Saturday 31 May 2014

Jawapan Apo Bondo Ni Eh ?

Jawapan Apo Bondo Ni Eh | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz memang layan game ni tapi tak layan sepenuhnya.. Tapi kalau kat office, memang member-member ada minta tolong Eraz selesaikan.. Kadang-kadang tak munasabah dengan gambar yang diberi.. Kadang-kadang senang je.. Kacang kata orang.. Tapi ada ketikanya, feed up juga kawan-kawan nak meneka.. Contohnya macam gambar di bawah.. Jawapan KL Sentral.. Haha.. Kategori senang ke susah? Layan je la..

Read more ...

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .

Read more ...

Shopping Pattern

Assalamualaikum w.b.t.. Shopping, memang kegilaan ramai.. Tapi, pada pendapat korang, ada beza ke cara shopping antara lelaki dan perempuan.. Eraz terjumpa satu gambar di Facebook yang menggambarkan patern shopping antara lelaki dan perempuan.. Rasanya ada betulnya tapi tak semua la.. Lain orang, lain caranya kan.. Tapi cuba tengok gambar di bawah.. 



Read more ...

Friday 30 May 2014

Batuk kembali !


Assalamualaikum w.b.t.. Alahai.. Nampaknya batuk ni kembali menyerang.. Rasa macam ada sesuatu di dalam tekak ni yang buat diri ni rasa nak paksa batuk.. Sampaikan ada ketikanya boleh buat Zara bangun dari tidur.. Nasib baik masih ada ubat batuk (cecair) dalam peti yang baru ni.. Masih boleh digunakan.. Dan juga buat telan cair kahak.. Tapi sehingga entri ni ditulis, memang masih batuk.. Macam melarat la pulak.. Nasib baik tak sakit kepala, selesema.. Kalau tak, memang pakej la macam dulu.. Adoi..

#Jemput join Segmen | Blog Review By ERAZ FADLI !

Read more ...

Al-Fatihah | Suami Mak Dara meninggal dunia


Assalamualaikum w.b.t.. Entri pada 30 Mei 2014 ini dimulakan dengan satu berita sedih yang telah dihadapi oleh seorang blogger iaitu Mak Dara.. Eraz dapat tahu, malam semalam yang suami Mak Dara telah meninggal dunia pada jam 10.43pm di Hospital Ampang.. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..

Memang rasa terkejut dengar berita ni sebab mengharapkan arwah ni akan sihat walafiat dan kembali ke rumah bersama keluarga tersayang.. Arwah meninggal kerana menghidap kanser darah stage 4..

Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah Martias Bin Mohd Ali dan Salam Takziah kepada keluarga arwah terutama kepada Mak Dara dan anak-anak.. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. AL-FATIHAH..

#Diharapkan Mak Dara akan tabah menghadapi ujian ini

Read more ...

Thursday 29 May 2014

Tidur di traffic light !


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam semasa on the way pulang ke Kota Bharu, memang rasa macam ada sesuatu di mata yang nak buat Eraz pejam.. Menguap pun satu lagi.. Seriusnya memang tak cukup tidur semalam.. Dan masa kat rumah Ma Abah, memang tak sempat nak pijam sekejap pun.. Ada je benda kena buat.. Sebab rasa tak serius sangat tapi membahaya, Eraz berjaya pejamkan mata semasa menunggu traffic light bertukar jadi warna hijau..

Lelap mata bukan lama pun, 5 saat je kot.. Dua kali 5 saat then terus segar mata sampai la ke destinasi.. Dua kali 5 saat tu maksud nya dua kali pejam mata dan lena 5 saat.. Haha.. Walaupun pejam mata 5 saat, tapi still tak de yang hon sebab tak gerak masa tengah hijau sebab merah tu lama sangat.. 

Moral of the story, berehat la tidur di tepi jalan kalau dah rasa mengantuk sangat..Kes Eraz ni, berbeza sikit.. Tapi no more next time.. Promise..

Read more ...

Tiada satu pun !


Assalamualaikum w.b.t.. Apa yang tiada satu pun? Haaaaa.. Entri untuk semalam la.. Sepanjang hari Rabu, 28 Mei 2014 satu entri pun tak muncul di blog ERAZFADLI.COM ni.. Kenapa dan macamana boleh berlaku? Sebenarnya semalam Eraz balik rumah Ma Abah.. Berdua dengan Zara.. Jadi memang tak sempat nak ambil Tab, taip apa yang patut.. Dari pagi, sampai tengahari, sampai ke petang then sampai la malam seterusnya ke tengah malam.. Still masih kosong untuk hari Rabu, 28 Mei.. Rasa macam tak sedap hati je tinggalkan blog macam tu je.. Tak pernah berlaku lagi ni.. Hehe.. Apa-apa pun, harapnya hari ni semuanya akan kembali seperti sedia kala.. Insyaallah..

