Tuesday 24 December 2013

Keranamu Hari Krismas 25 Disember 2013

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni hanya nak buat entri santai.. Esok cuti.. Alhamdulillah.. Boleh rehat di rumah.. Tapi penuh dengan aktiviti yang perlu diselesaikan.. Pertama nak edit case study.. Khamis dah boleh submit.. Alhamdulillah.. Kedua ialah nak selesaikan pemasangan tangki dan enjin air tu.. So! Tak boleh ke mana-mana.. Duduk rumah je..

Kenapa Eraz buat tajuk entri 'Keranamu Hari Krismas 25 Disember 2013'? Satu sebab tengahari tadi dapat email menyatakan dapat pelepasan balik awal sempena sambutan Krismas esok.. Dalam hati dah ada rasa gembira sebab pelepasan tu bermaksud kerja half-day je.. Dah plan baik-baik punya.. Hehe.. Sekali ianya hanya untuk staf yang beragama Kristian.. Oooo ok.. Takpe, mereka sure ada benda yang nak diselesaikan sebelum sambut Krismas esok kan.. So kami kerja la sampai ke petang..


Keduanya sebab episod Masterchef Malaysia All Stars.. Kerana bertemakan lebih kurang ke Krismas, Azlina menjadi peserta yang tersingkir.. Soo Wincci pula menang cabaran penyingkiran kali ni.. Jika baca di Facebook, memang ramai bersetuju Azlina keluar.. Kenapa? Tak perlu la kot beritahu sebab siapa yang tengok, sure boleh agak.. Apa-apa pun, tak de rezeki dia untuk kali kedua ni.. Soo Wincci memang terbaik.. Humble dan serius pandai masak.. Desert Queen..

#Selamat menyambut Hari Krismas kepada semua yang beragama Kristian.. Selamat Hari Krismas 2013..

8 comments:

  1. tapi Azlina tu digelar Dessert Queen, actually tak kenal pun dia tu sapa.....hoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia salah sorang.. Soo wincci queen yang sebenar.. Hehe..

      Delete
  2. ala..tak tengok langsung masterchef kali ni

    ReplyDelete
  3. teringin nak tgk..tapi akak tak psg astro.. :(

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.