Thursday 7 June 2018

Mandian DASHING 2 IN 1 Face & Body Wash Pelengkap Mandian Si Jejaka

Assalamualaikum w.b.t.. Semakin mudah urusan itu, semakin suka la lelaki itu.. Betul tak? Tak kira la dalam apa jua urusan pun, kalau ada cara yang paling mudah boleh selesaikan, cara itu la yang akan dipilih.. TETAPI mesti la cara betul dan berkesan kan.. Kalau sebaliknya, buat apa nak buat.. Dan ini yang berlaku pada Sabun Mandian Badan Terbaru Dashing ini.. Atau dalam kata lain nya, Face Body Wash 2 in 1.. Kenapa?


Sebabnya produk terkini dari Dashing ini menggabungkan dua perkara yang lelaki akan lebih cepat berada dalam bilik air.. Insyallah.. Satu produk boleh cuci muka dan badan.. Haaaa.. Dikategorikan sebagai produk mandian ini dapat menghasilkan kulit yang bersih dan licin dengan membuka liang pori dan menyingkirkan toksin.. Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan memberikan kebersihan menyeluruh ini serta kesegaran berpanjangan untuk muka dan badan tanpa iritasi.


DASHING 2 in 1 Muka & Badan ini akan menjadikan proses pembersihan muka dan badan lebih mudah dan berkesan, DASHING melancarkan produk paling sesuai iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan.. Pembersih wajah dan badan ini tersedia dalam pek pam bersaiz 700-gram.. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit.. Selain itu, mandian khas ini padat dengan ramuan untuk menyingkirkan kotoran di kulit dan memberikan pembersihan muka yang mendalam  dari  muka hingga ke tapak kaki agar anda kelihatan bersih dan segar sepanjang hari..

DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi  dengan pewangi  DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.


COOL - Khas untuk jejaka kontemporari yang berpesonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang.. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki.. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin..

ACTIVE - Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak  dan  menikmati kehidupan aktif.. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber.. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa. .


ULTIMATE KICK - Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk..

HATTRICK - Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian.. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan  haruman Amber..   



Variasi Cool dand Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan  mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah.. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar..

Untuk variasi Active dan Ultimate Kick pula, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dihapuskan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat.. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi  sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan..

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml.. Buih mandian ini mempunyai harga yang sangat berpatutan dan berbaloi kerana memberikan anda manfaat 2 dalam 1 pada kulit dan tubuh badan..
Read more ...

Rahsia Min Kaffe (Kopi Viral)

Rahsia Min Kaffe (Kopi Viral) | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa sekarang tengah amalkan minum Min Kaffe? Atau secara general lagi, pernah dengar pasal Min Kaffe? Lama dah rasa nak menulis tentang Min Kaffe ni tapi orang kata ada je halangan.. Jadi hari Isnin ni, ambil juga masa sekejap untuk draf dan sampai masa dia, kita publish untuk bacaan semua.. Kenapa Eraz nak sangat share? Sebabnya Min Kaffe ni memang banyak khasiatnya dan Eraz sendiri amalkan Min Kaffe dari tahun lepas lagi.. Alhamdulillah memang nampak banyak kebaikannya dan sampai ramai kawan-kawan sekeliling pun amalkan sama..


Itulah dia kotak Min Kaffe.. Dalam sekotak tu ada 20 sachets.. Min Kaffe ni sebenarnya banyak khasiatnya.. Eraz sedar semua ni selepas amalkan masa bulan puasa tahun lepas.. Setiap pagi semasa sahur, memang Eraz akan ambil 1 sachet Min Kaffe.. Dan pada hari pertama tu memang mengharapkan tenaga dan tahap tahan lama tu akan berlainan macam biasalah.. Dengan izin Allah, memang puasa tahun lepas memang berlainan.. Rasa puasa tu smooth je.. Lapar pun tak sangat.. Gastrik pun tak.. Angin pun tak.. Memang cool la rasa.. Alhamdullillah..


