua-tua ni menulis di blog sendiri je la.. Nak jadi penulis secara serius tu memang tak la.. Jadi kita menulis je secara santai-santai.. Ok! Berbalik kepada topik asal..

Bila bayi masukkan kaki dalam mulut, terus kita terbayangkan kata-kata orang tua yang katanya baby tu nak adik.. Sejauh mana kebenaran kata-kata orang tua tu? Eraz sendiri tak sure la tapi kata-kata tu memang melekat dalam kepala.. Selalunya orang-orang tua dulu-dulu mesti bersebab sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan.. 


Sekarang sampai masa Adam cuba main-main untuk masukkan kaki dalam mulut.. Bukan selalu pun.. Selalu asa duk lama dalam carseat je.. Mungkin dah tak de benda lain nak buat, so main la kaki kan.. Tapi kan, tak tahu la tiba-tiba memang Adam akan dapat tahu.. Rezeki Allah kan.. Tapi kalau diberikan peluang, nak biarkan Adam besar la dulu.. Zara masuk sekolah dulu ke, Adam masuk sekolah dulu ke.. Hehe.. 

Read more ...

Saturday 28 May 2016

Selamat Hari Lahir Adam Fitri !!


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, hari ni Adam Fitri genap berumur setahun.. Happy Birthday anak Papa.. Papa doakan semoga Adam panjang umur, murah rezeki, sihat-sihat selalu, jadi anak soleh dan mendapat keberkatan serta kejayaan dunia akhirat.. Papa dan Mama sayang Adam.. Nak hadiah apa? Hehe.. 

Salah satu tujuan penting dengan blog ni adalah untuk Adam dan juga kakaknya, Zara.. Banyak Eraz ceritakan di sini dari mula dalam perut Mama, sampai la sekarang.. So, bila Adam dan Zara dah besar nanti, dah boleh baca, boleh la buka entri-entri papa ni, baca.. Betapa berharganya Adam dan Zara pada papa dan mama dan tahulah macamana susah senang Papa dan Mama besarkan Zara dan Adam.. Insyaallah Papa dan Mama akan pikul tanggungjawab tu sebaik mungkin.. Insyaallah..

Read more ...

Friday 27 May 2016

Misteri Ayam Jantan

Assalamualaikum w.b.t.. Hairan bin Ajaib juga sebenarnya sebab bermula malam semalam, tiba-tiba ada seekor ayam jantan sesat datang tidur di depan kawasan rumah.. Mana datang entah.. Sehari sebelum tu ada nampak dia main depan rumah jiran sebelah.. Tapi rasa macam dia tak de pelihara ayam jantan.. Burung ada la.. Buat tak tahu lagi masa tu sebab tak kacau rumah kita kan.. Tapi..


Dua malam lepas ayam jantan tu datang tidur betul depan pintu rumah kita dan siap buang ayam air.. Aik! Dia datang bawak masalah la pulak.. Terus halau keluar pagar.. Ingat kan dah tak de la kan sebab siang hari tak de la pulak nampak.. Tapi semalam dia datang lagi senyap-senyap.. Kami sekeluarga tak tahu pun.. Sedar-sedar dengan ada macam sesuatu di luar.. Dan nak tahu apa berlaku pada pukul 4 pagi? Ayam jantan tu berkokok!!!

Adam ok tidur nyenyak.. Zara siap bangun cakap ayam ayam ayam lagi.. Adoi.. Dah macam kat kampung-kampung pulak.. Dah la ayam tu berkokok depan rumah betul-betul.. Apa nak buat ni.. Malam ni nak tengok dia datang lagi ke tidak dan nak tanye jiran, ayam siapa sebenarnya.. Kami rasa ayam ni sesat..

Disebabkan ayam ni sesat, bangun pagi-pagi dah tambah lagi satu kerja sebelum bersiap ke tempat kerja.. Iaitu bersih najis ayam kat depan rumah.. Adoi.. Nasib badan.. Mesti ada je perkara baru yang berlaku.. Hehe.. Kita tunggu malam ni pulak macam ni.. Sabar je la..
Read more ...

Thursday 26 May 2016

De'Xandra Perfume | Promosi Hebat ( 26 - 31 Mei 2016 )


Assalamualaikum w.b.t.. Mesti korang pernah dengar pasal De'Xandra Perfume kan.. So sempena dah dapat gaji dan nak mula bulan Ramadhan ni, kami akan membuat promosi hebat untuk De'Xandra Perfume.. Dengan pembelian dua botol 35 ml, korang akan diberikan hadiah free gift yang bernilai lebih RM 20 ++.. Memang berbaloi.. Apa yang akan dapat, korang kena whatsapp dulu 0179773382.. Mesti akan tertarik punyalah!

Berbekalkan konsep mampu milik untuk semua rakyat Malaysia, sememangnya kalau korang berkategori pelajar pun mampu untuk memiliki at least sebotol 35 ml De'Xandra Perfume.. Dengan adanya pelbagai pilihan bau kegemaran, sememangnya korang akan berpuas hati.. Dengan harga RM 65 sebotol atau RM 60 sebotol jika membeli 2 botol ke atas dalam masa yang sama, sememangnya berbaloi.. Postage? Ini boleh dibincangkan dan korang sememangnya akan tersenyum..

