Saturday 28 February 2015

Bila Badan Zara On Off Panas


Assalamualaikum w.b.t.. Masa balik nursery Khamis tu, pengasuh beritahu yang badan Zara macam panas nak demam.. Tapi lepas balik mandi, makan apa semua, ok balik.. Semalam pun sama, badan macam ok la, tak nampak nak demam sangat.. Semalam semalam, masa nak tidur, badan dia macam panas balik.. Tak tinggi so kami letakkan kain basah atas kepala dan belakang.. Alhamdulillah suhu tu turun.. 

Tapi masa bangun pukul 5.30 pagi, badan panas dan suhu mencecah ke 38.4.. Terus bangun dapatkan ubat dia dan suap terus.. Risau makin tinggi.. Lepas seketika dia tidur, suhu badan turun macam biasa.. Eraz nak pergi kerja tadi, dia dah bangun macam biasa.. Tapi Eraz call dalam pukul 9 tu, Zara tidur balik.. Penat kot.. Kesian..

Harapnya dia tak demam sebab kalau tak, sure tak dapat nak pergi nursery.. Risau.. Semalam dan hari ni Mama dia cuti.. So esok Eraz lak cuti sehari.. Jadi ada masa sehari nak bagi dia baik.. 

Read more ...

Asam Pedas Untuk Dia Episod 15 | 16

Asam Pedas Untuk Dia Episod 15 | 16
Asam Pedas Untuk Dia Episod 15 | 16

Assalamualaikum w.b.t.. Drama Asam Pedas Untuk Dia di Slot Dahlia ni memang dah lama mula siar di TV3.. Cuma Eraz tengok on off je.. Hari ni dah episod 15 dan esok episod 16.. Yang pasti, ini pun drama adaptasi dari Novel.. Kebanyakan la sekarang ni, drama atau filem yang diadaptasikan dari novel.. Ada yang menjadi, dan ada yang tak menjadi.. Betul tak? Apa-apa pun, yang menjadi tu memang boom la.. Macam drama Asam Pedas Untuk Dia ni, antara yang diperkatakan juga.. Ada kawan Eraz yang baru beli buku novel ni..

Ini sedikit sinopsis yang boleh Eraz kongsi dengan korang yang mungkin baru nak tengok.. 

Asam Pedas Untuk Dia mengisahkan Ainin Sofiya yang merupakan seorang pembantu rumah separuh masa di rumah majikannya, merangkap suaminya sendiri. Tugas Ainin Sofiya bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadanya. Buat pertama kalinya, asam pedasnya mendapat pujian.

Dalam diam, Ainin Sofiya diintai oleh salah seorang anak majikannya, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedas Ainin Sofiya menjadi kegemaran Ziyad. Namun tidak Ainin Sofiya sangka, Ziyad ingin melamarnya, hanya kerana ingin membantunya dari segi kewangan. Ainin Sofiya bukan mata duitan! Dia hanya bekerja di rumah tersebut dengan hasil usahanya sendiri.

Setelah berfikir panjang, Ainin Sofiya menerima lamaran Ziyad, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Ainin Sofiya juga tidak dibenarkan hamil.

Malah, Ainin Sofiya tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila Ainin Sofiya harus berlakon dan menyorok statusnya? Jiwa Ainin Sofiya terseksa menjadi isteri rahsia Ziyad walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaannya. Hidup Ainin Sofiya terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya.

#Selamat menonton Asam Pedas Untuk Dia Episod 15 | 16

Read more ...

Korbankan masa 'sosial' di awal 20-an


Assalamualaikum w.b.t.. Bila dah mula kerja selepas konvokesyen mendapat first degree, itu rezeki.. Dapat pula kerja di negeri tanah tumpah darahku.. Ramai kawan-kawan seU atau kawan-kawan sekolah bekerja diluar Kelantan.. Jadi masa bersama-sama kawan tu sangat terhad.. Balik bercuti je la kot boleh jumpa.. Itu satu faktor..

#Rentetan entri INI

Satu lagi yang menyebabkan hal ni berlaku ialah bekerja di hujung minggu.. Sama juga dengan family.. Bila bekerja hujung minggu dan cuti di hari orang bekerja, itu membawa maksud cuti seorang diri.. Betul tak? Haha.. Ya la, family berkumpul di hujung minggu, kita bekerja di pejabat.. Masa bujang dulu, mula-mula terasa juga tak best.. Tapi lama-lama, imune kot..

Tapi, bila dah kahwin, ada anak, ada isteri tu wajib la kan, isteri pula cuti hujung minggu, memang masa bersama tu berbeza sama sekali.. Malam je la boleh cukup orang.. Memang rasa tak sanggup.. Lagi, kawan-kawan berkahwin, majoriti tak dapat nak hadir sebab banyak majlis buat hujung minggu kan.. Nasib baik la masa Eraz kahwin dulu, ramai kawan-kawan yang datang walaupun Eraz sendiri tak dapat hadir ke majlis mereka..

Dan sekarang rasanya dah tiba masanya nak update resume kot.. Kalau dulu, memang tak update langsung kot.. Bukan sebab gaji atau sewaktu dengannya, tapi rasa macam perlu berhijrah demi diri sendiri dan family.. Tambahan lagi, Zara pun nak dapat adik lagi kan.. Apa-apa pun, sama ayatnya macam entri awal pagi tadi, atas rezeki.. Ditakdirkan di sini rezekinya, terima sahaja.. Semua yang diatur oleh Allah, ada hikmahnya kan..

#Kalau tak kerja kat sini sekarang, tak jumpa kot wife sekarang.. Hehe.. (Walaupun dia tak kerja tak sini pun.. Haha..)

Read more ...

Friday 27 February 2015

Bila ERAZ Berjubah


Assalamualaikum w.b.t.. Jubah.. Zaman kecil-kecil dulu memang selalu dipakaikan jubah oleh Abah dan Ma.. Itu masa kecil la.. Dan yang masih diingat, pakai jubah masa pertandingan nasyid.. Hehe.. Tapi dah besar dan dewasa ni, satu jubah pun tak de kot.. Haha.. Tapi.. Ada tapinya..

Last year masa nak raya, Eraz mula membeli satu jubah secara online.. Jubah tu dari Mesir sebab penjual ni sorang pelajar kat sana.. Kualiti kain ok dan extra ada hood kat kepala.. Orang kata, mengikut edaran zaman la.. Haha.. Yang first warna hitam..