#Cuti sekolah dah mula.. Semua nampak ada plan cuti-cuti Malaysia.. Eraz? Bercuti di office je la.. 

Read more ...

Tuesday 27 May 2014

MBA | Semester ketiga bermula !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, Semester dua untuk program MBA Eraz sudah berakhir bulan April 2014 lepas.. Jadi hujung bulan Mei 2014 ni akan start Semester ketiga pula.. Semester kedua memang sangat mencabar bagi Eraz sebab ada dua subjek killer kena lalui.. 

Semester ketiga pula nampaknya assignment pun dah macam mencabar.. Tapi, tak de hal.. Boleh je.. Apa yang pasti, memang sangat-sangat mencabar dalam menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ni sebabnya komitmen sebagai pelajar bersaing dengan komitmen sebagai orang pekerja dan ketua keluarga.. Tapi semua tu sebagai satu cabaran demi masa depan dan impian.. So! Usaha tangga kejayaan..

Read more ...

Kalau dah masuk office ..

Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t.. Macamni la kalau dah masuk office.. Macamni macamana? Macam ni la, blog tidak terupdate seperti hari-hari lain.. Sebenarnya hari cuti pun sama.. Tak sempat juga.. Yang sempat kalau pergi outstation yang santai-santai sikit.. Bukan tak de idea, tapi kadang-kadang tak sempat nak spend masa untuk menaip apa yang terbuku di hati.. Bukan senang juga nak jadi blogger personal, parenting dan lifestyle ni.. Tak elak juga entri-entri kosong semata-mata kan.. Errrmmmmm.. 

Masa pun sekejap je berlalu.. Rasa macam baru je clock-in kat office pagi tadi, tapi sekarang dah nak masuk ke lunch break.. Fuh! Makin hari, umur makin tua.. Makin hari, makin banyak tanggungjawab.. So, kena la guna masa sebaik mungkin.. Sambung buat kerja dulu..

Read more ...

Monday 26 May 2014

Suprise !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Isteri suka suprise yang dia terima hari ni.. Nasib baik la bunga ni sampai masa dia ada kat office.. Nyaris-nyaris dia nak pergi solat Zohor.. Terus dia call dengan suara yang ceria-ceria.. Alhamdulillah.. Bila dengar orang yang kita sayang ceria, suka, kita pun turut sama akan rasa begitu.. Suprise untuk apa? Boleh rujuk entri INI.. 

Read more ...

Happy 3rd Anniversary !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, hari ini, 26 Mei 2014, genap 3 tahun Eraz berkahwin dengan seorang wanita yang cukup sempurna bagi Eraz.. Dia telah berikan segalanya kepada Eraz dan juga keluarga Eraz juga.. Tanggungjawabnya memang tidak pernah diabaikan.. Hadiah paling tidak ternilai ialah dengan bertarung nyawa melahirkan zuriat penyambung warisan kepada Eraz iaitu Nur Zara Faleesya.. Terima kasih..

Sayang,
Happy 3rd Anniversary..
3 year down,
Forever to go!
I LOVE U..

Read more ...

Sunday 25 May 2014

Liew Daren dah buat yang terbaik !

Assalamualaikum w.b.t.. Akhirnya Piala Thomas 2014 milik Jepun.. Jangan salahkan Liew Daren sebab dia dah buat yang terbaik.. Siapa yang nak kalah kan.. Dia mampu bangkit memang untuk set kedua.. Di set ketiga juga nampak dia fight betul-betul.. Tapi tertulis bukan rezeki Malaysia untuk tahun 2014 ni.. Tunggu tahun 2016.. Tahniah kepada semua pemain Malaysia kerana melayakkan Malaysia ke peringkat akhir..

#Kecewa memang kecewa.. Tapi adat permainan.. Ada menang, ada kalah..

Read more ...

Rumahku Syurgaku

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, selamat sampai Kelantan.. Dah jumpa isteri tapi Zara Faleesya belum sebab dia kat nursery.. Isteri yang jemput Eraz kat airport.. Dia kerja hari ni sebab Jumaat Sabtu dah cuti kan.. Sekejap lagi tengahari, baru nak ambil Zara.. Tak sabau dah ni nak main dengan dia.. Balik rumah, jumpa kura-kura dia je.. Hehe...

Read more ...

Dah rindu budak kecik nih!

Assalamualaikum w.b.t.. Dah lama rasa tinggal budak kecik ni.. Dah rindu bangat nih.. Papa belikan sesuatu untuk Zara.. Tunggu papa balik ya.. Alhamdulillah.. Sepanjang Eraz kat Sungkai dan KL, semuanya ok je dengan Mama nya.. Tiap-tiap hari Mama dia whatsapp gambar... Papa tengok makin chubby.. Kalau call, sibuk cari mana suara papa.. Alahai..

