Sunday 25 March 2018

Perdana Street Food Kembali Dengan Pelbagai Menu Baru

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih kepada wakil Hotel Perdana, Kota Bharu.. Buat kali yang keberapa ya agaknya Eraz berpeluang untuk mencuba sendiri dan menjadi antara orang yang pertama menjelajah ‘kawasan’ Perdana Street Food kali ini.. Perdana Street Food yang dianjurkan oleh Hotel Perdana ini telah bermula pada 15 Mac 2018 baru ni dan akan berakhir pada 15 April 2018.. Ingat ya, sebulan sahaja.. Kalau terlepas yang ini, rugi tu.. Food Street sebelum ini, Eraz pergi 3 kali.. Rekod personal.. Hehe.. 

Jika siapa yang sudah pergi tahun lepas atau sebelum-sebelum ini, kali ini Perdana Street Food kembali ke kawasan sekitar kolam yang serba cantik itu.. Masa untuk Perdana Street Food ini ialah bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam.. Nak makan situ boleh, nak ‘take away’ pun boleh.. Mana-mana yang selesa ok..


Gambar di atas merupakan suasana di Perdana Street Food.. Ini gambar sebelum Maghrib ya.. Dan jangan risau, walaupun malam, ianya cerah dan suasana akan bertukar menjadi lebih romatik sikit orang kata.. Hehe.. Semua gerai tersusun di sekitar kolam renang berkenaan.. Meja makan di tengah-tengah.. Jadi sangat senang untuk korang ke mana-mana untuk tempah makanan..


Kalau siapa-siapa yang dah pernah pergi sebelum ini, korang harus pergi lagi sebab ada beberapa menu baru yang mengancam orang kata.. Apa antara yang baru? Desserts meletop iaitu Crepe Suzette dan Sweet Pasta.. Mungkin susah ni nak jumpa di kedai-kedai biasa.. Tapi Perdana Street Food bagi kesenangan untuk mencuba..

Crepe Suzette 

Sweet Pasta

Sekarang kan Ais Kepal sangat viral di tepi jalan kan.. Tapi Perdana Street Food tak nak la yang senang untuk didapatkan ke situ.. Jadi khas untuk kali ini, disediakan Ais Kepal Buah-Buahan.. Memang kaya dengan rasa dan buah-buahan la..



Dan yang paling menjadi perhatian Eraz ialah Dim Sum.. Bukan setakat Eraz, wife pun meang suka Dim Sum ni.. Kalau tahun lepas memang takde langsung Dim Sum.. Tapi kali ni, alhamdulilah.. Tersedia dengan 3 set menarik untuk korang cuba..


Tidak ketinggalan juga kali ini mereka menyediakan Laksa Utara dan Soto Ayam merupakan antara menu baru yang diperkenalkan kali ini.. Rasanya? Memang ummphh.. Memang kami masing-masing cuba baru ni.. Dah nama menu baru, wajib la cuba kan.. Tapi juga, Perdana Street Food masih lagi mengekalkan menu-menu menarik sebelum ini seperti ikan bakar, Kway Teow Kerang, Char Kway Teow, pelbagai jenis Roti Canai, Burgers, Lok-Lok, Teppanyaki, Shawarna dan pelbagi jenis minuman yang korang boleh pilih..




Selepas selesai mencuba menu-menu menarik di sana, sempat kami bergambar bersama rakan blogger yang lain dan juga bersama orang-orang hebat Hotel Perdana..




Untuk tempahan dan pertanyaan, korang boleh hubungi 07-7458888 atau fak : 09-7588855

Korang juga boleh lawati :



Read more ...

Thursday 22 March 2018

Keselesaan Bersenam Dengan JONLIVIA



Assalamualaikum w.b.t.. Bila kita sebut pasal bersenam ni, memang satu perkara yang biasa kan.. Bersenam juga banyak caranya dan banyak tempatnya untuk kita laksanakan.. Tapi, adakah semua orang suka bersenam? Dan yang suka bersenam itu telah memilih pakaian yang sesuai? Tu diaaa.. So hari ni Eraz nak kongsi dengan korang satu benda yang menarik dan juga berkait rapat dengan bersenam iaitu JONLIVIA HOTPANTS.


Man Long ActivPants S5


Ketika mula-mula menyarungkan buat pertama kalinya memang dah rasa kelainannya.. Ya la, sebelum ni kalau bersenam atau jogging, ambil je mana-mana pakaian sesuai yang ada.. Main sarung je.. Tapi bila dah mula pakai Man Long ActivPants S5 ni, keterujaan tu lain macam je.. Belum bersenam pun dah rasa macam badan tu ringan je..

Kenapa ?