Tiba-tiba lepas tu keluar design baru.. Apa lagi, rembat la satu lagi warna putih.. Kualiti lain, design lain dan jubab tu sama macam gambar di atas tu.. Yang tu pakai masa hari raya Haji.. Yang hitam tu masa raya puasa.. So sekarang hanya ada dua koleksi la.. Di sebabkan jarang sangat pakai, so fikir-fikir, memadailah dua sahaja.. Harga satu-satu pun bukan main juga tingginya kan.. Kalau tak pakai, rugi..

Sebab jarang-jarang pakai jubah, memang feel dia lain sikit.. Kalau dah biasa, ok la kot.. Kalau dulu, selasa pakai baju melayu satu set la tak kira hari biasa, event ke, hari raya ke kan..
Read more ...

Gegey Festival

Gegey Festival

Assalamualaikum w.b.t.. Nampak gayanya Gegey Festival dah masuk ke siri 3.0 kali ni.. Hari ni dah esok, 27 & 28 Februari 2015 akan berlangsung Gegey Festival 3.0 di Dewan Balai Islam Kelantan bermula pukul 10.00 pagi ke 10.00 malam.. Kalau siri 1.0 dan 2.0 tidak berjaya, masakan ada siri 3.0 kan.. Disebabkan Eraz kerja pada Jumaat dan Sabtu, memang tak sempat la nak menjenguk ke Gegey Festival ni.. Tapi adik ipar yang selalu sampai ke sana..

Bagi Eraz, Gegey Festival ni memang mampu menarik ramai orang terutama sekali kaum wanita la sebab banyak gerai berkaitan produk kecatikan, fashion, baju muslimah, tudung dan lain-lain la.. Dengarnya, makan-makan pun ada macam ice cream ke kan.. Semua yang jarang-jarang kita dapat depan-depan la.. Selalu mereka banyak jual secara online..

Jadi rakyat Kelantan yang ada masa free sikit hari ni dan esok, boleh ke Dewan Balai Islam Kelantan dekat area Lundang untuk ke Gegey Festival 3.0.. Have fun dan selamat membelanjakan duit.. Peace no war!

Read more ...

Antara Family dan Kerjaya


Assalamualaikum w.b.t.. Rasa macam dah lama tak bawak Zara jalan-jalan kat taman terutama Taman Tengku Anis Kota Bharu.. Last rasanya bulan November 2014 lepas kot.. Masa tu bawak Zara dan Mama Zara sebelah petang.. Orang baru boleh berjalan masa tu, so memang happy la jalan situ sini walaupun mula-mula tu takut tengok orang ramai.. Kalau boleh, tiap-tiap minggu nak bawak anak ke tempat macam tu.. Tapi..

Tapi sebab tugas hakiki selama lebih 8 tahun ni memang hujung minggu a.k.a Jumat Sabtu kerja, jadi niat tu terhalang.. Ada niat di hati ingin menukar kerja sebab memikirkan family dan anak-anak yang kian membesar, tapi setakat ni belum nampak tempat yang sesuai.. Lagi satu kalau di Kelantan, nak jumpa company yang maybe lebih kukuh dari sekarang, sangat-sangat susah.. Tak nak ambil risiko.. So sabar bekerja di sini..

Insyaallah suatu hari nanti, mana la tahu kan ada rezeki dapat kerja tempat baru yang mana dapat cuti hujung minggu sama macam wife.. Alangkah bahagianya.. Ada terfikir nak masuk kerja gov.. Walaupun mungkin gaji akan kurang berbanding sekarang, tapi fikirkan keluarga, sanggup ko berusah payah sikit.. Apa-apa pun, atas rezeki..
Read more ...

Thursday 26 February 2015

Ding Dang & Tora

Ding Dang & Tora

Assalamualaikum w.b.t.. Ding Dang & Tora.. Serius memang dicari oleh semua kanak-kanak di zaman Eraz.. Kalau Ma keluar ke bandar, mesti akan tunggu kepulangan Ma dengan Ding Dang atau Tora ni.. Biasa la kanak-kanak kan.. Tak ingat samada setiap minggu atau setiap bulan diaorang tukar mainan dalam tu.. Tapi ada ketika beli, memang terkena dapat mainan yang sama kan.. Makanan biskut bersalut coklat dalam tu, bukan nya nak makan pun.. Tapi nak kan mainan tu je..

#Kisah Zaman Kanak-kanak #Throwback

Tapi budak-budak sekarang, tak cari dah benda macam ni.. Dah ketinggalan zaman kot.. Budak-budak sekarang, kalau ada ada smart phone satu sorang atau iPad atau Tab, dah cukup sebab dah banyak game dalam tu.. Macam Zara Faleesya sekarang, selalu main handphone lama mama dia.. Ada la dalam tu Mama dia install game biasa dan video menarik dan berguna.. Tapi budak kecik macam Zara, tak pegang lama la.. Dia suka tukar-tukar mainana..

Berbanding dengan kanak-kanak yang pandai serba serbi, memang dapat benda tu, tak payah ajak or beli mainana lain la.. Betul tak.. Semalam ada baca blogger INI buat entri pasal Ding Dang & Tora jugak! Jom terjah tengok apa dia kata..

Read more ...

Impianku - Haleeda ( OST Angin Syurga )

Impianku - Haleeda ( OST Angin Syurga )
Impianku - Haleeda ( OST Angin Syurga )

Assalamualaikum w.b.t.. Mulanya ingat kan lagu ni lagu baru Haleeda selepas menjadi Naib Juara Program Gegar Vaganza.. Tapi bila google dan jumpa di Youtube, lagu ni dah publish hujung tahun 2013 lagi.. Tapi baru sekarang dengar.. Itu pun lepas tengok drama Angin Syurga di TV2.. Drama ni tidak menjadi bualan ramai mungkin sebab ditayangkan di stesen yang mungkin orang tak tumpu..

Kaau ikutkan drama, jalan cerita, pelakon, memang boleh hits kot.. Tapi itu la, faktor lain yang mainkan peranan membuatkan drama ni orang tak tahu.. Yang pasti, lakonan Jue Aziz sebagai Kak Long (Noraini) memang menjadi.. Boleh 'rasa' la.. Dan lagu ni, Impianku nyanyian Haleeda kalau dipublish di radio yang didengari orang, boleh popular kot.. Apa-apa pun, siapa nak dengar lagu Impianku - Haleeda ( OST Angin Syurga ) ni boleh ke youtube.. 

