Wednesday 16 October 2013

Giliran Pelita Tanpa Sumbu malam ni..

Pelita Tanpa Sumbu

Drama TV3 Pelita Tanpa Sumbu | Assalamualaikum w.b.t.. Kalau semalam drama Cinta Mat Sempit.. Ok la sebab drama tu macam drama ringan je.. Tapi malam ni, khas untuk Aidiladha ni nampak macam berat sikit.. Tajuk pun dah tersirat.. Pelita Tanpa Sumbu..

Fiza pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja setelah bercerai dengan suaminya Samad.. Samad merupakan anak bekas Ketua Kampung yang malas bekerja, tidak memberi nafkah dan suka berfoya-foya.. Fiza meninggalkan anaknya Nur Atirah atau panggilannya Tira untuk dipelihara oleh emaknya (Mak Yah / Opah).. Fiza telah menjadi rapat dengan Megat yang merupakan bos merangkap rakan kongsi di tempat kerja Fiza.. Megat mula tertarik dengan sikap Fiza yang tidak gedik, selamba dan berlainan dengan gadis yang biasa ditemuinya..

Mengikut apa yang ditulis, setelah berlaku beberapa konflik di tempat kerja dan kehidupannya di sana, Fiza balik kampung dan tragedi berdarah telah berlaku.. Siapa yang terlibat? Memang tergantung.. Hehe.. Pelakon Pelita Tanpa Sumbu yang terlibat, Faezah Elai, Awal Ashaari, Hairi Safwan dan Wan Sharmila..


4 comments:

  1. Selamat mnonton.
    Shark dop tgk kot.
    Kureng sket drama ni:-)

    ReplyDelete
  2. saya tengok beberapa minit je lepas tu tukar MAYA HD..hehehe

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.