Friday 5 September 2014

oh pekerja Majlis Perbandaran ..

Assalamualaikum w.b.t.. Ini kali kedua Eraz tak berpuas hati sebenarnya.. Pertama dulu, sebab banyak sangat sampah perlu dibuang selepas bersihkan rumah, ada dua tong cat yang lama perlu dibuang.. So letakkan la tepi tong sampah hitam untuk dipungut oleh pekerja yang berkenaan.. Alhamdulillah, mereka ambil, tapi tak patut la kot tuangkan cat yang berwarna putih tu di dalam longkang depan rumah kami.. Habis warna putih kena tepi longkang.. Makan masa tu bro untuk tanggal.. Itu satu..

Kedua, ialah gambar di bawah.. Itu hasil Eraz buang rumput dengan cangkul di depan rumah.. Penuh satu tong.. Dah agak dalam kepala, esok lori sampah akan datang collect.. Letakkan bersama satu plastik sampah lain di atas.. Penutup tu memang ditutup la.. Sekali lepas je lori sampah tu berlalu, tengok plastik sampah tu diaorang ambil.. Tapi penutup tong sampah tu di buang ke bawah dan rumput tu tak ambil.. Aik!


Apa kes kan.. Diaorang datang dengan lori kot.. Apa alasan diaorang yang buat rumput tu tak diambil? Berat? Banyak? Menyusahkan? Tapi itu tetap sampah.. Kena ambil la kan.. So, Eraz nak biarkan tengok diaorang datang untuk next trip.. Nak tengok diaorang ambil ke tak.. Tunggguuuuu... Dah la penutup tu dibuang ke tepi tanpa di tutup..


Ini gambar apa? Ini gambar kawasan rumah sebelah.. Tong sampah dia dah kosong tapi tong terbalik dan penutup ada ke sebelah.. Hehe.. Agaknya abang pekerja Majlis Perbandaran tak sempat nak betulkan.. By the way, terima kasih kepada mereka yang sebelum ini selalu ambilkan sampah tu.. Tak de masalah.. Tapi harapnya lepas ni, tak de lagi buang cat tepi longkang dan ambil la rumput kat atas tu ya.. Terima kasih.. Wassalam..

7 comments:

  1. orang baru kot.... payah juga kalau a ambik sampah ni...

    ReplyDelete
  2. Memang rasa tak puas hati kalau kerja yg dia buat tak memuaskan...sabar jer Eraz..

    ReplyDelete
  3. ni citer kat kuching.. dulu pernah buang rumput yg menjalar dlm tong sampah.. mmg tak kan diambil wlpn lori sampah dh dtg.. sampah letak dlm kotak pun tak kan diambil.. mungkin lps ni boleh ikat elok2 plastik tu & jgn nampakkan sgt sampah yg dibuang adlh jenis tumbuhan/rumput..

    ReplyDelete
  4. Ana rase dia penat sangat. Yelah..kan nak kaut kat setiap rumah. Satu taman beratus2 rumah. Banyak tu. Then lagi satu diorg tak suka angkat sampah yg tak di ikat. Ni yg ana tahu laa. Ary tu pacik dbkl yg bawak lori tu la yg cakap ngan ana.

    ReplyDelete
  5. kalau rumput atau sampah pukal biasanya ada lori lain yg pungut...dorang ada jadual...lori sampah hanya pungut sampah jer....kalau kat tempat akak ler....

    ReplyDelete
  6. Mmg diorg xambik rumput. Kat cni pun sama. Dia pungut smpah je,tilam buruk pun xambik.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.