Kalau siapa-siapa nak tengok drama Angin Syurga ni, boleh tengok di TV2 malam ni pukul 9.00 malam..

#Try juga google lirik lagu Impianku - Haleeda ni, tapi tak jumpa

https://www.youtube.com/watch?v=vwcK8F5DyZM

Read more ...

Kenangan Zara bersama arwah Tok Bah


Assalamualaikum w.b.t.. Klasik tak nampak kerusi tu? Dulu masa Zara baby lagi, arwah Tok Bah dia selalu duduk kat kerusi tu dan main-main dengan Zara.. Tok Bah memang terlebih sayang kan Zara sebab Zara memang cucu sulung dalam family dia.. Lepas Eraz kahwin dengan anak sulung dia, memang dia menanti kehadiran cucu sulung dia.. 

Alhamdulillah, Allah s.w.t mengurniakan kami rezeki untuk dapat anak sulung dan Allah membenarkan arwah bermanja, bermain dengan cucu sulung selama enam bulan sebelum Allah mengambilnya kembali.. Gambar tu diambil semasa hujung minggu masa Zara melawat Tok Ma dan mak-mak saudara dia.. Zara tengah breakfast makan roti favourite dua masa tu.. Sekarang ni dah kurang..

#Kalau nak diceritakan, memang banyak lagi kisah Zara dengan arwah Tok Bah
Read more ...

Budu Segera


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya tahun lepas kot Eraz perasan akan kewujudan Budu Segera dalam tiub ni.. First time lihat kat Pasar Siti Khadijah.. Memang menarik la dari segi packaging.. Mungkin boleh tembus ke pasaran antarabangsa kan sebab senang nak fly berbanding duduk dalam botol.. Betul tak.. Eraz sendiri penggemar budu.. Tapi sebab duduk di Kelantan, tak de la beli yang Budu Segera dalam tiub ni.. Masih beli dalam botol..

Tentang rasa, tak boleh nak komen sebab budu ni banyak jenis.. Kualiti pun lain kan.. Ada yang pekat.. Ada yang cair sikit.. Ada yang warna agak gelap dan ada yang warna nak kemerah-merahan.. Atas selera masing-masing.. Kalau Eraz sendiri, dapat yang pekat sikit dan warna tak kisah tapi selalu lebih kepada gelap.. Dapat cicah ulam plus ada tempoyak, tak de lauk lain pun ok.. Hehe..

Read more ...

Wednesday 25 February 2015

Kerana Terpaksa, Aku SMS juga!


Assalamualaikum w.b.t.. Dah macam tajuk dram pulak tajuk entri ni.. Haha.. Kerana Terpaksa, Aku SMS juga! Haha.. Bukan apa, ingat lagi entri INI? Kalau tak ingat, boleh klik baca atau baca dalam gambar di atas.. Bermula Sabtu kot mereka membakar di belakang rumah dan menyebabkan asap penuh dalam rumah dan lekat bau..

3, 4 hari ni perkara ni berlaku.. So pagi semalam, plan nak bercakap face to face.. Tapi tak terserempak la pulak.. So fikirkan keselamatan anak isteri, Eraz msg melalui Whatsapp.. Terpaksa kan.. Sebabnya isteri yang tengah pregnant, bahaya la kalau hidu banyak asap.. Sampai ke malam baunya.. Terpaksa berkurung dalam bilik.. Zara pulak.. Sampai nak batuk-batuk.. Eraz sendiri pun..

So message la panjang lebih pagi tu.. Tak receive la pulak.. Haha.. Plan nak SMS.. Tapi fikir, maybe masa lunch break, dia akan keluar ke tempat yang maybe ada wifi kot.. Jeng jeng jeng.. Betul.. Dia reply masa lunch break.. Dengan sejuk hati membaca, dia meminta maaf sebab tak sedar sampai macam tu sekali.. Dia ada suruh anak dia jiruskan air sebelum ni, tapi maybe tak menyeluruh..

Petang semalam balik, terserempak kat depan rumah.. Alhamdulillah, kami bincang perkara tu dan sebenarnya risau juga kot-kot dengan message tu dia bermasam muka kan.. Tapi alhamdullillah, dia ok nampaknya dan berbual macam biasa.. Selamat dah sekarang.. Semalam memang tak bau apa-apa dah.. Alhamdulillah..

#Selesai

Read more ...

Seseorang Sengaja Terbangkan MH370


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni misteri kehilangan MH370 melaporkan satu lagi berita yang mungkin membuat ramai bertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi pada pesawat MH370 dan penumpangnya.. Sebelum ini dikatakan pesawat MH370 menuju ke Lautan Hindi.. Tapi kini, dikatakan Seseorang Sengaja Terbangkan MH370 dan kemungkinan besar ke Antartika.. Errmmmm..

Apa-apa pun, National Geographic akan memamparkan satu dokumentara pada kehilangan MH370 sempena genap setahun MH370 ni menghilang.. Dengan tajuk, " Malaysian 370: What Happened? " kita semua akan disajikan maklumat di mata orang-orang National Geographic.. so nantikan pada 08 Mac 2015 ini.. Wassalam..

#Doakan semoga misteri kehilangan MH370 ni terungkai

Read more ...

Pulut Nangka ala Thai

Pulut Nangka ala Thai
Pulut Nangka ala Thai

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam di whatsapp family group, adik ipar ada post gambar ni.. Dalam gambar tu buat caption Pulut Nangka Kelapa Santan.. Lebih kurang je kot dengan Pulut Nangka ala Thai ni.. Hehe.. Nampak sedap kan.. Rasanya tak tahu la lagi.. Kalau durian crepe, tak de pulut kat dalam.. Tapi versi Nangka ni, ada pulut.. Tapi, kalau korang google Pulut Nangka Kelapa Santan, akan keluar gambar lagi.. Itu punya bersantan.. Errrmmmm.. Tapi dalam kepala masih nak dapatkan Pisang Goreng Cheese dulu.. Hehe..

Read more ...

Tuesday 24 February 2015

Susahnya nak #Selfie dengan dia !


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa dia? Artis ke? Popular ke? Tidak lain dan tidak bukan la, anak kesayangan beta.. Ini yang terjadi semalam masa on the way balik rumah dari nursery, try untuk selfie dengan Zara.. Tapi bukan main susah lagi.. Kalau Zara selfie dengan Mama dia, ok je,. Kalau dengan Papa, mesti nak main itu ini atau nak larik.. Kenapa la agaknya.. Kalau macam ni, susah la nak ada gambar bersama.. Tak kan nak tunggu orang lain ambilkan k.. Haha..