#Hari ni papa balik.. Nanti kita tengok Piala Thomas sama-sama!

Read more ...

Saturday 24 May 2014

Ada bau yang sama ???


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selamat sampai ke KL dari Sungkai.. Dalam bas tadi, duk tahan je sebab memang tak sanggup nak hidu bau aircond dan asap bas tu.. Dah sampai ni, terus check in hotel.. Tapi masuk je dalam bilik, kenapa ada bau yang sama ni.. Adoi.. Nahas.. Mungkin perasaan or psikologi kot ni.. So kena keluar makan malam dulu malam ni then rasanya baru ok kot.. Mungkin perut dah lapar duk hidu bau aircond bas.. Haha..

#Memang elak dari naik bas dari dulu.. Kecuali terpaksa! 

Read more ...

Sungkai - > KL

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba masanya keluar dari tempat 'percutian' ni.. 3 hari di sini happy sebab dapat lari dari stress office walaupun rindu family kan.. At least, boleh lupakan sekejap pening kerja.. Cuma semalam sedikit terganggu bila dapat satu email yang tak best di dengar.. But, as usual, positif kan diri.. Untuk lebih maju lagi!

Tadi sempat singgah di R&R Tapah! Sebabnya? Ramai yang request nak beli Jambu.. Errmmmm.. Eraz pun terjebak sama la.. Bertambah-tambah berat la timbangan beg atau barang yang perlu di pegang..

Masih dalam beg.. Perlukan tidur sebab nak elak 'mabuk'.. Haha.. Adios Amigos!

Read more ...

Tak akan terlepas Final Piala Thomas esok !

Assalamualaikum w.b.t.. Ini sebenarnya bukan berita terkini pun.. Semalam lagi semua orang dah wow dan bising di FB.. Tapi Eraz rasa nak share juga kegembiraan ni di blog ni.. Bukan calang-calang nak masuk final.. Piala Thomas ni.. Kali terakhir kita julung Piala Thomas ni pada tahun 1992.. Lama tu.. Masa tu Eraz umur 9 tahun kot.. Darjah 3.. Sekarang dah three siries kan.. Haha..

Lawan kita pulak tahun ni ialah Jepun.. Walaupun sebelum ni maybe nama Jepun tak disebut sangat berbanding China sebagai Juara Bertahan, tapi Jepun pernah layak ke peringkat separuh akhir pada tahun 2010 dan 2012.. Lagi satu, di peringkat separuh akhir baru ni, diaorang menewaskan China.. Kira ada kuasa juga la tu..

So Malaysia kena gigih lagi sebab peluang nak julung Piala Thomas tu memang ada.. Nasib baik perlawanan akhir ni esok.. Petang lak tu.. Sempat la sampai Kelantan.. So! Sama-sama kita support Malaysia untuk menjadi Juara Piala Thomas!!

Read more ...

Masa untuk main LEGO !

Assalamualaikum w.b.t.. Ini sebenarnyanaktiviti semalam.. Selain ada game cipta step dan rentak, kami diberikan Lego untuk main.. Haaaa.. Jarang-jarang ada aktiviti macam ni.. Ya la.. Eraz sendiri jarang main Lego ni.. Orang kampung.. Dulu-dulu masa kecik, main 'kawada' je kot.. Betul ke tidak ejaan tu.. Bacaan dah betul.. Hehe...

So belasah je la bina sesuatumyang ada kaitan dengan diri sendiri.. Cari-cari gambar, lupa sebenarnya nak snap gambar hasil sendiri.. Snap yang hasil keseluruhan je.. Permainannya ialah, mula-mula bina benda yang ada kaitan dengan kita.. Lepas tu gabung dengan staf yang satu department dengan kita.. Then gabung keseluruhan.. Nampak tak kenapa?

Tidak lain dan tidak bukan, kerjasama, tolak ansur, sabar, berusaha, terima pendapat orang lain, perbincangan dan lain-lain tu tunggak untuk kejayaan.. Kalau nak ikutkan kita seorang je, pasti tak jadi hasil gabungan terakhir tu kan...

#Tak pernah lagi sempat sampai ke Legoland..

Read more ...

Amazing Race ..

Assalamualaikum w.b.t... Aktiviti outdoor terakhir untuk program kali ni.. Pagi-pagi keluar untuk Amazing Race.. Corak permainan tak tahu lagi macamana.. Harapan macam program yang dalam TV.. Tapi mustahil sama sekali la.. Yang macam tu susah.. So katakan simple sikit la.. Takpe, janji boleh suka-suka.. Itu dah memadai..

Nasib baik alhamdulillah, badan tak de sakit-sakit akibat Jungle Trekking semalam.. Ada antara kami dah sakit-sakit badan dah.. Hehe..