Follow Instagram zaraadam_online




De'Xandra Perfume, memperkenalkan satu perfume yang sangat murah dan tahan lama.. Dan paling penting ialah boleh bawa solat.. De'Xandra Perfume.. Mesti dah ada yang pernah dengar dan mungkin kali pertama dengar.. Kalau mana-mana yang sudah biasa pakai, memang dah tahu akan kewangian yang ada, ketahanan bauan perfume itu dan harganya.. Mana-mana pembaca yang sedang mencari perfume yang sesuai samada untuk wanita mahupun lelaki, inilah lah pilihannya, De'Xandra Perfume..



Ciri-Ciri DE'XANDRA PERFUME

1) TAHAN LAMA DENGAN HARGA BUDGET

Ciri utama yang dimahukan oleh ramai penggemar perfumes ialah KETAHANANNYA.
Dan soalan PERTAMA yang sering di tanya oleh mereka sebelum membeli ialah
" TAHAN LAMA tak perfumes awak  ni?" atau
" Berapa jam ketahanan perfumes ni?

Dengan memberikan pilihan kepada penggemar jika mahukan yang TAHAN LEBIH LAMA sudah tentu pilihan utama adalah ORIGINAL PERFUMES, tetapi masalah BUDGET menjadi kesukaran kepada mereka

Oleh itu, beliau telah membuat kajian tentang pati perfumes dan mendapati pelbagai kilang pengeluaran perfumes yang mempunyai kualiti dan ketahanan tersendiri . DE'XANDRA akhirnya telah di hasilkan daripada pati yang terbaik dan selamat digunakan dengan harga budget.

2) BOLEH BAWA SOLAT

" Boleh bawa solat tak?" 

​Walaupun sudah berkali-kali ustaz , ustazah dan pihak jakim mengesahkan alkohol boleh dibawa solat tetapi masih ramai lagi yang bertanya.

Oleh itu , beliau mengambil inisiatif untuk mengesahkan alkohol terbaik dari ekstrak tumbuhan. ALKOHOL De'Xandra ialah dari Ekstrak tebu dan ianya  boleh di bawa solat.

3) BOLEH BAWA TRAVEL

Ramai juga yang suka membeli perfumes yang boleh di bawa hand luggage dalam penerbangan & ringan serta mudah dibawa. 

Dengan kandungan 35ml, membantu ramai untuk bawa De'Xandra TERBANG bersama. 

CIRI-CIRI lain yang ada pada DE'XANDRA PERFUMES

1) 35ml , EDP perfume
2) Mudah di bawa TRAVEL
3) Produk bumiputera
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa & permintaan rakyat MALAYSIA

De'Xandra Perfume ini boleh dipos terus kepada pembeli! Jika beminat, boleh whatsapp ke no. di bawah :

Contact : 0179773382

Follow Instagram zaraadam_online
Read more ...

Happy 5 th Anniversary !

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni dah 26 Mei rupanya.. Pejam celik pejam celik, sampai tarikh ni untuk tahun 2016 ni.. Kalau tahun lepas, kebetulan kami sekeluarga di Penang.. Tahun ni, di Kelantan la sebab ke Penang dulu pun sebab wife ada urusan kerja.. 26 Mei merupakan satu tarikh keramat kepada sepasang suami isteri iaitu kami lah! Haha..


Happy 5th Anniversary isteriku.. Alhamdulillah, hari ini, 26 Mei 2016, genap 5 tahun Eraz berkahwin dengan seorang wanita yang cukup sempurna bagi Eraz.. Dia telah berikan segalanya kepada Eraz dan juga keluarga Eraz juga.. Tanggungjawabnya memang tidak pernah diabaikan.. Hadiah paling tidak ternilai ialah dengan bertarung nyawa melahirkan dua zuriat penyambung warisan kepada Eraz iaitu Zara Faleesya & Adam Fitri.. Terima kasih..

Sayang,
Happy 5th Anniversary..
5 year down,
Forever to go!
I LOVE U..
Read more ...

Wednesday 25 May 2016

Cara Kembalikan Whatsapp iPhone Bila Blank / Hang

Assalamualaikum w.b.t.. Tak tahu la kenapa masalah whatsapp ni terjadi sekali lagi pada diri aku ni.. Sebelum ni dah sekali.. Tak silap Jumaat lepas.. 20 Mei.. Masa perasan tu dalam pukul 10 pagi kot.. Masa nak uninstall so biarkan dulu sampailah ke Solat Jumaat.. Tapi sebab risau ada message peting masih, gagahkan diri untuk uninstall dan install balik.. 'Menangis' rasa bila message personal dan business semua hilang.. Tinggal group je la.. Itu pun kosong.. Nasib badan.. Hope tak berulang lagi..


Malang tidak berbau, semalam 24 Mei terjadi lagi.. Adoi.. Tengah syok-syok layan Dia Semanis Honey, tibe-tibe bukak whatsapp blank a.k.a hang lagi.. Arggghhhhh.. Nak marahnya rasa.. Post sekali lagi kat FB dan IG kot-kot ada yang dapat membantu.. Then Lisa cik Sepet kita komen kata whatsapp dia dah ok.. Sebab sebelum tu dia kena juga.. Tapi sebab lambat reply, pagi baru dapat tahu cara..