Ini semua aktiviti semasa menunggu lampu hijau di traffic light.. Biasa kalau petang balik kerja, kereta banyak.. Jammed pun biasa jadi di jalan raya tu, memang lama.. 
Read more ...

Bila shopping dengan Zara


Assalamualaikum w.b.t.. Sejak dah dapat 'kaki' ni, memang tak leh duk diam.. Kalau tengok dalam gambar tu, itu sekejap je la.. Kalau dia dah boring, Zara akan minta turun.. Kalau dah turun, memang Eraz kena jaga dan mata memang tak boleh nak miss langsung la.. Kalau ambil dukung, dia tak nak..

Kalau berada kat department baju, ok la, dia pegang-pegang.. Kalau nak usik pun, dia akan tarik camtu je.. Tapi yang risau kalau department dapur atau barang yang boleh pecah.. Mendebarkan.. Jadi kalau duduk bahagian tu, memang kena dukung or masukkan dalam troli..

Tapi kalau ke KB Mall, kat dalam tu boleh sewa satu troli yang macam kereta.. Zara boleh duduk kat tengah macam drive benda tu la.. Tapi sebab pintu dapat buka macam ala-ala kereta betul, jadi Zara anak sentiasa nak bukak pintu dan keluar.. Lepas tu nak masuk balik..

Memang mencabar jaga anak waktu nak membesar ni.. Lepas ni kalau adik Zara keluar, tak tahu la camne.. Hehe..
Read more ...

Rajin betul anak dara ni


Assalamualaikum w.b.t.. Ini salah satu aktiviti Zara Faleesya kalau ternampak atau terjumpa penyapu kecik tu.. Habis semua benda, semua tempat dia nak sapu.. Tak boleh nampak ada benda sikit.. Dan ada ketika tu, masa dia makan biskut ke, koko krunch ke, jatuh je sikit, terus minta dengan mama dan papa penyapu tu.. Ada juga la satu atau dua kali, sengaja letakkan makanan dia yang tak habis atas lantai, dah terus cari penyapu untuk sapu.. Sangat bijak..

Dia dah anggap benda tu macam salah satu mainan.. Sebab tu la kami beli dua.. Satu untuk kegunaan kami, menyapu barang kotor, satu lagi yang tak diguna, kira bersih la, khas untuk dia buat main.. Apa-apa pun, kadang-kadang bagus jugak kan, bersih sikit tempat yang dia main.. Lagi satu, mungkin boleh buat didikan awal.. Kan..

Read more ...

Monday 23 February 2015

Pisang Goreng Cheese

Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum w.b.t.. On the way balik dari lunch dengan wife tadi, sempat singgah satu kedai yang jual Pisang Goreng Cheese.. Dah nampak masa perjalanan ke tempat makan, tapi ada di jalan sebelah sana.. So malas nak pusing kan.. Jadi kami decide nak cuba beli masa on the way lepas makan.. Jujurnya memang tak pernah try.. Pernah dengar orang cakap je la..

Lepas cakap nak beli tu, tengok pisang dah siap-siap dalam bekas atas meja.. Ingatkan itu la Pisang Goreng Cheese nya.. Tapi rupanya ada topping.. Macam-macam diletakknya.. Coklat, Cheese dan ada la 2 bahan lagi kot.. So first time try, mula-mula rasa donut yang selalu beli kat Big Apple.. Haha.. Sedap.. Tapi kalau dapat jenis pisang yang sedap, tak keras sangat, lagi la bertambah sedap.. Apa-apa pun, boleh cuba lagi.. Hehe..
Read more ...

Dadih


Assalamualaikum w.b.t.. Zara memang salah sorang yang suka makan puding.. Biasa la budak-budak kan.. Satu lagi, Dadih.. Tapi Mama Zara kata, kalau beli kat luar, kesian kat anak sebab ada sesetengah jenama tu, gula banyak sangat.. Manis.. So dia decide nak buat sendiri demi kesihatan anakanda tersayang.. Bukan susah pun kan.. Bila dah siap, memang tiap-tiap hari la Zara nak buka peti ais sebab dia dah tahu dadih tu ada kat situ.. 

Yang pastinya juga, memang tak nak orang suapkan.. Dadih tu kan lembut.. Kalau tunggu dia ceduk ambil dengan sudu, ada ketika, memang tak sempat nak masuk ke dalam mulut.. Asyik terjatuh sebelum sampai pada sasaran.. Eraz memang sorang yang suka akan benda yang manis.. Ada juga wife membebel sebab risaukan kot-kot dapat kencing manis.. Hehe..

Read more ...

MPNST - Malignant Peripheral Nerve Sheath Tumor


MPNST - Malignant Peripheral Nerve Sheath Tumor

Assalamualaikum w.b.t.. Ada tak dikalangan pembaca sini pernah dengar tentang penyakit MPNST - Malignant Peripheral Nerve Sheath Tumor? Kalau siapa-siapa ada pengalaman, atau berlaku pada keluarga terdekat, boleh tak share link berguna atau cerita bagaimana pesakit ini? Adakah ada cara untuk sembuhkannya atau macamana?

#Entri asal terdelete secara tidak sengaja

Read more ...

Sunday 22 February 2015

Dia asyik nak je ..


Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama juga tak main check search keyword apa yang sangkut kat blog erazfadlidotcom ni.. Tapi hari ni bila check, ada satu ayat sangkut.. Bila cuba search, carian terus ke entri Zara di blog Eraz.. Dalam pada baca-baca perkataan 'dia asyik nak je' tu, memang boleh bagi banyak maksud.. Betul tak? Haha.. Double meaning..

Apa korang fikir? Asyik nak apa?? Hahaha.. Sama-sama fikir..
Read more ...

Mr. Mama


Assalamualaikum w.b.t.. Ini gambar semalam.. Kami anak beranak nak pergi kenduri kahwin adik kepada adik ipar wife Eraz a.k.a adik kepada biras Eraz.. Zara memang bangun awal pagi macam nak pergi nursery, lepas tu tak tidur dah.. Masuk je dalam kereta dalam pukul 11 lebih ke pukul 12, duduk je sekejap, terus tidur.. Tempat kenduri tak jauh.. So risau bila sampai sana, kena kejut, tak cukup tidur, dia meragam..