#Petang ni dah balik KL!

Read more ...

Friday 23 May 2014

Kasihnya seorang isteri ..

Assalamualaikum w.b.t.. Inilah isteri.. Kalau dia mengemas beg travelling, memang semua lengkap.. Ape yang ada, memang tak perlu cerita la.. Tapi penambahan kali ini ialah ubat.. Tengok kat bawah tu.. Dalam bekas tu, complete ubat sakit kepala, demam, panadol dan apa tah satu lagi.. Lupa.. Siap tulis lagi tu 'Ubat Papa'.. Risau tertukar dengan ubat Zara la kot.. Minyak gamat, plaster dan lain-lain.. Alhamdulillah.. Terima kasih..

#8.30 pm nak sambung aktiviti indoor sesi malam..

Read more ...

Aktiviti Bebas !

Assalamualaikum w.b.t.. Lepas je Jungle Trekking pagi tadi, terus kami semua serang tempat main air di Felda Residence Hot Springs, Sungkai ni.. Pertama sekali berenang dan berendam di tempat mandi air panas.. Bukan panas sangat pun.. Tapi suam-suam.. Lega bila dapat berendam dalam tu.. Tambahan lagi beramai-ramai.. Ala-ala discussion dalam air.. 


Kedua, kami pergi di tempat air panas yang mana boleh bagi telur masa sepenuhnya.. Nak bagi masak separuh pun boleh.. Eraz tak beli la telur tu.. Tapi ada dikalangan rakan Eraz beli.. So diaorang masak sendiri.. Di sebelah tempat masak telur tu, ada tempat yang boleh rendamkan kaki.. Air suam-suam panas.. Sesuai nak rendam kaki.. Mandi memang tak boleh la sebab panas.. Masak nanti.. Ada kebaikannya tu..


Seterusnya yang terakhir Eraz dan rakan-rakan sempat terjah ialah tempat mandi manda.. Kali ni air sejuk pulak.. Tapi panas kan.. Dapat la duduk di bawah air terjun.. Ala-ala spa.. Air mengutur kepala dan bahu serta belakang.. Dan, dah lama giler tak main benda-benda ni.. Gelongsor air.. Last main masa kat Gambang.. Masa tu tak de budak.. So kami yang tua-tua ni kuasai.. Haha..


Sorry la, Eraz memang tak sempat nak snap gambar sendiri.. Semua gambar kat atas tu google je.. Memang tak bawak semua peralatan.. Kunci bilik je.. Lepas je Jungle Trekking, terus main semua tu.. Ada kawan yang tak main air tu bawak handphone.. Tapi malas la nak mintak.. Hehe.. Lepas main air tu, terus hilang penat masuk hutan.. Macam dilupakan.. Hehe.. 

Read more ...

Hasil dari Jungle Trekking

Assalamualaikum w.b.t.. Itu lah hasil dari Jungle Trekking.. Comot habis.. Tapi alhamdulillah, tak de jatuh ke, rebah ke, pengsan ke.. Semua berjalan lancar cuma ada seorang yang tercabut tapak kasut.. Tapi nasib baik dah turun masa tu... Alhamdulillah, dapat pengalaman baru hari ni..

Misi seterusnya, kering kan kasut lagi.. Esok ade aktiviti outdoor lagi.. 2, 3 hari ni, memang cerita pasal kasut je kan.. Naik borink dah korang.. Kali ni sempat jemur.. Harap esok kering sepenuhnya.. 

Read more ...

Jungle Trekking

Assalamualaikum w.b.t.. Aktiviti hari ni dimulakan dengan aktiviti Jungle Trekking.. Fuh! Dah lama giler tak buat aktiviti ni.. Sejak dah kerja ni, memang tak sempat.. Tambah-tambah dah kahwin, lagi la tak sempat.. Last masuk hutan, naik bukit, naik gunung dan lain-lain ni masa study kat USM dulu.. Kira zaman muda mudi la.. Stamina ok lagi cuma tak sempat nak buat aktiviti tu je..

Ingat lagi pasal kasut? Apa lagi, memang tak sempat nak kering la.. Dah habis usaha dah.. So pakai je la walaupun lembap-lembap.. Terpaksa kan.. Apa jadi lepas aktiviti Jungle Trekking? Haaa.. Kumpul idea jap...

Read more ...

Thursday 22 May 2014

Cara nak keringkan kasut dengan cepat!

Assalamualaikum w.b.t.. Di sebabkan oleh river rafting petang tadi dan kasut hanya terbawa satu je, mula la kena fikir macamana nak kasi kasut tu kering sebelum jungle tracking pagi esok.. Kalau tak, memang tak selesa la kalau nak pakai kasut basah kan.. Mesti berbau segala bagai.. Nak jemur memang tak sempat sebab aktiviti river rafting tadi petang.. Hujan pulak tu.. Perah dan sejat kan dalam bilik air.. Tapi rasanya tak sempat kot kering..