Kenapa banyak sangat effect tu ya? Ini sebabnya.. MIN KAFFE mengandungi Mineral Magnesium dan Garam Buluh yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan.. Malah sangat sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi.. MAGNESIUM merupakan sumber mineral penting untuk menggalakan penyerapan kalsium dalam badan..

MIN KAFFE yang dipilih ramai pengguna ini diformulasikan dengan Garam Buluh berorganik dari Korea yang semulajadi, diadun bersama serbuk kopi segar Robusta yang amat mengharumkan.. Adunan istimewa kopi ini bukan sahaja memenuhi kepuasan para penggemarnya dengan aroma yang menyegarkan, malahan membekalkan pelbagai bahan mineral terutamanya Magnesium..

Magnesium merupakan sumber mineral untuk menggalakkan penyerapan dan pengekalan kalsium. Magnesium juga dikenali sebagai mineral anti stress.. Angka kalsium yang diperlukan oleh tubuh adalah sebanyak 800mg setiap hari, manakala magnesium pula antara 400-450mg setiap hari.. 

Keperluan magnesium harian bagi wanita hamil disarankan supaya ditambah, begitu pula wanita yang telah mengalami menopause serta tubuh yang sedang mengalami stress.. Terbaik kan?


Khasiat MIN KAFFE :

1.  Kaya dengan Mineral yang diperlukan oleh badan
2.  Dapat meneutralkan ASID dalam badan
3.  Bersifat anti-oksidan yang mampu melawan sel kanser
4.  Mampu menjadi diet harian
5.  Mencegah komplikasi Kencing Manis
6.  Menstabilkan tekanan darah
7.  Mencegah dan memulihkan  Gastrik
8.  Mencegah Osteoporosis
9.  Merendahkan risiko sakit jantung
10. Mengubati Asma
11. Mencegah Migraine
12. Memberi Kesegaran dan Tenaga sepanjang masa
13.  Anti Penuaan


Banyakkan kelebihan? Dan yang penting juga untuk orang nak diet.. Macam pengalaman Eraz sendiri, biasa setiap pagi memang Eraz akan ambil satu sachet Min Kaffe sebelum breakfast.. Kadang-kadang sampai skip breakfast sebab terlupa yang belum makan.. Min Kaffe ni memang boleh buat kita rasa kenyang.. Dan kalau nak ambil set diet, selalunya mereka akan ambil Min Kaffe bersama dengan Nurich Garlic Tablet.. Bukan sahaja boleh mengempiskan perut, malah turut membantu mengurangkan berat badan berlebihan..

Siapa yang berminat untuk cuba Min Kaffe, boleh whatsapp No. ini : +6 017 977 3382 untuk dapatkan tawaran harga yang menarik.. Dan kalau nak tengok produk lain selain dari Min Kaffe iaitu produk Hai O lain, boleh ke Instagram INI.. Jadi whatsapp sekarang ok !

Read more ...

Wednesday 6 June 2018

Kehidupan Seorang Ibu Bapa Kepada Zara Faleesya | Adam Fitri

Assalamualaikum w.b.t.. Ini lumrah bila jadi ibu bapa.. Bila dah ada anak, sekejap je kita akan rasa cepatnya anak aku ni membesar.. Kalau sebelum ni baby lagi, tapi sekarang dah 5 tahun kakaknya dan adik dah masuk 3 tahun.. Dua-dua bukan lagi duduk di nursery.. Sorang dah masuk tadika dan seorang lagi dah masuk Taska.. Dua-dua dah mula dapat pendidikan yang formal orang kata..


Biasa itu la yang berlaku tambah-tambah lagi bila kedua-dua ibubapa bekerja.. Bila dua-dua bekerja, bermula dari isteri masuk kerja habis pantang, anak akan terus ke nursery.. Macam Adam Fitri, umur dua bulan, dah ke nursery.. Kecik-kecik dah kena duduk dengan orang tak kenal.. Hehe.. Tapi alhamdulillah masa kat nursery, semuanya baik-baik belaka.. Sampai la mereka dah besar.. Alhamdulilah..


