Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, 10 March 2014

Lee Chong Wei | Juara All England 2014


Lee Chong Wei | Juara All England 2014 - Assalamualaikum w.b.t.. Dalam masa kita sedang menanti berita terkini tentang kehilangan kapal terbang MH370, Datuk Lee Chong Wei berjaya kalahkan Chen Long dan merampas gelaran Juara All England 2014.. Ini satu kebanggaan buat negara.. Datuk Lee Chong Wei pernah bergelar juara All England pada tahun 2010 dan 2011.. Kemudian dirampas oleh Lin Dan dari China pada tahun 2012 dan Chen Long pada tahun 2013.. Akan tetapi, pada tahun ini, Datuk Lee Chong Wei berjaya merampas semula gelaran Juara All England 2014..


Read more ...

Saturday, 8 March 2014

Kapal Terbang MAS Hilang

Kapal Terbang MAS dari KL ke Beijing Hilang

Kapal Terbang MAS Hilang | Assalamualaikum w.b.t.. Satu berita yang mengejutkan pagi ni 08 Mac 2014.. Mula-mula ada seorang staf yang beritahu tentang satu kapal terbang MAS dari KL ke Beijing telah hilang.. Tak dapat dikesan.. So Eraz terus google cari berita.. Memang jumpa berita rasmi.. Salah satunya dari mStar Online di atas..

Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 telah berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014 dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.. Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal..

Sama-sama kita doakan semoga semua anak kapal dan penumpang selamat.. Dalam kepala ni, macam-macam dah terbayang sebab Eraz memang selalu tengok dokumentari pasal Air Crash Investigation ni.. Kalau kes yang macam ni, memang pernah berlaku sebelum ni.. Apa-apa pun, baik kita positif dan doakan yang terbaik.. Amin..

#Sama-sama kita tunggukan berita terkini tentang Kapal Terbang MAS dari KL ke Beijing Hilang


Read more ...

Tuesday, 7 January 2014

Gambar Pasar Besar Rantau Panjang terbakar !

Gambar Pasar Besar Rantau Panjang terbakar | Assalamualaikum w.b.t.. Seriously terkejut bila baca entri dari Aswan Azmy tentang 60 buah kedai di Pasar Besar Rantau Panjang terbakar.. Apa yang Eraz baca, dianggarkan 60 buah deretan kedai di Pasar Besar Rantau Panjang terbakar dalam pukul 1.30 pagi tadi.. Kalau tengok daripada gambar-gambar di bawah, nampak sangat teruk..

Gambar Pasar Besar Besar Rantau Panjang terbakar !

Gambar Pasar Besar Besar Rantau Panjang terbakar !

Kredit : Saudara Aswan Azmy
Read more ...

Monday, 6 January 2014

Harga Limau Mandarin naik ?

Assalamualaikum w.b.t.. mStar Online melaporkan harga Limau Mandarin dijangka naik 60%.. 60%? Banyaknya.. Semua tu disebabkan oleh kekurangan bekalan.. Eraz memang salah seorang yang suka beli limau mandarin ni semasa perayaan Chinese New Year.. Kalau jumpa yang manis, memang cepat la habis.. Kadang-kadang terjumpa la juga yang masam..

Musim-musim tu juga, orang bagi kat office pun banyak limau-limau ni.. Terutama kawan-kawan Cina.. Tapi bila limau mandarin ni naik harga, tak tahu la macamana.. Hehe.. Kalau betul akan naik sampai 60%, berapa la agaknya harganya nanti.. Semuanya ini hanya dijangka.. Realiti sebenar, tak tahu la..


Read more ...

