Sunday 14 September 2014

Masa berharga bersama Zara ..


Assalamualaikum w.b.t.. Errrmmmm.. Hari ni Zara bangun pukul 5.00 am lagi.. Awal giler tu.. Kebetulan pula dia tak pergi Nursery sebab Papa cuti, so main la ke situ ke sini kan.. Tapi macam biasa biasa, kalau dia bangun awal, lepas subuh tu, mesti dia tidur balik walaupun sekejap, orang kata untuk caj tenaga balik.. So bangun semula tu, baru la boleh mandi, makan dan lain-lain la..

Cuma satu yang Zara tak sanggup bila bersama Zara ialah masa Eraz duduk update blog or maybe sedang buat kerja, Zara duduk main sorang-sorang or tengok tv sorang-sorang, or maybe duk tengok buku pad dia sorang-sorang.. Eraz rasa macam tak patut je biarkan camtu.. Lonely.. Jadi automatik kalau masa tu tengah menaip ke apa, tinggalkan laptop terus duduk tepi dia..

Ada ketikanya lupa juga, syok sangat menaip apa-apa kat laptop, anak duk main kat depan mata.. Tersedar.. Ehhh! Terus tukar set minda untuk off laptop dan terus pergi kat Zara.. Sebab tu la, time Zara tidur, masa tu Eraz menaip entri jika guna laptop.. Kadang-kadang tu, but jarang-jarang la, kalau Zara main sampai tertidur, Eraz sendiri pun boleh tertidur sama.. Hehe..

Biasa la, ibu bapa mana yang tak utamakan anak.. Anak segalanya.. Membesar dari kecil ke besar depan mata kan.. Mengharapkan kehidupan yang baik dan bahagia.. Sekadar berkongsi apa yang dirasa.. Ibu bapa lain pun macam tu juga..

#Harap suatu hari nanti, Zara baca entri-entri yang papa tulis ni..

3 comments:

  1. Untungnya zara dapat papa penyayang..

    ReplyDelete
  2. Yup! Betul tu. Anak lebih penting dari segalanye. Mase bila lagi nak luangkan masa dgn anak. Hari lain sibuk keje + study. Hari cuti laa masa utk bersenang lenang dgn anak. :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.