DeXandra Perfume | Team Eraz Fadli
Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 31 March 2014

Projek Memikat Suami Episod Akhir

Projek Memikat Suami Episod Akhir | Assalamualaikum w.b.t.. Biasa-biasa je.. Itu yang boleh dikatakan tentang drama Projek Memikat Suami Episod Akhir malam ni.. Seolah olah tiada kemuncak.. Itu hanya pendapat Eraz.. Orang lain mungkin lain pendapatnya.. Ok! Tamat.. Jom buat assignment!!

#Part last drama Projek Memikat Suami Episod Akhir ni BEST! Tahu part apa? Part scene yang tak jadi.. Haha..

Read more ...

Bahagianya bila ..

Assalamualaikum w.b.t.. Bahagia giler rasa bila sampai awal rumah lepas balik kerja.. Selalunya sebelum kul 7 baru sampai.. Tapi hari pukul 5.45 dah samapai.. Kebetulan wife dan Zara juga baru sampai.. Terus capai Zara, dukung bawa dia jalan-jalan ambil angin luar.. Itulah erti bahagia Eraz sekarang.. Family.. Korang?

Entri lepas Eraz beritahu suhu badan Zara tinggi kan.. Se sekarang alhamdulillah, dah ok balik lepas bagi ubat tadi.. Dah berjaya bagi dia habiskan sebotol susu, ulik sampai dia tidur.. Itu mama dia yang buat.. Hehe..

#Lama rasa tak makan kacang botol cicah budu!

Read more ...

Orang nursery call ?


Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba wife call beritahu yang orang di nursery call cakap Zara demam.. Suhu badan naik ke hampir 38 darjah celcius.. Nasib baik kami dah back up awal-awal dalam beg dengan ubat untuk Zara.. Boleh la bagi ubat dan jelungkan kepala dengan air.. Selalu kalau panas, kami buka je baju dia.. Harapnya tak demam teruk lagi.. Badan dia panas on off.. 

Read more ...

Segmen Mencari Bloglist by Eppy Ismail


Assalamualaikum w.b.t.. Rasanya dah lama giler tak join segmen anjuran blogger-blogger lain ni.. Last rasanya pada 11 MARCH 2014 lepas.. Esok dah nak masuk APRIL 2014 dah.. So, ambil satu peluang dan masa untuk join satu segmen ringkas ni.. Alhamdulillah mendapat jemputan daripada tuan penganjurnya.. Sama-sama la kita support antara kita.. Apa yang menariknya Segmen Mencari Bloglist by Eppy Ismail? Haaa.. Itu korang kena klik banner di atas.. Atau klik SINI.. Good Luck!

Read more ...

Berminat untuk sambung belajar sambil bekerja?


Assalamualaikum w.b.t.. Pagi ini Eraz buat satu entri special untuk semua pembaca blog ERAZFADLI.COM yang tinggal di kawasan Kelantan.. Ada dikalangan korang yang sedang bekerja? Dan rasa-rasanya berminat untuk sambung belajar dalam masa yang sama, bekerja? Pernah dengar tentang OPEN UNIVERSITY MALAYSIA kan? Mungkin ada yang sudah tahu, Eraz sendiri pun sekarang sedang belajar program MBA di OPEN UNIVERSITY MALAYSIA - Kelantan..

Tak sempat nak call bertanyakan program? Tak sempat nak singgah ke pejabat OUM Kelantan? Haaaaa.. Kalau korang ada rasa berminat nak tahu lebih lanjut pasal OUM dan mungkin rakan sepejabat anda juga, boleh invite staf OUM Kelantan ke pejabat korang atau tempat kerja korang.. Ada 3 orang pun tak pe katanya.. Tapi orang-orang Kelantan je la.. Sebarang pertanyaan, boleh email kat Eraz dulu ; eraz.fadli@gmail.com dan Eraz akan forward ke staf yang berkenaan.. 

Wassalam..

#Memudahkan cara

Read more ...

Sunday, 30 March 2014

Bekerja keras ..

Assalamualaikum w.b.t.. Jika anda seorang staf yang suka bekerja keras, apa yang korang harapkan dari bos, atau dari company atau dari diri anda sendiri? Adakah anda ingin kan penghargaan dari segi bonus ke, kenaikan pangkat ke atau hanya satu penghargaan.. Penghargaan juga banyak jenis kan.. 'Terima kasih' jugak boleh dikatakan satu penghargaan.. Siapa setuju? Ataupun ape lagi yang boleh disenaraikan?