Saturday, 4 January 2014

Senarai Harga Baru Tol Bermula 1 Januari 2014

Senarai Harga Baru Tol Bermula 1 Januari 2014 | Assalamualaikum w.b.t.. Masa duk blogwalking di blog Kak Mialiana, terjumpa entri yang bertajuk 'Senarai Kadar Kenaikan Tol 1 Januari 2014'.. Walaupun hari ni dah 04 Januari, rasanya belum terlambat untuk update tentang Senarai Harga Baru Tol Bermula 1 Januari 2014 ni.. Sila rujuk di bawah atau boleh je klik terus ke entri INI..

Senarai Harga Baru Tol Bermula 1 Januari 2014

Banyak betul benda naik sekarang ni.. Satu per satu.. Eraz di Kelantan, jadi tol ni tak de kaitan sangat.. Jarang-jarang sekali je ke KL.. Jadi, kepada semua yang terlibat dengan penggunaan Tol ni, kenalah pandai mengatur perjalanan anda.. Adios Amigos..

# Senarai Harga Baru Tol Bermula 1 Januari 2014 ni nampak banyak juga naikknya

Read more ...

Friday, 3 January 2014

Dua berita sedih hari ni ..

Assalamualaikum w.b.t.. Ini merupakan dua berita yang menyedihkan untuk hari ni.. Satu, 'Bapa tak sedar anak dalam kereta' dan kedua, 'Bayi mengeras, kebiruan pulang taska'.. Kedua-dua melibat kanak-kanak berumur 3 tahun dan 4 bulan.. Serius memang sedih.. Eraz tak boleh nak komen lebih-lebih sebab kita tak tahu hal sebenar.. Kedua-dua hasil laporan Harian Metro.. Pasti korang dah sedia maklum kan..

Al-Fatihah kepada yang meninggal dan Salam Takziah kepada keluarga mangsa.. Harap-harap tiada kes seperti ini lagi yang berlaku..



Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Wednesday, 1 January 2014

Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia Kena Hacked

Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia Kena Hacked | Assalamualaikum w.b.t.. Menerusi entri blog Saudara Hasrul Hassan dan Muzahadin, Eraz dapat tahu yang sebenarnya Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia dah kena hacked.. Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia yang menggunakan URL www.moe.gov.my itu telah memaparkan interface permulaan seperti di bawah ini : 


Nampaknya gurauan ini sempena menyambut Tahun Baru 2014.. Kalau diikutkan pada skrin yang dipaparkan, Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia Kena Hacked oleh Liuk3r dari EvilShadow Team.. Apa motif dan niat, memang tak diketahui lagi.. Yang pasti, ini merupakan salah berita yang akan diperkatakan esok.. Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia Kena Hacked !

Read more ...

Tuesday, 31 December 2013

11 Langkah Penjimatan Kerajaan

11 Langkah Penjimatan Kerajaan
11 Langkah Penjimatan Kerajaan

11 Langkah Penjimatan Kerajaan | Assalamualaikum w.b.t.. Semalam memang dah dengar dalam berita TV tentang Langkah Penjimatan Kerajaan ni.. Hari ni terbaca dalam akhbar-akhbar pulak.. Berpendapat rasanya boleh kongsi dengan pembaca yang lain ni.. Jadi, ialah hasinya.. Entri bertajuk 11 Langkah Penjimatan Kerajaan.. Wassalam..

Read more ...

Sunday, 29 December 2013

Pesta Sungai Nibong | Kanak-kanak koma terjatuh dari roda berpusing

Pesta Sungai Nibong | Kanak-kanak koma terjatuh dari roda berpusing - Assalamualaikum w.b.t.. Dalam pada merayau-rayau di Facebook tadi, terbaca satu berita tentang seorang kanak-kanak telah koma akibat terjatuh dari kerusi roda berpusing di Pesta Sungai Nibong.. 

Sebenarnya perkara macam ni dah lama Eraz fikir.. Daripada baca berita ni, tak tahu la macamana sebenarnya keadaan di tempat kejadian.. Harapnya kanak-kanak berkenaan akan cepat sembuh.. Berita di Utusan Malaysia melaporkan kanak-kanak berkenaan dipercayai mengalami kecederaan dalaman dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang..