Tapi alhamdulillah, bila dia bangun, ok.. Fuh! Ada pulak tok ma dan mak sdara dia, alhmadulillah dia makan, main dan lain-lain.. Ada pulak kawan kecik jugak, lagi la syok.. 

Budak-budak biasa la, naik kereta macam dibuai.. Tapi ada ketika tak jugak.. Naik kereta, walaupun sejam perjalanan, Zara tak tidur pun.. Tapi ikut faktor bangun awal, memang akan tidur punya..

Hari ni Eraz cancel semua plan nak keluar sebab nak bagi Zara rehat je kat rumah sebab esok dia nak ke nursery.. Kira kasi rehat.. Bila dan cuti panjang sikit (bagi Zara), risau dia merengek esok bila bangun pagi dan bila sampai ke nursery.. Malam ni, kena make sure tidur awal!

#Seronok apa jadi Mr. Mama (jaga anak).. Tapi semua suami-suami dan bapak-bapak sanggup ke?
Read more ...

Saturday 21 February 2015

Bila Asap Penuh Dalam Rumah !

Assalamualaikum w.b.t.. Sakit hati, sakit dada, sakit kepala.. Semua ada.. Semuanya gara-gara bila sampai rumah je, asap penuh dalam rumah.. Berbau satu hal lagi.. Kenapa?? Semuanya sebab jiran sebelah bakar sampah plus kertas yang banyak belakang rumah..

Rumah dekat-dekat kot.. Penuh asap dalam rumah.. Mula2 wife sakit kepala.. Then Eraz sendiri lak.. Zara? Risau dia lemas or batuk.. Agaknya rumah dia asap tak masuk kot.. Tak boleh fikir ke? Tak logik langsung.. Kang kalau sound direct, marah pulak.. Tak kan nak anta message kan.. Patut la.. Patut apa? Biar kami sebagai jiran ni la yang tahu..

#Zara baru boleh tidur

Read more ...

Majlis Akad Nikah

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam ada join satu majlis akad nikah adik kepada biras.. Alhamdulillah berjaya memenuhi undangan.. Majlis berlangsung selepas Isyak.. Tapi disebabkan perjalanan yang agak jauh dan jammed, majlis bermula dalam 9.30 pm lebih kurang.. Tambah-tambah sekarang ni waktu Solat Isyak kan lambat sikit.. Alhamdulillah dengan dua kali lafaz, mereka disahkan bergelar suami isteri..

Dalam pada menunggu dan menonton majlis berkenaan, biasa la #throwback kan.. Teringat zaman akad nikah sendiri sebelum ni.. Masa tu tak aktif blogging lagi.. Instagram belum ada kot.. Kalau ada, tak glamour lagi.. Facebook je la tgh hot..

Tengok acara akad nikah tu senang je.. Tapi perasaan pengantin lelaki tu, orang tu je yang tahu.. Sah je, lega.. Cuma bermulalah satu tanggungjawab besar ke atas diri sendiri, isteri, keluarga kita dan keluarga isteri.. Apa-apa pun, jangan takut sebab semua ni akan dialami oleh semua orang..

#Pernah up kan entri pasal cara nak hilangkan gementar masa akad nikah.. Jap nak search!

Read more ...

Friday 20 February 2015

Bawak laju tok sohor !

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau cuti perayaan, inilah yang terjadi di jalan raya di kawasan-kawasan tertentu.. Jalan jammed! Traffic sangat la slow.. Al-Maklum la ramai orang Kelantan merantau mencari rezeki.. Bila ada cuti perayaan atau cuti yang berderet-deret ni, memang penuh la kereta di Kelantan..

Semalam masa nak balik rumah Ma Abah kat Machang, ada sangkutnya, tapi kurang sikit.. Tapi masa balik ke Kota Bharu pulak, memang banyak sangkut.. Kemubu, Kok Lanas, Ketereh, Nilam Puri, Tunjung.. Fuh!

Drive cool je, tapi bila ada driver yang mementingkan diri, 'bengkak' jugak hati ni kan.. Siap potong que ikut belah kanan sebab tak de kereta lane tu, apa kes kan.. Apa-apa, penting, bawak bersabar je la.. Hehe..

#Bawak laju tok sohor, kalu mati tok dhe ngucap.. Kredit gambar pada GOOGLE dan link di gambar berkenaan..

Read more ...

Thursday 19 February 2015

Jangan Tiru Aksi Ini !!

Assalamualaikum w.b.t.. Happy Chinese New Year untuk mana-mana pembaca yang sambut CNY hari ni.. Kat belakang rumah ni duk bising main mercun dengan tarian naga or singa.. Hari cuti beberapa hari ni penuh dengan aktiviti.. Dari awal hingga akhir..

Balik kepada tajuk asal.. JANGAN TIRU AKSI INI !! Haha.. Ini 'permainan' Zara time dia boring.. Tak selalu, tapi jarang-jarang je.. Tambah-tambah masa dengan Mama.. Kalau dengan Eraz, dia behave sikit.. Hehe..

Read more ...

Wednesday 18 February 2015

Tarikh Pilihan Raya Kecil DUN N.06 Chempaka

Tarikh Pilihan Raya Kecil DUN N.06 Chempaka | Assalamualaikum w.b.t.. Dalam Buletin Utama TV3 malam ni nampaknya dah mengumumkan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Kecil ( PRK ) DUN N.06 Chempaka Kelantan.. Untuk Penamaan Calon akan berlangsung pada 10 Mac 2015 ( Selasa ) manakala untuk Pengundian Awal pada 18 Mac 2015 ( Rabu ).. Yang paling untuk pengundi DUN Chempaka ialah Hari Pengundian.. Nampaknya ia jatuh pada 22 Mac 2015 iaitu Hari Ahad..

Update pasal ni sebab mana la tahu kot-kot ada pembaca kat sini yang terlibat dengan Pilihan Raya Kecil DUN N.06 Chempaka ni kan.. So boleh plan awal-awal kalau berada di luar Kelantan.. Pilihan Raya Kecil DUN N.06 Chempaka ini dibuat berikutan peninggalan arwah TGNA baru-baru ni.. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau..

#Apa agaknya Keputusan Rasmi Pilihan Raya Kecil DUN N.06 Chempaka ni?

Read more ...

Bila dapat Half-Day !

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, pihak pengurusan berbesar hati dapat semua staf kerja half-day hari ni walaupun bukan tergolong orang yang menyambut Chinese New Year.. So, sebab sorang je half-day, wife nya tidak, rela hati membantu wife beli beberapa barang keperluan dapur dan makan.. Seorang diri.. Memang dah agak, semua tempat akan ramai orang sebab kebetulan cuti CNY ni kan..

