Sunday 15 June 2014

Tidak boleh tapi buatkan boleh..

Assalamualaikum w.b.t.. Apa yang tak boleh tapi dibolehkan? Sebenarnya kali ni nak buat entri pasal Pesanan Khidmat Masyarakat lagi.. Sebut pasal U-Turn di jalan raya.. Tak salah kalau U-Turn di tempat yang betul.. Tapi ada juga pemandu yang degil.. Tahu la kan apa dia buat?

Nyata-nyata tempat tu tak dibenarkan u-Turn, tapi dia buat juga.. Dah menyusahkan pemandu yang sepatutnya U-Turn di situ.. Terhalang pemandangan.. Lagi boleh menyebabkan jammed.. Betul tak? Lagi teruk ialah kemalangan..

Eraz pernah baca dan memang berlaku dekat dengan kawasan Eraz.. Disebabkan kawasan tu tak boleh, tapi ada yang degil u-Turn jugak.. So disebabkan tak sangka kereta hadapan nak u-Turn, mangsa terpaksa mengelak dan kemalangan merempuh bahagian tepi jalan.. Juga menyebabkan maut hampir semua yang ada.. MasyaAllah..

Jadi, sama-sama lah kita mematuhi peraturan jalan raya.. Kita beringat, orang lain pun beringat.. Kita hati-hati, orang lain pun hati-hati, insyaallah.. Bismillahhirrahmanirrahhim.. Eraz nak drive balik Machang.. Wassalam..

#Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh ERAZFADLI.COM

7 comments:

  1. la eraz xtau ke.. rakyat malaysia ni suka buat bnda yang xboleh buat baru rare katanya

    ReplyDelete
  2. Kalau ikut je peraturan macam akak ni orang kata skema.Skema pun skemalah.Akak ikut je peraturan. :)

    ReplyDelete
  3. isk isk isk..tak patut la buat macam tu

    ReplyDelete
  4. Betul tu sama2 kita patuhi peraturan yang telah ditetapkan ,,., Janagn main redah jer tak tgk mana betukl mana salah ... Masa nak dapat lesen pandai jer ikut peraturan bila ada lesen ikut la semua peraturan ..

    ReplyDelete
  5. Kadang2 orang tu tersilap jalan..

    ReplyDelete
  6. tu yang sakit hati kalau situasi begitu....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.