Eraz memang pernah pergi ke Pesta Sungai Nibong di Penang tu.. Sepanjang tempoh 3 tahun belajar di USM, memang mustahil la kalau tak jenguk sekali kan..Tapi memang tak naik semua mainan pasang siap kat situ.. 

Sember Berita : Utusan Malaysia

Pesta Sungai Nibong | Kanak-kanak koma terjatuh dari roda berpusing

Pesta Sungai Nibong | Kanak-kanak koma terjatuh dari roda berpusing

Read more ...

Monday, 9 December 2013

Kes bayi dibuang di tepi longkang

Bayi dibuang di tepi longkang | Assalamualaikum w.b.t.. Baru je lepas baca satu artikel dari Harian Metro tentang seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan telah ditemui dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran rumah kedai baru di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia.. Bayi tu masih bertali pusat dipercayai baru dibuang di tepi longkang.. Lepas tengok gambar tu, memang rasa kesian giler..


Bayi yang tak tahu apa-apa, diperlakukan macam tu.. Dah la tak de pakaian.. Tak di alas lagi.. Ya Allah.. Kenapa la ada orang yang sanggup buat perkara macam ni.. Tak boleh ke berfikiran secara waras sikit.. Nasib baik la juga Allah jaga bayi berkenaan dan ditemukan dengan orang awam segera.. 

#Harapnya bayi ini akan selamat

Read more ...

Friday, 6 December 2013

Bayi 18 hari antara tiga maut kemalangan di Kampung Chica, Kubang Kerian

Bayi 18 hari antara tiga maut kemalangan di Kampung Chica, Kubang Kerian | Assalamualaikum w.b.t.. Sesampai je tempat kerja pagi tadi ( Jumaat, 06 Disember 2013 ), salah seorang staf di sini beritahu ada satu kemalangan teruk berlaku kat kawasan Kampung Chica, Kubang Kerian.. Katanya ramai yang maut.. Lepas dari tu, ada staf lain pula ada menerima beberapa keping gambar melalui WhatsApp tentang kemalangan tu.. Eraz hanya tengok sekali imbas sebab tak sanggup.. 


Untuk berita penuh tentang kemalangan ni, korang boleh baca artikel dari Astro Awani INI.. Yang paling menyayat hati, bayi lelaki yang berumur 18 hari dan masih diberi nama, turut terkorban.. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kesemua mangsa dan Salam Takziah kepada keluarga mangsa..

#Harapnya orang ramai tidak menyebarkan gambar di tempat kejadian sesuka hati..

Read more ...

Tuesday, 12 November 2013

Betul ke Johor bakal Cuti Mingguan Hari Jumaat Mulai 2014 ?

Betul ke Johor akan Cuti Mingguan Hari Jumaat Mulai 2014 ?

Betul ke Johor akan Cuti Mingguan Hari Jumaat Mulai 2014 ? | Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Facebook terbaca satu status dari seorang kawan yang mana dia beritahu Johor akan jadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti mingguan sama seperti negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.. Pengumuman rasmi, Eraz tak jumpa lagi.. Jika betul pasti ada ramai rakyat Johor yang suka kan terutama lelaki sebab hari Jumaat kan hari Solat Jumaat.. Tak de la terkejar-kejar.. Jadi, sama-sama tunggu jika benar, pasti akan ada pengumumannya.. Sekarang ni masih samar-samar.. Ada terbaca berita yang sama di blog INI.. Ada siapa-siapa terbaca tentang berita ni?

#Jika Eraz silap dengar, mohon betulkan.. Sebelum ni memang Johor pernah cuti Jumaat Sabtu ek?

Read more ...