Tapi, selain dari penghargaan itu, sebenarnya ada satu benda yang kita tak sedar, tapi kita telah dapat.. Apa? PENGALAMAN.. Betul tak? Lagi banyak kita buat kerja, lagi banyak kita berurusan dengan orang atau lagi banyak kita handle projek, makin bertambah-tambahlah pengalaman kita.. Mungkin suatu hari nanti, pengalaman tu akan memberi sesuatu pada kita.. So, positif!

#Tambah semangat bekerja

Read more ...

Stres bila duk fikir je..

Assalamualaikum w.b.t.. Al-maklum la rumah lama.. Banyak benda dah expired! Kalau benda berkaitan dengan kepakaran orang yang sama atau boleh buat sendiri, ok la jugak.. Tapi kena panggil orang yang pakar juga.. Cuba untuk buang seketika dari fikir semua tu.. Alhamdulillah, bawa Zara ambil angin luar, positif, senyum, boleh lupakan..

Tapi sampai bila nak lupakan.. Mesti kena amek jalan penyelesaian juga kan.. Kalau pasal assignment, case study, ok la jugak seban sendiri punye hal.. Hehe.. Apa-apa pun, atur plan dulu! Adios Amigos..

#Think positive

Read more ...

Semalam dalam sejarah ..

Assalamualaikum w.b.t.. Entri di pukul 2.15 pagi ini, Eraz biarkan gambar di yang berkata-kata.. Hehe.. Wassalam..

Read more ...

Friday, 28 March 2014

Zara Faleesya dapat geng baru !


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, dalam minggu ini Zara dapat dua sepupu baru.. Kakak Eraz selamat melahirkan anaknya pada hari Ahad lepas, lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi.. Semalam pula adik Eraz, selamat melahirkan anak sulungnya pada pukul 8.00 malam.. Alhamdulillah.. Semua selamat.. Dua-dua juga baby boy..

Read more ...

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 49 | 50 | 51

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 49 | 50 | 51

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 49 | 50 | 51 - Assalamualaikum w.b.t..  Minggu depan akan masuk ke minggu ke 17 untuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni.. Untuk Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 49, 50 dan 51, kali ni jalan cerita lebih kepada fokuskan kepada tindakbalas terhadap Jebat oleh keseluruhan family Masture..

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 49, 50 dan 51 nampaknya Kak Long Mastura iaitu Hana dan Tok Ayah mereka telah mengetahui hal yang sebenarnya.. Itu membuatkan mereka risau akan keselamatan Mastura serta menyesal kerana telah mengahwinkan Mastura dengan Jebat.. Dalam masa yang sama, mereka telah menyalahkan Uwais dalam perkara ini..

Tiger juga nampaknya menuju ke posisi positif.. Mungkin la kerana dia ingin terlibat sama mengusahakan syarikat bersama Airin akan tetapi ditolak oleh Airin kerana risau Tiger membuatkan syarikat berkenaan bankrup! By the way, Jebat akan masuk jail semula ke kali ni disebabkan oleh inspektor Aryan? Itu kena tunggu drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 49, 50 dan 51..


Read more ...

Thursday, 27 March 2014

Rasa macam nak aktif semula ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak dua menjak ni rasa macam nak aktif balik maun benda ni.. Haha.. Nampak macam ada banyak masa kan.. Tapi, kalau korang baca entri-entri sebelum ni, sure tahu jawapannya.. Kadang-kadang seronok main benda ni, tapi kadang-kadang, menyampah pun ada.. Biasala kan... Alamak! Dah pukul 8:16 pm!!

Read more ...

Seharian bersama kekasih hati ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Hari ni berkesempatan hasilkan entri untuk pengunjung ERAZFADLI.COM.. Sejak dua menjak ni, memang tak boleh nak ikut jadual macam dulu sebab banyak benda berlaku dan banyak benda yang perlu diselesaikan.. Assignment dan persediaan untuk final exam bagi Semester Dua Eraz untuk program MBA pun larik!! Adoi..

Tapi hari ni, Eraz memang ambil cuti ganti sebab kerja Sabtu hujung minggu lepas.. So as usual, memang Zara tak g Nursery la.. Pagi-pagi lepas hantar Mama Zara pergi kerja bersama dengan Zara (selalunya pergi sendiri tapi hari ni nak bermanja dengan papa hantar.. haha..)..