Inilah Adam Fitri yang baru sahaja genap umur 3 tahun hujung Mei lepas.. Mungkin kah ini anak bongsu kami? Hehe.. Tiada yang mustahil kan.. Tapi realitinya buat masa ini, inilah anak bongsu kami.. Sampai sekarang, Adam sendiri memang bahasakan diri sebagai Adik.. Kalau ada jumpa dengan sepupu yang lebih kecil, dia akan bahasakan diri sebagai Adik Abang.. Haha.. Sangat aktif.. 


Kakak yang cantik jelita macam Mama ni akan masuk 5 tahun pada Julai ni.. Umur  4 tahun dah masuk tadika.. Adik pun akan menyusul next year.. Alhamdulillah progressnya sangat ok.. Alhamdulillah.. Pilihan kami tepat.. 2020 nanti dah masuk Darjah 1.. Ya Allah.. Terima kasih atas kurniaan ni.. Alhamdulillah semua membesar dengan baik sekali.. 

Cabaran kami sebagai ibu bapa ialah bila cuti tak selari.. Jadi hati Papa ni memang terusik dengan diri sendiri orang kata.. Nak bawah jalan2 susah, nak bawak bercuti pun susah.. Ada halangan.. Tapi mungkin itu sekarang.. Lepas ni kita tak tahu kan.. Mungkin sekarang life hujung minggu anak tak sama dengan dengan anak orang lain.. Tapi lepas ni? Tak siapa yang tahu.. Selalu doakan semoga dipangjangkan umur supaya dapat membesarkan mereka dengan baik.. Insyaallah..
Read more ...

Kini Tanpa Caj GST 6% di Souq Ramadan @ Perdana | Buffet Ramadan 2018

Souq Ramadan @ Perdana | Buffet Ramadan 2018 - Assalamualaikum w.b.t .. Tu diaaa.. Kita up lagi sekali walaupun di minggu terakhir Ramadan 2018.. Kenapa? Sebab bermula Jun 2018, tiada lagi caj GST dan harga sekarang lagi murah berbanding awal Ramadan hari tu.. So tunggu apa lagi, kalau tak sanggup nak tengok gambar-gambar di bawah ni, boleh la pergi hari ni sampailah ke akhir Ramadan untuk menjamu selera bersama keluarga dan kawan-kawan ok.. Apa menu yang ada? Haaa...


Kurma ini adalah wajib dimana-mana tempat berbuka puasa.. Tak perlu diterangkan kenapa sebab semua umat islam dah tahu kan.. Kurma yang ada di Souq Ramadan @ Perdana ni memang banyak jenis.. Paling minimum pun ada 5 jenis yang koran boleh pilih.. Alhamdulillah kita mulakan dengan yang baik ok.. Seterusnya kita pergi ke menu utama ok!

Menu Ramadan pada tahun ini bertemakan menu tradisi kampung dan juadah ala Timur Tengah.. Perasan tak ada perkataan 'Souq' tu? Souq tu bermaksud pasar atau bazar dalam bahasa Arab. So kali ni ada lebih dari 185 sajian dari seluruh Malaysia termasuk menu pilihan dari Timur Tengah.. Kumpulan Chef yang diketuai oleh Eksekutif Chef Ibrahim Abu Lasi akan menyediakan menu bufet yang menyelerakan dengan menu yang berbeza setiap hari dan akan dihidangkan secara bergilir-gilir untuk 6 hari pusingan..


Nasi Mendy Kambing
 

Nasi Mendy Ayam










Tu diaa.. Amacam dengan menu utama tu? Antaranya ada Kari kambing Gearbox, Gulai Kawah Daging Tetel, Kari kepala Ikan, Gulai Ayam Kampung Sumatera dan Daging Salai masak Lemak Mangga Muda.. Semua boleh buat tak senang duduk kan.. Hehe.. 