Nak dijadikan cerita, masa bangun pukul 4 pagi, Eraz try duk main-main setting.. Off semua, on balik.. Tukar setting situ sini berkaitan whatsapp.. Lepas tu on off.. Pelbagai cara.. Sekali try buka, eh! Boleh on.. Tapi masih tak dapat buka bahagian chat.. Lega dah sikit.. Try on laptop dan guna whatsapp web.. Sempat back up data-data penting.. Dan bangun pagi ni terbaca semula Lisa reply komen dan cuba on whatsapp, dah ok.. Alhamdullillah.. Cara Lisa beritahu lebih kurang sama cam cara Eraz buat cuba Eraz try n error so banyak step la nak dapatkan semula.. Hehe..

Then tengahari ni handphone pula yang whatsapp nya hang.. Sebab dah tahu cara, terus la buatkan untuk dia sebab kebetulan kami keluar lunch sama-sama.. Fuh.. Nak tahu cara nak buat bila Whatsapp pengguna iPhone hang? Ini caranya..

Pertamanya masuk ke Setting.. Lepas tu cari item Whatsapp.. Selalunya bawah sekali.. Then off semua access macam contacts, photos, microphone, camera, background app refresh.. Insyaallah akan ok lepas tu.. Kalau tak ok juga, korang uninstall je la.. Then install balik.. Hehe.. Ada sesetengah kes, lepas buat semua kat atas, ada yang tak ok terus.. 

Mula-mula dia akan keluar bahagian setting dulu.. Kalau bahagian Chat tak dapat buka lagi, padam dulu Whatsapp.. Lepas tu buka balik.. Insyaallah, Lepas itu baru la ok sepenuhnya.. Sabar ya.. Usaha tangga kejayaan..


Eraz jenis yang tak backup data whatsapp, sebab tu la bila dah uninstall, semua data hilang.. Backup atau tidak, terpulang pada korang.. Tapi Eraz malas.. Wife Eraz pun sama.. Korang tak tahu la.. So, siapa yang terkena masalah yang sama, harapnya dapat membantu.. Salah satu sebab jadi macam tu mungkin sebab Whatsapp upgrade sofware.. Mungkin la..
Read more ...

Izeara Xtravaganza - Produk Serum Kurus Tak Panas Meletop

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz pasti semua orang ingat akan kisah Bella yang menjadi viral seluruh Malaysia kan.. Kenapa? Sebabnya dia telah membuat laporan polis selepas Bella tidak berpuas hati dengan produk serum kurus yang digunakannya.. Kenapa tak puas hati? Sebabnya dia kata produk tu tak panas masa pakai.. So macamana nak berkesan kan.. So terus la dia buat laporan polis dan mengatakan juga produk serum kurus berkenaan tipu.. Marahkan produk melayu.. Bila dia sebut produk Melayu, lagi la ramai yang marah!

Bella Buat Laporan Polis Yang Viral

Bella fikir macam ramai orang ramai fikir juga.. Produk kurus mesti la kena panas.. Samada sapu ke, minum ke.. Mesti kena panas sebab nak cairkan lemak kan.. So bila pakai tak panas, mula la mengelabah cakap produk tu tak akan berkesan.. Itu tak semestinya ya Bella.. Tak semua produk macam tu.. Kalau tekun, nekad dan segala positif yang ada, sure akan dapat hasilnya.. By the way, kalau jumpa produk tak panas, lagi la selesa pakaikan.. Isk isk isk.. Korang pun tahu sekarang musim panas kan.. Kalau pakai yang panas, lagi la panas.. Bijak juga pemilik produk serum kurus Izeara Xtravaganza ni..

Syhhhh.. Kalau korang nak tahu, abang Rani Kulup Kipidap Dongibap pun marah pada tindakan kurang cerdik Bella ni.. Dah tengok video tu belum? Tengok kat bawah ni..


Tapi disebab kes yang Bella dah buat tu, memang la menjadi viral seluruh Malaysia.. Mana tak nya, tak patut kot sampai buat laporan polis dan marahkan peniaga melayu.. Dan selepas bebeberapa hari mendengar, membaca dan sebagainya, mungkin Bella rasa bersalah.. Alhamdulillah.. So seperti semua maklum yang juga viral, Bella telah rekod satu video maaf kepada semua rakyat Malaysia dan semestinya berulang kali meminta maaf kepada pemilik produk serum kurus yang dia beli iaitu Izeara Xtravaganza.. Kita kena puji Bella sebab sanggup tutup malu untuk membuat video maaf itu sebab mengaku silap kan.. So lepas ni, kalau nak buat apa-apa, sila fikir panjang ok! Kesian kepada pemilik Izeara Xtravaganza tu..

Bella Minta Maaf

Ok! Nak cerita.. Masa duk borak-borak dengan wife, rupanya ramai orang dah tahu pasal produk serum kurus Izeara Xtravaganza ni.. Salah satu contohnya di kalangan rakan pejabat wife, kawan nya dah survey-survey dengan pengedar sah Izeara Xtravaganza ni tentang harga, kesan, kebaikkan dan lain-lain.. Juga tak lupa, penyanyi terkenal sekarang ni, Siti Nordiana pun pakai kot.. Wow! Patut la dah ada anak seorang pun, masih slim!



