Friday 12 September 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 12 - 5 Wishlist Anda


Assalamualaikum w.b.t.. #Hari12.. Mula-mula ingatkan satu tajuk tu, rupanya #Hari12 ni bertajuk 5 Wishlist Anda.. Sepanjang menulis blog ni, Eraz tak pernah buat entri tentang Wishlist ni.. Selalunya simpan je dalam diri.. Tapi hari ni, Eraz akan buat entri berkenaan.. Tak sure wishlist ni untuk tahun 2014 atau sepanjang hayat.. Takpe, kira buat ikut pemahaman sendiri la.. Hehe..

Ini di antara wishlist Eraz :

(1) Dalam kerjaya, Eraz mengimpikan sesuatu yang boleh menunjukkan kita ada peningkatan.. Jadi, untuk wishlist dalam kerjaya, Eraz mengharapkan ada kenaikan pangkat untuk tahun ni or maybe tahun depan.. Dalam masa yang sama, gaji pun akan naik la kan.. Haha.. Insyaallah.. Usaha dah usaha.. Komitmen telah diberikan.. Cuma tinggal atas appraisal dari bos dan rezeki dari Allah.. Amin..

(2) Nur Zara Faleesya pun dah setahun lebih.. Jika diberikan rezeki, mungkin nak dapatkan adik kepada Zara Faleesya.. Plannya tahun depan la.. Insyaallah.. Bergantung kepada keadaan dan rezeki juga.. Amin..

(3) Setakat ni, paling ok pun Eraz pakai Galaxy Tab yang lama.. Tahun berapa tah beli.. Nak masuk 3 tahun kot.. Handphone, biasa-biasa je.. Nokia.. Tak menitik beratkan sangat untuk dapat kan handphone yang canggih mengikut peredaran masa.. Malas nak cerita pasal mampu atau tak.. Cuma rasanya macam tak perlu lagi sekarang.. Tapi, salah satu wishlist Eraz ialah untuk beli iPhone.. iPhone 6 ke, 7 ke, 8 ke, tak tahu la tu..

(4) Sedia maklum yang Eraz sedang mengikuti program MBA di OUM sekarang.. Bermula pada tahun lepas, September 2013 dan dijangka akan menamatkan pengajian pada April 2015.. Insyaallah, dengan nekad diikuti usaha, Eraz akan cuba untuk tamatkan mengikut jadual..

(5) Kira wishlist jugak la ni.. Nak jadi insan yang baik dalam semua gelaran dan tanggungjawab.. Sebagai anak, suami, papa, abang, adik, menantu, kawan dan lain lain.. Berusaha dari hari ke hari untuk menjadi lebih baik..

Alhamdulillah, selamat siapkan entri untuk #Hari12 bagi #Cabaran30Hari.. #KelabBloggerBenAshaari

6 comments:

  1. Yg ke 5 tu...semua orang nak....hehe...semoga berjaya Eraz....

    ReplyDelete
  2. Semua kita sama la Abg...kecuali yg no 2..hahahaha O(≧∇≦)O

    ReplyDelete
  3. Takyah susah2 beli iphone. Xiaomi pun katanye dalam dia macam iphone, cuma kelebihan xiaomi boleh blutooth. :D

    Nak bagi zara adik? Hehe. Harap2 dapatlah zara adik. Aminnnn.. Semoga semuanye tercapai impian.

    ReplyDelete
  4. Moga tercapai impian..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.