Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 8 September 2014

Papa Hero Saya !


Assalamualaikum w.b.t.. Papa Hero Saya ni salah satu program baru di Astro Ria.. Start dalam bulan Ogos 2014 lagi rasanya.. Siaran hari Ahad pukul 7.30 pm.. Eraz tak pernah tengok pun sebelum ni.. Tapi semalam baru perasan.. So terus rekod sebab nak tengok apa pengisian dalam tu.. Turn siaran tu untuk pelakon Riezman Khuzaimi dengan anak lelaki dia berumur 5 tahun..

Ada la cerita mereka pergi ke Taman Burung.. Eraz memang dari Zara lahir, tak sabar nak tunggu Zara boleh jalan dengan stabil.. Kalau tiba masa tu, boleh la Eraz bawa dia jalan-jalan masa cuti.. Bagi dia jalan sendiri, pimpin tangan.. Tak bawak di jalan-jalan kat taman, boleh bawak ke shopping complex ke.. Atau pun ke pantai ke.. Ke mana-mana lah janji boleh jalan-jalan..

Sekarang Zara dalam belajar untuk berjalan.. Mungkin dua tiga bulan lagi, boleh la berjalan dengan lancar kot.. Sekarang pun dah boleh bawa dia jalan-jalan.. Tapi masih di atas dukung la.. Tak bebas sikit.. So Zara, Papa tunggu lagi dua tiga bulan untuk kita mulakan aktiviti Papa & Zara!! Cool.. Selamat hari Isnin semua!!

#Papa akan selamanya akan jadi Hero kepada Zara dan adik-adik Zara nanti.. Seperti atuk Zara yang menjadi Hero kepada Papa.. Ok!

6 comments:

  1. Nak tips tak bagi zara cepat pandai jalan? Ana dulu selalu buat kat anak buah sendiri. Pepagi tu cer bawak zara gi padang yang ada embun pagi tu. Tatih jalan kat situ seminggu. Insya-Allah nanti zara cepat je pandai jalan. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Program ni mcm sama dgn program 'Return of Superman' kn?

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.