Disebabkan memang ramai orang dah google, so Eraz pun google jugak la.. Banyak testimoni positif nampaknya.. Bagi yang pernah menggunakan produk mahal atau alat-alat canggih, memang dapat bezakan antara produk Izeara Xtravaganza dengan sebelum-sebelum ni.. Kesannya yang sama, hasil yang sama dengan produk kos ribuan ringgit tapi kos yang sangat berbaloi dengan Izeara Xtravaganza.. So! Sah-sah Bella ni salah anggap dengan produk ni.. Jom baca testimoni yang Eraz jumpa..








KELEBIHAN SERUM IZEARA XTRAVAGANZA

1. Merupakan serum kurus yang PERTAMA di pasaran yang tidak panas, tidak melekit 100% dan pastinya harga serum ini MAMPU MILIK!

2. Serum kurus pertama di Asia yang ada Cafeisilane C..Ini adalah bahan yang paling pantas mencairkan lemak di bawah kulit..

3. Melawaskan permbuangan air besar selepas 1 jam menggunakan Serum Izeara Extravaganza ni.. Hilang stretchmark lama dan baru melahirkan sekiranya korang menggunakan secara konsisten selama 7 hari

4. Lemak lemak tepu dan degil akan disingkirkan dengan cepat!

Ok tak pasal kelebihan tu.. Join sekali dengan mereka yang dah rasa hasil produk serum kurus Izeara Xtravaganza ni.. by the way, nak ajak korang dengar sikit penerangan dari pemilik Izeara Xtravaganza..


Dah alang-alang baca entri ini dan rasa nak kurus dengan guna produk serum kurus Izeara Xtravaganza tak panas, boleh order sekarang.. Harga promosi sekarang ni sebab ramai giler dah cuba.. Hanya RM 109.00 sahaja.. Murah kan.. Harga promosi ni untuk pembaca blog Eraz Fadli.. So kalau nak order, bagitahu dapat maklumat dari blog Eraz Fadli, automatik dapat RM 109.00 je.. So tunggu apa lagi, try la.. 

Maklumat lanjut :

Instagram: @izearaxtravaganza 
Tempahan : 017-9773382 atau 013-7773617 

Read more ...

Tuesday 24 May 2016

Bila Yang Tersayang Sukakan Sesuatu

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak sehari dua ni, Zara suka sangat makan aiskrim.. So bila semalam, stok tinggal satu dalam peti ais dan Zara makan sampai habis.. Lepas tu dia minta lagi.. Sebenarnya kalau ada pun, kami tak bagi juga sebab tak nak la ajar dia makan ais krim back to back macam tu.. Tapi permintaan Zara tu orang kata terdengar-dengar di telinga.. Haha.. Masa on the way balik kerja, terus la singgah kedai runcit dan beli 3 ketul bawa balik.. 


Kenapa 3? Tak kan nak bagi Zara semua sekali gus kan.. Bukan.. Asalnya dalam kepala plan untuk diri sendiri, wife dan Zara.. Itu plannya.. Tapi tak mustahil Mama Papa berkorban bagi pada Zara je semua.. Hehe.. Tapi sebenarnya itu yang terjadi.. Kami tak makan pun.. Satu dah dimakan oleh Zara.. Dua lagi masih tersimpan dalam peti ais.. Zara makan satu je.. Masa Eraz sampai rumah tadi, memang tak tunjuk pada dia.. Lepas tu baru beritahu.. Itu yang dia makan satu.. Dua lagi dia tak sedar dalam peti ais..

Sekali imbas dengan wife, macam tak percaya anak sulung dah besar.. Next year dah nak masuk tadika walaupun umur ikut bulan tak masuk 4 tahun lagi.. Keinginan Zara untuk belajar tu kuat nampaknya dan dah boleh menghafal serta mengenal..
Read more ...

Dia Semanis Honey Episod 13 , 14 , 15 , 16

Dia Semanis Honey Episod 13 , 14 , 15 , 16 | Assalamualaikum w.b.t.. Kepada semua peminat drama Dia Semanis Honey, nampaknya bermula Isnin ini, hanya tinggal 4 episod je lagi.. Minggu ini merupakan minggu akhir kepada drama ini.. Kepada yang follow drama ini, sememangnya drama ini menjadi trending setiap kali ditayangkan dan artis-artis juga turut tonton serta menghantar tweet masing-masing tentang drama ini.. Apa yang berlaku pada minggu akhir ini? 


Seperti yang penonton tahu, Ahnaf berselisih faham dengan Hani.. Antaranya kerana Hani keluar senyap-senyap dengan Adam tanpa memberitahu dia.. Sekadar menguji Hani, Ahnaf bertanyakan kenapa balik lambat atau sebenarnya nak tahu apa aktiviti Hani semasa Hani keluar dengan Adam, Hani menjawab jumpa business partner.. So Hani dah kantoi di situ..

