Friday 15 November 2013

Drama Oh My Ganu di Astro TVIQ

Drama Oh My Ganu di Astro TVIQ

Drama Oh My Ganu di Astro TVIQ | Assalamualaikum w.b.t.. Hari ni terbaca tentang drama Oh My Ganu yang mana kesinambungan drama Oh My English Musim Ke 2.. Pelakon-pelakon pun ada penambahan macam Zizan Razak dan Izzue Islam.. Kalau ikutkan apa yang Eraz baca, drama Oh My Ganu berkisar dengan sebuah kampung di Pantai Timur menyaksikan adegan mencuit hati pelajar 3 Merah bersama guru kesayangan mereka Mr. Middleton (Zain Saidin) yang mencari Cikgu Ayu (Tiz Zaqyah) di kampung halaman..

Lagi tentang drama Oh My Ganu ni, Mr. Middleton mendapat halangan untuk mencuri semula hati Cikgu Ayu yang digilai oleh seorang jutawan kampung (Zizan Razak) dan seorang rakan rapatnya lakonan Izzue Islam.. Macam menarik je bunyinya.. So siapa yang berminat untuk layan drama Oh My Ganu ni, boleh tunggu siarannya pada 27 November ini, pukul 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 135 & 610)..

Sumber : mStar Online

14 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.