Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 11 September 2014

Soalan Sains UPSR 2014 Bocor !!

Soalan Sains UPSR 2014 Bocor | Assalamualaikum w.b.t.. Masa duk panaskan enjin kereta nak balik petang tadi, dalam salah sorang staf di pejabat tanya dalam group Whatsapp, 'Betul ke soalan UPSR bocor??".. Eh! Biar betul.. Gosip je kot.. Tak kan la berlaku.. Sekali rupa-rupanya betul.. Ingatkan orang buat cerita je.. Rupa-rupanya Soalan Sains yang bocor..

Peperiksaan subjek Sains yang dijadualkan pagi nanti, 11 September terpaksa ditunda ke 30 September.. Dah melambatkan saat 'merdeka' adik-adik UPSR kita ni.. Macamana la agaknya boleh bocor.. Logiknya memang tak mustahil.. Tapi pasti ada dalangnya kan.. Nasib baik la dapat detect awal.. Kalau tak, memang tak adil la bagi yang lain.. Macam-macam la..

UPSR.. Teringat la pulak zaman tahun 1995.. 1995?? Sekarang 2014.. Haha.. Berapa tahun yang lepas tu? Hehe.. Memang sah 'kertu' la.. Hehe.. Zaman Eraz dulu, 4 subjek je.. Pemahaman, Penulisan, Matematik dan Bahasa Inggeris.. Apa-apa Good Luck untuk salah seorang anak buah yang duduki UPSR tahun ni.. 

Soalan Sains UPSR 2014 Bocor

9 comments:

  1. bcor tak bcor tu depends jgk adik2 boleh jwab ke tak
    oh tahun 95 amek upsr? MG baru tadika :P

    ReplyDelete
  2. Tu lah..boleh bocor..yg lagi pelik..xde soklan back up.. Xmemasal tunda..ooo..lebih kurang tahun kita amik UPSR eh..Dezz amik tahun 1994.Hehe!

    ReplyDelete
  3. tu lah.. macamana boleh bocor. Pelik juga. Apapun gud luck untuk adik2 kita semua tu.

    ReplyDelete
  4. bocor? ala.. macam tak biasa. sedangkan SPM pun boleh bocor... :P
    btw, tahun 1995 sy tak de lg kat dunia nii...hehe

    ReplyDelete
  5. Kenapa yer ler terjadi.....dah nak merdeka budak2 yg menduduki Ujin UPSR terpaksa kena tangguh ke akhir bulan.....kesian kat dorg ni...yg membocorkan tu...betul2 tak amanah langsung.....

    ReplyDelete
  6. siapa yang bocorkan kalau bukan orang dalam lembaga peperiksaan tu sendiri? erm, begini la jadinya kalau ambik pekerja yg tak amanah. :(

    ReplyDelete
  7. Patutlahh mengeluh je adik ana sorg tuh. Haha. Rupenye tunda. :D siannn.. Tragis sungguh upsr 2014.

    ReplyDelete
  8. Hmm..ada hikmah kot? So dapat la study lebih masa sikit..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.