Lepas je hantar Mama pergi kerja, terus balik ke Machang, rumah Ma Abah Eraz.. Ma Abah ada appointment kat Hospital Machang hari ni.. Sampai je rumah, terus bawa adik bongsu ke klinik di Tanah Merah dan lepas doktor terus minta adik pergi Hospital Tanah Merah.. (Suaminya tak boleh hantar sebab kerja luar dari daerah).. Kenapa kena pergi hospital? Next entri, insyaallah..

Read more ...

Wednesday, 26 March 2014

Ini yang malas balik lewat ..


Assalamualaikum w.b.t.. Ini yang malas nak balik lewat..Tambah-tambah lagi kalau sampai je rumah, tengok Zara dah tidur.. Frust betul rasa.. Tapi selalunya Zara akan bangun sekejap dalam pukul 11 malam kalau dia tidur awal.. Jangan tak tahu, kecik-kecik dah pandai merajuk.. Macam dia merajuk? Haha.. Nanti Eraz cerita..

Read more ...

Wordless Wednesday #63

Wordless Wednesday - Kelewatan terselah kerja kat office hari ni.. Huhu.. :(

Read more ...

Sebab terlalu fokus ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sebab terlalu fokus akan kerja, sampaikan terlupa yang hari ni hari Rabu.. Mula-mula nak buat entri Wordless Wednesday je.. Tapi, biarlah dulu.. Hari ni rsa kelam kabut nak siapkan kerja sebab esok nak cuti.. Ambil cuti ganti.. Banyak lagi cuti ganti tak berganti.. Annual Leave memang tak payah cakap la. Memang tak pernah habis.. Asyik burn je.. Fuh!

#Tekun siapkan kerja

Read more ...

Tuesday, 25 March 2014

Good Night, MH370

Assalamualaikum w.b.t.. Simboliknya orang NST dalam create muka depan akhbar mereka dalam pada semua rakyat Malaysia dan negara lain sedang berduka akan misteri kehilangan kapal terbang MAS, MH370.. Tengok daripada design berkenaan, kita sendiri boleh rasa apa yang ingin disampaikan..

Ayat untuk akhbar memang memainkan peranan penting dalam apa jua keadaan sekali pun.. Ada sesetengah mungkin ada menggunakan tajuk yang mungkin kurang sesuai.. Apa-apa, semua bergantung pada mereka..

Read more ...

Tak dapat nak bayangkan ..


Assalamualaikum w.b.t.. Keratan akhbar berkenaan Eraz snap daripada Utusan Malaysia.. Terbaca tentang artikel 'Tempoh 17 hari di tengah Lautan Hindi sangat lama'.. Memetik kata-kata yang disuarakan oleh Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain dalam artikel berkenaan, membuatkan hati ni rasa sayu, sedih kerana cuba membayangkan keadaan yang dihadapi oleh penumpang dan anak kapal MH370.. Bagaimana dengan 2 bayi yang ada, orang yang lebih usia.. Fuh! Ayat mana yang Eraz maksudkan? Baca di bawah :

"Apa yang dikhuatiri, walaupun semua peralatan itu cukup lengkap dan kesemua penumpang berjaya keluar dari pesawat, namun mereka terpaksa pula berhadapan dengan laut bergelora, angin kencang dan keadaan air laut yang tidak menentu," kata Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain kepada Utusan Malaysia.

Read more ...

Pilu tengok gambar ni..


Assalamualaikum w.b.t.. Serius, bila tengok gambar ni, tak tahu nak kata-kata apa.. Speechless.. Sama juga yang terjadi semasa mengetahui berita terbaru tentang MH370 semalam.. Huhu..

Read more ...

Monday, 24 March 2014

Kapal Terbang MAS MH370 Terhempas di Selatan Lautan Hindi

Kapal Terbang MAS MH370 Terhempas di Selatan Lautan Hindi | Assalamualaikum w.b.t.. Pakar Satelit Sahkan MH370 Terhempas di Selatan Lautan Hindi.. Satu berita sedih yang sangat menyedihkan.. Itu kita yang mana bukan ada ahli keluarga di dalam pesawat tersebut.. Speechless.. Betul-betul berharap agar kotak hitam dijumpai cepat supaya semua kita dapat tahu akan hal yang sebenar.. Al-Fatihah dan Salam Takziah kepada keluarga yang terlibat..




Read more ...

Speechless ..

Read more ...

