Tuesday 26 November 2013

5 Fakta Menarik Tentang Kucing Part III


Fakta Menarik Tentang Kucing | Assalamualaikum w.b.t.. Kembali ke Part III untuk 5 Fakta Menarik Tentang Kucing.. Kalau korang nak recap semula fakta sebelum ini, boleh INI untuk Part I dan INI untuk Part II.. Tiba masa untuk share 5 lagi fakta menarik tentang kucing.. Last dah kot.. 
  1. Kucing ada 32 otot di setiap telinga..
  2. Kucing akan membersihkan dirinya dengan lidah selepas berhadapan dengan sesuatu yang berbahaya atau selepas bergaduh dengan kucing lain.. Ini bertujuan untuk menenangkannya dengan melakukan sesuatu yang biasa baginya..
  3. Kucing boleh melihat 6 kali lebih baik berbanding manusia di waktu malam.. Ini kerana mereka mempunyai tapetum lucidum, satu lapisan extra yang bertugas untuk menyerap cahaya.. (Boleh GOOGLE untuk lebih detail)
  4. Rahang kucing tidak boleh bergerak kekiri dan kekanan..
  5. Kucing mampu untuk berlari sepantas 20 KM sejam bila ia meningkat dewasa, tapi malangnya kebanyakkan kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari..
Fakta ke-5 tu lucu sikit.. Kucing sekarang ni dah terlalu malas untuk berlari.. Ini kerana peredaran masa ke korang rasa? Haha.. Jom balik tanya kucing masing-masing!

SUMBER Part I, II & III : Cisdel.com

8 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.