Selain itu, akhirnya Hani berjumpa dengan Bella.. Apa yang dibincangkan? Kena tunggu tayangan minggu ini la.. Yang pasti, Hani pengsan selepas berjumpa dengan Bella.. Kenapa? Adakah sebab perbuatan Bella? Atau sebab Hani pregnant? Haha.. Bella juga nampaknya cuba mengatur sesuatu yang lebih jahat untuk mengotakan janjinya kepada tuannya.. 

Kalau sesiapa baca novel, Ahnaf akan dimasukkan ke hospital kali ni.. Dengan kejahatan Bella yang memag ada dalam dirinya, sesuatu yang tak sepatutnya akan dilakukan oleh Bella.. Apa ke? Kena tunggu Dia Semanis Honey Episod 13 , 14 , 15 , 16.. Episod 16 tu dah episod akhir ya.. Hehe..


Dia Semanis Honey Episod 13


Dia Semanis Honey Episod 14


Dia Semanis Honey Episod 15


Dia Semanis Honey Episod 16 (Episod Akhir)



Read more ...

Monday 23 May 2016

Lelaki Berbogel Minta Singa Baham

Assalamualaikum w.b.t.. Masa menunggu lampu hijau di traffic light tadi, sempat buka facebook dan nampak satu berita dari Harian Metro.. Tajuk? 'Lelaki Berbogel Minta Singa Baham'.. Menarik kan tajuk.. Sedia maklum Harian Metro.. Mereka ni selalu bermain dengan keyword tajuk berita supaya menjadi panas dan tarik ramai pembaca.. Tapi apa yang buat Eraz baca berita tu sebab dalam komen ternampak ada orang komen yang tak pasal-pasal dua ekor singa mati ditembak kerana nak selamatkan lelaki yang cuba nak bunuh diri tu.. 


Kisah benar ni berlaku di Santiago ya, bukan di China atau Malaysia.. Sinopsisnya : Seorang lelaki telah masuk ke dalam kandang singa di sebuah zoo dan dipercayai mahu membunuh diri dia sekarang berada dalam keadaan kritikal selepas diserang singar serta terkena tembakan ubat pelali oleh petugas zoo.. Lelaki berkenaan dikatakan membuka pakaiannya dan mengacah haiwan terbabit supaya menyerangnya..

Pekerja zoo terlebih dahulu cuba menembak ubat pelali kepada singa supaya tidak bertindak liar.. Tetapi bila masa nampak singa berkenaan mahu menerkam lelaki itu, mereka terpaksa melepaskan tembakan peluru hidup  lalu membunuh dua singa.. Akhirnya lelaki itu, cedera di punggung dan kepala akibat serangan singa serta akibat terlebih dos ubat pelali.. Polis juga menemui nota bersama lelaki itu dipercayai nota membunuh diri..

Ok! Itu sinopsis atau sebenarnya boleh kata cerita penuh la kot.. Sekali fikir, kesian pula pada dia ekor singa tu sebab disebab lelaki yang hilang akal berfikir pada masa itu untuk membunuh, singa yang memang nampak manusia tu bahan makanan dan menyerah diri, mati kena tembak.. Tapi tak salah juga kepada pekerja zoo yang mulanya dah cuba hanya tembak ubat pelali tetapi nampak singa makin ganas, terpaksa la menembak dengan peluru hidup kan.. Asal cerita, kalau la lelaki itu tidak cuba untuk menyerah diri kepada singa, semua ni tak akan berlaku.. The End..
Read more ...

Sunday 22 May 2016

Fatin Kelantan Juara Clever Girl Malaysia Pertama

Assalamualaikum w.b.t.. Tahniah kepada wakil Kelantan iaitu Fatin Nuraisya Binti Mohd Hanipha yang berumur 28 tahun kerana telah menjadi juara pertama untuk program TV3, Clever Girl Malaysia.. Fatin merupakan seorang peguam yang semestinya berasal dari Kelantan.. Di pusingan akhir, Fatin berentap dengan Arina dari Selangor..


Fatin yang sebelum ini pernah tersingkir selepas dilihat seorang peserta yang boleh mencabar peserta lain akhirnya diserap semula beberapa minggu selepas itu dengan undian orang awam.. Tuah ayam nampak di kaki kan.. Tuah manusia, tidak ada siapa yang tahu.. Pernah tersingkir dan diberikan peluang kedua.. Akhirnya menjadi juara pula.. Dapat RM 100,000.00 tu.. Tahniah Fatin kerana membawa nama negeri Kelantan..


Fatin juga pernah dikaitkan dengan kontroversi bila ada individu yang tidak bertanggungjawab membuat atau create akaun facebook palsu dan memuat naik status yang menjatuhkan maruahnya.. Terbaru semasa perlawanan kemenangan JDT baru ni.. Eraz baca dalam Harian Metro masa tu.. Belum popular dah kena, lepas ni tak tahu la.. Once again, tahniah Fatin, Peguam dari Kelantan!

Read more ...

Plan Jalan2 Tak Jadi

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Bukan senang nak dapat cuti 3 hari dan bersama wife serta dua anak ni.. Siapa yang tahu camne jadual kerja Eraz, faham la.. Cuti 3 hari kali ni memang digunakan khas bersama family je.. Hari Pertama sempat balik kampung Ma Abah Eraz di Machang.. Stay sampai malam juga.. Kul 11 lebih jugak kot sampai rumah.. 