Sedar tak sedar ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sedar tak sedar, masa sekarang dah hampir jam 3.00 petang.. Sedar tak sedar juga, satu entri pun tak muncul hari ni.. Datamg office tadi, terus buat kerja yang urgent dulu.. Keluar office pulak lepas tu sebab ada hal office yang perlu diselesaikan.. Sampai office, Dato' Pengarah pulak panggil.. Discussion sampai ke jam 1.00 pm..

Perut dah lapar, ajak rakan office makan dulu.. Masuk pulak, Solat Zohor.. Tapi masalah internet lak.. Tak boleh sambung buat kerja.. So update blog la satu round.. Hari ni boleh kata hari sibuk sedunia sebab bos asyik ulang alik je dari sink duk tanya itu ini.. Sabau je la..

Read more ...

Sunday, 23 March 2014

Projek Memikat Suami Episode 13 | Akhir

Projek Memikat Suami Episode 13 | Akhir Assalamualaikum w.b.t.. Projek Memikat Suami Episode 13 ataupun sudah Projek Memikat Suami Episode Akhir.. Rasa macam cepat la pulak kan.. Apa-apa pun, drama ni memang mempunyai pengikut yang ramai.. Pasti mereka sabar je menunggu episod tiap episod sampailah ke Projek Memikat Suami Episode 13 a.k.a. Akhir isnin ni.. Dalam Projek Memikat Suami Episode 12, kita nampak Zahrain dah mula menyesal akan perbuatannya dan mula cuba menjadi seorang suami yang baik..

Sedia maklum yang Husna sekarang sedang hamil anak sulung mereka dan baru ni banyak memaparkan bagaimana keadaan Husna yang belum tahu dirinya hamil dan selepas disahkan hamil.. Pengalaman-pengalaman tu memang Eraz dah biasa alami so bila tengok semula Projek Memikat Suami Episode 12, memang terimbas kenangan la.. Apa-apa pun, suami sememangnya memainkan peranannya semasa isteri sedang membawa satu nyawa lagi dalam dirinya..

Projek Memikat Suami Episode 13 a.k.a Akhir ini merupakan episod kemuncak drama ini.. Zahrain semakin menyayangi isterinya, Husna dan cuba sedaya upada yang memberikan bukti bahawa betapa sayangnya Zahrain kepada Husna.. Husna juga cuba untuk mendapatkan bukti tentang itu dan happy bila dapat tahu suaminya yang sebelum ini banyak perangai sebenarnya sudah mencintai dia.. Tapi disebabkan ego seorang lelaki, lain pula jadinya..

Konflik antara Zahrain dan Husna dengan Zara (kakak Zahrain) masih berterusan.. Watak supermodel Adira tu kembali lagi semasa majlis perkahwinan Zara yang buat Husna cemburu! Banyak pulak kisahnya.. Tapi kali ini Husna mendapat support suaminya.. So! Biasa la episod Akhir ni, selalunya happy ending kan.. Tapi bagaimana pula dengan drama Projek Memikat Suami? Hehe.. Kenala tunggu Projek Memikat Suami Episode 13 | Akhir..

Projek Memikat Suami Episode 13 | Akhir

Projek Memikat Suami Episode 13 | Akhir

Read more ...

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 46 | 47 | 48

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 46 | 47 | 48

Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 46 | 47 | 48 - Assalamualaikum w.b.t..  Minggu depan akan masuk ke minggu ke 16 untuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta ni.. Untuk Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 46, 47 dan 48, kali ni jalan cerita lebih kepada fokuskan kepada perhubungan antara Jebat dan Mastura.. Juga Abang Long dan Kak Long Mastura.. Antaranya masih berkisar tentang masalah yang berlaku antara Jebat dan Mastura disamping cintanya Airien kepada Jebat.. 

Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 46, 47 dan 48 nampaknya Mastura sudah mula menerima Jebat seadanya.. Itu membuatkan mereka hidup kembali aman dan bahagia.. Akan tetapi, sepupu Jebat iaitu Airien masih lagi tidak berputus asa untuk mendapatkan Jebat sehinggakan sanggup memasuki rumah Jebat dan Mastura sehinggalah dijumpai oleh Mastura sendiri..

Korang juga akan dihidangkan satu sisi Mastura yang sekarang ini mempertahankan Jebat sebagai suaminya dengan berani berdepan dengan Airien a.k.a memarahinya kerana cuba mendekati mereka.. Hubungan suami isteri ini memang perlu kepercayaan.. Insyaallah, itulah mulanya kebahagiaan dalam rumahtangga.. Apa yang Airien akan buat lagi? Semestinya kena tunggu drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 46, 47 dan 48..

