Friday 22 November 2013

Borang Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Borang Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Borang Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) | Assalamualaikum w.b.t.. Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) sebenarnya benda baru bagi Eraz tapi tak tahu la pada yang lain.. Eraz dapat tahu maklumat ini daripada blogger senior iaitu bro HasrulHassan.. Kredit kepada beliau.. Eraz rasa maklumat Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) akan menjadi satu maklumat yang berguna kepada semua yang berminat.. Memiliki rumah sendiri sememangnya diperlukan oleh semua orang kan.. Benda asas kan.. Jadi korang bolehlah cuba untuk membuat permohohonan bagi mendapatkan Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) ini..

Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M)

Program ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk memiliki rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Permohonan secara online amat mudah. Cuma ikuti langkah-langkah yang diberikan menerusi Manual Pengguna Permohonan Online RMR1M yang telah disediakan. Anda juga boleh muat-turun borang RMR1M.

Syarat AM RMR1M
  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
  • Berkahwin atau Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
  • Pendapatan kasar seisi rumah antara RM750-RM3,000 sebulan.
  • Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang atau tidak sempurna.
  • Mempunyai tanah atau tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan atau cagaran ke atasnya.
  • Tapak keluasan minimum 7,500kps.
  • Tertakluk kepada pinjaman bank.


Cara Memohon RMR1M
  • Dapatkan borang percuma samada menerusi online di SPNB atau dari Pejabat Cawangan Wilayah SPNB/Pejabat Satelit
  • Serahkan borang lengkap diisikan kepada Pejabat Cawangan Wilayah/Pejabat Satelit
  • Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank.


Alhamdulillah, di atas Eraz dapat kongsikan beberapa maklumat umum untuk bacaan semua yang berminat untuk memohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M).. Untuk keterangan lanjut untuk membuat Permohonan Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M) serta untuk memuat turun Borang Permohonan RMR1M secara percuma, korang boleh terus ke entri yang dihasilkan oleh bro HasrulHassan kerana di situ amat lengkap untuk semua baca.. 

Klik entri-entri di bawah :


Kredit info : HasrulHassan

10 comments:

  1. wah dah boleh mohon cara online?? yeah..thankz atas infonya..

    ReplyDelete
  2. siapa siapa yang berminat silalah apply... thanks eraz for sharing...

    ReplyDelete
  3. rumah ni free atau mcm pinjaman ek ?

    ReplyDelete
  4. yang paling penting mesti ada tanah sendiri....ada lebih baik pihak SPNB memikirkan cadangan yang kedua dengan menyediakan tanah untuk rakyat yang kurang berkemampuan....sebab tak semua orang ada tanah.......

    ReplyDelete
  5. tu yg susah,perlu ada tanah..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.