Hotpants ni sebenarnya dari Jonlivia ActivPants yang diperbuat 100% Genuine Neoprene.. Genuine Neoprene ni sejenis kain yang begitu elastik..  Hotpants ini dicipta bertujuan untuk membantu membakar lemak-lemak di badan dan peha juga.. Dan kalau siapa yang pakai tu mesti akan berpeluh.. So bila berpeluh, cepat la dapat membakar lemak-lemak yang ada..

Masih lagi dengan Man Long ActivPants S5 ni.. Eraz memang pilih jenis yang ada poket.. Sebabnya? Sebabnya senang nak selit barang berharga dalam tu contohnya macam duit ke atau lain-lain yang biasa dibawa semasa bersenam.. Dan poket yang disediakan itu memang sangat-sangat berguna dan benda yang ada dalam tu, pasti tak akan jatuh.. Kenapa? Tengok gambar di bawah ni :


Satu lagi ciri menarik yang korang perlu tahu ialah JONLIVIA HOTPANTS direka khas dengan empat lapisan pada struktur seluarnya selain daripada dua lapisan strap pada pinggul yang menjadikan JONLIVIA HOTPANTS ini tidak mudah koyak atau kembang walaupun setelah dicuci berkali kali. Jadi tak jadi masalah kalau korang nak basuh berapa banyak kali dan pakai berulang kali. 4 Lapisan dalam hotpants JONLIVIA iaitu :


Bagi yang rasa kurang selesa di bahagia-bahagian tertentu, korang boleh cover dengan sweater atau pakaian-pakaian yang sesuai ok..

Unisex ActivShirt AcquaRepel

Selain dari seluar, Eraz juga berpeluang dapat cuba Unisex ActivShirt AcquaRepel.. Ciri-cirinya memang menarik.. Antaranya ialah kalis air.. Serius.. Kalau nak bersenam dalam hujan pun memang selesa.. Ada dua warna yang dibuat iaitu hitam dan jingga neon.. Materialnya memang fleksibel dan memang sesuai dengan semua jenis badan..




Jadi apa pendapat korang? Jika korang nak dapatkan maklumat dengan lengkap, korang boleh ke link yang disediakan di bawah.. Di situ bukan setakat Man Long ActivPants S5 dan Unisex ActivShirt AcquaRepel je ada, banyak lagi yang lain yang korang boleh tengok..

Untuk info selebihnya :

Website : www.jonlivia.com
Email : hello.jonlivia@gmail.com
Whatsapp : +6 016 321 5358
Facebook : Jonlivia
Instagram : @jonlivia
Read more ...

Friday 2 March 2018

Lazz Susu Kambing - Rahsia Awet Muda Dan Diet Anda

Assalamualaikum w.b.t.. Bila ramai yang diluar sana yang masih memanggil dengan panggilan 'adik' walaupun hakikatnya umur lebih tua, terasa ni macam awet muda sangat.. Boleh tak kalau nak cakap, Alhamdulillah.. Bukan yakin yang Eraz ni sebenarnya awet muda, tapi Alhamdulillah walaupun umur dah 35 tahun, tapi Allah kurniakan  kesihatan yang baik dan kelihatan seperti muda mudi yang umur 20 tahun.. Yakin tu penting.. Hehe..

Tapi kalau kelihatan muda pun, kesihatan tetap kena jaga kan.. Dan jangan disangka orang yang badan kurus cantik tu tiada penyakit ya.. Cuba yang kurus-kurus tu pergi buat check up.. Hanya untuk pastikan kesihatan tu betul-betul baik atau tidak.. Jadi, bagi yang tak suka nak ambil supplement, mesti kena cari jalan lain untuk dapatkan bekal sesuatu bagi dapat kesihatan yang baik..


Siapa kat sini pengemar susu? Haaa.. Hari ni Eraz nak kongsi satu benda menarik pasal susu kambing yang mempunyai Vitamin C dan E.. Kata nak awet muda kan.. Tahu kan apa kelebihan dua vitamin tu? Jangan pula dah baca perkataan susu kambil tu, korang tak nak baca terus.. Cuba baca sikit.. Eraz dulu pun memang tak boleh dengar kambing ni.. Terus tolak tepi.. Tapi selagi tak cuma, selagi tu la tak tahu kan.. Jadi, bagi yang nak mengekalkan awet muda dan juga nak diet, Eraz nak suggest LAZZ SUSU KAMBING..


Alhamdulillah baru-baru ni Eraz diberikan peluang merasa sendiri LAZZ SUSU KAMBING.. Dan kali ni Eraz dapat merasa perisa.. LAZZ SUSU KAMBING ASLI dan LAZZ SUSU KAMBING PRACAMPURAN KURMA.. Bila dapat, memang tak ragu-ragu nak try sebab nak tahu macam mana rasanya.. 