Walaupun dua hari lepas tu duk rumah je, tapi enjin kereta tu hidup la juga.. Pagi2 keluar walaupun sekejap sebab cari barang dapur dan lain-lain.. Lepas tu memang habiskan masa di rumah je la.. Itu lah beza nya kalau family tu selalu cuti bersama dan tidak.. Ada plan nak keluar, tapi biasa la, last minute tak jadi la pulak..

Kalau sebelum kahwin, lain.. Kalau dah kahwin, lagi la lain.. Lepas kahwin pun ada dua jenis juga.. Sebelum ada anak dan selepas ada anak.. Banyak kali juga plan nak keluar pukul sekian2, tapi tersasar lambat.. Sama macam nak keluar pergi kerja. Selalunya Adam Fitri la punca.. Masa nak keluar rumah tu la dia buang air besar la, macam-macam.. Hehe..

So! Pada yang belum berkahwin, guna masa cuti sebelum berkahwin ni betul2.. Nescay cara hidup korang mesti berubah.. Bukan berubah ke arah yang tidak baik.. Tapi berubah menjadi lebih berbeza.. Masih kategori baik lagi..

Dah ada anak ni, update blog pun guna hp je.. Nak bukak laptop memang kena tunggu anak tidur sebab kalau tidak, dengan anak2 jadi blogger sekali.. Haha.. Sekarang duk update blog sementara jaga anak.. Wife masak untuk dinner.. Zara tidur dan Adam duk tengok Doraemon.. Peace no war.. 

Read more ...

Mengidam Cendol Pulut Durian / Tapai

Assalamualaikum w.b.t.. Secara tiba-tiba rasa macam 'mengidam' Cendol Pulut Durian atau Cendol Pulut Tapai.. Kalau boleh nak campurkan terus Durian atau Tapai tu tapi risau ke hospital pulak kan.. Mana la tahu.. 'Mabuk' orang Kelantan kata.. Haha.. Cuba ajak wife untuk cari apa yang dihajati semalam.. Boleh bawa anak-anak jalan-jalan sekali kan... Tapi tak sempat nak keluar pula.. Busy mengemas rumah.. Al-maklum la jarang dapat cuti bersama-sama kan.. 



Hari ni? Haaaaa.. Mungkin boleh kot.. Tapi tak sure la lagi tu.. Harap dapat la jumpa yang sedap bodooh orang Kelantan kata.. Baru la tak rugi kan keluar mencari.. Kalau jumpa tempat yang best, boleh la syor pada korang juga kan.. By the way.. Ini bukan sebab mengidam nak dapat adik Adam ya.. Diri sendiri je terasa nak makan ni.. Ngada-ngada.. Haha..

Tiba-tiba teringat masa wife mengandungkan Adam dulu, dan masa tu kami tak tahu pun wife pregnant.. Tapi Eraz sendiri yang mengidam nak makan itu ini masa tu.. Yang Eraz ingat apa yang nak sangat makan masa tu ialah Char Kuey Teow, Beef Steak dan Pavlova.. Nampak tak? Hehe.. Tapi yang cendol saje je nak ngada-ngada..
Read more ...

Siti Nordiana Merendah Diri Ketika Menyanyi Dengan Ziana Zain?

Assalamualaikum w.b.t.. Jika sebelum ini, Siti Nordiana digabungkan dengan Ziana Zain di ABPBH 2016, kali ini mereka digabungkan lagi di ASA 2016 pula.. Kalau ABPBH mereka menyanyi secara duet untuk dua buah lagi, tapi kelainan di ASA 2016, Siti Nordiana dan Ziana Zain diberikan peluang menyanyi solo terlebih dahulu dan selepas tu baru digabungkan dan menyanyi lagu Anggapanmu.. Ok!


Semasa persembahan di ABPBH hari tu, nyanyi mereka sangat meletop, begitu juga dengan ASA ini.. Tetapi biasa la pendapat orang a.k.a keyboard warrior ni.. Ada yang kata mereka sama hebat.. Gabungan yang sangat menarik.. Ada yang kata Siti Nordiana tenggelam sebab Ziana Zain lebih attitute.. Ada yang kata Siti Nordian terlalu merendah diri dengan Ziana Zain.. Macam-macam..

Ziana Zain dengan attitudenya dan cara nyanyiannya yang tersendiri.. Begitu juga Siti Nordiana.. Jenis suara pun berbeza kan.. Jika nampak Siti Nordiana sedikit tenggelam di part terakhir tu, itu hanyalah cara nyanyian.. Siti Nordiana pun boleh buat macam tu sebenarnya.. Hehe.. So pada mereka yang terlepas tengok persembahan mereka, silalah tonton di bawah :

Read more ...