Disebabkan ramai ni la, sempat publish satu entri.. Bayangkan kalau wife yang sedang pregnant tu berjalan dan beratur lama-lama, kesian jugak.. Jadi minta list, try la dapatkan.. Tapi biasa la kalau orang laki yang beli barang dapur, tak call dua tiga kali untuk sahkan, memang bukan Eraz la.. Haha.. Bukan apa, nanti salah beli dan kadang-kadang tak jumpa dan tak kenal barang..

Lepas ni pergi ambil Zara kat nursery lak.. Sepatutnya kalau Papa half-day, Zara pun kena half-day la kan.. Tapi Zara terpaksa la tunggu sehingga Papa siap beli barang-barang ni..

#Banyak betul kenduri kahwin cuti CNY ni.. Errmmm.. Balik kampung wajib!

Read more ...

Wordless Wednesday #125

Read more ...

Tuesday 17 February 2015

Pada Suatu Petang, 17 Februari 2015


Assalamualaikum w.b.t.. Selalu kalau petang lepas keje, bawa dia main jalan-jalan kat kawasan depan rumah.. Tapi hari ni, Zara minta kunci sebab nak main mangga pagar depan.. So tak jalan sangat hari ni.. Cuma main ke hulur ke hilir dari pagar depan ke pintu utama je.. Mula-mula tu letak mangga tu tinggi sikit tapi kesian pulak tengok dia dongak je.. Turun kan la sikit.. 

Kalau ada adik lepas ni, kena la jaga dua-dua.. Tapi masa tu Zara nak besar la sikit.. Kalau sekarang, memang kena bagi perhatian 100% sebab dia berlari suka hati dia je.. Dari dalam rumah, terus ke luar dan terus ke luar pagar.. Non-stop.. Bahaya.. 
Read more ...

Dari Denggi ke Pregnant

Assalamualaikum w.b.t.. Kali ini Eraz nak ceritakan macamana isteri Eraz boleh nak buat UPT test tu.. Memang kat rumah ada satu yang kami simpan kot-kot bergunakan.. Masa isteri Eraz kena denggi dulu, kami ada tergerak hati yang mungkin isteri tengah hamil.. Sebab tu sakit kepala la, terasa nak muntah la, macam-macam.. Buat test sebelum ke hospital.. Tapi -ve.. So pergi hospital, memang sah denggi..

Tapi lepas pada ok denggi tu, isteri Eraz masih lagi pening kepala, terasa nak muntah, denyutan nadi yang cepat, terasa nak meludah.. Pelik.. So dengan niat suka-suka, isteri Eraz buat test masa bangun nak solat Subuh.. Eraz memang dah bangun juga masa tu tapi duk landing jaga Zara atas katil.. Then tiba-tiba isteri panggil ke bilik air tunjukkan UPT test tu... +ve.. Alhamdulillah.. Tak sangka-sangka dapat rezeki untuk anak seterusnya.. Alhamdulillah.. Mengigil-gigil tangan isteri masa tu sebab tak sangka kan..

Kami rahsiakan dulu dari semua orang sebab plan nak pergi jumpa Dr. selepas balik dari kerja.. Memang pergi kerja dengan hati yang riang la.. Tapi tak siapa pun tahu kecuali kami..

#Next cerita semasa kami jumpa doktor

Sumber : Google

Read more ...

Sebab Zara lebih matang ..

Assalamualaikum w.b.t.. Ingat lagi entri INI? Zara nampak lebih matang dan berdikari di nursery.. Itu yang kami tak sangka juga.. Tapi kadang-kadang dia jadi manja sangat bila bersama kami.. Rupa-rupanya itu mungkin perangai orang nak dapat adik.. Hehe.. Ramai budak-budak macam tu kan.. Tak tahu la macamana bila adik dia lahir nanti.. Insyaallah tak de apa-apa..

Allah bagi rezeki pada kami untuk Zara dapat adik di umur yang hampir 2 tahun.. Mungkin ada yang kata terlalu cepat, dan ada juga yang kata, ok la tuh! Masing-masing pendapat.. Tapi rezeki, tak kan nak tolak kan..

Positifnyanya Zara akan dapat 'kawan' dengan cepat dan nak pergi sekolah pun ada kawan nanti.. Banyak lagi positifnya.. Walaupun ada negatif, tak nak la kami fikir.. Berjalan mengikut arus, positifkan fikiran, mesti semua akan ok.. 

#Entri draft


Read more ...

Monday 16 February 2015

Mesti ada Bantal !

Assalamualaikum w.b.t.. Tabiat baru Zara Faleesya tapi positif la.. Nak tidur, mesti kena heret bantal.. Dia dah ada bantal favourite dia.. Tapi masa mula-mula tidur je la berbantal.. Lepas tu, kepala pasti tak ada atas bantal dah.. Hehe.. Harap-harap tak jadi bantal busuk la.. Kalau jadi bantal busuk, susah la nak heret ke hulur ke hilir..

Kalau kat nursery, memang dia dah anggap satu bantal tu, macam bantal dia.. Sebabnya bantal tu lebih kurang sama dengan bantal dia kat rumah.. Selain bantal tu, yang memang dah jadi tabiat dia dari kecik ialah kain selimut baby tu.. Memang nak kena ada di mana dia berada.. Baru la tenang.. Hehe.. Sebab tu la kami belikan dua sebab bila satu basuh, satu lagi ada..

Read more ...

Header Baru ERAZFADLI.COM


Assalamualaikum w.b.t.. Hari plan nak upload pagi tadi, tapi tak sempat nak on laptop la pulak.. So sekarang, alhamdulillah, berjaya curik masa sikit.. Dan inilah hasilnya untuk header baru blog erazfadlidotcom.. Apa pendapat korang? Sesuai tak dengan imej blog ni? Eraz puas hati.. Ini kali pertama tukar header selepas wujudkan blog ini dulu.. Bayangkan.. Hehe..

Nak buat sendiri, boleh je.. Tapi masa tak de nak duduk main-main tukar itu ini.. Jadi dapatkan khidmat blogger Azhafizah.. Alhamdulillah, lepas discuss, bagi gambar, dapat draf, inilah hasilnya.. Eraz memang jenis yang nak simple-simple je.. So apa pendapat korang?

Read more ...