Kipas? Mana la ada kan.. Aircond je.. Tup-tup tadi ada hair dryer.. Haha.. So, itulah yang akan dibuat malam ni..  Kalau tak kering sekering keringnya, at least, OK la kan.. Tapi still kena beringat dan on off hair dryer tu elok-elok.. Lama-lama bukak, rosak pulak kang! So! Berusaha.. Assalamualaikum dan Selamat Malam semua..

Read more ...

River Rafting

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tamat aktiviti river rafting petang ni.. Satu pengalaman yang bagus sebab terlibat dari awal.. Bina rakit dari pelampung dan paip pvc.. Ingat dengan tali rafia je.. Then guna buluh untuk kemudi.. Rasa macam tak puas pulak berakit hanya 2 KM.. Kasut? Sedang di keringkan dalam bilik air.. Hehe..

Dalam masa yang sama, habis je aktiviti river rafting tu, hujan turun bukan main lebat lagi.. Siap ada kilat.. Ape lagi, dalam main air sungai, main hujan sekali la.. Sampai bilik, confirm kena mandi terus sebab kena hujan.. Tak pasal-pasal akan dapat sakit kepala free pulak nanti..

Gambar memang tak nak ambil sebab pergi ke sungai tu dengan tak bawah apa-apa.. Kalau tak, memang boleh tunjuk juga betapa cantiknya tempat tu.. Nama pun main air, kalau bawak hp or kamera, memang cari nahas la.. Jam pun tinggal.. Sekarang ada masa nak rehat sekejap sebelum turun makan malam dan sambung aktiviti indoor malam ni.. Insyaallah.. Wassalam..

Read more ...

Lonely ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah selamat check in sebelum program bermula dengan rasminya pukul 2 pm nanti.. Ice breaking sudah, set group sudah, lunch pun sudah, check in sudah, mandi dan solot Zohor, on the way.. Hehe.. Dalam ramai-ramai tadi, partner sebilik Eraz tak dapat datang.. So jadi la macam semalam, sorang-sorang..

Bilik ok, lengkap.. Iron, hair dryer semua-semua la.. Kira selesa la jugak.. Tambah lagi duk sorang kan.. Kan best kalau bawak Zara Faleesya dengan Mama dia.. Jadi ala-ala bercuti.. Tapi tak mungkin kot sebab datang dengan arahan kerja.. Takpe, next time mungkin boleh.. But maybe tempat lain.. Hehe..

Petang ni dimulakan dengan Perasmian Program selepas tu, River Rafting.. Tak sabar ni walaupun kepala duk fikir sal kasut.. Hehe..

Read more ...

Alhamdulillah!

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Selamat sampai di Felda Residence Hot Springs, Sungkai Perak.. Dari KL ke Sungkai naik bas.. Nasib baik tak mabuk bas.. Haha.. Elakkan benda tu, tidur je la.. Paling alah sebenarnya dengan bau air cond bas dan asap bas.. Dari dulu lagi kot.. Sedar-sedar dah nak sampai dah.. Alhamdulillah.. Dah selesai ice breaking.. Kita lunch dulu.. Kasi perut kenyang.. Nanti nak kena main air lak.. Haha..

#Sampai area pukul 11 am..

Read more ...

Redah saje lah!

Assalamualaikum w.b.t.. Semua orang bawak dua kasut ni.. Macamana.. Petang ni terus ada aktiviti air.. Tak kan nak berkaki ayam atau berselipar kan.. Haha.. Kita tunggu dan lihat, apa yang jadi.. Semalam tak sempat nak pergi cari sebab sampai hotel dah pukul 11.30 pm.. Mana nak keluar kan.. Dah la 'perantau'.. Tak de transport pulak.. So kita redha dan pasrah je la.. Silap tak satukan beg..

#Masih dalam 'aktiviti' menunggu rakan-rakan yang lain untuk bertolak ke Sungkai..

Read more ...

Wednesday 21 May 2014

Bila ada barang tertinggal ..

Assalamualaikum w.b.t.. Punya la asingkan kasut sukan, selipar dan stoking dalam satu beg kecil.. Tup tup tertinggal kat rumah.. Macamana ni.. Mana sempat nak pergi shopping dah lepas sampai KL nanti.. Flight delay ke 8.20 pm.. Sampai sana dah pukul berapa kan.. Fuh! Kena tengok kat KL Sentral la kot kalau kalau ada.. Kalau tak de? Beli selipar jepun di 7 E la kot..

#Punya la pergi beli dengan wife dan Zara baru ni.. Adoi.. Frust..