Bila dah tengok gambar kat atas tu, automatik dah dapat tahu itu pencuci mulut kan.. Selesai makan main menu, mesti ditamatkan dengan pencuci mulut kan.. Seperti sebelum-sebelum ni, pencuci mulut ni memang tak dapat dikira sebab memang pelbagai orang kata.. Nak rasa yang macamana? Semua boleh pilih ikut citarasa..

Selain daripada itu, Hotel Perdana juga membuat kelainan dari segi program kemasyarakatan di mana pihak hotel akan bekerjasama dengan ketua ketua kampung untuk memberi sumbangan kepada golongan yang betul betul memerlukan dengan memotong RM1 setiap pembelian di Hotel Perdana..

Sebarang pertanyaan atau persoalan korang boleh ke :

Read more ...

Wangian Untuk Lelaki Aktif | Dashing Hitman dan Dashing Golden Boot

Assalamualaikum w.b.t .. Dashing dan Eraz ni sebenarnya dari zaman sekolah kot.. Dan lebih aktif di zaman belajar di USM dulu-dulu.. Jangan ingat Eraz belajar di USM tu 5, 6 tahun yang lepas.. Harapa maklum Eraz masuk USM tahun 2002 lagi.. Sekarang 2018.. So agak-agak dah berapa tahun? Zaman tu zaman bedak lagi.. Hehe.. Lamanya dengan Dashing..

Dan sekarang Dashing memang sentiasa up to date orang kata.. Ada saje produk terbaru yang mereka keluarkan nampaknya.. Memang tak pernah lama la dengan produk sedia ada.. Mesti bertambah.. Dan terkini khas untuk lelaki-lelaki yang aktif dan mahu kekalkan wangi tu.. Lelaki sekarang memang dah hebat sebab walau apa pun keadaan, wangi tu wajib! Siapa setuju?

Wangian Untuk Lelaki Aktif | Dashing Hitman dan Dashing Golden Boot

Mana-mana lelaki yang aktif dan sentiasa berpeluh tu, ini antara penyelesaian yang korang boleh cuba ok.. Wangian terbaru untuk lelaki aktif dari Dashing ni, dua-duanya lengkap dengan Deodorant Spray dan Eau De Toilette.. See, tak pernah tak lengkap kan.. Dua-dua sekali keluar.. Deodorant Spray dan Eau De Toilette juga ada dua jenis ok.. 

Apa yang menariknya Deodorant Spray ni ialah ia memberi perlindungan 24 jam dan juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan.. Takde la lelaki aktif berasa tak selesa kan? Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.. Alhamdulillah.. 

Dashing – HITMAN



Bauan baru Dashing Hitman adalah aroma kesegaran daripada citrus dan ice cucumber yang menjadikan wangian ini lebih kepada daya penarik seseorang pemakai dan pastinya meningkatkan keyakinan diri setiap lelaki aktif..

Dashing – GOLDEN BOOT



Dashing Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih menggoda kerana ia adalah bauan dari ekstrak daun Rhubarb dan Pimento, yang mana akan menyerlahkan lagi kehangatan maskulin seseorang pemakai lantas memberikan aroma kelelakian yang memukau dan tidak dapat dilupakan..

Tu dia.. So mana satu pilihan korang? Kalau Eraz sendiri, memang dua-dua tu sesuai.. Kalau dapatkan kedua-duanya, boleh gilir-gilir pakai.. Tapi yang pasti, dua-dua tu memang mempunyai dua bau yang berbeza dan boleh membawa kita ke dua dunia yang berbeza.. Gitu.. Hehe...


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.dashing.com.my atau terus ke laman Facebook mereka di www.facebook.com/Dashing.MY

Read more ...