Tuesday 10 November 2020

Bila TADIKA Dan TASKA Tutup Masa PKPB

Assalamualaikum w.b.t. Ya Allah lamanya tak menulis. Tapi hati dan jari ni ore kelate royak terketak ketak nok menaip gapo hok ado dale palo nih! Haha. So kite mula hari ni la, mana tahu entri hari boleh bawa blog erazfadli.com aktif semula. Walaupun tak aktif, setiap tahun renew je domain. Sayang la guys! Jatuh bangun blog ni, pencapaikan satu ketika dulu dalam kategori blog personal amat membanggakan ok! Haha.

Hari saje je datang idea nak menulis pada penutupan Tadika dan Taska disebabkan oleh perintah PKPB untuk majoriti negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis. Walaupun PKBP, masih ada parent yang masih bekerja mencari rezeki dan ada juga yang full Work From Home. Ok, tak nak tulis panjang, nanti korang penat baca. Baca status salah seorang friend FB Eraz ni.



Ok, dah baca kan? Tapi sebelum ni, korang kena faham dulu, pendapat ni atas penilaian masing-masing bergantung kepada situasi ya. Bagi Eraz, ini mungkin korang boleh kaitkan pendapat peribadi bagi Eraz yang tinggal di Kelantan.

Apa yang Eraz dengar ni, tak semua juga Taska dan Tadika tutup tapi yang berdaftar bawah KPM or JPN rasanya di arahkan tutup. Termasuklah tadika anak Eraz iaitu Adam. Sekolah tutup mengejut bagi seluruh Malaysia tu dah satu hal walaupun bagi negeri tidak PKPB. Dan tadika or Taska pun ditutup juga. Memang boleh buat ramai parent terkejut tambah-tambah yang dua2 bekerja.

Ada betul juga kata status FB kat atas tu, taska tadika tutup tapi mall or tempat lain, buka macam biasa. Macam bercanggah la. Baik mereka selamat di tadika dari keluar ke tempat camtu walaupun Eraz memang dah lama tak bawa anak-anak ke tempat yang ramai orang ni.

Dalam satu hal lagi, bagi ibubapa yang dua2 bekerja, memang malam la boleh fokus kelas online jika ada. Dan kami mengharapkan anak-anak masih tidak penat pada masa tu. Itu satu hal, bagi ada sekolah yang cikgunya buat video dan sent pada pelajar, itu masih. Bayangkan ada sekolah yang hantar maklum, sila buat homework dari mukasurat itu dan ini. Camne?

Memang parent tu faham dan boleh jawab semua soalan tu, tapi cara nak mengajar tu, tak semua parent ada. Matematik, boleh je selesaikan, tapi cara nak explain? Bacaan Melayu dan Inggeris, boleh je sebut, tapi setiap huruf yang single tu pun ada bunyi kan? Kalau parent takde basic tu, camne nak ajar macam cikgu. Ada sape2 faham ke? Haha. 

#Tibe-tibe rasa macam nak sambung belajar ambil Diploma Perguruan.

#Taktahu sampai ke tak apa yang Eraz nak luahkan ni. Haha.

Read more ...