Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 24 February 2014

Ini jawapan daripada gambar makanan semalam ..


Assalamualaikum w.b.t.. Masih ingat lagi ke dengan entri INI.. Eraz naikkan semalam.. Tapi entri tu tergantung sebenarnya.. Kalau hanya bagi tajuk atau caption macam tu, memang confirm-confirm la kan orang tak boleh nak teka.. Apa-apa pun, ini sebenarnya yang terjadi..

Peristiwa ni berlaku masa Eraz di KL baru ni.. Keluar dinner dengan 2 kawan dari centre yang lain.. Salah satu makanan tu sebenarnya ada sesuatu.. Di sebalik daun brokoli tu, tiba-tiba ada seekor ulat yang bergerak-gerak.. Nasib baik la kawan Eraz tu sempat tengok dulu sebelum suap.. Macamana la agaknya boleh terlepas pandang kan.. Terus lapor pada yang bertugas dan mereka tukar hidangan yang baru..

Makanan boleh tahan rasanya, tapi serius, bahannya dirasakan kurang segar.. Bukan satu, tapi dua tiga bahan boleh dikategorikan tidak segar.. Ingatkan kawan Eraz tu dapat free tak payah bayar.. Tapi tetap kana bayar.. Walaupun macamtu, alhamdulillah, tuan kedai tu datang meminta maaf.. Juga pada pelayan yang kami lapor tu.. 

#Mungkin kah kami akan ke sana lagi? Hehe..

14 comments:

  1. Mungkin tidak kot...nasib baik selak dlu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal, nasib baik selak dulu..

      Delete
  2. oo gitu... tak terfikir langsung sal tu! ingatkan menu yg istimewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius memang tak sangka.. Nasib baik semua jenis cool..

      Delete
  3. Kalau macam tu memang tak ke sana lagi. Tapi kalau tak ada pilihan datang aja., haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mustahil tak de tempat makan lain kan.. Hehe...

      Delete
  4. Replies
    1. Memang sedap tapi bilia di'ganggu' kurang la sikit rasa.. Hehe..

      Delete
  5. vitamin C semulajadi tu.. kih2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun itu vitamin C, tapi macam tak tergamak nak makan..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.