Sunday 14 September 2014

Konsert Minggu Kedua AF 2014 | Wawa Tersingkir

Konsert Minggu Kedua AF 2014 | Wawa Tersingkir - Assalamualaikum w.b.t.. Kehangatan AF 2014 rasanya masih suam-suam kuku kot.. Malam ni nampaknya disajikan dengan drama-drama macam AF dulu-dulu.. Tak tahu kenapa Eraz rasa macam 'tak patut' dan seolah-olah mengganggu pelajar berkenaan untuk membuat persembahan.. 'Drama' yang dipaparkan macam tak relevan dengan AF or maybe salah buat 'drama'.. 

Konsert Minggu Kedua AF 2014 | Wawa Tersingkir

Kalau dulu, kemunculan penyanyi asal ke pentas diakhir persembahan pelajar agak menjadi, tapi malam ni, kemunculan Ramlah Ram nampaknya macam tak kan diingati.. Maybe sekejap sangat or tak de impak sangat.. Juri? Rasanya salah satu faktor penting nak tarik penonton.. Adanya juri macam Dato' Ramli MS, terbaik.. Jadi juri rasanya perlu telus dan jujur.. Berterus terang je.. Kalau boleh, biarlah ketiga-tiga komen.. Jangan seorang je.. Tak kan lari masa punya kalau atur betul-betul or buang drama yang tak patut..

Konsert Minggu Kedua AF 2014 ni, persembahan Adel nampaknya di antara yang best.. Nuha juga dipuji oleh Dato' Ramli MS.. Keseluruhan memang ada yang OK dan tak OK.. Contoh Wawa menyanyikan lagu Wajah Kekasih - Dato' CT.. Persembahan Ziha, macam minggu lepas je kan.. Aman, tetap nampak malunya dalam persembahan.. Errrmmmmm.. Apa-apa pun, biasa la, mereka kan pelajar.. Masih dalam proses pembelajaran.. Cuba bagi kat Eraz nyanyi, sah-sah ke laut kot.. Sebab tu tak g audition AF.. Hehe..

Konsert Minggu Kedua AF 2014 telah menyaksikan penyingkiran Wawa.. Berdasarkan persembahan Wawa malam ni, rasanya persembahan beliau di minggu lepas, lagi ok kot.. Itu pendapat peribadi la.. Oklah! Finished.. Saje melepaskan gian nak menaip entri panjang-panjang hari ni.. Wassalam..

6 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam singgah pagi Eraz...Edal cantik manis berbaju kebaya labu...Firman dgn gaya rocknya...Nuha tetap mendapat pujian seperti minggu pertama....

    ReplyDelete
  2. Haihhh..still tak terlayan2 AF. :D

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Eraz. Saya dah lme dah xlayan AF ni. Last tgk pun mse stacy menang dulu. pas tu dah xlyn sbb diorang ni lbh byk drama drpd talent. ni pendapat sya lah. kebanyakkan diorang ni takat popular mse AF je lepas AF senyap tenggelam. Saya lg prefer tgk one in a million. hahaha... ape2 pun bg sya AF ni perlu tingkatkan lbh lagi dr segi pengajaran dlm bidang seni kalau diorang btl2 nk survive dlm dunia seni ni. kalau boleh AF ptut jd medan untuk hasilkan artis yang bertaraf antarabangsa macam Yuna dan Shila Amzah. =)

    ReplyDelete
  4. Wawa ni org Dengkil, smlm gimik kerepek x menjadi...kesian dia dah tersingkir.

    ReplyDelete
  5. PG pun da lama tak tengok AF ni. ada yang kata relevan dan tak relevan. tak tahu la which one. tapi semalam kebetulan tertengok af semasa persembahan wawa, kebetulan je. hehe. jadi, PG rasa drama sebabak tu no need la sebenarnya. kita da maju ke depan kot. mungkin boleh buat benda lain kan. apa pun, suara wawa, no komen. kejam juga kalau PG kata, memang akan keluar awal. tak sangka pula keluar semalam.

    ReplyDelete
  6. Tak layan AF..astro tak ada..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.