Read more ...

Tinggalkan Zara dan isteri lagi ..


Assalamualaikum w.b.t.. Errrrmmmmm.. Hari ni Eraz ke KL lagi.. Beberapa hari.. Terpaksa la tinggalkan Zara dan isteri lagi.. Rindu isteri tu, tak payah cakap kat sini kan.. Yang nak cakap nya, adakah Zara yang akan rindukan papa atau papa yang akan rindukan Zara? Hehe.. Apa yang telah dipesan, minum susu macam biasa.. Selalu kalau papa tak de banyak hari, tak nak minum susu.. Harapnya semua akan berjalan lancar..

Read more ...

Lunch dengan Magnum lagi?


Assalamualaikum w.b.t.. Pernah sekali Eraz buat entri pasal lunch dengan Magnum Ice Cream je.. Tapi tak jumpa la pulak entri tu.. Sebenarnya ice cream ni beli semalam.. Punya lah tak betul semalam, beli burger plus ice cream.. Padahal, nasik pun makan.. Tapi alhamdulillah semua habis tapi tinggal ice cream je dalam peti ice.. Ice cream tak pe simpan.. Wife la semalam tiba-tiba minta nak makan ice cream.. So si suami, belikan la masa otw baik kerja..

#Try nak cari yang gold punya, tak de lak.. Sold out kot.. 

Read more ...

Apo Bondo eh ni ?


Assalamualaikum w.b.t.. Apo Bondo eh ni ? Eraz rasa ramai yang dah tahu kot.. Dan rasanya juga semakin hari, makin ramai yang main game ni.. Di pejabat Eraz, memang dah ada yang nampak main game ni.. Dulu pernah nampak orang main yang versi English.. Tapi kali ni, muncul versi Bahasa Melayu.. Memang nampak mudah kalau dah Bahasa Melayu kan.. Tapi, percayalah, bukan senang sebenarnya.. Haha.. Dah cuba? Kalau belum, boleh download sekarang..

#Untung la sapa yang cipta ni..

Read more ...

Tuesday 20 May 2014

Tahniah Ecah !


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam Eraz mendapat satu sms dari 'adik' Eraz yang berada di Negeri Sembilan yang mana telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.06 kg pada pukul 2.23 pm.. Alhamdulillah.. Tahniah kepada Ecah dan suami untuk cahaya mata pertama mereka.. Insyaallah, kalau ada masa dan peluang, Along akan datang melawat Ecah dan baby.. Tahniah sekali lagi..

#Siapa nak wish tahniah, boleh ke blog Ecah

Read more ...

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.
Read more ...

Dulu lain, sekarang lain ..


Assalamualaikum w.b.t.. Dah macam lagu Tan Sri SM Salim la pulak tajuknya.. Haha.. Sebenarnya, ini gambar Zara yang Eraz snap Ahad lepas semasa on the way balik Machang.. Apa yang dulu lain, sekarang lainnya kan? Jawapannya ialah barang-barang yang dibawa ke mana-mana pergi.. Tak kisah la balik kampung ke, ke satu-satu tempat lain ke.. 

Kalau bujang-bujang dulu, memang kereta sangat kemas dan tak de banyak barang la kalau nak ke mana-mana atau ke tempat kerja.. Tapi sekarang, kalau nak balik umah Ma Abah, sure 2 ke 3 beg kena angkut walaupun pun pergi balik hari je..  Ya la, Zara saje dah dua.. Satu beg pakaian, satu lagi beg makanan.. Kena asingkan..  Itu tak termasuk bantai dia dan lain-lain.. Kadang-kadang, kerusi di belakang tu penuh!

Papanya or mama punya beg, satu je.. Itu pun kalau papa punya, angkut beg office.. Semua lengkap dalam tu.. Car seat memang tak payah cakap la, memang rasanya sentiasa ada dalam kereta.. Kalau kawan-kawan nak tumpang, sure kuantiti boleh muat, berkurangan sebab ada car seat.. Hehe.. Dalam bonet, tak muat.. 

#Sekarang memang nampak tuan punya kereta sudah berpunya.. Not single.. Hehe..

Read more ...

Monday 19 May 2014

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Read more ...

Masih di panggil ADIK ?


Assalamualaikum w.b.t.. Perkara ni rasanya perkara biasa untuk semua orang kot.. Cuma kadang-kadang rasa malu sebab Eraz ni sebenarnya dah umur nak masuk 31 tahun, tapi masih di panggil adik oleh orang sekeliling.. Fuh! Paling dekat semalam, masa nak drive thru, pekerja tu panggil ADIK walaupun sebenarnya dia muda bertahun-tahun dari Eraz kot.. Lagipun, nampak kot Zara kat sebelah.. Haha.. 