Apa yang lagi yang menarik yang mungkin akan disajikan kepada kita semua untuk drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 46, 47 dan 48 kali ini ialah kisah Abang Long dan Kak Long Mastura.. Apa yang terjadi kepada Kak Long Mastura iaitu Hana setelah mengetahui Jebat terlibat dalam kematian anak sulungnya? Fuh!! Tunggu Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 46, 47 dan 48..

Apa lagi yang berlaku? Kena la tunggu Bukan Kerana Aku Tak Cinta Episode 46, 47 dan 48 ni..

Read more ...

Biarkan dia berehat ..


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni Eraz cuti dan tak pergi mana-mana sebab jaga Zara yang baru nak ok dari demam.. Harapnya malam ni esok ok sepenuhnya.. Boleh la g Nursery esok.. Mama Zara dah EL bermula Rabu baru ni lagi.. Jumaat Sabtu dia cuti hujung minggu.. Hari ni, Eraz lak cuti.. So pagi tadi biarkan Zara tidur sepuasnya.. 

Read more ...

Sakit kepala teramat !

Assalamualaikum w.b.t.. Lepas je buat entri pagi semalam (satu-satunya entri pada 22 Mac), terus bermula sakit kepala yang berdenyut-denyut.. Keperluan di office memang memerlukan tenaga dan minda yang bagus semalam sebab tenaga kerja yang kurang.. So! Macam-macamana pun kena kerja.. Redah saje lah..

Tapi disebabkan tak telan ubat terus pagi tu, effectnya terus ke malam.. Bila sampai je rumah petang semalam lebih kurang dalam pukul 6.45 ptg, memang tak tahan sakitnya.. Lepas je mandi, solat Maghrib, terus rebah atas katil.. Wife picitkan kepala dan bagi ubat, terus pengsan sampai ke pagi.. Dalam pukul 2.00 pg lebih baru bangun..

Rasanya dah lama tak sakit kepala macamtu.. Wife dah warning awal-awal, kalau dah rasa sakit kepala lagi, terus telan ubat.. Rasanya juga, migrain dulu dah datang balik.. Fuh!

Read more ...

Saturday, 22 March 2014

Ini la jadinya ..


Assalamualaikum w.b.t.. Jarang-jarang berlaku macam ni.. Sehari satu entri.. Itu nasib baik wujud satu entri kan.. Masa Eraz sekarang memang lebih kepada family, student dan kerja.. 3, 3 perkara tu memang bermain-main dalam jadual hidup Eraz sekarang.. Satu persatu kena selesai.. Satu persatu kena buat.. Satu persatu kena susun.. 

#Dah mula sakit kepala..
Read more ...

Friday, 21 March 2014

Lama betul kali ni ..

Assalamualaikum w.b.t.. Kali ni lama betul Zara demam.. Ada ketikanya badan panas sangt.. Suhu sampai 38 lebih.. Tapi alhamdulillah, lepas diberikan ubat mengikut apa yang ditetapkan, suhu tu turun.. Lagi satu ialah, walaupun demam, Zara tak menangis tak nak duduk atau merengek tak tentu pasal.. Dia cool je.. Dia boleh main-main.. Alhamdulillah..

Read more ...

Thursday, 20 March 2014

Tunggu masa ..

Assalamualaikum w.b.t.. Hampir pukul 12 pm bru nak update entri pertama hari ni? Haha.. Sebenarnya Eraz masih dalam training lagi.. Sebab tu la masa jadi terhad.. Tapi serius, datang training kali ni, memang kepala melayang.. Lebih tepat minda.. Ada beberapa benda major yang bermain dalam fikiran.. Harapnya semua akan OK.. Huhu..

Read more ...

Wednesday, 19 March 2014

Kenapa rasa nak muntah?

Assalamualaikum w.b.t.. Balik je dari dinner tadi, terus mandi, then solat Isyak.. Tapi tiba-tiba rasa nak muntah.. Sib baik tak muntah.. Kalau tak, penat la.. Fikir fikir, kenapa la agaknya.. Sah! Ni mesti sebab minum coffee tadi.. Tadi keluar makan kat Loaf Sogo.. Nampak sedap je dalam menu, terus order.. Mungkin terlebih minum.. Terus rasa loya.. (Dah macam orang mengandung.. Hehe..)

