Wednesday 11 June 2014

Nokia 3310


Assalamualaikum w.b.t.. Idea entri ni muncul lepas buat entri Wordless Wednesday #78 pagi tadi.. Eraz memang pernah dengar sebelum ni yang Nokia akan renew kan handphone popular zaman dulu-dulu iaitu Nokia 3310.. Tapi bila akan dikeluarkan, tak sure la.. Tup-tup pagi ni, masa duk merayau di Facebook, jumpa seorang kawan up kan gambar Nokia 3310 yang telah dibarukan.. So jadilah entri Wordless Wednesday #78 tu.. Bila akan dikeluarkan, pun tak sure..

Apa-apa pun, Nokia 3310 seperti dalam gambar tu, memang handphone pertama Eraz dalam hidup ni.. Masa sekolah menengah, memang tak guna handphone la.. Rasanya masa tu secanggih sekarang.. Lagipun orang kampung kan.. Tapi bila masa matrix, memang memerlukan handphone.. So abang ada beri pinjam satu handphone.. Rasanya Sony Ericsson kot.. Tapi itu pinjam.. Sendiri beli ialah Nokia 3310 la.. 

Itu pun beli selepas tamat Matrix dan further study di USM Penang.. Handphone tu memang lasak dan lama bertahan di tangan Eraz.. Sampai ke habis belajar di USM.. Tapi dah lupa bila last pegang handphone.. Dalam masa bersama 'dia', skrin pernah pecah.. Tukar baru.. Bukan handphone, skrin je.. Hehe.. Ya la, masa tu kan pelajar lagi.. Zaman tahun 2002 - 2005.. Mana ada income.. Berbeza dengan budak U zaman sekarang..

Apa motif entri ni? Haaaa... Dulu kami panggil handphone tu handphone batu bata.. Sebab memang tahan lasak.. Berbeza dengan handphone sekarang.. Sangat-sangat berbeza.. Dan sekarang ni pun, Eraz masih setia dengan handphone jenama Nokia but dibackup Samsung Tab untuk kegunaan office.. Kenangan bersama Nokia 3310 yang banyak dan sangat-sangat tahan lasak.. Functionnya pun (pada ketika itu) sangat bagus.. Keypad pun.. Errrmmmm.. Tapi handphone sekarang? 

Apa-apa pun, zaman berubah.. Teknologi berubah.. Jadi? Hanya kenang kenangan lama.. Susah senang dulu.. Hehe.. Entri sudah panjang berjela, merepek tak tentu pasal.. The End!

#Blogger muda sekarang, sure tak sempat nak kenal Nokia 3310

10 comments:

  1. x tahu plak nokia nak pattern semula 3310 nie..
    mungkin tercabar dgn samsung yang ada tochlight tue.
    heheh..
    mmg kenangan 3310 nie.
    paling best dulu berebut rigntone saper paling sedap :)

    ReplyDelete
  2. Yes! My 1st handphone also... lepas SPM cari kerja part time, gaji pertama beli Nokia 3310. hehe.. Siap tukar-tukar casing lagi! Memang tahan lasak walaupun jatuh banyak kali.

    ReplyDelete
  3. handphone yg paling tahan lasak kan... memang ada yg jual handphone ni kt fb...

    ReplyDelete
  4. pernah jugak pakai handphone nii.nostalgia kot :)

    ReplyDelete
  5. nostalgia sangat hp ni.. tahan lasak..jatuh berkali2 pon dok elok lagi..

    ReplyDelete
  6. Hahaha akak pon HP pertama yang ni la Eraz ..Mmg tahan lasak jatuh beberapa kali pon masih OK lagi berbanding HP sekarang sekali jatuh KIOKKK sudahh ...NI kira LEGEND la nie .

    ReplyDelete
  7. Sama la..itula hp pertama kathy juga ..tapi hp ni mmg luar biasa tahan lasaknya.

    ReplyDelete
  8. 3310 ni kalau terbang dari tingkat dua pun rileks je. X rosak ape. Hp sekarang, jatuh bawah katil je pun dah rosak. Dah takleh nak touch. Huhu. Bezakan. Nokia 3310 sentiase didalam ingatan XD

    ReplyDelete
  9. suka phone tu..than lasak..:)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.