Thursday 18 September 2014

Kalau Dulu #4 | Kenangan Abah guntingkan rambut


Assalamualaikum w.b.t.. Siapa pernah nampak mesin gunting rambut tu? Siapa pernah guna? Eraz google dan jumpa di Mudah.my.. Kenapa tiba-tiba google? Sebabnya tiba-tiba teringat zaman sekolah dulu yang mana Eraz memang tak pernah pergi ke kedai gunting rambut.. Abah la yang jadi tukang gunting rambut Eraz dari kecil sampai la sekolah.. Walaupun Abah penat kerja, dia tetap luangkan masa lepas balik kerja..

Kalau Eraz rasa perlu rambut dipotong, risau cikgu marah, awal-awal pagi dah beritahu Abah yang petang ni nak gunting rambut.. Ala-ala buat appointment la.. Dulu, Abah tak gunakan mesin elektrik.. Dia hanya gunakan mesin gunting rambut seperti yang di atas dan gunting je.. Kalau dengan mesin, cepat la siap.. Tapi bayangkan guna benda tu.. Dah la dia penat kerja, tapi sabar je sebab nak gunting rambut anak teruna ni..

Kadang-kadang bila Abah banyak kerja, balik malam, pun dia tetap gunting rambut Eraz.. Ya la, takut cikgu marah kan.. Pattern? Satu je la Abah tahu.. Pattern budak sekolah.. TQ Abah untuk salah satu pengorbanan tu.. 

Sekarang Abah dah tak kerja.. Buat kerja kampung je.. Kadang-kadang nampak Abah macam letih sangat.. Tapi support anak-anak, dia boleh kuatkan diri.. Dua hari lepas, Eraz ada belikan satu vitamin untuk Abah.. Sebab Abah beritahu yang dia macam penat, kurang selera makan.. Harapnya dengan supplement tu, Abah akan kekal bertenaga macam dulu..

Sekarang? Tidak lagi gunting rambut dengan Abah.. Abah pun dah tua.. Mata pun tak jelas macam dulu.. So Salon jadi tempat sasaran Eraz sekarang.. Kenangan bersama Abah dan mesin gunting kat atas tu akan tetap menjadi kenangan.. Sentiasa doakan Abah sihat walafiat.. Amin.. Sayang Abah!

7 comments:

  1. best la ada parent atau adik beradik pandai gunting rambut... cakap je fashion ape nak.. jimat duit pun iye jugak... hihi..

    ReplyDelete
  2. jemput jengok blog saya jugak... jangan lupe follow yer :)

    ReplyDelete
  3. Amin..moga abah eraz sentiasa sihat.. Untungnya masih ada abah.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah nampak gunting rambut camtu. Wuuu~ nostalgia abisss!

    ReplyDelete
  5. ini mesin gunting rambut old skool ni kannn???

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.