Saturday 28 December 2013

Cerekarama Racun Ibu

Cerekarama, Racun Ibu

Cerekarama Racun Ibu | Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya kali ni TV3 menayangkan awal promo untuk drama Cerekarama TV3, Racun Ibu.. Mungkin sebab nampak drama ni mampu menarik ramai penonton tu.. Nampak macam drama berat.. Tapi peminat pelakon Fasha Sandha, Farid Kamil, Fauziah Nawi, Ika Nabila, Noni Zainuddin dan Zila Bakarin pasti punya akan tengok.. 

Sikit sinopsis drama Cerekarama, Racun Ibu ni yang Eraz jumpa :

Cerekarama, Racun Ibu mengisahkan Rohani sering melepaskan marah kepada anak-anaknya, Sharin, Lili dan Mimi selepas ditinggalkan suami hampir 20 tahun lalu.. Kini, dia sudah tidak berdaya kerana disahkan menghidap kencing manis.. Hanya menantunya, Azah yang bertahan dengan sikap Rohani dan sering uruskan Rohani.. Namun hanya maki hamun yang diterima Azah.. Akibat tidak tahan dengan sikap ibu mentuanya, Azah meminta suaminya, Sharin menghantar Rohani ke rumah orang tua.. Sharin berang dengan tindakan Azah kerana tidak sangka isterinya akan menuduh ibunya sebegitu rupa kerana Rohani akan berlakon baik dengan Azah jika di depan Sharin.. Selanjutnya, kena tengok drama Cerekarama, Racun Ibu ni..


#Jom layan drama Cerekarama, Racun Ibu

8 comments:

  1. heavy drama nie....mesti sedih punya.....

    ReplyDelete
  2. Saya tak sempat tengok drama ni sebab semalam balik rumah pun dah lambat

    ReplyDelete
  3. hebat juga ceritanya..memang suka fauziah nawi berlakon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kita boleh rasa apa yang berlaku dalam drama tu..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.