Pertama sekali memang cuba yang original dulu.. LAZZ SUSU KAMBING ASLI.. Pertama sekali nak beritahu dan terbukti benar dari review yang lain, tak rasa manis.. Jangan la tak minum pula tak rasa terlalu manis.. Ianya hanya secukup rasa.. Bila dah kurang manis tu, terbukti la baik untuk kesihatan kan.. 


Lepas tu cuba pula LAZZ SUSU KAMBING PRACAMPURAN KURMA.. Kali ni sebab ada campuran kurma, memang rasanya lain la sikit.. Serius.. Tapi masih tak rasa terlampau manis dan bila sebut susu kambing, mesti terbayangkan bau hamis kan.. Tidak kawan-kawan.. Sedapnya tanpa bau hamis.. Kanak-kanak atas 2 tahun pun pasti boleh minum punya.. Lazz Susu Kambing ni memang sesuai untuk diminum suam panas mahupun sejuk untuk kana-kanak..


Untuk kanak-kanak, contoh terdekat ialah anak saudara Eraz sendiri.. Dalam mencuba banyak susu formula, Lazz Susu Kambing ni juga la yang melekat sampai sekarang.. Sebati sudah.. Dan ibunya yang menyusukan anak kedua sekarang pun mengamalkan minum juga disamping dapat menjadikan susu badan yang banyak.. Sedia maklumkan yang memang kurma dan susu kambing ni antara milkbooster yang paling berkesan..

Ok.. Di bawah ini merupakan makluman lengkap kenapa Lazz Susu Kambing ini boleh menjadi Rahsia Awet Muda Dan Diet Anda juga untuk menjaga kesihatan korang semua.. 

1. Perihal Gula Sukrosa

Gula ini merupakan kombinasi antara glukosa dan fruktosa, kebiasaannya dalam nisbah 50:50.. Ia lebih dikenali sebagai gula pasir yang dihasilkan daripada tebu atau bit gula (sugar beets) yang ditanam di seluruh dunia..

Apabila sukrosa ditambah ke dalam makanan, tubuh manusia perlu memprosesnya menggunakan kedua-dua kaedah.. Glukosa akan terus ditukarkan menjadi tenaga manakala fruktosa pula akan diasingkan dan dihantar ke hati untuk diproses sebagai penyimpanan lemak..

Yang lebih menarik, TIADA kandungan gula sukrosa  Lazz Susu Kambing Asli dan ini membuktikan Lazz Susu Kambing memberi kebaikan kepada pengguna..

2. Gula Laktosa

Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus..

Dalam Lazz Susu Kambing adalah gula semulajadi dalam susu. Jumlah gula laktosa ialah 7.9 untuk 100 gram. 100 gram tersebut boleh digunakan untuk 5 kali bancuhan. Tak ada gula tambahan di dalam susu kambing. Ini menunjukkan Lazz Susu Kambing mengandungi kandungan gula yang rendah.

3. Vitamin C

Selain itu, di dalam Lazz Susu Kambing juga kaya dengan Vitamin C semulajadi di dalam susu. Seperti yang semua tahu, Vitamin C bagus untuk kulit..

Vitamin C telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal.. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang tinggi dengan Vitamin C dapat mengurangkan berat badan..

 Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan..

4. Vitamin E

Selain itu, terdapat juga Vitamin E di dalam Lazz Susu Kambing yang mempunyai pelbagai kebaikan.. Antaranya ialah, mengekalkan kelembapan kulit membantu mengurangkan parut, agen pencerahan kulit, agen anti penuaan dan banyak lagi..

5. Analisis Dilakukan di UKM

Untuk memastikan Lazz Susu Kambing ini selamat diminum oleh orang ramai,  satu kajian telah dilakukan di UKM UNIPEQ untuk mengkaji bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan Lazz Susu Kambing ini..  Hasil kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa bahan-bahan yang terdapat di dalam Lazz Susu Kambing bermanfaat kepada pengguna dan bebas dari penggunaan bahan-bahan yang membahayakan pengguna..

Dan.. Akhir kata, LAZZ Susu Kambing ni, memang sesuai untuk semua golongan yang tinggal dalam satu rumah.. Mulalah kita jaga kesihatan, dan mungkin boleh mulakan meminum LAZZ Susu Kambing ni.. Untuk lebih detail atau tempahan, korang boleh rujuk maklumat di bawah ok.. 


Tel : 013 308 3354 | 018 2777 290 
FaceBook : LAZZ Susu Kambing
Instagram :  LazzSusuKambingHQ 
Harga Lazz Susu Kambing Asli : RM45.90 ( SM) dan RM50.90 ( Sabah dan Sarawak ) 
Harga Lazz Susu Kambing PraCampuran Kurma : RM47.90 ( SM) dan RM52.90 ( Sabah dan Sarawak ) 

**Khidmat penghantaran ke rumah disediakan


Read more ...