Kadang-kadang panggilan tu memang boleh buat kita macam happy sekejap, tapi kadang-kadang, tak selesa pun ada.. Tak tahu la orang lain.. Kalau nak buat urusan rasmi, mungkin tak berapa nak ok.. Orang maybe boleh pandang kita macam, 'alaaaa.. budak-budak lagi ni, tak banyak pengalaman..'.. Orang boleh pandang sebelah mata je kot.. Betul tak? Padahal, mugkin orang tu dah berpengalaman hampir 7, 8 tahun dalam bidang tu tapi sebab ala-ala baby face, dipandang macam tu..

#Tak kan nak ubah imej untuk nampak sebaya dengan umur kan.. 

Read more ...

Aku Isterinya Episode 27 | 28

Aku Isterinya Episode 27 | 28

Aku Isterinya Episode 27 | 28 - Assalamualaikum w.b.t.. Minggu ni masuk minggu ke - 8 untuk drama Aku Isterinya.. Dan rasanya minggu ini minggu terakhir untuk drama Aku Isterinya ni.. Hubungan Mikail dan Mya menjadi semakin baik dan intim apatah lagi sekarang ini Mya telah mengandungkan anak Mikail.. Apatah lagi bapa Mikail kini telah berbaik dengan mereka dan sangat happy kerana tidak lama lagi akan mendapat cucu..

Malangnya hubungan Mikail serta Mia dengan Datin Adibah iaitu ibu Mikail masih lagi tak berapa nak ok.. Ini semua berpunca dari hasutan anak saudaranya sendiri iaitu Suzanne.. Tapi apa akan berlaku pada minggu ini? Yakni drama Aku Isterinya Episode 27 dan 28?

Apa yang pasti, hubungan Mikail dan Adam terus putus setelah Mikail dapat mengetahui yang Adam sebenarnya telah rogol Mia sebelum ini semasa Mikail mabuk.. Selain daripada itu, Mikail dan Mya juga hampir-hampir dilanggar oleh seorang penunggang motor di kawasan parking.. Agaknya kerja siapa? Lagi satu, walaupun tidak berjaya mendapatkan bantuan Mak Ngah Mya untuk dapatkan Mya, Shamil masih tidak berputus asa untuk mendapatkan Mia sehingga sanggup sekali lagi ke KL untuk berjumpa dengan Mia..

Apa lagi yang berlaku? Adakah Mia lahirkan anak lelaki, atau anak perempuan ataupun kembar? Memang memang tunggu drama Aku Isterinya Episode 27 dan 28 ini.. Wassalam..

Read more ...

Aktiviti Malam Isnin !


Assalamualaikum w.b.t.. Selalu orang buat aktiviti malam Jumaat kan.. Tapi malam ni Eraz buat aktiviti malam Isnin.. Sebenarnya, perut ni dah kenyang sebab isteri memang dah masak untuk dinner tadi.. Tapi petang tadi 'terbeli' Big n' Tasty McD la pulak.. Memang confirm dah sejuk punyer.. Tapi kalau tak makan, memang membazir la kan.. So, sementara nak ngap burger tu, update blog seround!

Hari ni memang tak sempat nak update blog macam biasa sebab pagi-pagi lagi sudah keluar rumah.. Hari Ahad ni macam biasa la, kalau dah cuti, sure pagi-pagi dah gerak dengan Zara ke Machang.. Balik kampung la katakan.. Haha.. Tapi hari ni pagi-pagi lagi sesuatu telah berlaku di rumah mertua.. So sebelum ke Machang, terus ke rumah mertua dulu.. Settle hal urgent di rumah mertua, baru la bertolak ke Machang..

Dalam pada duk taip entri pertama hari ni dengan Tab (tak sempat publish), tiba-tiba Tab tu restart.. Mau tak frust kan.. So tertangguh sehinggalah petang baru la sempat update entri pertama ini.. Fuh! Kadang-kadang, bila dah biasa update blog ni, memang tak senang duduk di buatnya.. Bukan apa, idea ada, tapi kekangan masa tu masalahnya.. (Macam dah jadi blogger full-time pulak)

Apa-apa pun, selamat malam semua.. Eraz dah habiskan 'rezeki' kat atas tu.. Assalamualaikum.. 

Read more ...

Sunday 18 May 2014

Petua nak jimat minyak kereta

Assalamualaikum w.b.t.. Petua nak jimat minyak kereta.. Sure semua orang nak tahu kan.. Tambah-tambah yang jenis kerja travel jauh-jauh.. Kalau hal kerja, maybe boleh claim minyak perjalanan kan.. Tapi macamana kalau yang jenis rumah yang jauh dari tempat kerja.. Kan.. Eraz dulu pernah pergi kerja pagi-pagi hampir sejam, dan balik rumah pulak, sejam.. Tiap-tiap hari hampir 2 jam atas jalan raya dan dalam kereta.. Tapi itu dulu la.. Pengalaman.. Sebelum beli kereta, sempat bersusah payah naik bas.. Sampai tertidur.. Tapi sekarang, alhamdulillah, ada kereta.. Berkat kesabaran..

