Showing posts with label Protege. Show all posts
Showing posts with label Protege. Show all posts

Thursday, 24 July 2014

Kad Raya 2014


Assalamualaikum w.b.t.. Semalam dapat satu iaitu dari my Mentor, Kak Mialiana, hari ni dapat lagu dua iaitu dari adik protege, Anim dan Sally.. Tapi.. Minta maaf banyak-banyak sebab Eraz memang tak sempat nak buat kad raya.. Dah banyak tahun kot tak buat.. Memang tak sempat.. Banyak hal dan aktiviti kena settlekan sebelum bercuti hari raya ni.. 

Terima kasih juga kepada Sally sebab berikan duit raya untuk Zara.. Bertambah koleksi duit raya dia.. Hehe..

Semalam baru settle handle satu majlis berbuka puasa dan malam ni ada satu lagi, khas untuk Anak Yatim Asrama Bakti Machang.. Insyaallah harapnya kami dapat membantu sedikit sebanyak.. Insyaallah..

Read more ...

Friday, 16 May 2014

Happy Mentor's Day


Kredit Gambar : Cik Puan Bubblynotes

Assalamualaikum w.b.t.. Pagi tadi dah buat entri pada Hari Guru.. Tapi malam ni buat entri Mentor's Day pulak.. Haha.. Lebih kurang je tu kan Guru dan Mentor.. So entri khas ini ditujukan kepada Kak Mia Liana yang mana beliau sudah menjadi mentor Eraz dalam dunia blog ni sejak 05 Februari 2013 lepas lagi.. Banyak tunjuk ajar yang diberikan.. Malahan banyak juga benda baru yang diajar.. Alhamdulillah..

Selepas Eraz, Kak Mia bermurah hati lagi untuk mencurahkan ilmu kepada Cik Puan Farah kita, a.k.a. Cik Puan Bubblynotes.. Selepas itu, lahir lagi dua protege iaitu Cik Sally dan Cik Anim kita.. Alhamdulillah.. Semuanya sudah berada di tempat tersendiri tapi masih belum boleh lawan mentor lagi la kan.. Pastilah mentor lagi hebat kan..

Thank you so much atas usaha dan ilmu yang dicurahkan! Dari kami semua.. HAPPY MENTOR'S DAY KAK MIA LIANA..

From :
Adik baru ??? Jeng jeng jeng..

Read more ...

Friday, 19 April 2013

Jutaan Terima Kasih Kepada Blogger, Puan MiaLiana

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa sudah baca entri khas Kak Mia INI, mesti sudah tahu akan cerita ini.. Alhamdulillah, bermula 05 Februari 2013 baru-baru ini, Eraz diberi kepercayaan untuk menjadi protege kepada seorang blogger senior yang berpengalaman dan berilmu iaitu Kak Mia.. Jadi hari ini sudah 2 bulan lebih Eraz mendapat ilmu daripada Kak Mia dalam dunia blogging ni..

Setelah Eraz berjaya berada di ranking bawah 100,000 dalam Alexa.com, barulah Kak Mia membuat pengumuman di entri khas INI.. Terima kasih yang tak terhingga kepada beliau dan Eraz tidak akan lupakan ilmu-ilmu yang telah diberikan selama lebih 2 bulan menjadi protege beliau.. Dalam pada Kak Mia sibuk dengan kerjanya, blognya juga, Kak Mia masih sempat memberi tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu.. Banyak ilmu yang telah diajar demi memajukan diri lagi dalam bidang ni.. Jasamu dikenang.. Thank you so much!

#Siapa akan menjadi protege kedua beliau? Tungguuuuuuuu...

Read more ...