Kenapa Si Kecil Suka Sangat Buka Peti Ais? | Assalamualaikum w.b.t.. Peti Ais dengan si Kecil memang tak dapat dipisahkan kot.. Anak-anak Eraz sendiri pun memang dua-dua tu memang tak boleh kalau nampak peti, terus nak buka.. Kakak Zara dah ok dah sekarang, tapi tukar la pulak turn kepada Adam Fitri.. Tapi kalau tak panggil atau larang sikit, memang duduk kat situ la jawabnya.. Haha..
Anak-anak korang macamana? Dalam sehari tu, berapa kali mereka pergi buka peti ais.. For sure korang rasa tak selesa kan.. Risau pun ada.. Macam-macam rasa.. Budak kecil biasa la, kalau dah buka peti ais, memang dia akan explore habis-habisan.. Tak mustahil juga akan tumpah sesuatu.. Haha.. So hari ni Eraz nak share kepada mereka berbuat demikian.. Puncanya la.. Lepas dah tahu apa puncanya mungkin boleh buat langkah pencegahan dan keselamatan untuk elakkan anak daripada mendapat bahaya..
Ini apa yang Eraz baca dan boleh share dengan korang semua.. Sebenarnya ada beberapa sebab yang mungkin menyebabkan si kecil kita dari usia 10 bulan hingga 6 tahun sangat suka buka pintu peti ais.. Ini antaranya:
1. Rasa ingin tahu yang sangat tinggi
Bayi dan kanak-kanak memang terkenal dengan sikap ingin tahu mereka yang tinggi.. Mereka asyik lihat papa dan mama buka pintu peti ais jadi keinginan untuk mencuba turut ada dalam fikiran mereka. Bila dapat peluang memang tak akan dilepaskan..
2. Menarik perhatiannya
Bentuk objek peti ais itu sendiri sangat menarik perhatian si kecil.. Apatah lagi jika selalu memerhatikan orang dewasa buka dan tutup pintu peti ais serta mengeluarkan pelbagai barangan daripadanya..
3. Kagum dengan pencapaian sendiri
Biasanya mula-mula si kecil hanya kerap berdiri depan peti ais sambil cuba membuka pintunya tetapi tidak berjaya.. Namun, hasil tak mengenal erti putus asa jangan terkejut kalau anak anda akhirnya berjaya membuka sendiri pintu peti ais.. Kali pertama berjaya, anak anda akan ketawa gembira dan bangga dengan pencapaiannya.. Selepas itu mereka akan jadikan tabiat buka peti ais sebagai satu aktiviti wajib setiap hari.. Bertabahlah mama!
4. Cari makanan atau minuman kegemaran
Mereka tahu dalam peti ais ada banyak makanan dan minuman yang disimpan oleh papa dan mama. Mungkin juga ada makanan dan minuman yang mereka tidak dibenarkan makan.. Jadi si kecil berusaha untuk mendapatkan makanan dan minuman kegemarannya di dalam peti ais..
5. Melatih kemahiran tangan
Dari sudut positif, kebolehan si kecil membuka pintu peti ais adalah satu bentuk kemahiran motor halusnya apabila mereka semakin mahir menggunakan tangan.. Jadi, tabiat membuka pintu peti ais boleh juga menjadi satu rangsangan positif pada perkembangan kemahiran tangannya..
6. Si kecil memang bijak
Bukankah sikap semula jadi si kecil memang meniru perbuatan orang dewasa.. Sebenarnya mereka sedang meneroka persekitaran dan belajar banyak perkara daripadanya dan sememangnya si kecil anda budak bijak!
Ok tak punca-punca tu? Macam menarik je kan.. Anak-anak Eraz kalau kali pertama berjaya buka peti ais tu sendiri, memang boleh recall la macamana reaksi mereka.. Tapi.. Kalau dah sampai kerap sangat buka peti ais tu, bahaya juga.. Kena ambil langkah berjaga-jaga la pulak.. Kita la kena pastikan keselamatan mereka..
Gambar Hiasan - Sumber En. Google
Berikut antara langkah keselamatan yang mesti dilakukan bagi mengelakkan anak diancam bahaya.. Insyaallah.. Sama-sama kita praktikkan..
1. Jangan biarkan anak berseorangan di dapur kerana bimbang dia akan buka dan masuk dalam peti ais.
2. Jauhkan plug peti ais daripada jangkauan si kecil..
3. Jangan simpan ubat atau sebarang makanan/minuman yang tidak sesuai untuk anak kecil dalam peti ais..
4. Jika boleh segala makanan/minuman dalam botol/bekas kaca jauh daripada capaian anak bila dia membuka peti ais..
Wassalam.. Semoga entri ini membantu dan memberi maklumat kepada semua..
Kredit :
PA & MA
Read more ...