By the way, entri ni bukan nak cerita pasal kisah Eraz dulu.. Tapi pasal petua nak jimat minyak kereta.. Kan.. Cuba tengok di bawah.. Korang setuju tak? Haha.. Larikkkkkkkkkk!!

#Tapi betul kan? Peace!

Read more ...

Bla bla bla ..

Bla bla bla ...

Bla bla bla ...

Bla bla bla ...

Bla bla bla ...

Bla bla bla ...

Bla bla bla ...

Bla bla bla ...

Bla bla bla ...

Assalamualaikum w.b.t.. Anggap saje yang bla bla bla tu sebenarnya ada sesuatu yang ditulis.. Tapi kenapa bla bla bla je? Sebenarnya pagi tadi Eraz dah karang baik punya entri di tab ni.. Sekali masa nak publish, nak letak label dulu.. Tup tup ter restart.. Aiyoooooo.. Terus frust, malas update entri.. Sehinggalah jam ini.. Update la jugak.. Hehe.. Insyaallah.. Ada masa dan idea semua, entri tu wujud semula.. Hehe...

#Ape program korang hari ni?

Read more ...

Saturday 17 May 2014

Perlukan kasut sukan baru !


Assalamualaikum w.b.t.. Errmmm.. Nampaknya Eraz WAJIB cari kasut suka baru kali ni.. Dah ada satu, tapi kena cari lagi satu untuk standby kot.. Kali ni ada program di Felda Residence Hot Springs, Sungkai Perak yang memerlukan beberapa barang baru sebab dah lama tak join program riadah ni.. Kalau tengokkan senarai program, memang menarik.. Antaranya? Nanti Eraz cerita sebab kena logoff dulu.. Hehe.. 

Read more ...

Felda Residence Hot Springs, Sungkai Perak


Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Sabtu, entri banyak santai-santai.. Blogger-blogger pun selalunya kurang aktif sebab mungkin di hujung minggu kan.. So banyak aktiviti luar samada dengan kawan-kawan atau family.. Macam Eraz, macam biasa, kerja kat office.. Kerja.. Hari ni memang sibuk sikit.. Tapi alhamdulillah berjalan dengan baik walaupun dapat rasa penat tu.. 

By the way, siapa pernah ke Felda Residence Hot Springs, Sungkai Perak? Ok ke tempat tu? Tiba-tiba sebut pasal Felda Residence Hot Springs, Sungkai Perak kan.. Sebenarnya Eraz akan ada aktiviti kat sana nanti.. Berkaitan dengan kerja.. Bukan bercuti pun..

Read more ...

Breakfast?


Assalamualaikum w.b.t.. Breakfast hari ni memang kena skip kalau diikutkan oleh kerja yang banyak untuk disettlekan.. Tapi alhamdulillah, dalam beg kerja dah ada back up makanan ringan yang maybe tak berapa nak sihat untuk dimakan seperti yang di atas.. Hehe.. Dalam masa yang sama, isteri sempat back up kan kek coklat yang dia buat semalam.. Errrmmmmmm.. Sekejap je boleh habis kek tu sebab dia memang buat mengikut citarasa..

#Terima kasih
Read more ...

Friday 16 May 2014

Happy Mentor's Day


Kredit Gambar : Cik Puan Bubblynotes

Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi dah buat entri pada Hari Guru.. Tapi malam ni buat entri Mentor's Day pulak.. Haha.. Lebih kurang je tu kan Guru dan Mentor.. So entri khas ini ditujukan kepada Kak Mia Liana yang mana beliau sudah menjadi mentor Eraz dalam dunia blog ni sejak 05 Februari 2013 lepas lagi.. Banyak tunjuk ajar yang diberikan.. Malahan banyak juga benda baru yang diajar.. Alhamdulillah..

Selepas Eraz, Kak Mia bermurah hati lagi untuk mencurahkan ilmu kepada Cik Puan Farah kita, a.k.a. Cik Puan Bubblynotes.. Selepas itu, lahir lagi dua protege iaitu Cik Sally dan Cik Anim kita.. Alhamdulillah.. Semuanya sudah berada di tempat tersendiri tapi masih belum boleh lawan mentor lagi la kan.. Pastilah mentor lagi hebat kan..

Thank you so much atas usaha dan ilmu yang dicurahkan! Dari kami semua.. HAPPY MENTOR'S DAY KAK MIA LIANA..

From :
Adik baru ??? Jeng jeng jeng..

Read more ...

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

Read more ...