Wednesday, 23 October 2013

Sungai Bertam, Cameron Highlands | Dua Maut, 80 Rumah Hanyut Dalam Kejadian Limpahan Empangan

Sungai Bertam, Cameron Highlands | Dua Maut, 80 Rumah Hanyut Dalam Kejadian Limpahan Empangan





Sungai Bertam, Cameron Highlands | Dua Maut, 80 Rumah Hanyut Dalam Kejadian Limpahan Empangan - Assalamualaikum w.b.t.. Masa dalam kursus tadi, kawan dari branch Pahang beritahu tentang ada kematian dalam kes di Sungai Bertam, Cameron Highland sebabnya hanyut dalam kes kejadian empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet melimpah.. Terkejut juga sebab ianya berlaku di Malaysia kan.. Lepas tu siap ada yang meninggal lagi..

Apa lagi, terus la google cari berita.. Mesti nak tahu juga.. Diberitanya lagi, yang meninggal dua tu ialah rakyat asing.. Harapnya tiada lagi dengar berita maut lepas ni berikutan dengan limpahan empangan ni..


Read more ...

Friday, 11 October 2013

Kes Tembakan di Binjai, Kota Bharu


Kes Tembakan di Binjai, Kota Bharu | Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba malam ni wife Eraz ada beritahu berlaku kes tembakan di Binjai, Kota Bharu Kelantan pada hari ni, 11Oktober 2013.. Bila Eraz google, belum ada berita rasmi lagi dari paper-paper online.. Cuma ada dua blog sudah mengeluarkan entri yang berkaitan siapa copy paste laporan polis lagi.. 

Jadi, untuk kesahihan berita tentang kes tembakan di Binjai, Kota Bharu yang baru berlaku ni, kena la tunggu berita rasmi.. Dengar-dengar penembaknya masih lagi berkeliaran.. Harap-harap tiada lagi kes yang sama berlaku.. 

#Sedang tunggu berita rasmi..

Read more ...

Thursday, 10 October 2013

Gambar Kapal Terbang MASwings Terhempas di Kudat, Seorang Maut

Gambar Kapal Terbang MASwings Terhempas di Kudat, Seorang Maut

Gambar Kapal Terbang MASwings Terhempas di Kudat, Seorang Maut

Gambar Kapal Terbang MASwings Terhempas di Kudat, Seorang Maut | Assalamualaikum w.b.t.. Masa on the way balik kerja tadi, terdengar di radio pada berita kapal terbang atau pesawat MASwings telah terhempas di Kudat, Sabah.. Eraz selalu duk tengok dokumentari pada Air Crash Investigation.. Sekali bila dengar pasal kapal terbang terhempas yang berlaku di Malaysia ni, terkejut la.. Pasti mereka yang terlibat akan menyiasat perkara ini habis-habisan..

Untuk maklumat berita yang lebih detail, korang boleh klik mStar Online.. Kita doakan yang cedera agar cepat sembuh dan perkara ini tidak akan berlaku lagi.. 

Read more ...

Saturday, 5 October 2013

Tiga Pelajar UMK Lemas Di Hutan Lipur Lata Tembakah

Tiga Pelajar UMK Lemas Di Hutan Lipur Lata Tembakah

Tiga Pelajar UMK Lemas Di Hutan Lipur Lata Tembakah | Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba terbaca berita tentang tiga pelajar UMK lemas di Hutan Lipur Lata Tembakah di mStar.. Katanya mereka yang maut ini telah lemas masa mandi di air terjun tingkat 7.. Eraz pernah ke Lata Tembakah ni dulu.. Dengan family.. Tapi tak de la mandi sampai tingkat 7.. Duduk bawah-bawah je.. 

Salam takziah kepada keluarga Vicky Vikneswaran a/l Balakishnan, Jainathan a/l Umabathy dan Mohanraj a/l Madhanra.. Siapa-siapa yang nak ke sana pula lepas ni, berhati-hatilah..

Read more ...

