Monday 22 September 2014

Menteri Besar Selangor yang baru

Azmin Ali, Menteri Besar Baru Selangor

Assalamualaikum w.b.t.. Jarang-jarang Eraz buat entri pasal politik ni.. Kenapa? Sebabnya memang tak suka dengan pancaroba dunia politik.. Tapi isu ni rasanya di antara yang menarik dalam dunia politik.. Menteri Besar Selangor.. Sampaikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pun terpaksa masuk campur dan meminta menghantar percalonan dari beberapa parti.. Member office ada mengikuti berita tentang ni dan dari dia la Eraz tahu..

Dan hari ni terjawab yang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali akan sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru setelah pelantikan berkuatkuasa 23 September 2014 itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah..

Tak pandai nak hurai dengan lebih detail.. Cuma berhasrat mungkin ada pembaca blog ni yang masih belum tahu lagi hal ni akan dapat berita sahih.. Korang boleh google dan baca akhbar utama Malaysia..

4 comments:

  1. ade terbaca dekat facebook..selangor oh selangor

    ReplyDelete
  2. Erkk! Ana yg duduk selangor pun tak tau. Isk! Tak tgk berita malam tadi. Ni umno ke? Wuuu~ thanks for info tau! ^_^

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.