Burgerbyte @ Kota Bharu

Assalamualaikum w.b.t.. Semalam, lepas wife balik kerja, Eraz dan Zara dah siap-siap nak keluar.. Kira dinner awal la.. Masa nak keluar tu, memang tak tahu halatuju lagi.. Tapi bila teringat wife beritahu hari tu, ada 3 tempat dia nak pergi sebelum bersalin, so hari ni kita lengkap kan satu tempat!

Burgerbyte @ Tunjung, Kota Bharu.. Sebelum ni memang tak sempat nak pergi sebab ada je hal menghalang.. Sampai sana dalam pukul 5.30 petang.. Biasa la orang baru balik kerja, kete banyak.. Sampai sana, order dan yang paling happy, Zara Faleesya la.. Makan round-round kat sana, jalan situ sini.. Fuh! Bile dia dah main-main, happy, makan pun banyak.. Kami pun happy kan..

Salah satu menu best bagi Eraz ialah Naked Burger.. Eraz pilih yang ayam.. Memang best.. Satu lagi menu, lupa nama.. Hehe.. Zara punya, pilih yang kids punye.. Air lak, gelas besas.. Penuh rasa perut dengan air bila nak habiskan semua..

Jadi kunjungan pertama, ok la.. Puas hati.. Ada masa, boleh pergi lagi.. Pergi petang lepas balik kerja sebab nak elak orang ramai.. Sebab malam selalu penuh!

Read more ...

Saturday 14 February 2015

Cinta Suci Jadi Saksi

Cinta Suci Jadi Saksi | Assalamualaikum w.b.t.. Sekian lama menunggu drama Cerekarama, 3 Hari Menanti Mati, sampai ke sudah tak tayang kat TV3 lagi.. Ada siaran langsung bola.. Tapi tup-tup adik ipar bagitau malam kat Astro Ria ada drama Cinta Suci Jadi Saksi..

Tajuk macam biasa-biasa je.. Tapi mungkin ramai juga yang menanti sebab drama Cinta Suci Jadi Saksi ni lakonan pertama Aman AF 2014 bersama Elfira Loy.. Arahan pula Michael Ang.. Rasa dulu diwar-war tajuk lain.. Tapi dah tukar.. Sinopsis atau jalan cerita, tak dapat dikesan..

#Selamat menonton Cinta Suci Jadi Saksi

Read more ...

Dart


Assalamualaikum w.b.t.. Baru-baru ni ada salah seorang staf kat sini belikan Dart dan letakkan kat office.. Mula-mula tengok, tak teringin pun main.. Tapi sekali ni, rasa stress kat office dan masuk bilik yang ada papan Dart ni.. Baling punya baling sorang-sorang, best jugak.. Tambah-tambah time stres.. Kebetulan ada group staf yang memang suka jugak main benda tu, sorang ada ketika waktu rehat, kami lepak kat bilik tu, lawan.. So sekarang memang rasa seronok.. Kalau dulu, tak pernah main pun.. Kira baru ceburkan diri je la.. Haha..

Masa main sorang-sorang, tak tahu pun mana satu ruang yang markah tinggi.. Ingat yang tengah.. Rupanya bukan.. Ada tempat boleh darab 3.. Ada tempat boleh darab 2.. Ada tempat satu markah je kan.. 

Read more ...

ERAZFADLI.COM | Akan Datang Dengan Header Baru


Assalamualaikum w.b.t.. Insyaallah, bermula minggu depan, ERAZFADLI.COM akan memperkenalkan satu header baru.. Rasanya header yang digunakan sekarang ni memang dari awal kemunculan dulu lagi.. Tapi yang pasti, muka tetap sama kan.. Haha.. Saje nak bagi blog kelihatan lain dan segar dari dari segi persembahan header.. Errrmmmm.. Eraz puas hati dengan hasil yang dah siap.. Tapi tak boleh upload hari ni la.. Maybe isnin nanti.. Insyaallah.. 

Read more ...

Friday 13 February 2015

Lelaki #TGNA

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak semalam, lagu LELAKI ni 'bermain' di media sosial.. Dan pagi ni, ada kawan beritahu, lagu dah masuk 'bermain' dalam radio dah.. Kebetulan sempena pemergian TGNA, satu video klip khas dihasilkan.. Lagu ni sebenarnya dari album Pancawarna - Siti Nurhaliza.. Tahun 1999 kot.. Memang sedap.. Tapi tak popular macam lagu lain sebab mungkin unsur dalam lagu yang dipilih..

Siapa yang belum dengar lagu, boleh terus ke Youtube.. Search Lelaki - Siti Nurhaliza, pasti akan jumpa video yang tribute khas kepada arwah TGNA.. Memang menyentuh perasaan.. Wassalam..


Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran

Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazamnya
Bara keramat doa dan harapan

Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak

Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati

Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Read more ...

Keadaan Jalan di Pulau Melaka | Orang Berpusu-Pusu


Assalamualaikum w.b.t.. Beginilah keadaan jalan di kawasan Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan dan kawasan sekitar.. Kalau jalan menuju ke Pulau Melaka, memang ditutup mulai cabang empat traffic light Panji lagi.. Kereta memang penuh di park di tepi-tepi jalan kawasan Panji dan Demit.. Orang ramai semua bertumpu ke rumah Tok Guru..

Eraz sendiri tidak dapat ke sana sebab hari ni kerja.. Laluan menghantar anak isteri ke rumah mertua pun terpaksa berubah sebab jalan berkenaan di tutup.. Lambat la sikit sampai office.. Jangkaan dalam kepala, memang ramai orang, tak tapi sangka sampai macam tu.. Betapa ramainya orang yang menyayangi arwah Tok Guru.. 

Orang ramai sanggup parking kereta jauh dan berjalan kaki.. Tak kira lelaki, wanita, tua dan muda.. Katanya memang jalan kawasan berkenaan jammed dari semalam selepas arwah disahkan meninggal dunia.. 

#Al-Fatihah
Read more ...

Thursday 12 February 2015

Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Meninggal Dunia

Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Meninggal Dunia, Bekas Menteri Besar Kelantan | Assalamualaikum w.b.t.. Baru sahaja dapat berita Facebook dan lepas tu Whatsapp.. Cuba confirmkan dengan orang terdekat yang boleh sahkan.. Akhirnya laporan di Astro Awani ada melaporkan tentang peninggalan Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pukul lebih kurang 9.45 mlm tadi.. Rasanya macam tidak percaya pulak.. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau dan Salam Takziah kepada keluarga beliau..

