Saturday 22 June 2019

Pengalaman Pertama #ZaraAdam Buat CheckUp Gigi

Assalamualaikum w.b.t . Fuh ! Semangat nak mem'blog' tu memang menggunung orang kata . Kalau dulu , dia punya excited tu memang pelik bangat ! Tapi selepas beberapa tahun ni , bila komitmen dah bertambah , memang terlampau slow walaupun idea menulis tu ada . Bila tengok views yang hampir 3.5 Juta tu , rasa sayang sangat . Walaupun tak aktif menulis , abam still renew macam biasa domain ni setiap tahun . 

By the way hari ni nak citer pasal pengalaman pertama #ZaraAdam buat checkup Gigi . Sepatutnya seawal umur 4 tahun dah mula . Adam ok la tahun ni baru masuk 4 tahun tapi Zara dah 6 tahun . Tapi lebih baik bawa dari tak bawa langsung kan ? Hehe .


So sehari sebelum selepas bali dari tadika memang dah cerita pada Zara yang esok 'OFF' sekolah dan Mama Papa akan bawa pergi Pusat Pengajian Sains Pergigian USM di bahagian perkhidmatan untuk untuk checkUp . Mula-mula dia macam tak nak , tapi bila pujuk-pujuk , berjaya ! Yes !

Then terfikir , kenapa tak bawakkan sekali Adam kan . Lagi pun dah 4 tahun . Pujuk Adam pula dan nampaknya positif . Then Mamanya terus daftarkan kedua-dua sekali . Ok settle bab pujuk . Esoknya tak tahu la macamana . 



Esok paginya mereka bangun macam biasa dan ikut je kami ke tempat tujuan . Daftar , sebab awal pagi , terus dapat turn pertama dan kedua . Better Adam yang masuk dulu kan . Sekali bukan main senang dia naik atas kerusi tu dan baring serta nganga . Papa yang rasa lepas terharu . Huhu .



Zara tak payah cakap la , dia dah besar dan faham . So dia ok la . Nasib baik la juga suruh Adam dulu yang checkUp ! So , kisahnya berjalan dengan lancar . Lepas checkUP , bawa anak-anak makan serta pergi kedai mainan sebagai reward ! Hehe . 

Jadi kepada ibubapa diluar sana , jom la bawa anak-anak checkUp Gigi awal-awal sementara tak semua gigi anak tu dikategorikan terlewat . Kadang-kadang kita fikir , alamak , mesti anak menangis ni . Itu ini . Tapi keadaan sebenar , kita tak tahu kan . Hehe .

By the way , pada yang baca entri ni , sudilah kalau ada masa tinggal 1 komen sebagai tanda masih support . Boleh la abam mengarang lagi . Hehe .
Read more ...