Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 28 September 2014

Hari ketiga ke HUSM

Assalamualaikum w.b.t.. Kami baru balik dari Unit Kecemasan HUSM untuk hari ketiga.. Macam Eraz beritahu semalam, ianya untuk buat ujian darah bagi demam denggi.. Bukan Eraz tapi isteri tersayang.. Nasib baik Eraz cuti hari ni dan isteri pun dapat MC.. Zara automatik tak g nursery la.. Eraz jadi Mr. Mama yang akan jaga isteri dan Zara.. Hehe..

Platlet darah pada hari ni, Isnin nampaknya makin turun.. Hari ni mencecah 129.. Banyak turun tapi positifnya kandungan air dalam badan makin naik.. Kira ok lah.. In case kandungan air makin kurang, itu bahaya.. So esok kena pergi lagi buag ujian darah.. Harapnya makin ok.. Kejap lagi nak keluar p pasar basah untuk cari Ketam Nipah..!

5 comments:

  1. usahakan agar dapat cepat sembuh. Kalau kenal kington mineral produk elken lagi bagus beli,sebab demam denngi di kepala, melibatkan otak semua kan. Kington mineral ni kualiti membantu sembuhan cepat demam dan sel badan jadi kuat.Ikhlas dari etuza..sahabat maya

    ReplyDelete
  2. ketam tu ke petua!. tak gatal ke nanti Eraz. Sebab ipar saya ada kena ni dia kena time bertugas di Sandakan sabah. mujur cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. Hmmmm...alhmdulilah klu platlet semakin turun..moga isteri eraz segera sihat..

    ReplyDelete
  4. Semoga isteri Eraz cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  5. Alahai..papa mithali. Jaga anak dan isteri yg sedang sakit. Semoga cepat sembuh..amin...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.