#Pergi pada malam Jumaat..

Read more ...

Aktiviti Petang Anak Beranak


Assalamualaikum w.b.t.. Inilah aktiviti petang kami.. Eraz balik je kerja, memang dah menunggu depan pintu.. Nak jalan-jalan depan rumah.. Tak sempat nak tukar baju kerja, terus dukung Zara, pakaikan kasut.. Semalam lagi best, siap bawak beg lagi.. Tak sempat nak ambil gambar.. Beg bulu-bulu tu pula, bukan dia punya, tapi mama dia punya.. Macam-macam la..

Zara ni memang suka berkawan.. Mungkin sebab dah biasa duduk kat nursery kan.. Kalau pergi mall, kalau terdengar je suara budak-budak, mesti dia pergi dekat.. Macam nak berkawan la.. Tengok juga dekat-dekat, risau 'rakan' baru dia tu cakar je apa kan.. Kalau nak cepat, halang dia cepat..

Tapi, kalau contoh nak keluar jalan-jalan ni, ada kakak sebelah yang duduk kat luar, borak dengan kawan-kawan, dia malu pulak.. Malu dengan orang dewasa la.. Kalau sebaya dia, ok je.. Ada satu hari, beria-ria nak keluar jalan-jalan, sekali melangkah keluar rumah, ada anak jiran sebelah duk borak dengan kawan dia.. Perempuan.. Terus Zara peluk betis Eraz.. Nak dukung la.. Tapi lepas mereka dah bersurai, baru la nak jalan-jalan semula.. Macam-macam..

Read more ...

Hati Baru Buat Zharif #Pray4Zharif

Hati Baru Buat Zharif #Pray4Zharif

Assalamualaikum w.b.t.. Awal petang tadi rasanya, Eraz ada share di Facebook tentang adik Zharif ni.. Melihat kanak-kanak kecil yang tak tahu apa lagi erti hidup dan terpaksa bertarung nyawa mengidap penyakit bengkak hati, memang tak sanggup.. Hati automatik memikirnya bagaimana sebenarnya yang dia rasa serta keluarga.. Muhammad Zharif Al Hafiz bin Muhammad Mohd Zulfazrul menghidap penyakit bengkak hati dan hanya 20% yang berfungsi.. Beliau memerlukan pemindahan hati dengan segera..


Mendapat info dari Kak Lya melalui entri INI, pembedahan akan dijalankan segera jika duit mencukupi.. Kos pembedahan dianggarkan berjumlah RM 150,000.00 sehingga RM 200,000.00 untuk pembedahan, perubatan dan rawatan susulan selepas itu.. Pembedahan akan di lakukan di China..

Untuk makluman, penderma yang bermurah hati untuk mendermakan hati untuk Adik Muhammad Zharif telah ditemui.. Bantuan yang diperlukan segera adalah kewangan, doa dan kata-kata semangat untuk kedua orang tua Adik Muhammad Zharif. Jom sama-sama kita membantu.. Hulurkan bantuan ringankan beban.. Sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, membantu mengumpul dana bagi membolehkan Adik Muhammad Zharif menjalani pembedahan pemindahan hati baru.. Adik Muhammad Zharif memerlukan anda ketika ini.. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk beliau..


Read more ...

Hasbullah Awang meninggal dunia

Hasbullah Awang meninggal dunia | Assalamualaikum w.b.t.. Sampai je office dari luar sebab belikan barang pertukangan paip tadi, sempat buka Facebook.. Berita yang paling atas sekali ialah Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia.. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.. Difahamkan Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia di IJN tengahari tadi..

Hasbullah Awang meninggal dunia
Datuk Hasbullah Awang

Penyakit jantung yang paling dirisaukan sekarang.. Ia menyerang memang tak kenal usia.. Awal 30-an pun boleh kena.. Kadang-kadang risau jugak kan.. Sama-samalah kita jaga kesihatan kita dan maybe boleh jaga-jaga juga untuk family kita.. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Datuk Hasbullah Awang dan Salam Takziah kepada keluarganya.. Amin.. Wassalam..

Read more ...

Eraz yang over mengidam ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum kami tahu yang isteri Eraz hamil lagi, Eraz yang sebenarnya mengidam tanpa sedar.. Char Kuey Teow, Pavlova dan Beef Steak, diantara yang direquest oleh Eraz kepada isteri yang mana masa tu, Eraz rasa nak sangat makan.. Kalau boleh, masa tu jugak la makan.. Akhirnya isteri buatkan la Pavlova dan Char Kuey Teow.. Beef Steak pulak, kami makan kat kedai sebab susah nak buat.. Buktinya ada di entri INI dan INI..

Masa tu masih tak tahu lagi pun isteri Eraz hamil... Fikir-fikir balik, macam over pulak si suami ni.. Haha.. Tergelak je la bila fikir balik.. Semua tu salah satunya gara-gara duk tengok ulangan Masterchef Selebriti Malaysia Musim Ke-2.. Selain dari tiga makanan, Eraz masa teringin juga nak 'telan' cool blog.. Walaupun akan buat sakit kepala, tapi belasah juga.. Haha..



#Entri Throwback yang didraf sebelum ni

Read more ...

Trend Fesyen Sweat Pants untuk Lelaki

Trend Fesyen Sweat Pants untuk Lelaki

Trend Fesyen Sweat Pants untuk Lelaki | Assalamualaikum w.b.t.. Sejak dua menjak ni, selepas duk tengok program Maharaja Lawak Mega 2014 yang lepas, ramai peserta duk pakai Sweat Pants ni.. Nampak cool juga.. Tapi sebelum ni, tak tahu pun orang panggil apa nama seluar ni.. Tapi lepas ada kawan-kawan terdekat beli, teringin jugak.. Bukan apa..

Trend Fesyen Sweat Pants untuk Lelaki

Nampak macam selesa je pakai.. Boleh santai-santai.. Riadah pun ok kan.. Ada yang jenis panjang dan ada yang jenis pendek or tiga suku.. Boleh la pakai petang-petang nak keluar main dengan anak or beli sesuatu tempat yang dekat-dekat.. Errrmmmm.. Jom try cari mana boleh beli.. Kat Kota Bharu ni, tak tahu mall mana yang jual.. Kalau online, rasanya ada dah kot.. Cuma kalau online, nak tengok kualiti, susah la.. Ada depan mata, ok.. 

Trend Fesyen Sweat Pants untuk Lelaki

Gambar Sumber Google

Read more ...