Friday 12 September 2014

SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !


Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni En. Ben Ashaari kita buat satu lagi segmen.. Kenapa dia buat segmen lagi hari ni? Tujuan? Korang kena pergi ke entri berkenaan dengan klik banner di atas.. Pasti akan korang akan faham.. Ok! Tajuk kali ni ialah SEGMEN BEN ASHAARI :  AKU , SEORANG BLOGGER !.. Ok! Boleh baca ni..

Apa peranan Eraz sebagai blogger kepada orang sekeliling, masyarakat dan negara.. Ok.. Kalau untuk orang sekeliling dan masyarakat, Eraz mengharapkan supaya semua entri yang terhasil di erazfadlidotcom akan berguna pada semua.. Eraz memang dah setkan kalau boleh tak nak ada entri yang terlalu negatif yang mana boleh membuatkan orang terfikir benda yang tidak positif.. Harapnya boleh membantu pembaca yang datang la.. Kepada negara? Mungkin perkongsian berita yang memerlukan semua rakyat Malaysia tahu..

Eraz sekarang ada kerja full time.. Tapi, sebagai blogger, memang sekadar part time la.. Jangan tak percaya, kalau kita jadi blogger yang berjaya, gaji mungkin akan lebih daripada kerja full time.. Tapi kena betul-betul berusaha la kan.. Berhenti kerja sekarang, buat masa ni, tak la.. Tapi tidak mustahil lepas-lepas.. Dah ada dalam kepala, tak kan selamanya nak kerja makan gaji kan.. 

Apa harapan Eraz sebagai seorang blogger? Kalau boleh, kita berkongsilah perkara atau issue yang positif.. Jangan sampai nanti, ramai blogger kena saman itu ini disebabkan menyebarkan berita palsu dan fitnah.. Jagalah etika kita sebagai seorang blogger.. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..

Jadi, sesiapa yang berminat untuk join SEGMEN BEN ASHAARI :  AKU , SEORANG BLOGGER ni, boleh klik banner di atas.. Cepat sebelum terlambat..

11 comments:

  1. Assalamualaikum Eraz..
    Datang melawat dari segmen sama.. Hehe..
    Ye betul tu.. Kena tapis & study dulu betul2 pasal satu2 isu tu sebelum sebarkan di blog.. Nak selamat, cuba cari topik sendiri.. Jangan duk kalut kejar trafik dengan menyebar cerita copy paste yang belum tentu sahihnya.. Jaga nama baik sesama blogger.. ^^,
    SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !

    ReplyDelete
  2. Betul...jagalah etika penulisan...jangan sampai termakan diri sendiri...

    ReplyDelete
  3. Selamat bersegmen dan semoga berjaya Eraz...

    ReplyDelete
  4. Betul...Etika tu sangat penting...jgn cacatkan nama naik blogger... Insyaallah

    ReplyDelete
  5. Setuju sgt. Blogger ni sebenarnya satu artikel rujukan. Mane2 org akan merujuk blog utk carik maklumat. Jd kita sebagai blogger, dalam menyampaikan maklumat berita haruslah sahih. Btw selamat bersegmen Eraz.

    ReplyDelete
  6. Kathy tak sempat join segmen ini... Hua...

    ReplyDelete
  7. Ros singgah sini dari segmen yang sama :)
    http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2014/09/segmen-ben-ashaari-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  8. Jagalah etika kita sebagai seorang blogger.. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga..
    Nasihat yg bguna jd panduan buat sy yg freshie ni..
    Salam ukhwah dr sy..
    tellingstory11.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Meh kita jadi blogger yang baik... sampaikan perkara yang bermanfaat kepada pembaca. Salam dari segmen yang sama, follower 4322

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.