Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 23 May 2014

Aktiviti Bebas !

Assalamualaikum w.b.t.. Lepas je Jungle Trekking pagi tadi, terus kami semua serang tempat main air di Felda Residence Hot Springs, Sungkai ni.. Pertama sekali berenang dan berendam di tempat mandi air panas.. Bukan panas sangat pun.. Tapi suam-suam.. Lega bila dapat berendam dalam tu.. Tambahan lagi beramai-ramai.. Ala-ala discussion dalam air.. 


Kedua, kami pergi di tempat air panas yang mana boleh bagi telur masa sepenuhnya.. Nak bagi masak separuh pun boleh.. Eraz tak beli la telur tu.. Tapi ada dikalangan rakan Eraz beli.. So diaorang masak sendiri.. Di sebelah tempat masak telur tu, ada tempat yang boleh rendamkan kaki.. Air suam-suam panas.. Sesuai nak rendam kaki.. Mandi memang tak boleh la sebab panas.. Masak nanti.. Ada kebaikannya tu..


Seterusnya yang terakhir Eraz dan rakan-rakan sempat terjah ialah tempat mandi manda.. Kali ni air sejuk pulak.. Tapi panas kan.. Dapat la duduk di bawah air terjun.. Ala-ala spa.. Air mengutur kepala dan bahu serta belakang.. Dan, dah lama giler tak main benda-benda ni.. Gelongsor air.. Last main masa kat Gambang.. Masa tu tak de budak.. So kami yang tua-tua ni kuasai.. Haha..


Sorry la, Eraz memang tak sempat nak snap gambar sendiri.. Semua gambar kat atas tu google je.. Memang tak bawak semua peralatan.. Kunci bilik je.. Lepas je Jungle Trekking, terus main semua tu.. Ada kawan yang tak main air tu bawak handphone.. Tapi malas la nak mintak.. Hehe.. Lepas main air tu, terus hilang penat masuk hutan.. Macam dilupakan.. Hehe.. 

11 comments:

  1. Bestnya kalau dapat pergi ni...

    ReplyDelete
  2. kat sini ada jugak tempat mcm tu.. nama air panas ulu legong, baling..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti ada kelebihan masing-masing kan..

      Delete
  3. bestnya..macam best je nak outing dgn family ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. Terbayang-bayang datang sini dengan family..

      Delete
  4. wah besh! lama tak buat aktiviti mcm ni dgn family

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak gi mandi air panas...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.