Monday 19 February 2018

Bila Jumpa 'Port' Baik !

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya Eraz dan kamera memang tak dapat dipisahkan.. Memang dari dulu suka ambil gambar.. Ada ketika ambil gambar tapi tak tahu nak letak caption apa.. Hehe..

Kalau jumpa port cun je, mesti rasa nak snap gambar atau selfie.. Tapi bila sebut bab selfie ni, rasa macam cerewet la sikit.. Kadang-kadang bila selfie, mesti ada yang tak kena.. Macamtu juga dengan bergambar biasa atau dengan cermin..

Halangan lain ialah bila keluar dengan anak-anak.. Bila keluar satu keluarga yang meriah ni, handphone memang duduk dalam poket je la.. Tak sempat sangat dah nak tengok handphone, buka kamera dan ambil gambar sebab mata ni duk tengok anak-anak yang aktif.. Eraz ni memang jenis bapak yang tak boleh anak hilang dari radar mata ni.. 

Tapi ada ketika keluar dengan wife je, anak-anak kat sekolah, haaaa masa itu la nak snap itu ini.. Bila jumpa yang cun, baru la boleh share dengan orang lain..


Read more ...

Tuesday 13 February 2018

Surat Penyelesaian Hutang Pinjaman Pendidikan PTPTN

Surat Penyelesaian Hutang Pinjaman Pendidikan PTPTN | Assalamualaikum w.b.t.. Surat Penyelesaian Hutang Pinjaman Pendidikan PTPTN ni rasanya memang ditunggu oleh semua peminjam PTPTN kan.. Kira surat yang ditunggulah! Itu pendapat Eraz la.. Eraz masa buat degree di USM dulu, memang buat pinjaman PTPTN.. Zaman Eraz masa tahun 2002 tu memang majoriti buat PTPTN samada orang kampung ke, orang bandar ke, orang berada ke.. Tapi kalau yang ada kelayakan lebih tinggi, ada yang dapat biasiswa dari JPA dan Petronas.. 


Selepas tamat belajar pada tahun 2005 tu, terus bekerja di Subang Jaya sekejap sebelum berhenti.. Kebetulan selepas berhenti, terus ke Penang untuk majlis konvokesyen.. Lepas konvo, ada rezeki dapat kerja sekarang yang mana berada di negeri kelahiran sendiri.. Alhamdulillah.. So kerjalah sehinggalah sekarang.. Alhamdulillah.. 

Bayar sikit sikit untuk PTPTN ni.. Caj Pentadbiran ada je setiap bulan.. Jadi bila dah lama kerja, semak akaun 2 KWSP, nampak macam dah lebih dari cukup.. Tapi masa tu tengah plan nak bina rumah.. So tangguh dulu sehingga proses pengeluaran untuk bina rumah dulu diluluskan.. Dah agak tak boleh keluarkan semua sebab salah percaturan sikit.. Tapi tak pe, positif masa tu sebab mesti ada hikmahnya kan.. 

Dan selepas settle hal pengeluaran bina rumah, terus nak buat pengeluaran untuk PTPTN ni pula.. Tapi alih-alin denga bajet Tahun 2018, kalau bayar full PTPTN akan dapat less sehingga 20 %.. So tangguhlah sehingga bulan Januari 2018.. Masuk je ke bulan Januari 2018, terus mohon secara online di laman web KWSP.. Tak perlu ke KWSP pun untuk memohon.. Tapi pastikan korang dah ada id untuk iAkaun KWSP la..

Lepas seminggu ke lebih cepat, terus dapat SMS minta ke KWSP.. Untuk sahkan permohonan dengan cap jari serta kena bawa dokumen asal dan salinan.. Dokumen tak banyak pun.. Kad Pengenalan, Skrol Degree dan Transkrip Degree.. Kad Matrikulasi apa semua, tak perlu.. So Eraz terus ke sana dan pegawai tu semak dokumen dan lengkap.. Dalam masa seminggu atau lebih sikit, dapat notification, bayaran itu telah dimasukkan.. Alhamdulillah..

Report pada orang PTPTN dan mereka hantarlah Surat Penyelesaian Hutang Pinjaman Pendidikan PTPTN.. Selesai satu hutang.. Korang pun boleh buat ok..

Nasib baik dan rezeki Allah bagi, masa buat program Master tahun 2013 lepas tak menggunakan apa-apa pinjaman dari PTPTN atau Bank.. Ada rezeki lain orang kata.. So untuk program Master, takde terikat dengan siapa-siapa pun.. Alhamdulillah..

Read more ...