Wednesday 18 June 2014

Akibat penat !

Assalamualaikum w.b.t.. Malam semalam seolah-olah macam tidur mati.. Lepas kerja, kami sekeluarga ke KB Mall.. Lepas survey barang, solat Maghrib, beli barang dan terus balik.. Tapi di sebabkan mungkin badan dan otak ni penat dan ligat kat office, memang rasa kepenatan tu..

Sampai je rumah, terus mandi dan Solat Isyak.. Lepas tu tolong isteri settle kan Zara sebelum tidur.. Sekali dah settle kan Zara, Eraz tertidur sampai la Subuh pagi ni.. Giler.. Tak sedar langsung.. Wife pun biarkan je.. Dalam pada si suami ketiduran, si isteri abaikan penat sebab duk kemaskan pakaian si suami untuk outsation.. Alahai.. Terima kasih isteriku.. Walaupun penat, berjaya dia selesaikan.. Bangun pagi tadi tengok dah selesai walaupun Eraz tahu dia pun penat macam Eraz..

Dan lagi satu, sebenarnya ada satu 'homework' berkaitan kerja masih belum siap.. Ingatnya nak siapkan malam semalam la lepas mandi apa semua.. Tapi, aduh! Terpaksa curik masa sesi pagi ni untuk siapkan.. Doakan semua berjalan lancar k.. Amin.. Wassalam..

7 comments:

  1. kalau uruskan semua sendiri lagi penat eraz...tapi tak apa itu pengorbanan seorang isteri dan juga ibu...dan tak perlu mengeluh kann??? sebab tu suami2 kena hargai isteri2... ^_^

    ReplyDelete
  2. besar pengorbanan seorang isteri tu...

    ReplyDelete
  3. Tu la tugas isteri, meringankan beban suami. Sebab suami tu lagi byk pengorbanan kene buat. Alahai, isteri Eraz baca entri Eraz ni konfem terharu. Sebab suami ucapkan terima kasih...

    ReplyDelete
  4. Semoga segalanya nberjalan lancar ..Penat mmg penat tapi urusan penting kita kena dulukan ..Semoga kita sama2 bantu membantu baik isteri juga suami ..Bagus betul isteri Eraz ..penat camner pon still siapkan barang2 husband..Tabik untuk Mrs Eraz..

    ReplyDelete
  5. alahai..pengorbanan dan kasih seorang isteri..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.