Friday 6 June 2014

Kembali SEGAR !

Assalamualaikum w.b.t.. Kembali segar rasanya mata dan badan ni.. Kenapa dan bagaimana berlaku? Tidak lain dan tidak bukan, REHAT.. Sampai je rumah tadi, terus isteri ajak makan.. Dia dah tahu, kalau Eraz tak makan terus masa sampai, tak tahu pukul berapa la akan makan malam.. Entah-entah tak makan terus.. Lepas je makan, Eraz rehat atas sofa depan tv.. Sekali tertidur.. Itu sebab penat sangat-sangat, tertidur terus..

Dikejutkan bangun untuk solat Maghrib.. Lepas je solat Maghrib, tertidur lagi atas sejadah.. Nampak tak betapa penatnya plus kenyang kot sikit-sikit.. Hehe.. Lepas tu, pukul 9.45 pm kot bangun balik.. Masa tu tengok Zara pun belum tidur.. Terus mandi dan solat Isyak.. Dan sekarang, terus segar semua badan dan mata..

Kenapa? Sebab rehat cukup.. Tapi serius, memang susah nak cukup rehat.. Tapi insyaallah akan cuba.. Banyak kebaikan kalau cukup rehat.. Korang semua pun tahu.. Lagi satu, jangan amalkan tidur waktu maghrib.. Kadang-kadang badan jadi lemah.. Kes Eraz tadi, tak sengaja.. Hehe.. Lagipun, tertidur tu dah 7.45 pm.. Tapi bangun semula 8.10 pm kot untuk Solat Maghrib.. Tak sengaja juga lewat solat.. So adik-adik, jangan tiru yang negatif ya.. Adios amigos! Wassalam..

#Rasa macam hari ni hari Sabtu

#Gambar lama.. Nak gambarkan mata yang segar.. Tapi segar ke nampak mata tu? Korang rasa? Haha

6 comments:

  1. Segar ke? Cam nak tido balik je. Haha. If penat sgt, xpe je tetido lpas maghrb. Tp xleh buat selalu. Tak bagus utk kesihatan. ^_^

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala takpe dimaafkan hehe...sy pun ada gak kalau penat giler tertido tak kira waktu dah...

    ReplyDelete
  3. penat sangat tu... takpe...

    ReplyDelete
  4. Kalau dah penat mmg mcm tu

    ReplyDelete
  5. wah..sempat selfie lagi yer?hehehehe.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.