Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 11 June 2014

Bila bungkusan sampah jatuh atas jalan raya ..

Sumber : Google

Assalamualaikum w.b.t.. Gambar di atas adalah contoh apa yang Eraz tengok boleh dikatakan selalu la.. Yes, tak salah.. Tapi make sure sampah tu sampai ke tempat yang dituju.. Maksudnya di tong tempat pembungan sampah la.. Tapi tak semua yang berjaya kan.. Sebabnya kerap kali juga Eraz nampak sampah bersama bungkusan selalunya berwarna hitam, berselerakkan di atas jalan raya dan dipijak oleh kereta-kereta lain.. Kenapa boleh terjadi? Kenapa biarkan ia terjadi?

Satu, semestinya, jalan raya tu rosak dari segi pemandangan.. Dua, sah-sah la kan kita dilarang buang sampah merata walaupun kategori ni tak sengaja.. Setuju atau tidak, perkara ni boleh dielak? Cara nak mengelak, pandai-pandai la fikir.. Jangan fikir diri sendiri je, kena fikirkan sekeliling juga..

By the way, Eraz pun hampir setiap pagi kot terpaksa buang sampah semasa on the way pergi kerja.. Sebabnya, di kawasan rumah Eraz sekarang, hanya dua kali seminggu je kot lori sampah masuk.. Kalau benda yang boleh buruk, memang boleh berbau la.. Tapi setakat ni, kalau on the way pergi kerja dan buang sampah, Eraz tak pernah letak sampah di atas kereta, atau atau bonet, atau atas bonet depan dekat wiper.. Kenapa? Fikirkan hal di atas la.. Jadi Eraz letak dalam bonet kereta..

Sampai ada satu dua tiga kali, sampai berbau dalam kereta sebab ada air sampah menitik dalam bonet.. Tapi ada la cara nak hilangkan bau kan.. Semua ni di buat sebab satu, tak nak rosakkan pemandangan kereta kita yang 'cantik' tu.. Haha.. Kedua semestinya tak nak bagi sampah tu jatuh atas jalan raya dan cemarkan sekitar tu..

Masing-masing boleh ubah apa yang tak ok cuma atas diri individu tu sendiri.. So! Fikir-fikirkan.. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Eraz Fadli melalui erazfadli.com ! Wassalam.. 

9 comments:

  1. Betul tu Eraz kadangkala kan kalu kita sendiri nampak sampah tu jatuh merata2 dan tuan punya kereta tu buat dekk jer buat2 tak nampak jer padahal dia sedar sebenarnya sampah dia tu jatuh merata2 ... Memang sakit hati ..Nak bawak sampah blh tapi bawaklah dgn cara berhemah .. Ikat betul2 barula selamat nak bawak .. Ni tidak samoaikan sampah jatuh merata2 ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab support entri ni.. Eraz setuju tu.. Akif Imtiyaz, nama anak ek? Nama ibunya ape? Hehe..

      Delete
  2. sikap masyarakat kita sekarang yang dah makin pudar nilai tanggungjawab

    ReplyDelete
  3. bisa tengok lori sampah bawa sampah yang berterbangan di atas jalan raya....tapi yang ini atas kereta pulak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lori sampah tu tak pe la jugak.. Hehe..

      Delete
  4. waaah , tak sangka macam ni sekarang. :'(

    ReplyDelete
  5. Selalu juga tgk..kalau setakat smpah je tak apa lagi.kalau kulit durian amacam lak ye?hehe.

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Ade sekali tu kete ana kat belakang. Kete depan ada bawak sampah atas bonet kete, pastu drive laju sgt. Sampai terpelanting sampah dia kat belakang. Mujur sempat brek. Bahaya betul.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.