Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 17 September 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 17 - 5 Perkara Yang Anda Rindu, Apa Sahaja


Assalamualaikum w.b.t.. #Cabaran30Hari dah masuk ke #Hari17.. Cepat giler pulak rasanya.. Ada tajuk yang santai-santai, ada tajuk yang Eraz rasa kena serius.. Hehe.. Tapi tajuk kali ni ala-ala throwback lagi.. 5 Perkara Yang Anda Rindu, Apa Sahaja.. Tapi 5 je? Hehe.. Apa-apa pun, harapnya korang sudi baca 5 perkara di bawah :

1. Zaman kanak-kanak : Zaman yang tak kan dapat dilupakan masa Eraz kecik sampailah masa lepasi zaman kategori kanak-kanak.. Hehe.. Naik moto pergi mandi sungai dengan abah.. Memancing dengan abang sampai pengsan sebab penat berlari.. Nasib baik belakang rumah je.. Main dengan air banjir dengan abang.. Masa tu abang dan abah buatkan rakit dengan batang pisang.. Dan lain-lain lagi la..

2. Zaman sekolah : Dulu masa sekolah, ada geng.. Pergi sekolah naik basikal.. Masing-masing punya basikal la.. Pergi dan balik sekolah.. Lagi-lagi belajar sekelas.. Dan yang paling tak dapat dilupakan ialah musim hujan, balik sekolah dengan basikal, hampir nak kena langgar dengan kereta.. Kereta tu pulak rasanya kerana cikgu.. Nasib baik tak cedera.. Eraz cuma patah payung.. Kawan Eraz rosak tayar basikal.. Sekarang? Masing-masing dah sibuk dengan keluarga masing-masing..

3. Zaman di Matrikulasi : Masa ni tahun 2001.. First time kena berjauhan dengan Ma Abah.. Sebelum ni sekolah dekat rumah je.. Tapi lepas dapat result SPM (alhamdulillah kategori ok la), dapat la tawaran ke Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Melaka.. Selain dapat budaya dan kawan baru, HOMESICK la.. Almaklum la tak pernah jauh dengan keluarga.. Kerap giler telefon kampung.. Syiling memang kena sentiasa ada.. Malam-malam pun sanggup turun buat call.. Masa tu dari pihak Matrix, memang tak boleh bawa handphone.. Andai kata boleh pun, orang kampung mana la mampu..

4. Zaman di USM, Penang : Tom, Jeghi, Joe, Aien dan Ieja.. Kami adalah 6 sekawan yang tak pernah sekali pun tak bersama.. Pagi, petang, siang, malam.. Dari aktiviti dalam USM, sampailah luar USM.. Dah macam adik beradik.. Naik Bukit Jambul, daki Gunung Jerai, pergi air Terjun dan lain-lain lagi la.. Alhamdulillah sampai sekarang walaupun masing-masing dah ada keluarga dan kerjaya masing-masing..

5, Saat pertama kali tahu isteri mengandung dan dalam masa yang sama dapat tahu akan jadi ayah.. Ya Allah.. Tak dapat nak explain.. Rindu giler saat tu.. Saat beritahu family mertua sebab Zara ni first cucu.. Apa-apa pun sekarang Zara dah besar.. Alhamdulillah.. Buat apa la kat Nursery tu...

Alhamdulillah, selesai #Cabaran30Hari yang masuk ke #Hari17 ni.. 

10 comments:

  1. tak apa rindu masa mula2 nak tau zara ada dalam perut tu akan berulang...bila mana... adik zara nanti...hik hik hik...

    ReplyDelete
  2. Yang no 5 kenangan paling manis kan? Waktu Zara dalam perut. :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum dan singgah ptg Eraz...bnyk sangat yang nak di rindui....paling rindu saat bersama kedua ibubapa Diana...walaupun mereka telah tiada...tapi rindu itu sentiasa hadir dalam diri Diana....

    ReplyDelete
  4. saat tahu isteri mgandung tu yg best , i can imagine that

    ReplyDelete
  5. Yes..kenangan no.5 yg paling rindu. Rindu nk ngandung lagi.

    ReplyDelete
  6. mesti para isteri akan merindui sangat2 saat no.5 tu..

    ReplyDelete
  7. Itu dia saat paling manis dan dirindui bila dah berumahtangga .no. 5 sy suka.

    ReplyDelete
  8. Zaman kanak² paling bahagia kan Eraz. Tapi bila baby menendang² dlm perut dn kita rasa dgj tgn dr luar... yg tu memang true happiness :)

    ReplyDelete
  9. saya pon homesick masuk duk asrama..xpernah duk jauh..sebulan pertama nagis kot hari2..hehehe
    sampai ayah dah tak tahu nak buat ape dah.. baru tahu tu la perasaaan homesick.

    Tips Memilih Supplement Sendi Yang Betul

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.