Saturday 21 May 2016

Nasihat Kepada Pemilik Nasi Kerabu Panji, Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Ini merupakan satu nasihat kepada pemilik kepada Nasi Kerabu Panji di Kota Bharu.. Walaupun tak pernah beli nasi kerabu di situ padahal rasanya setiap hari lalu lalang di situ pergi atau balik kerja.. Tapi wife memberi cadangan untuk merasa sedap atau tidak Nasi Kerabu Panji yang orang duk sebut-sebut ni.. Nampak macam ramai orang beratur di situ.. Selalu kalau ramai, sedap la kot.. So nak try la jugak kan.. Tapi malangnya balik dengan rasa kecewa sikit..


Kenapa kecewa? Pertama sekali kerana cara melayan pelanggan tu tak kena.. Tak ikut Q.. Yang datang tercegak awal masih belum di layan untuk bungkus tapi yang datang lepas dari kita dapat dulu.. Siapa tak bengang kan.. Tak kisah la orang tu beratur betul atau tidak kan, pekerja mesti kena tahu siapa yang datang dulu..

Kenapa boleh jadi macam tu? Sebabnya tak de arahan tertulis di mana perlu beratur untuk pelanggan yang ingin membungkus (take away).. So akan berlaku orang menunggu di sekeliling kawasan meja tempat menjual tu.. Kalau pelerja tak tengok betul-betul, nasib la orang yang datang lebih awal.. 

Satu lagi dinasihatkan supaya aturkan tugas pekerja berbeza untuk pelanggan yang ingin take away dan yang nak makan di situ.. Kenapa? Pelanggan yang makan di situ di utamakan kan.. Tapi kalau ramai yang nak makan di situ, orang yang nak take away tu menunggu lama padahal nak beli satu bungkus je kot.. 

Ini hanyalah cadangan dari seorang yang tak tahu bila akan pergi lagi kalau keadaan yang sama berlaku.. Terima kasih.. Cadangan ni juga boleh digunakan pada owner kedai-kedai yang lain.. Kadang-kadang kita tak sedar perkara ni terjadi.. Kalau setiap orang ada pengalaman camni, seorang demi seorang tak akan repeat pergi, camne? 

Read more ...

[VIDEO] Pengorbanan Seorang Ayah

Assalamualaikum w.b.t.. Selain daripada pengalaman sendiri dan keluarga, melalui media sosial, memang kita berjaya didedahkan dengan kisah pengalaman orang lain juga.. Alhamdulillah jika kita sentiasa berfikiran positif, setiap yang tersebar itu boleh digunakan untuk lebih majukan diri sendiri.. Ok! Terbaru Eraz jumpa satu video pengorbanan seorang bapa.. Serius kalau tengok video, boleh buat kita sedih.. Pada yang belum tengok, jom tengok dulu..


Dah tengok? Video ni memaparkan seorang bapa yang bungkus anaknya dalam plastik dan hantar ke sekolah dengan menyeberangi sungai yang deras.. Betapa besarnya pengorbanan bapa ini.. Kalau apa-apa berlaku, mesti kedua-duanya akan menjadi mangsa.. Minta jauh.. Diharapkan anak itu akan mengenang jasa bapanya selepas berjaya nanti..

Kredit Gambar : Kisah entri SINI

Pengalaman korang pula macamana? Mesti ada pengalaman tersendiri kan.. Ada cerita dalam blog or media sosial? Meh share link.. Nak baca juga.. Eraz sendiri? For sure la ada.. Tapi ada yang tak tercerita.. Ada yang cerita.. Salah satunya dalam entri INI.. Dan sekarang Eraz sendiri menjadi bapa kedua puteri Zara dan putera Adam ni, memang faham akan apa yang Abah Eraz sendiri rasa dulu..

#Pengorbanan yang tiada dapat ditandingi
Read more ...

Friday 20 May 2016

Bila Fara Fauzana & Misha Omar Layan Dia Semanis Honey

Assalamualaikum w.b.t.. Fenomena yang tak disangka untuk drama lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana ni memang betul-betul tak disangka.. Percubaan Siti Nordiana untuk kembali berlakon setelah membuat comeback bersama Gegar Vaganza 2015 baru ni memang tak rugi malahan satu pilihan yang tepat.. Bukan setakat peminat novel Dia Semanis Honey, peminat Alif dan Nana tu tak payah cakap la semestinya tengok, artis-artis kita pun sama naik tonton drama ni setiap malam..

Misha Omar dan Fara Fauzana antara dua artis yang sentiasa berjaya membantu drama Dia Semanis Honey ni trending setiap malam.. Kalau sesiapa follow twitter Misha dan Fafau, memang banyak tweet mereka yang menaik perhatian.. Tambah-tambah lagi dengan episod pada hari Rabu lepas iaitu masa Ahnaf baling comforter ke Hani semasa di dalam bilik.. Rasanya adegan tu memang diingati sampai bila-bila..



Terbaru, Dato' Siti Nurhaliza pun layan tu..

Read more ...

Thursday 19 May 2016

Produk Ezerra Untuk Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. 2, 3 hari ni kulit Adam di bahagian belakang kemerah-merahan.. Mula-mula sikit je di satu tempat.. Lepas sapu krim yang diberikan oleh doktor, hilang kemerah-merahan tu tapi pergi ke tempat lain pula.. Salah satu sebab jadi merah tu cuaca sekarang.. Sebelum ni tak pernah pun.. Mungkin sangat sensitif dengan cuaca panas dan peluh sampai kulit pun jadi menggelupas..