Coffee memang bukan favourite.. Teh! Yes.. Tapi sekali sekala, nak jugak minum coffee kalau nampak best.. Mungkin terlebih 'dos' kot.. Haha.. Sekarang masih rasa loya walaupun dah minum 4 jam yang lepas..

#Gambar Hiasan

Read more ...

Wordless Wednesday #62

Read more ...

Wordless Wednesday #61

Read more ...

Settle hari kedua ..

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Hari ni settle hari kedua kursus.. Lewat giler habis hari ni sebab banyak benda kena cover.. Esok sambung.. Di sebabkan ini jugak la entri kat blog ni tak ter update.. Memberi tumpuan penuh.. Konon nyer.. Haha...

Read more ...

Wordless Wednesday #60

Read more ...

Tuesday, 18 March 2014

Don't Talk To Me !

Assalamualaikum w.b.t.. Eraz terjumpa gambar tu kat Facebook tadi.. Terus terbayangkan Zara Faleesya di Kelantan sana.. Macam tu la kot kalau Zara merajuk.. Tapi sekarang dia kecik lagi.. Tak reti nak buat muka macam tu.. Cuma kalau dia merajuk sekarang, dia cuba tak nak pandang Eraz.. Pernah kena sebelum ni.. Sebabnya masa balik kerja, terus buat kerja bersihkan rumah tanpa ambil dukung dia dulu.. Hehe..

#Harapnya suhu badan Zara semakin turun..

Read more ...

Hilang mood ..

Assalamualaikum w.b.t.. Datang KL untuk kursus kali ni dengan kepala yang 'berat'.. Assignment pun satu hal.. Dah bawa semua ke KL untuk siapkan.. Tapi bila dapat berita yang tak berapa nak best, hilang mood.. Nak keluar pun rasa macam malas.. Tapi perut lapar.. Macam-macam mana pun, kena keluar juga kan..

Bukan senang untuk positifkan diri untuk bersemangat.. Bukan senang untuk memotivasikan diri untuk siapkan sesuatu perkara.. Bukan senang juga nak siapkan sesuatu benda kalau ada banyak benda dalam kepala.. Apa-apa pun, semuanya atas diri sendiri..

Read more ...

Ma Abah ..

Assalamualaikum w.b.t.. 'Ya Allah.. Berikanlah kesihatan dan kebahagiaan kepada kedua ibu bapa aku yang banyak berjasa sejak aku dari lahir.. Jauhi mereka dari perkara yang tidak baik..'.. Itulah antara doa-doa yang kita selalu ucapkan setiap masa ataupun semasa kita ingatkan ibu bapa kita.. Semestinya kita mengharapkan mereka berada dalam keadaan yang sihat walafiat.. Tak sanggup rasanya kehilangan mereka..

#Ma Abah, I love u..

Read more ...

Entri lama diterjah..

Assalamualaikum w.b.t.. Bila check komen yang perlu diluluskan, ada dalam 40 komen.. Fuh.. Alhamdulillah.. Masih ada blogger yang komen entri-entri lama.. Eraz memang setting, mana-mana blogger yang komen entri yang lebih dari seminggu, memang masuk kena semak dulu.. Tapi entri yang dalam seminggu, tak perlu approval..

Apa-apa pun, terima kasih kepada semua blogger yang sudi meninggalkan komen..

Read more ...

Zara demam ..

Assalamualaikum w.b.t., Pagi-pagi lagi wife call beritahu Zara demam.. Badan panas sampai ke suhu 38.. Lepas bagi ubat, turun sikit.. Pagi ni macam panas balik.. So, wife terpaksa EL hari ni sebab nak monitor dan bawa g klinik..

Eraz lak baru 1st day kursus kt KL.. Hati dah tak tenang dah ni.. Duk fikir sal Zara..

Read more ...

R.E.H.A.T

Assalamualaikum w.b.t.. Selalunya bile ke KL naik flight, then sampai hotel, tak letih.. Tapi hari ni badan rasa letih giler.. Bahu pun lenguh.. Sebelah pikul beg.. First time bawak beg tu, itu yang tak biasa kot.. Kena kurangkan bebanan lain kali.. Kan best kalau ada wife di sebelah, boleh jugak urutkan.. Hehe...

Baru lepas call, borak-borak dengan wife.. Tanya keadaan di sana.. Alahmdulillah semua ok.. Zara pun dah tdo.. Cuma tadi macam merengek sikit masa nak makan.. Nak main la tu..