Wednesday, 2 October 2013

Meninggal Dunia Selepas Hadiri Kenduri Kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai


Meninggal Dunia Selepas Hadiri Kenduri Kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai | Assalamualaikum w.b.t.. Bila terdengar kes ada orang meninggal disebabkan oleh keracunan makanan berpunca daripada menghadiri kenduri untuk satu majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai tu, memang tersentap! Bukan seorang atau dua, tapi dah masuk empat orang.. Selain tu lebih 170 orang lain yang masih menerima rawatan.. Ramai tu..

Melalui pembacaan Eraz di mStar Online, hidangan ayam masak merah yang telah dihidangkan dalam kenduri kahwin itu telah dicemari oleh bakteria Salmonella.. Siasatan awal mendapati ayam yang digunakan tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri..

Mungkin perkara ini tidak disengajakan tetapi perkara buruk telah berlaku dan mengakibatkan kematian.. Rasanya inilah 'tragedi' yang paling buruk dalam melibatkan kematian berpunca daripada satu kenduri kahwin.. Apa la rasa tuan rumah.. Wallahhualam..

Sama-sama kita doakan semoga tiada lagi kes kematian dilaporkan dan semua ratusan orang yang sedang menerima rawatan akan segera sembuh serta dapat pulang ke rumah masing-masing dalam keadaaan sihat.. Amin..

Wassalam..

Read more ...

Saturday, 28 September 2013

Astaghfirullahaladzim, Bayi mati lemas dalam baldi ..


Bayi mati lemas dalam baldi | Assalamualaikum w.b.t.. Dalam pada duduk baca-baca surat khabar utama, terpampang satu berita yang sangat sedih yang mana berita berkenaan menyatakan seorang bayi telah ditemui mati lepas oleh abangnya di dalam baldi.. Astaghfirullahaladzim.. Tak boleh nak huraikan dengan kata-kata.. Berita lanjut, korang boleh baca di SINI..

Sama-samalah kita berhati-hati, berwaspada supaya kejadia-kejadian macam ini tidak berlaku kepada keluarga kita.. Mintak jauh.. Salam takziah kepada keluarga bayi berkenaan dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada bayi berkenaan..

Wassalam..

Read more ...

Monday, 23 September 2013

Harga Gula Bakal Naik !

Harga Gula Bakal Naik !

Harga Gula Bakal Naik | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa yang dah baca surat khabar hari ni atau dengar berita radio, pasti dah tahu tentang saranan Menteri Kesihatan yang mencadangkan kerajaan menaikkan harga gula kerana mahu mengelakkan kes diabetes semakin menjadi-jadi.. Eraz tak nak hurai lebih sebab perkara ni memang ada positif dan negatifnya.. Betul tak?

Apa pendapat korang? Adakah akan betul berkurang kes diabetes bila harga gula naik? Atau orang tak kisah pun? Orang akan tetap beli gula.. Atau akan terus memberi kesan kepada harga-harga barang lain dan makanan? Atau akan menyusahkan orang-orang kampung atau rakyat Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan yang tinggi? Atau atau atau? Apa andaian korang?

#Berkongsi pendapat


Read more ...

Friday, 23 August 2013

Al-Fatihah kepada Saudara Mohamad Hafiz Hakimi Mohamed ..


Empat Sekawan Maut | Assalamualaikum w.b.t.. Eraz baru mendapat berita yang saudara Eraz iaitu Cucu Saudara kepada Abah Eraz, Mohamad Hafiz Hakimi Mohamed (asal Kampung Kaabah, Machang) telah meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki oleh arwah bersama tiga kawannya iaitu Fauzairi (asal Kampung Wakaf Bata), Muhammad Fakhrunizam Ibrahim (asal Kampung Kaabah) dan  Muhammad Noranas Nordin (asal Kampung Wakaf Bata) bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di kilometer 54.4 jalan Kota Bharu-Machang-Jeli seawal pagi tadi..

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada keempat-empat sekawan ini.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..

Read more ...