Yang menjadi kurang risau masa awal-awal tu sebab tempat kemerah-merahan tu tak sakit bila kita tekan dengan tangan dan takde pula tengok Adam macam tak selesa gatal.. Tapi sebab tanda merah tu tak hilang-hilang, risau la jugak kan.. So selain letakkan krim, kami decide untuk tukar sabun mandian kepada jenama baru.. Atas suggestion juga la..


Wife yang minta tolong Eraz belikan produk brand ni.. Ezerra Extra Gentle Cleanser.. Mandian yang sesuai untuk anak-anak yang ada kulit yang sensitif dan kering.. So baru je beli ni, tak tahu la kehebatan produk ni.. Kite try dulu..

Read more ...

Wednesday 18 May 2016

Nadya Syahera di kecam kerana Bella

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau sebut Nadya Syahera mesti ramai yang tak berapa nak kenal lagi kot walaupun Nadya Syahera ni pernah muncul dalam beberapa drama popular sebelum ni.. Mungkin juga disebabkan watak yang tak berapa penting.. Tapi selepas munculnya drama Dia Semanis Honey, nampaknya nama Nadya di menjadi sebutan.. Tapi bukan dengan panggilan Nadya.. Nama Bella yang disebut-sebut.. Kenapa?

Nadya Syahera
Nadya Syahera

Sebabnya Nadya membawa watak seorang Antigonis bernama Bella iaitu seorang wanita yang cuba untuk mendapatkan Ahnaf (lakonan Alif Satar) daripada Hani (lakonan Siti Nordiana).. Pelbagai cara Bella lakukan untuk mendapatkan apa yang dikehendaki dalam masa yang sama, Bella menerima arahan daripada bosnya untuk mendapatkan sesuatu dari Ahnaf..

Nadya Syahera
Nadya Syahera

Selain itu, Nadya nampaknya dikecam disebabkan oleh beliau seorang wanita yang berhijab di dunia realiti tetapi melakonkan watak seorang yang sangat jahat, perempuan simpanan dan mempunyai adegan bersentuhan antara lelaki dan wanita.. Semalam #KecamBella trending di twitter.. Sejak watak Bella ni muncul, memang drama ni menjadi semakin hot..

Read more ...

Tuesday 17 May 2016

Cabaran Shopping Raya 2016 Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Rancangan hari ini untuk complete kan shopping Raya 2016 untuk kedua-dua anak tersayang selesai hari ini.. Baru dah shopping sikit di Aeon Mall Kota Bharu.. Ingatkan settle dah hari tu.. Tapi malangnya tak banyak yang boleh dibeli.. Memang hampa.. So kami buat plan sekali lagi sebelum bulan Ramadhan 2016 ini muncul iaitu hari ini! Destinasi pilihan utama ialah KB Mall la.. Tak kan nak g Aeon Mall lagi kan..

KB Mall

Selepas selesaikan urusan personal yang rasmi di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, kami terus ke CIMB dulu dan brunch (breakfast + lunch) di kedai nasi ulam terdekat.. Nampak tak tersusun.. Hehe.. Lepas tu kami terus ke KB Mall dengan harapan dapat complete kan rancangan hari ini.. Tapi malangnya sekali lagi, tak complete juga.. Dapat sikit je.. So! Lepas jalan-jalan sekejap, terus kami ke bandar Kota Bharu pula.. Parkson!

Parkson KBTC

Alhamdulillah.. Sampai di sini, dengan penuh yakin memang akan dapat complete kan.. So memang pasti dan berjaya, kami berjaya dapatkan semua yang kami nak untuk anak-anak.. Berapa? Haha.. Rahsia tapi memang puas hati.. Memang beraya dengan penuh bergaya la anak-anak.. Lega sebab dapat complekan sebelum puasa.. Untuk Mama dan Papa, lain kali pula la.. Yang penting untuk anak-anak dulu settle.. Lega..

Ini memang cara kami dari dulu .. Shopping sebelum raya sebab tak nak berebut dengan orang lain, tak nak penat sangat dan duit pun tak habis banyak dekat-dekat nak raya tu kan.. SO korang macamana?
Read more ...

Sunday 15 May 2016

Dia Semanis Honey Episod 9 , 10 , 11 , 12

Dia Semanis Honey Episod 9 , 10 , 11 , 12 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya drama Dia Semanis Honey dah masuk ke episod 9 bermula Isnin ni.. Berjumpa tanpa sengaja sudah, berkenalan sudah, bercinta sudah, bertunang sudah, hampir berkahwin dan tak jadi kahwin sudah, berpisah 3 tahun sudah, berjumpa balik pun sudah.. Akhirnya musuh Hani muncul iaitu Bella.. Kedatangan Bella memang memberi impak kepada Ahnaf dan Hani.. Tak percaya? Cuba korang baca sinopsis di bawah.. Sinopsis tu untuk episod minggu hadapan.. Have fun!






Tonton Online Dia Semanis Honey Episod 9


Tonton Online Dia Semanis Honey Episod 10


Tonton Online Dia Semanis Honey Episod 11


Tonton Online Dia Semanis Honey Episod 12

Read more ...