Apa-apa pun, selamat malam semua.. Baju belum iron.. Adoi.. Fuh!

Read more ...

Monday, 17 March 2014

Pandai la sangat tukar beg last minute !

Assalamualaikum w.b.t.. Punyalah tukar beg last minute, sampaikan broadband untuk laptop boleh tertinggal.. Salah siapa? Salah diri sendiri.. Hehe.. Stress dah ni sebab macamana nak buat nak buat assignment kan.. Blog? Masih ada tab.. Kira ok la jugak.. Tapi assignment? Errrmmmmm...

Flight delay hari ni... Dah lama rasanya tak terlibat dengan delay ni.. Bukan setakat MAS, Firefly pun.. So, cool je la..

#Mengharapkan kat hotel nanti ada wireless free of charge.. Hehe...

Read more ...

Siapa pakai apps Gmail kat andriod?

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa ada pakai apps Gmail kat android? Eraz perasan, sekarang ni tak macam dulu.. Kalau dulu, ia akan auto REFRESH.. Tapi sekarang ke REFRESH sendiri.. Ke Eraz sorang je macam tu? Mungkin ada tertekan setting apa-apa.. Bila check, tiada setting untuk refresh.. Errmmmm.. Share share..

Read more ...

Baucer ke Baucar Buku 1Malaysia ?

Assalamualaikum w.b.t.. Nak uji korang sikit.. Baucer ke Baucar ejaan nya? Sekarang kan musim student-student IPT dapat Baucar Buku masing-masing.. Ternampak satu banner yang diletakkan oleh satu pustaka a.k.a kedai buku.. Ejaannya baucer.. Bukan ke baucar? Hehe.. Korang rasa?

#Peace

Read more ...

Selalunya ber'gambar'..

Assalamualaikum w.b.t.. Selalunya semua entri yang Eraz buat di blog ERAZFADLI.COM semuanya bergambar.. Tak pernah kot ada entri yang tiada gambar.. Macam-macamana pun, mesti cari juga gambar yang bersesuaian.. Tapi.. Ada tapinya.. Kalau tak, tak wujud entri ni.. Hehe..

Tapi bermula semalam, entri tiada gambar!! Haha.. Itu tandanya memang Eraz rasa sibuk giler.. Tak sempat nak cati gambar dan edit kasi sesuai dengan entri berkenaan..  Ataupun line internet masa tu bermasalah.. Tak boleh nak google cari gambar..

Seriusnya semalam, memang line internet bermasalah sikit masa berkampung di Machang.. Sebab itu la entri pun hanya dua je.. Haha...

Kalau korang, setiap entri wajib ada gambar ada atau tak?

Read more ...

Memang tak sempat langsung ..

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa siapa yang perasan, semalam Eraz hanya sempat update dua entri sahaja.. Hari ni pun sama.. Ini baru sempat nak pegang tab dan taip sesuatu yang terlintas dalam fikiran.. Memang tak sempat nak pegang tab untuk tengok komen ke, update entri baru ke, check Facebook ke, Twitter ke, Instagram ke.. Haha.. Laptop tu, lagi la.. Assignment lagi la.. Hehe.. Tambah risau..

Semalam, dari pagi sampai la ke malam, asyik ada kerja je.. Sampai rumah semalam rasa nya dah 11 malam lebih.. Tambah-tambah lagi hari ni nak pergi KL.. Beberapa hari juga.. Ada beberapa benda penting kena settle kan.. Fuh!!

Read more ...

Sunday, 16 March 2014

Hujan..

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum waktu solat Subuh semalam hinggalah ke hari ini, hujan turun dengan konsisten.. Alhamdulillah.. Banyak hikmahnya ni.. Kemarau sangat lama baru ni sampaikan kalau demam ke, sakit tekak ke, memang lama.. Air dalam badan pun kurang.. Siapa-siapa yang senang dapat ulser, mesti senang nak kena.. Insyaallah, negeri berjerubu pun akan kurang IPU nya.. Tanah basah, tumbuhan segar.. Kenapa sebelum ni kemarau pelik? Pasti ada sebabnya kenapa berlaku..

#Zara tengah layan tidur.. Asyik nak main ke sekarang ni..

Read more ...

Hari bersama Zara ..

Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni macam biasa, cuti ganti sebab kerja Jumaat Sabtu.. Spend masa sebab esok nak pergi KL lagi.. Pagi-pagi drive ke Machang balik umah Ma Abah.. Petang, baru balik KB semula.. Lambat breakfast hari sampai perut berbunyi sebab macam biasa, dahulukan Zara.. Zara pun pagi-pagi lagi bangun.. Mandi, hisap susu.. Sama macam hari-hari dia nak g Nursery..

#Adik kata kucing kat rumah Ma Abah hilang????

Read more ...

Saturday, 15 March 2014

BMMK5103 | Marketing Management


BMMK5103 | Marketing Management | Assalamualaikum w.b.t.. Sehari dua ni duk bercerita pasal subjek je.. Bukan apa, dalam kepala duk fikir sal assignment dan case study la ni.. April ni nak final exam lak.. Tambah-tambah lak, semester ni di antara yang susah bagi Eraz la.. Benda baru kan.. Tadi ada mention pasal BMMF5103 | Managerial Finance dan BMAC5203 | Accounting For Business Desicion Making.. Hari ni lak subjek ketiga iaitu BMMK5103 | Marketing Management..

Subjek BMMK5103 | Marketing Management ni mungkin di antara penyelamat semester ni.. Boleh la nak relax sikit berbanding dengan dua subjek lain tu.. Apa-apa pun, semua akan ok kalau kita study betul-betul kan.. Harap-harap tak de apa yang menghalang.. 

Read more ...

Kapal Terbang MH370 Dirampas ?


Kapal Terbang MH370 Dirampas | Assalamualaikum w.b.t.. Kapal Terbang MH370 Dirampas? Ini berita terkini yang dilaporkan oleh akhbar rasmi.. mStar ada melaporkan yang Penyiasat Putuskan Pesawat MH370 Dirampas.. Ini semua menurut laporan Associated Press.. Siapa yang bertanggungjawab dalam rampasan berkenaan, masih lagi dalam siasatan..

Dalam pada itu, dalam Kosmo ada melaporkan Siasat kemungkinan MH370 dirampas - PM serta Petunjuk baharu MH370 beri kelegaan kepada ahli keluarga penumpang.. Perkara tentang kapal terbang dirampas dilaporkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan berita berkenaan disambut baik oleh ahli keluarga penumpang kerana disebabkan petunjuk tersebut, ianya memberi harapan bahawa pesawat dan penumpang selamat..

Berita tentang Kapal Terbang MH370 Dirampas ni mungkin akan dikemaskini lagi nanti setelah laporan siap dilakukan.. Kita tunggu dan sabar.. Dalam masa yang sama, sama-samalah kita doakan semoga semua penumpang dan anak kapal selamat dan kembali ke Malaysia..

Read more ...

BMAC5203 | Accounting For Business Desicion Making


BMAC5203 | Accounting For Business Desicion Making - Assalamualaikum w.b.t.. Kalau tadi Eraz kongsi sal subjek BMMF5103 | Managerial Finance.. Ini subjek kedua yang Eraz kena betul-betul beri perhatian.. Ya la.. Finance dan Accounting ni lebih kurang je kan.. Kalau orang tu ada basic, kira ok la.. Tapi kalau untuk orang baru macam Eraz yang berlainan bidang dengan MBA, 'sakit' la sikit.. Tapi kalau orang lain boleh, tak kan kita tak boleh kan.. So!! Usaha!!

Read more ...

Terima kasih kerana menggunakan e-Filing LHDNM


Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Hari ni submit juga borang e-Filing LHDNM ni.. Hari tu lagi dah isi lengkap, cuma biarkan dulu sebelum submit.. Bila dapat tahu ada kawan-kawan dah ada dapat refund, teringin juga nak merasa.. So, berpakat dengan rakan office ni, submit hari ni.. Alhamdulillah.. Selesai untuk tahun ni..

Korang dah isi belum? Jangan sampai last minute! Wassalam..

Read more ...

BMMF5103 | Managerial Finance


BMMF5103 | Managerial Finance - Assalamualaikum w.b.t.. Kalau diikutkan senarai subjek yang perlu Eraz ambil sepanjang tempoh pengajian MBA nanti, Semester kedua yang paling ditakuti.. Salah satunya adalah sebab subjek BMMF5103 | Managerial Finance ni.. Jujurnya Eraz memang minat matematik.. Tapi untuk BMMF5103 | Managerial Finance, bukan setakat matematik je kan.. Semua-semua sekali.. Sememangnya ini salah satu subjek yang Eraz memang kena bagi lebih perhatian.. Assignment masih lagi dalam proses.. Fuh!

Read more ...