Wednesday 16 October 2013

Abah kecewa ..


Assalamualaikum w.b.t.. Serius nampak abah kecewa semalam.. Ini semua disebabkan oleh lembu yang nak dikorbankan.. Dah la janji tak ditepati.. Masa mula-mula nak beli lembu untuk dikorbankan tu, Abah dah pergi tengok lembu tu.. Isteri penjual tu yang tunjukkan lembu berkenaan.. OK je.. Bila duit dah bayar, tunggu punya tunggu, sampai la maghrib malam raya, baru la lembu tu sampai..

Alhamdulillah la kan sebab dah sampai tapi.. Ada tapinya.. Lembu yang sampai tu, alahai, kurus! Itu yang buat Abah kecewa.. Dah janji dengan pemegang bahagian yang lain dengan harga sekian sekian sebab lembu tu 'cantik' kan.. Tapi bila dah sampai dengan lembu yang kurus, Abah kecewa.. Camne kalau orang nampak dan fikir bila tengok lembu tu kurus.. So. Abah terpaksa turunkan harga supaya pemegang bahagian la puas hati..

Abah memang setiap tahun korban kan lembu.. Tapi berkongsi dengan orang lain dengan bahagi bahagian masing-masing.. Selalunya memang Abah akan beli awal dan pelihara dulu bagi berisi sikit.. Baru la puas hati nak buat korban kan.. Tapi sebaliknya kali ni kerana orang yang jual lembu tu buat hal, dah la hantar lambat, hantar lembu kurus pulak..

#Nampak Abah kecewa..

14 comments:

  1. kalau saya pun kecewa...tapi biarlah mereka yang jawab di sana nanti...

    ReplyDelete
  2. maknanya janji tak ditepati....so sad...

    ReplyDelete
  3. Janji dicapati pulak.. Huhuu. Its okay ^^,

    ReplyDelete
  4. sabar
    Moga2 ibadah korban kita diterima
    amin

    ReplyDelete
  5. samala kat sini...
    lembu yang kami dapat kurus...
    masa bahagi 7bahagian, rasa sedih sebab sikit je bahagian yang boleh sedekahkan pada anak yatim@fakir miskin...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.