Friday, 5 July 2019

(GAMBAR) Countdown Pelancaran Single SATUKAN RASA - SITI NORDIANA & KHAI BAHAR

(GAMBAR) Countdown Pelancaran Single SATUKAN RASA - SITI NORDIANA & KHAI BAHAR | Assalamualaikum w.b.t . Bagi siapa yang follow IG Khai Bahar , pasti akan perasan beberapa gambar Khai photoshoot dengan seorang wanita misteri . Bersama caption yang romatik juga .

Bermula dari '10 Hari Lagi' sehinggalah berlarutan ke '1 Hari Lagi' . Masa tu ramai yang berteka teki siapa tapi majoriti mereka dah dapat meneka tepat itu iailah Siti Nordiana . Akhinya tekaan mereka tepat dan Khai menunaikan janji bongkarkan siapa wanita itu .

Akhirnya pada Pelancaran Single SATUKAN RASA - SITI NORDIANA & KHAI BAHAR dilakukan dan seterusnya MV Official dilancarkan di Youtube . Sekejap je dah trending dan seterusnya mendaki selepas 24 jam , terus Trending #1 ! Tahniah .

Berita baik lagi untuk peminat Khai Bahar dan Siti Nordiana , dikatakan Siti Nordiana akan berlakon bersama Khai Bahar dalam satu drama arahan Michael Ang bulan depan . Kalau benar ini terjadi , memang gempak la . OST lagu confirm dah guna lagu Satukan Rasa kan . Tapau la award tahun depan . Haha . 

Siapa yang belum tengok MV Official , abam letak kat sini ok . Selamat menonton ! Road to 1M hari ni !















Read more ...

Cara Tukar Tupperware Rosak Di Stokis

Assalamualaikum w.b.t . Memang jadi sejarah la semalam . First time kot rasanya Tupperware kat rumah tu rosak . Dua-dua penutup air kami yang warna biru tu rosak macam rapuh . Wife kata , sayang tengok bekas tu sebab masih elok tapi penutup rosak .

So dia cadangkan p tukar yang baru di stokis . Abam ya kan saje lah ! Tapi tak pernah p tukar so tak tahu prosedur la . Then kami semalam berdua pergi try and error .

SEBELUM

Senang je rupanya . Sebab first time , p la kaunter pertama dulu . Sekali staf tu kata , terus ke kaunter belakang tempat ambil barang order . Tanpa tanya no. ahli ke , apa ke . Disebabkan takde orang sangat , wife terus ke kaunter tu dan serahkan dua penutup tu pada staf yang ada .

Then dia tanpa tanya apa-apa sebab kami dah beritahu nak tukar . Dia check dan terus ke belakang . Bawa keluar yang baru . Serah pada kami dan kami balik . Haha . Walaupun dapat ganti warna putih dan merah , takde hal la . Janji boleh guna kan .

SELEPAS

Senang kan ? Haha . So korang , kalau ada Tupperware yang rosak , walk in ke stokis berdekatan ok . Terima kasih . Sekian sharing . Pastikan yang Original ok . Hehe .
Read more ...