Tuesday 18 February 2014

Bila berlaku perkara di luar jangkaan ..


Assalamualaikum w.b.t.. Perkara macam ni pernah berlaku sebelum ni.. Paku or skru or adik beradiknya tercucuk di tayar kereta.. Sebelum ni tayar belakang kena, dalam masa yang sama, tayar depan pun kena.. Kedua-duanya sebelah kanan.. Senang cerita, tayar depan memang dalam senarai nak tukar tayar baru, tapi tayar belakang, tampal je la dulu..

Semalam, lepas sampai office dari keluar berurusan hal office juga, Allah bagi Eraz nampak yang ada paku lagi sekali di tayar belakang.. Baru je tampal, ada lagi paku nak bertempel di situ.. Hehe.. Nasib baik la tak pecah tayar ke, tak hilang angin terus ke.. Hehe.. Kali ni, bukan main besar lagi paku nya..

So lepas je waktu office, terus ke kedai tayar, tampal je dulu.. So tayar ni, dah ada dua tampalan la.. Tapi alhamdulillah, better la dari pecah tayar kan.. Ataupun tekanan angin dalam tayar susut terus jadi takde..

#settlekan terus semalam

#Jom share pendapat di entri awal pagi tadi INI..

16 comments:

  1. Tyre kereta kita pun terkena paku baru-baru ni..Tapi punyalah tak sedar, jauh kereta tu berjalan sebelum ada driver kat sebelah bagitau tayar dah kempis..nampak sangat tak alert..he.he..Bila nak tampal dah tak boleh coz dah rosak teruk. so kena beli tayar baru..hmm..

    ReplyDelete
  2. kalau jalan dekat-dekat tak per lagi...kalau highway bahaya tu.....

    ReplyDelete
  3. mcm disengajakan je paku2 ni diletak di jalan raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along pernah dengar kes yang disengajakan tu..

      Delete
  4. hint2 nak minta tukar tayar bru kot tuuu.. ^^

    ReplyDelete
  5. oh pernah pernah sangat pernah... baru jer lagi...ahaksss...adik beradik macam menjangkit jer...

    ReplyDelete
  6. pernah kena...masa drive terdengar bunyi tuk...tuk...bila periksa, rupanya ada paku...cepat2 pergi kedai, tampal....^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada bunyi camtu tak pe, leh alert.. jenis yang senyap ni..

      Delete
  7. bahaya jugak ni....nasib baik eraz perasan..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.